Halaman

Sunday 26 January 2014

A continous story

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Alhmdulillah semester satu tahun pertama as a student  is officially closed dengan berakhirnya exam Arab semalam yakni pada 26/1/2014.Alhamdulillah :)

Ya, setelah lebih kurang empat bulan ulang alik ke JUST setiap hari, wajarlah kan diberi cuti nak merelaxkan minda daripada study kejap sebelum start balik second semester.

Unfortunately, guwe belum habis lagi exam.Sadlife

A continous story.

Dan menjadi orang pertama dalam batch DDOTA yang ambil make up exam untuk exam.K ayat keling.

Allah punya rancangan tu lagi baik apabila DIA mentakdirkan untuk aku demam lepas exam Bio Lab.Sabtu exam Bio Lab, dan Ahad demam.Yeay !

Ahad demam dan exam Biology hari Rabu.Ahad, Isnin, Selasa dan RABU is EXAM ! Eh, exam laa.

"Sempat kot study.Esok okay la tu"

"Takpe Acap.Rehat dulu.Esok okay la tu."

Dan sampai hari Selasa pon tak okay lagi dan aku macam dah nak ambik make up exam Bio sebabnmya demam dan tak study.Apa yang kau nak expect orang yang demam gi jawab exam.Mesti la tak kan.

Meanwhile aku rasa aku ni manja sangat sebab setiap kali aku demam mesti teruk.Sampai mama cakap,

"Awak kalau demam sangat teruk."

She understands me better.Sampai setiap hari mama whats app tanya,

"How's everything today ?"

"Is is getting better or not ? "

"Jangan skip makan.Makan ubat"

Apa kaitannya dengan continous story ?

Sebab sebelum exam UPSR (2007) , seminggu sebelum UPSR aku pernah kena demam panas seminggu.Esok exam, hari ni baru baik.Alhamdulillah.

Sebelum PMR jugak, pernah kena cekam ( typically penyakit kalau potong kuku tak habis) dengan tangan kanan, jari hantu.

Sebelum trial SPM, aku kena demam campak yakni pada hari raya kedua dan buka sekolah terus trial dan sempat la ponteng trial seminggu.Eleh, seminggu je pon.Je pon !

Dan sekarang exam waktu fina exam first semester di JUST sampai nak ambik make up exam.

Sangat continuos story kan.

Aku tak pernah nak marah sesapa sebab apa aku demam.Aku anggap tu kifarah dosa dari DIA sebab banyak buat dosa dengan-Nya, dengan orang lain lagi.Bersyukur.

Terima kasih juga nak ucapkan dekat housemates yang sanggup jaga, ambil makan, teman kat bilik bila demam.Sorry sebab aku korang tak pergi masjid solat kat sana.

Terima kasih siapa yang sudi mendoakan kesembuhan aku waktu demam, yang sudi whats app tips sembuh demam cara Islam apa semua.Aku appreciate sangat.

Semoga benda ni menjadi satu pengajaran buat aku yang tak tau nak cakap.

**************

Make up exam ? CABARANNYA LEBIH

Waktu exam Bio, aku pon pegi JUST as exam aku supposed to be started at 10.30 am.Tapi aku nak ambik make up.First sampai aku pegi bilik Dr. Homa, mintak kebenaran nak ambik make up dengan Anep and Pijie.Time kasih sebab teman.

Dan alhamdulillah Dr. Homa macam bagi greenlight je.Lepas tu dia cakap pegi jumpa 'amid (dean) apa semua untuk minta izin dan sebagainya.Bila masuk bilik dena dan dean tak ada tanya assisitant dia, cakap pegi D3 jumpa Dr. Marwan Al-Quraan sebab dia yang handle registration untuk make up exam.Pegi la D3 dengan Anep dan doktor tu tak da.Pasrah

Teman Anep gi makan kat cafe sebab dia cakap dia lapar as dia exam kol 11.30 cemtu.Lepas tu, dia study dan aku pon nak mencari hawiyah ( student card ) yang hilang.Rasa tertinggal waktu exam Bio Lab dekat N2.Jalan la pegi N2 dan masuk tanya orang yang jaga tu dan alhamdulillah jumpa.Bersyukur.

Lepas tu gi sekali lagi dekat D3 nak jumpa Dr tu dan dia tak ada juga.Alhamdulillah jumpa dengan akak-akak arab yang nak ambik make up sekali.Untung jumpa raba tu dia expalin cemna nak ambik make up.Sebenarnya dia kena isi excuses form dekat student service tu.Aku baru tau.Ingat boleh redah sekali harung ambik macam tu.Rupa-rupanya kena ada request dan kena tunggu approval dari Dr. tu.

Pastu, gi jumpa dean pulak.Eceyh.Macam biasa pulak buat kerja kerja cemni.Pastu dean cakap macam- macam tentang make up exam dan relax brade relax.

Lepas tu gi balik D3 tu tunggu Dr tu dan dia tak datang jugak.Balik la cemni.Balik JUST terus pegi markaz sihhi sebab nak ambik MC dari doktor dan sekali lagi sadlife bila mana doctor tak nak bagi.

Lagi sadlife story.Cukup la setakat tu.


Apa yang aku buat untuk ambik make up exam tu aku ja tau betapa susahnya hidup ni.Mana nak tanya semua senior pasal experiance diorang about this make up exam.Semua la nak try gi JUST berhari hari sebab nak confirmkan semata-mata.

Alhamdulillah my make up exam has been approved by Dr, Marwan Al-Quraan hari Ahad bapa hari bulan ntah.Sekarang cuma nak tunggu tau date, time and place saja dan nak study.

Alhamdulillah Ya Allah sebab uji hamba-Mu ini macam ni.Sebab aku yakin dengan Engkau Ya Allah.

Sebak sebab semua turut menyokong tak kira di mana dan tak kira di mana lama social.Thanks semua !

Lain kali kalau demam kau kena lawan Acap.Kena kuat.Acap kena kuat lain kali.Kena kuat !
Wassalam.

Asyraf Zulkifli : " Kalau kau yakin dengan Allah, insyaAllah Allah akan tolong, cuma cepat atau lambat saja,Keep praying.Thanks DDOTAs ! "

Happy reading,
| Asyraf | 27/1/2014 / 7.44 a.m

Friday 3 January 2014

Highlights of 2013

ASSALAMUALAIKUM W.BT.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Baru ja lepas wish gooodbye to 2013 semalam.Sedih ? Tak. Rasa ? Semakin tua.Ajal semakin dekat.Cuma taktau ja bila.Sekarang 2014, one step towards twenny.Sekarang, literally dah 19 years old.Muda ? Bongok ! mana ada !

Highlights of 2013

FIRST YEAR FREE FROM SCHOOL

Firstly of course la sebagai tahun pertama tidak bergelar pelajar sekolah.Merdeka dari sekolh la kononnya kan.Berlaku ada istiadat penuh gilang gemilang penyerahan baju sekolah kepada  adik tercinta.Berkelip-kelip mata tahan flash camera.Kononnya.Tahun pertama sebagai lepasan sekolah dan kini bebas dan tiada kaitan dengan sekolah.

PLKN

Taktau nak cakap nasib badan ke apa sebab dapat PLKN.Dulu nak sangat.Last-last dapat.Seronokkkknyeeeeeeee kau ! Heh, PLKN, satu benda dalam sejarah hidup untuk diingati.BerPLKN almost 3 months dekat Kem Bukit Besar, Kulim Kedah Darul Aman taught me how to be independent beyond yourself.Aku mengaku yang aku suka PLKN sebab aku dah pernah lalui.Dan aku juga rasa waktu PLKN la hidup aku paling baik sekali, duduk di dalam satu kem tanpa ada sebarang gadjet.Dah lebih kurang menjadi malaikat dah waktu PLKN.Honestly, aku rindu myself back during PLKN.

Kenal ramai orang dari Kelantan, Kedah & Penang satu benda yang okay la.Err ? Dapat duduk dengan 3 bangsa sekaligus dalam satu kem memang satu pengalaman yang tak boleh lupakan.Kenal macam macam orang dengan macam macam perangai.Weeee XDXDXD !

SPM

SPM ? Straight A's ? Hahahahaha.Unexpected to be listed among one of them.Alhamdulillah rezeki Allah bagi berkat doa cikgu-cikgu, mama ayah, families dan doa diri sendiri jugak especially waktu PLKN.See ? PLKN jugak kan.Allah bagi rezeki murah dapat straight A's walaupun tak straight A's plus apa semua.Tapi at least berjaya mengekalkan rekod Sifar B dalam setiap kali peperiksaan awam (UPSR, PMR & SPM) dalam family.Target jangka masa panjang waktu sekolah rendah dulu dah berjaya yakni taknak dapat satu B pon dalam setiap kali exam-exam awam.Alhamdulillah tercapai.

MENGANGGUR

Tanam anggur? Menagnggur dekat rumah lepas PLKN sampai la masuk INTEC which is aku rasa tempoh paling lama aku duduk dekat rumah selepas aku masuk asrama dari form 1.Dari PLKN habis 16 Mac 2013 sampai la masuk INTEC 3 Jun 2013.Lebih kurang 3 bulan lebih jugak la menganggur dekat rumah.Sebab apa tak nak kerja ? Malas satu.Nak menghabiskan masa dengan family tercinta sebelum further study balik.

Aku ingat lagi apa yang cikgu Science aku cakap waktu form 2 kenapa dia tak bagi anak dia duduk asrama waktu sekolah.One of the reason is because dia nak anak dia duduk dengan family sebelum nanti masuk belajar jauh jauh dan berkahwin nanti lagi susah.Ya, anak dia anak perempuan sebaya la umor dengan aku.Hikss.Aku pun tak nak kerja sebab tau dah nanti akan duduk jauh dari Kedah bila dah masuk belajar.Duduk rumah tengok TV, layan internet, baca buku buat benda benda yang kurang berfaedah and so on.Kekadang rasa bersyukur sebab dapat PLKN.Dan ambik lesen laaaa.Hangout dengan kawan kawan.Gi sekolah (SMKAB) , gi interview dan sebagainya.

JURULATIH PANTUN.

Macam muda sangat nak jadi jurulatih.Macam banyak sangat nak jadi jurulatih.Haha.Dulu kempunan nak tengok Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Negeri sebab tarikh dia sama dengan balik PLKN.Tapi alhamdulillah, mengekalkan Naib Johan Negeri Kedah lagi.Seterusnya, dirisik oleh Cikgu Othman, cikgu sekolah rendah SK Kuala Kupang ( my primary school) untuk melatih pasukan pantun sekolah tersebut untuk Pesta Pantun Sekolah Rendah.Alhamdulillah berkat kesungguhan aku (la sangat) pasukan pantun tu dapat jadi johan negeri dan seterusnya johan kebangsaan.Cikgu Othman yang banyak tolong dengan Shahida.Aku adjust yang mana mana patut saja.

Benda yang paling aku puas hati sekali dengan adik adik pantun aku ni ialah bila depa dapat kalahkan one of the musuh ketat aku dari daerah Kulim Bandar Bharu waktu peringkat negeri dekat pusingan kedua.Rasa macam dendam kesumat aku dekat team kulim termakbul.Finally johan negeri dan johan kebangsaan.You made it adik adik even abg hampa sorang ni boleh follow sampai negeri je dan kebangsaan waktu tu dah masuk INTEC.


INTEC


INTEC Education College ataupun dulu well known as International College Education.Dulu selalu je macam ada cecita nak gi oversea mula la daydream nak masuk INTEC and so on.Balik rumah wan pernah terkantoi dengan sorang cousin aku sebba dok ushar webpage INTEC.Kononnya dok survey dok nak pilih program apa la.Choi ! Hahaha.

Finally impain macam dah jadi kenyataan sebab before this dok dengan ja daripada one of my cousin yang duduk INTEC juga under program Australia Matriculation (AUSMAT).Kat INTEC, a place where I met my coursemates (Dentistry JUST, JPA) semua kengkawan yang bakal fly ke semua negara dekat dunia, UK, Oz, USA, Korea, Japan, Germany, France and so on banyak lagi.Alhamdulillah Allah bagi peluang.Somehow aku bersyukur sebab at least aku dapat rasa feel untuk rasa uni yang tak macam uni dekat Malaysia.INTEC yang terletak dekat Seksyen 18 & 17 Shah Alam is awesome.Kalau pergi Kolej Cemara baru nak taua rasa heaven nya INTEC sebab tu yang aku malas nak balik Kedah since almost 3 bulan dekat INTEC.Ye la, duduk tiga bulan ja dan rasa nak rasa betul betul life at INTEC. Fly !!

JORDAN


Speechless bila mula-mula buka offer letter dekat laman web MARA dan dapat tau dapat Jordan.First perkataan yang aku sebut sampai my mom perasan, "Eh, pehal dengan anak aku ni ialah, "Allah dapat".Waktu tu aku fikiran dan tercompang camping pikir nak accept ke tak offer scholarship now.Okay cerita dah basi.

And now you are at JORDAN ! As  a dental student at JUST.So what? Dulu azam nak ambik dentist la jugak but kat UKM atau mana local-local tapi Allah lagi tau rezeki kat mana.

******************************


Atas apa yang aku rasa highlights 2013, tahun ni banyak membawa satu jalan perubahan atau transformasi into my life.Seriusly, PLKN ----> SPM-----> INTEC------> JORDAN.

Time has wings.In the blinking of my eyes, dah sampai sini.Rezeki Allah bagi banyak sangat sampai somehow I think, "Apa lahh di sebalik semua rezeki yang DIA bagi ni?"

Takut something bad happend nanti.Aku pernah cakap macam ni dekat kawan dan depa semua macam takde papa la Acap.Rezeki tu.Tapi deep in my heart, aku takut.

Somehow aku rasa masa tu sangat cepat berubah sampai bil mana aku belum 18 tahun officially lagi aku dah jauh dari family, jauh dari Kedah and jauh dari Malaysia.Terlalu cepat.Masa dengan orang orang tersayang belum cukup lagi nak habiskan sebenarnya.Kekadang aku jealous tengok kengkawan yang sikit sikit balik rumah or study dekat je dengan family/ rumah, tapi aku, stuck in Jordan.Syukur Acap apa yang kita ada, apa yang hang dapat.


Throwback Palam with Pz, Syat, Faera, Pikah Alis & Mun.From INTEC to Palam

With classmates during INTEC ; MEJ05





TEAm SP punya.Dua orang pemantun Agama Baling dah jadi jurulatih yee.


Dengan bebudak bebudak ni.

Petra, Jordan 



Dan of course aku bersyukur terhadap Allah beyond infinity kesyukuran atas apa yang aku dapat sekarang semua rezeki dari-Nya.Tak lain dan bukan semua itu atas kehendak-Nya.And  to all my families di Kedah and malaysia, thank ypu for the support sampai sekarang.Yang dulu suka cakap,

"Asyraf nanti mesti study overse"

"Eh, takde la..."

Macam baik pula kan semua panggil asyraf.Rindu semua.Somehow aku perlu lebih berani untuk maju ke depan sebagai seorang mahasiswa Jordan.Aiwah ! Malu la.Doakan kejayaan aku semua kat sini.

Wassalam

Asyraf Zulkifli : "Macam malas nak highlight 2013.yang ni je lah"

Happy reading,
| Asyrafz | 4 January ! 9.42 a.m |

Wednesday 1 January 2014

Imtihan Thani

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


First entry for 2014 in January.Jyeahh !! 1st January.And firtly aku nak ucapkan Happy New Year of Masihi to all my silent readers yang tak jemu jemu menaikkan aku punya pageviews setiap hari sampai sekarang.Moga tahun baru ni membawa 1000 makna dalam kehidupan kita dan sentiasa dipayungi rahmat Ilahi.

Imtihan Thani.

I just finish my 2nd exam in this semester.Jyeahh ! First semester as a dental student (not officially yet).My impression is wow ! Very shocked to see my results especially in Biology.

My first exam is not good.The same goes to second exam.Dan aku tak tau la bilanya exam aku nak excellent dan baik dan mumtaz dan hebat macam semua orang.I don't know when.

*nangis dalam hirom*

Bila exam Bi hari tu waktu program PRIMED hari tu, alhamdulillah result aku meningkat sikit dari first exam.Tapi meningkat pon tak lah tinggi macam orang lain.Sebba dulu 1st exam dapat rendah dan 2nd exam ni meningkat sikit.Aku bersyukur walaupun tak banyak macam orang lain.Aku tak nak cakap sebab apa markah aku sikit.Tak cukup usaha ? Mungkin.Sibuk join program? Mungkin.Sebab malam before exam PRIMED tu ada PRIMED dekat Dewan Abu Ain.Dan lepas tu aku murakkibkan akhowat sampai duwar qubbah dan lepas tu aku lapar then makan dengan Izyan dan sorang senior dekat kedai lupa nama.

Dan malam tu balik lambat dan study sikit dan tidoq lebih kurang 12.30 a.m macam tu.Esok bangun lambat kelam kabut dan hampir nak kena tinggal ke JUST ikut program PRIMED.Honestly, aku tak pernah nak salah kan ataupun menyesal apa yang aku buat sebelum exam.Aku tau markah BI aku pun padan dengan usaha aku yang I don't know berbaloi ke tak.

Kholas BI.

Struggle untuk Biology pulak menanti.Sayangnya, exam Bio postpone sebab salji turun dekat Jordan.Almost two weeks cuti dan takdak kelas.And bila tengah ikut program GOAL, dapat tau yang Biology 2nd Exam tunda sebab snow.Kecewa ? Ya ! Sebab aku nak habiskan exam cepat cepat dan tak mau tangguh tangguh.Tapi Allah sebaik baik perancang.Bila dapat tau yang tunda, mood study tercampak ke laut.Jauh di laut mati.

Suddenly dapat tau yang exam Bio sekali dengan exam kimia and arab within a week.So what ? Segala jenis usaha apa yang baca dulu hilang entah ke mana dan baru ko nak terhegeh hegeh nak study balik.Jadi ? Havoc ! Seriusly aku stress.

Dah la a week before aku macam sibuk berkempen untuk Pilihanraya PERMAI which is untuk Abg Ariff Solihin.Dan macam biasa, aku takkan salahkan benda tu sebab aku lalai nak study and so on lagho buat semua benda and everything.Satu minggu rasa macam hambar k.K hambar.At least aku bangga dapat tolong calon aku kempen pilihanraya.

Bila dapat tau Biology exam Khamis on 26/12/2013 okay lagi rasa sebab pagi tu kelas start lambat pukul 10.15 dan ada masa lagi nak baca.Relax Acap.Abah ko relax ! Dapat tau pagi tu kena mustammi3 Bio Lab sebab Rabu sebelum tu cuti Krismas.Demyu ! Class starts at 8.15 untill 10.15 and continue with Chemistry and Biology sampai 12.15 then 12.30 exam.Dulu dapat tau kata exam starts at 2.30 pm.Suddenly Dr. Homa ubah jadual ke 12.30.Menangis ? Adalah setimba.Tak banyak pun.Sikit je.Kalut baca sebelum masuk N2 nak jawab exam.

Bila jawab exam, seperti dijangka, SUSAH nak mampos tahap gaban 44 level apa kejadah ntah punya soalan.Bila tekan button proceed and the marks appeared, LURUH JANTUNG  tau ! Sebab dulu first exam okay lagi rasa, markah pon sedang sedang jugak la.Bila 2nd exam punya result, Gosh ! again ,

*menangis dalam hirom*

Semua orang cakap susah,Mostly DDOTAs semua jatuh markah dari first exam dan ada la jugak halimunan mana entah yang naik jugak markah.Macam mana ko study ha ? Balik tu terus masak ayam masak merah, goreng fish fingers dan buat salad.Sebelum tu dah melahap zinger denkat Mat3am Maqbil dah.Sedap.Semua penyedap hati nak hilang stress.Effectnya, umphh !

Siapa yang tak stress bila exam macam ni.Then lepas habis Bio tu sedar la markah kita ni sikit dan tak banyak macam korang semua.Pulun la pulak Kimia  hari Sabtu tu exam.Khamis malam kepas habis Bio memang tak study.Mengarut dekat facebook apa semua.Then esok pagi Jumaat tu baru kalut buka buku Kimia balik.Malam tu study dengan Pokjak dekat Fadhil Tal apa semua dan rasanya macam aku berusaha sikit untuk Kimia esok tu.Dan sabtu tu as usual Acap selalu exam paling awal sekali yakni jam 11.30-12.30 untuk chemistry.

Dan bila exam Chemistry alhamdulillah markah sama dengan first exam.Bersyukur ? ya walaupun tak meningkat seperti yang diharapkan.Sememangnya aku mengharapkan peningkatan dalam setiap kali exam.Alhamdulillah Kimia sama maintain ja markah  dengan 1st exam.Final nanti strive lagi.Bring it on Acap !

Lepas Kimia selang sehari Arab pulak.Ahad study dan Isnin tu Arab.Walaupun aku datang dari sekolah agama dan boleh dikatakan orang yang ada basic arab tapi aku rasa tak banyak membantu aku pun untuk aku faham apa yang aku belajar arab selama ni.Menyesal ? Sikit la sebab dulu datang dari SMKA dan arab strong kot kalau sekolah agama.dari dulu lagi aku lampi sikit kalau belajar arab.Kalau dulu Ustaz Zurin explain macam mana nak i'rab ( baca : i3rab ) fi'il atau isim tu aku tak dapat lagi.Kalau sepuluh ustaz terang, belum tentu satu aku dapat apa yang ustaz ajaq.Typical Acap suka kata macam tu.

"Haa ustaz ? Apa ni ? tak faham "

Tu lah Acap dulu.

Huh ! And exam arab hari isnin.Malam exam  tu aku boleh pulak join program Ramah Mesra MMJ bersama Encik Harris dekat Mujamma' Nuqobat anjuran MMJ ( Majlis Mahasiswa JUST).Dan sekali lagi, aku tak pernah rasa menyesal dengan apa yang aku buat selama ni.Join program tu sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan dengan ahli MMJ dan of course nasihat dari En. Harris yang sangat awesome bagi aku.Balik tu murakkib sampai sakan kuning, makan nasi ayam, study arab sikit then tidoq.Esok bangun study arab sikit then pegi JUST lepak cafe main candy crush sampai level berapa tah.Well done Acap !! Gooodboy ! Kalau mama ayah apa yang hang buat selama ni, you know ?

Dah la kelas arab yang Halim buat dekat masjid JUST pon takpa.Kemmmmooonn Acap ! Cari la mood study yang hilang tu, you can do it !Lepas kelas BI tu kelas arab then study sikit ja arab dengan naufal sikit dengan izyan sikit dengan syababs yang ada kat library sikit.Pastu masuk NG 43 jawab macam apa tah lagi aku rasa.Apa ni Acap.Setakat yang tau dah salah dua dah.

*nangis dalam hirom*

Secara kesimpulannya, imtihan thani ni banyak menguji aku.Seperti yang aku cakap, aku tak pernah salah diri aku sebab join program PRIMED, Ramah Tamah MMJ ( lawak hehe) and so on.Tapi aku akan salahkan diri aku sebab tak hargai masa aku yang banyak sangat aku laghokan diri dengan buat benda yang tak elok.Haih Acap ! Waktu aku pergi PRIMED tu, salah sorang doktor tu ada cakap yang,

"Tanggungjawab yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada"

Kata-kata yang dipetik dari Ustaz Pahrol Joi rasanya.So what ? Kalau kau sebok mana pon, tapio kau pandai arrange masa kau dengan masa study and so what ever, kau boleh.Tu bukan excuses yang boleh bagi.

Bila habis semua exam tu, ada minta nasihat kat macam macam orang, 

"Piji, macam mana kau boleh score? Bagi kata kata nasihat sikit dekat aku"

"Acap, blablablablabla.............."

Piji tak pernah mengecewakan.

And Nada ada cakap, 

" Capz, hang pernah tengok bola tak ?"

"Pernah la.Awat ?"

"Macam mana kita nak baling bola dengan lebih jauh.Kita kena baling terus ka, kena lantun dekat tanah dulu, then baru bola tu naik jauh"

"Tanah dulu.RASANYAAA"

"Hmmm...Betul lah.Sebab apa?"

"Tak tau"

"Sebabnya, manusia ni kalau dia nak pergi jauh, dia mesti kena jatuh dulu.Selepas dia jatuh selalunya baru dia boleh pergi jauh."

And I really appreciated to all of you yang sanggup waksep bagi motivasi kata kata semangat dekat aku.Thanks Nada, Izzat and tak ingat dan siapa yang terlibat directly or indirectly bagi kata kata semangat dekat.Bila call mama, macam biasa la mama tanya how's ur exam and so on.Macam biasa la jugak mama cakap kena rajin study and so on.Moga Allah mudahkan urusan korang semua dan sentiasa peroleh kejayaan dunia dan  akhirat.Nak kata sayang semua, memang sayang semua laaaaaaaaaa.Sayang semua tak kira DDOTAs or malaysiansss.Hoyyeaah !

Jyeah ! *tumbok angin*

Wassalam semua,


Asyraf Zulkifli : " Doakan aku jadi rajin.Hargai waktu.Doa bagi waktu study aku mendapat keberkatan dari Ilahi and bagi kuat ingatan.Moga Allah redha urusan kalian semua"

Happy Reading,

| Asyrafz | 1/1/2014 | 7.27 p.m |