Halaman

Friday 22 August 2014

Aku tau lusa exam, tapi....



malas sangat nak study lepas habis exam NR semalam.Muntak tak muntah jawab 80 soalan dalam masa 2 jam.Half daripada tu aku confuse.


Lusa exam Biochem final, the only paper left before kemas barang balik Malaysia.

Semalam result ITD keluar dan aku tak cek lagi markah.Sebab, malas.

Bab markah ni aku macam inferior sikit dengan semua orang sebab aku bukan scorer pun hahaha.

Tapi as long as kita berusaha insyaAllah Allah bagi.

Biochem,

Lebih kurang OC.Tapi sebab dia ada Biology sikit, lega sikit compared to OC yang memang totally nightmare bagi satu batch sampai bapa orang nak kena reseat balik paper OC.InsyaAllah boleh

Waktu 2nd exam Biochem hari tu alhamdulillah markah aku meningkat 9 markah daripada first dan siapa yang tak best.Alhamdulillah berbaloi jugak usaha semua.Tapi takda tinggi macam orang lain (25 above).

Kita memang tak sama.

Bagi orang yang dia selalu score (25 above) bila dia dapat markah macam aku, dia macam kata, 

"Wehh sikit gila markah aku tadi "

Padahal bagi aku dah cukup okay dah bagi aku.Sebab orang tu dia tak selesa dengan markah cemtu.

Bila benda macam tu jadi dekat orang yang senasib dengan aku, alhamdulillah Cap meningkat.Tak ada keluh kesah.

Tak kisah la berapa pun dapat selagi mana kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.Erti kebahagiaan sebenar ialah apabiola kita bersyukur.

I have 5 chapters more to finish before 11.00 pagi 24/8/2014.


Kekadanag apa yang aku rasa yang membezakan markah aku sikit dengan markah orang lain yang banyak ialah sebab dosa aku yang banyak dan dosa mereka sedikit.

Semakin bertambah dosa, semakin sikit markah dan semakin berkurang dosa semakin bertambah markah.

Hypothesis is accepted !

Target sekarang insyaAllah perbaiki diri, kurang dosa, banyakkan berbakti pada orang.

Walaupun esok nak kiamat, buat la amalan baik.InsyaAllah Allah pandang.


SAYA DOAKAN AGAR ASYRAF MENJADI RAJIN DAN PANDAI.JUGA SEORANG YANG BAIK DAN TAK BUAT MAKSIAT.


*Alamakkkk dah azan asar*

Random post.

Asyraf Zulkifli,
Kindergarten, Sakan Zamzam,
22/8/2014,   4.19 pm






Monday 18 August 2014

Seminggu yang lama


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


18 Ogos 2014.

Lagi seminggu dah nak habis first year as a dental student dekat JUST.Minggu depan je by Sunday dah habis Biochemistry final.

Hari Rabu dah nak balik, 27 Ogos 2014.

Siapa yang tak sabar nak balik.Cuba bagi anak perantauan mana yang tak sabar nak jumpa Malaysia dan seisinya.Jumpa mak ayah, jumpa kawan, cikgu , kaum kerabat dan sebagainya.

Itulah kita.Rindu itu fitrah.Seminggu yang rasa lama, cepatlah dikau !

Mood study tolong datang.2 papers left !

21/8/2014 - Natural Resources

24/8/2014 - Biochemistry

Nak balik Chamonix balik.Meh :/




3842 m above sea level.

Everyone can fly high.Let us dream  high !





Asyraf Zulkifli,
Kindergarten, Sakan Zamzam.
18 Ogos 2014, 1.15 pm.

Saturday 9 August 2014

Yang kini hilang

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Dah banyak kali dah buka blog ni, banyak kali buka compose new.Setiap kali buka, tulis seperenggan, delete balik sebab malas nak tulis.

Tapi kali ni nampak blog senior kat facebook, dia tulis, nak dekat exam ni la rajin nak update.Maka, ligatlah jari jemari ni.Hahahah euwwww

Last updated was in 9 June 2014 , a week before sampai Italy & France.Lepas balik dari sana, sibuk pindah rumah, buka sem dengan ponteng semingu.Hectic tak hectic sampai tak terupdate jugak hahaha.Pernah juga rasa nak update entry pasal travel tapi hahahaha.the times will come ensyaAllah.


Yang kini hilang.

Sebenarnya banyak jugak yang hilang ni.Flight MH370 pun hilang tak jumpak lagi.Sampai sekarang.

Apa yang aku nak cakap apa yang kini hilang ialah......


C.O.M.M.O.N S.E.N.S.E

Kalau nak diterjemahkan ke bahasa melayukan common sense tu ialah deria biasa.Lol ?

Korang faham ke tak common sense ni ? Mesti la kan.

Sebagai contohnya, lalu depan orang tua mak ayah ke mesti kena tunduk.Jumpa cikgu bagi salam senyum dan sebagainya.Tu macam benda biasa la kan.

Hahaha banyak lagi yang aku rasa korang mesti dah concern kan pasal benda ni lama dah.

Aah lagi satu kalau makan mesti kena basuh pinggan.

That's the point.

Bila kita hidup ramai-ramai ni, ramai yang macam buat kisah tak kisah.

"Eheh takpe la dia rajin nanti nak tolong basuhkan"

"Alah lepas solat japgi la nak basuh tunggu jap.Nak skrol instagewam jap"

"Alah, benda kecik je pun"

Banyak lagi la sandiwara-sandiwara musang berjanggut yang kita selalu dengar pasal benda ni.Hahah lolol

***
Sebelum tido ada orang ni dia tolak kerusi study dia before masuk bilik tido dan kemas la meja-meja dia.Meanwhile housemate dia tak tido lagi.

Bangun saja pagi-pagi, tengok tengok kerusi entah ke mana, siap ada pinggan lagi dan kosong orang kat bilik study.Nak expect apa ?

***

Bagi aku, kalau dah guna pinggan tu, lepas habis makan, terus basuhkan kat sinki.Dan bila dah guna kerusi orang, masukkan balik dalam meja.

Tu baru common sense.Kalau takde benda tu, pegi kawan dengan kelawar dalam Gua Niah la macam tu.Jauh nau kat Sarawak lagi hahaha.

Kekadang aku pun macam hilang jugak common sense ni.Manusia, mana pernah sempurna.Ada juga cacat celanya.Kalau aku salah, tegurkan.


Bila cerita pasal basuh pinggan pulak, dulu waktu kecik selalu je lepas makan tinggal dalam sinki, mama basuhkan, tok basuhkan.Bila besar masuk asrama macam dah boleh pikir sikit.Okay basuh sikit.Bila balik rumah pun , mama dah start didik, pinggan kalau guna makan, basuh sendiri.I'm not your bibik nak tolongkan setiap kali makan.

Sama jugak laaa cerita nyaaa.Cerita basuk pinggan ni, bukan cerita isteri mithali ke suami mithali nak menang anugerah paling rajin or sth, tapi ni pasal common sense kau tu hilang.Haih !

When there's an action, there's a reaction.


Teguran untuk diri sendiri jugak.Chill la eheh.




Doakan untuk flight MH370 dan seisinya.Doakan untuk umat Islam di Gaza dan Palestine.Doakan untuk exam aku yang macam tak nak stop hahaha.

12/8/2014 - Introduction to Dentistry (Final)

13/8/2014 - Natural Resources (2nd Exam)

16/8/2014 - Biochemistry (2nd Exam)

17/8/2014 - Biochemistry Lab (Final)

21/8/2014 - Natural Resources (Final)

24/8/2014 - Biochemistry ( Final)



Asyraf Zulkifli : "Macam banyak pulak gelak kali ni hahahaha"


Random post.

Happy reading,
Asyraf Zulkifli,
Kindergarten, Sakan Zamzam,
10 Ogos 2014, 1.22 a.m