Halaman

Friday 18 October 2013

Melengkapkan sebulan pertama di Tanah Irbid




ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Apa kejadahnya nama entri ni macam poyo tah tak ke mana.Alhamdulillah.Dah sebulan kat sini.Walaupun dah lebih dari semalam.Lebih sikit la dari sebulan,

Guwe dah sambut birthday kat sini.Dah lebih kurang macam-macam la kat sini.So far, okay lagi kat sini.Okay la *kenyit mata*.Dah merasa umur 18 tahun kat sini.Dan apa lagi ? Cuba ko pikir ha ?

And then, every things happened was not going smooth as smooth as I'm expected.



Apesal start dengan cuaca dulu ? Yaaa, sememangnya cuaca sini tak sama dengan Malaysia.Sini dia macam panas sekejap, sejuk sekejap, kering sekejap, sejuk banyak sampai nak mampossss.Kalau Malaysia macam hujan dan panas je sepanjang tahun.Berpeluh-peluh mencurah-curah kalau berjemur waktu tengah hari ni.Sini, everythings goes well.Tengah hari sampai ke petang pon boleh pakai sweater.LOL.Kalau pagi macam dah jatuh hukum wajib saja pakai sebab terlalu sejuk and sometimes boleh sampai 11 degree, 10 degree and ke bawah lagi.Malam pon macam sejuka ja.Tengah hari, kalau panas pon, tak berpeluh dan kalau buka kipas/ ambil wuduk, sejuknya kita boleh rasa,I can feel.Yang sejuk tu belum lagi masuk winter or commonly known as syitaa' here.Kalau yang tu, NAK BALIK MALAYSIA ! Kekadang macam best saja pegi solat pakai sweater tak kira la solat apa pon.Pegi solat dekat Masjid Jami'ah pakai jubah dengan sweater.Boleh ? 




Jordan University of Science & Technology or simply as JUST.JUST beginning.First impression tentang JUST ni ialah sangat cantik.Serius.Bab kecantikan ni, JUST memang daebakkk baq hiyangg !! dari segi keluasan tu, memang boleh pakai basikal dalam universiti, sangat penat bila berjalan.Masa minggu pertama sampai masuk universiti, perkara yang biasanya adalah cari kelas dekat JUST guna peta yang MMJ bagi.Kalau takde peta tu, sesat gamaknya semua budak freshie dekat JUST sebab dia punya bangunan macam bentuk "X" or orang panggil 'X block'.Yang pastinya jauh la.Kalau berjalan kaki memang penat sikit la.And pasal JUST ni, dia jauh sikit dari tempat penginapan.Macam 10 km jugak la.Jauh banyak kot.Macam dari tempat Hijazi nak ke JUST kena dua kali tukar coaster/bas.Depends on rumah la.Kalau duduk area Masjid Tal or Syimali, rasanya tak perlu kot.



Yang pastinya sebulan ni pon dah banyak mengajar erti macam-macam hidup dekat sini.Bukan saja dengan environment sini yang kena mingle dengan orang arab yang agak 'sopan' jika hendak dibandingkan dengan orang malaysia yang I think lagi okay la.Ada orang pernah cakap."Korang semua kena sabar dengan orang Arab ni.Diorang memang macam tu.Sebab tu para Nabi & Rasul diturunkan kat sini"



Tipulah kalau aku cakap siapa yang tak stress dengan perangai Arab ni.Sumpah stress jugak kekadang tu.Keep calm & love Irbid.Sebulan pertama sangat memberi pengalaman baru untuk budak freshie macam guwe ni.Sangat mengajar macam-macam.



Dalam masa sebulan ni, kita baru kenal siapa kawan kita yang sebenarnya,Mostly semua budak JUST come from INTEC.And, semua muka dah kenal la cuma nama ja yang tak berapa nak lekat sikit lagi.Kalau dulu hidup kat INTEC, tak de lah mencabar sangat.Sebab masuk-masuk semua dah fully furnished.Bila datang sini, semua pe'el masing-masing terkeluar.I'm not saying that I'm good enough for you guys.Betul la senior cakap,"dekat INTEC dulu tak nampak sangat kawan kita macam mana.Bila datang sini baru kita tau dia tu macam mana sebenarnya".And that statement doesn't prove futile.Is it true bebyh !!



Dan, banyak jugak belajar macam mana nak berurusan dengan orang.Setiap hari yang aku lalui adalah satu proses pembelajaran yang panjang.Proses ta'aruf bersama-sama dengan kawan-kawan se-batch, senior and so on.



Kadang-kadang betul la orang cakap, belajar jauh-jauh ni boleh grab banyak pengalaman as many as possible.Yeahh ! Absolutely I agree with that ! Saya sedang cuba untuk grab segala-galanya tentang apa yang ada di sini.Peluang takkan dapat banyak sekali.Sekali datang, sekali pergi and then kalau korang tak grab , sayang sribu kali sayang.


Alhamdulillah sebulan sanagt best la..ada kawan-kawan apa semua.Even tak ada keluarga dekat sini, guwe dah lama anggap segala kawan-kawan and senior-senior kat sini macam satu keluarga and ya I find it so fun bebeyh !!

By that mean, I love community di sini.Komuniti masyarakat Melayu di Irbid as ada dekat lebih 2000 orang.Kita satu PERMAI satu hati.


Aku akui, aku  bukanlah baik sangat di sini.Aku tak flawless.Aku pon banyak saja orang tak suka," Eh, apa kejadah nya budak ? "."Apa benda budak ni ?".

Memang kita semua susah nak jadi yang terbaik di mata manusia tapi di mata Allah, cubalah jadi yang sempurna.Komuniti PERMAI sangat best !

Sebulan dah kat sini, kalau cakap pasal rindu, for sure I will miss segenap sudut apa yang dikatakan itu Malaysia dan seisinya.Bila kat sini baru aras teraplikasi apa itu peribahasa,"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung","hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri".Saya sayang Malaysia dem so mac !

Instead of loving Malaysia yang tah-pa-pe ni, of course my family also.Setakat ni semua dah call, tok, tok njang, tok jitra, wan.Yang dah tak larat nak call pon ada, mama.Yang selalu whats app pon banyak dah.I miss my family members in Malaysia.You know how much ? Of course you don't.

Sebulan dekat sini of course mama dah banyak cakap yang aku semakin berisi.Tetiba terpikir dulu dekat Malaysia kering sangat ka aku.Kering macam mana tu? Sampai dekat sini berisi macam mana  tu ? Mesti la gelabah biawak bila orang cakap kita berisi ? Sangat gelabah.Ni mesti kes aku dok mengabdikan diri dalam sakan sakran yang tak seberapa ni.

Sebuilan dekat sini, I should put all my praise to Jordan's traditional food which is sangat sedap.Sedap sangat.Dan yang paling tak suka sebab dia tak variety.Sepesen ja orang Kedah cakap.Ya betul lah ! Tapi sekali makan, mesti licin sebab makanan dia rare sikit from Malaysia's traditional fooood.


Dah sebulan kat sini, I hope aku boleh jadi yang terbaik untuk semua.Prove to others that you can do it.Jadilah insan yang berguna di mata manusia dan semestinya Pencipta.






Lagu litttle love tu, Amin yang perkenalkan.Sekian dari saya budak Irbid.

Wassalam semua bakal jenazah :)

Happy Reading,
|Asyrafz|19 October 2013 | 9.12 a.m|