Halaman

Tuesday 24 February 2015

Tetamu Senja

TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said

Semoga semua terus berbakti kepada masyarakat.. Buat sahabat yang akan menghuni lama lagi di Irbid, jadikan hidup anda bermanfaat kepada Komuniti x kira dimana2 posisi anda berada.
Buat yang akan pulang ke Malaysia x lama lg, bekal yg kita kutip di sini akan sehabisnya diperah di sana..
Saya doakan semuaa Istiqamah menjadI menjadi hamba tuhan yang ikhlas dalam berbakti pada ummah." - Saudara Qawiem Baqi, Pengarah JPR PERMAI 2014

Team JPR PERMAI 2014

Thursday 19 February 2015

Kau Pergi

jua akhirnya.


Ustaz yang menjadi guru bagi subjek Kemahiran Al-Quran dari 1 Abu Bakar sampai 3 Abu bakar, lepas tu sambung ke 4 Al-Kindy sampai la masa ustaz pindah waktu form 4.

Kematian ustaz pada usia 46 tahun buat kan aku terkejut apabila aku dapat tahu dari status teacher Eliani pada malam selepas maghrib (waktu Jordan).Keesokana ada exam make up Pathology.Terus spoil mood nak study.

Kematiannya pada masa muda meninggal kan Ustazah Mahfuzoh dengan 6 orang anak (4 lelaki & 2 perempuan ) pada usia yang masih lagi muda sangat sedih.

Dikatakan mati secara tiba-tiba selepas mengadu sakit dada secara tiba-tiba, apabila makan ubat, jatuh tersembam di meja makan.

Begitu kisah kematian Ustaz.

Dia yang mengajarkan aku ilmu tarannum, qiraat, hafazan dan semua berkaitan Al-Quran, sungguh jasa beliau sangat besar walaupun ku hadiahkan segunung intan berlian, tak mungkin berbalas.Jasa begitu besar bagi kami.

Tambahan pula sanggup bersabar dengan kerenah perangai anak murid yang banyak kepala, banyak ragam, banyak songeh kami semua pelajar 1 Abu Bakar..Kalau nak cerita perangai sensorang memang penat la kan.Dari yang tidur 24/7 dalam kelas, sembang 24/7 study subjek lain waktu KKQ, buat homework waktu KKQ.

"oh ha KKQ je pun "

Semua ambil mudah subjek ustaz.Maafkan kami ustaz.Aku taktau nak cakap macam mana kesiannya Ustazah Mahfuzoh (ustazah PAI 1AB & 3AB) dengan kepergian ustaz dengan ada 6 orang anak lagi yang masih kecil, perlukan didikan dan perhatian seorang bapa.

Ustazah dulu sangat bergantung dengan ustaz.Ustaz yang selesa dipanggil 'Baba" oleh anak beliau dan juga segelintir dari  kami sangat cool bagi aku sebagai seorang ustaz dan juga warden.Teringat memori  setiap kali lepas raya puasa mesti akan beraya dengan ustaz & ustazah dekat quarters guru SMKAB.Tak pernah miss, sampai la ustaz pindah masa 2011.Tahun berikutnya 2012, ustazah pulak meninggalkan SMKAB, pulang ke kampung asal di Pendang.

Aku pun pernah ja kena tampaq dengan ustaz beberapa kali waktu dulu ketika ustaz menjadi warden.Pernah juga  kena tibai dekat kaki dengan ustaz waktu turun DM lambat.Kalau nak diceritakan pasal ustaz jadi warden, tanya la mana-mana budak, sapa yang paling garang antara semua.Tak sah kalau semua tak jawab Ustaz Alaud, walaupun dari riak wajah ustaz, ustaz sangat baik dan tenang.Secara literally beliau sangat tenang dan baik.

Bila buka facebook, tengok dekat wall facebook ustaz, banyak ex-student, guru guru update status tentang kematian ustaz.Kalau siapa yang baca dengan penuh perasaan, rasa hiba dan sedih akan sampai.Membuatkan kau menangis.Sunnguh kepergian engkau membuat sesiapa yang pernah bergelar warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling terasa.Dianggap sebagai  satu kehilangan besar bagi kami semua.










Untuk kali terakhir, saya minta maaf ustaz atas segala kesalahan saya.Ya saya tau saya memang banyak salah dengan ustaz dari dulu sampai sekarang.Semoag engkau tenang di sana, semoga roh ustaz sentiasa dicucuri rahmat.


Al-Fatihah

Ustaz Alaudin Abdul Haq
Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Dato' Haji Hasbullah Awang
Wafi fathi (junior SMKAB SPM 2014)
















Wednesday 4 February 2015

Promise

Back to this blog after  I left 'him' about 4 months tak bertulis.Sorry for the konon-konon busy.

Sekarang dah 5 Feb 2015 dan aku kena pergi JUST hari ni nak settle kan pasal make up exam Pathology first semester hari tu sebab pergi travel to United Kingdom.Please doakan yang terbaik untuk exam aku.

Promise ?

Sebenarnya dari cuti before summer semester first year dulu nak tulis blog travel to Italy & France tapi tak sempat sebab tu la, konon konon busy.Pui !

And now, after back from UK, nak tulis pulak entry kat sana.

Apa apa pun aku cuba sebab gambar semua dah dapat dah dari Shaima'

Banyakkan berdoa okay !