ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Dah banyak kali dah buka blog ni, banyak kali buka compose new.Setiap kali buka, tulis seperenggan, delete balik sebab malas nak tulis.
Tapi kali ni nampak blog senior kat facebook, dia tulis, nak dekat exam ni la rajin nak update.Maka, ligatlah jari jemari ni.Hahahah euwwww
Last updated was in 9 June 2014 , a week before sampai Italy & France.Lepas balik dari sana, sibuk pindah rumah, buka sem dengan ponteng semingu.Hectic tak hectic sampai tak terupdate jugak hahaha.Pernah juga rasa nak update entry pasal travel tapi hahahaha.the times will come ensyaAllah.
Yang kini hilang.
Sebenarnya banyak jugak yang hilang ni.Flight MH370 pun hilang tak jumpak lagi.Sampai sekarang.
Apa yang aku nak cakap apa yang kini hilang ialah......
C.O.M.M.O.N S.E.N.S.E
Kalau nak diterjemahkan ke bahasa melayukan common sense tu ialah deria biasa.Lol ?
Korang faham ke tak common sense ni ? Mesti la kan.
Sebagai contohnya, lalu depan orang tua mak ayah ke mesti kena tunduk.Jumpa cikgu bagi salam senyum dan sebagainya.Tu macam benda biasa la kan.
Hahaha banyak lagi yang aku rasa korang mesti dah concern kan pasal benda ni lama dah.
Aah lagi satu kalau makan mesti kena basuh pinggan.
That's the point.
Bila kita hidup ramai-ramai ni, ramai yang macam buat kisah tak kisah.
"Eheh takpe la dia rajin nanti nak tolong basuhkan"
"Alah lepas solat japgi la nak basuh tunggu jap.Nak skrol instagewam jap"
"Alah, benda kecik je pun"
Banyak lagi la sandiwara-sandiwara musang berjanggut yang kita selalu dengar pasal benda ni.Hahah lolol
***
Sebelum tido ada orang ni dia tolak kerusi study dia before masuk bilik tido dan kemas la meja-meja dia.Meanwhile housemate dia tak tido lagi.
Bangun saja pagi-pagi, tengok tengok kerusi entah ke mana, siap ada pinggan lagi dan kosong orang kat bilik study.Nak expect apa ?
***
Bagi aku, kalau dah guna pinggan tu, lepas habis makan, terus basuhkan kat sinki.Dan bila dah guna kerusi orang, masukkan balik dalam meja.
Tu baru common sense.Kalau takde benda tu, pegi kawan dengan kelawar dalam Gua Niah la macam tu.Jauh nau kat Sarawak lagi hahaha.
Kekadang aku pun macam hilang jugak common sense ni.Manusia, mana pernah sempurna.Ada juga cacat celanya.Kalau aku salah, tegurkan.
Bila cerita pasal basuh pinggan pulak, dulu waktu kecik selalu je lepas makan tinggal dalam sinki, mama basuhkan, tok basuhkan.Bila besar masuk asrama macam dah boleh pikir sikit.Okay basuh sikit.Bila balik rumah pun , mama dah start didik, pinggan kalau guna makan, basuh sendiri.I'm not your bibik nak tolongkan setiap kali makan.
Sama jugak laaa cerita nyaaa.Cerita basuk pinggan ni, bukan cerita isteri mithali ke suami mithali nak menang anugerah paling rajin or sth, tapi ni pasal common sense kau tu hilang.Haih !
When there's an action, there's a reaction.
Teguran untuk diri sendiri jugak.Chill la eheh.
Doakan untuk flight MH370 dan seisinya.Doakan untuk umat Islam di Gaza dan Palestine.Doakan untuk exam aku yang macam tak nak stop hahaha.
12/8/2014 - Introduction to Dentistry (Final)
13/8/2014 - Natural Resources (2nd Exam)
16/8/2014 - Biochemistry (2nd Exam)
17/8/2014 - Biochemistry Lab (Final)
21/8/2014 - Natural Resources (Final)
24/8/2014 - Biochemistry ( Final)
Asyraf Zulkifli : "Macam banyak pulak gelak kali ni hahahaha"
Random post.
Happy reading,
Asyraf Zulkifli,
Kindergarten, Sakan Zamzam,
10 Ogos 2014, 1.22 a.m
No comments:
Post a Comment