Halaman

Tuesday 28 May 2013

Eksperimen tak menjadi



Assalamualaikum w.b.t





Gaya macam nak cerita eksperimen dalam lab kimia pulak bila letak tittle post macam tu.Wuuuhhuuuu.Muahahaha *gelak kejap* .Niat di hati nak cerita pasal eksperimen untuk buat header blog yang terlalu simple sehinggakan anak kedua Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor , Sofea Natasha pon boleh buat header macam ni.



Bila sedang asyik blogwalking ke setiap blog dari setiap blog.Teruskan menjelajah ke setiap blog tanpa kenal erti penat jemu dan letih.Lagi pulon berblogwalking ke semua blog yang nampak link tanpa mengira siapa tuan punya blog.Ayat hiperbola kejap.

Lepas tu teringin dekat hati nak buat header sendiri.Tapi manusia tak semua sempurna.Bakat aku terhad untuk buat header pakai adobe photoshop.Cuma boleh buat pakai photoscape saja.Tapi, kalau sesiapa yang pakai adobe photoshop lagi untung sebab boleh buat macam-macam dan lagi menarik.Kalau guna photoscape, untuk simple-simple boleh la.

Mari kita teroka beberapa eksperimen yang tekah dibuang oleh pak cik makmal secara membabibuta tuli.











Lihat ? Setelah membuat 4 eksperimen mudah seperti yang dikatakan bahawa  anak kedua Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor , Sofea Natasha also known as my future wife pon mampu buat macam ni kan ? Standard baby 6 bulan lagi.Inikan pula dan 18 tahun.


Memandangkan semua di atas rejected dibuang oleh pak cik makmal, maka ada satu yang dia tak suka, tapi dia tak nak buang jugak.Haaaaaaaaaaaa ! Macam mana tu ? Nak tengok ? *sila angguk hingga mata melihat ibu jari kaki*

Jeng
.
.
Jeng 
.
.
.
.
Jeng
.
.
.
Jeng
.
.
.
Jeng
.
.
.
Taaadddaaaaaaaaaaaaaaaa








Walhal, semua rekaan dan design adalah sama kan ? Apa motif yang jadi tak kreatif ni ? 


TAWARAN MENANTI !


Kepada mana-mana yang ingin menawarkan diri untuk membantu membuat header blog yang saya merasakan sangat menarik untuk dipaparkan ke dalam blog ASYRAF ZULKIFLI, sila pergi ruangan "Contact Me" dan terus mendial apa-apa yang patot,walaupun tidak diberikan nombor telefon.InsyaAllah, ada ganjaran menanti anda.Jangan sia-siakan peluang ini, walaupun iklan yang diberikan hanyalah suam-suam tiga suku saja.




Wassalam semua ;)




Asyraf Zulkifli :

"Tetiba rasa malu, pakai header blog yang black semua macam tu.Takpa, aku patot bangga sebab pandai juga buat header blog.The lesson is janganlah mengeluh sebaliknya banyakkan bersyukur"




Happy Reading,
| asyrafz | 28 Mei 2013 | 5.11 p.m |

Monday 27 May 2013

Betul ka Ben Ashaari follow twitter gua ?




Assalamualaikum w.b.t


Selagi ada masa lapang yang curi sikit-sikit sebelum ke Puncak Alam sana untuk menyambung asasi sains, sememangnya nak berkongsi cerita sikit sikit.Tak banyak pon.Hehehmuehehmuehe.


Sebelum tu, tadi ada baca dekat TL bahawa budak matrik macam seronok di sana.Betul kah ? Mereka baru sahaja selesai mendaftar pagi tadi di kolej matrikulasi masing-masing.Apa pon, selamat maju jaya.Tengok ? Dah masuk kawasan merepek.


Back to our co-business, Betul ka Ben Ashaari follow twitter gua ? Haaaaaaaa.persoalan utama.Jawapannya : BETUL !

Tatkala malam asyik tweet dengan sahabat handai, tetiba teringat dekat blogger Ben Ashaari sebab ada baca satu entri beliau.Pastu terus cari dekat twitter dan follow beliau di sana.




Sebelum tu, gua ada tulis macam ni :



Sejujurnya niat hanya ingin mencuba saja.Disebabkan beliau seorang yang aktif sangat di blogging


Kemudian, lihatlah hasilnya selepas beberapa minit 



Fokus kepada yang nama "Santai Bersama" itu.Itulah beliau ;Ben Ashaari




Terkaku.Terkesima.Terkedu.Terkeeezzzuuutttt.Semua ada lepas tu, memang tak disangka, beliau akan follow balik.Ben Ashaari follow Asyraf Zulkifli.Itu fakta dan bukan auta.


Kagum dengan beliau kerana boleh mengupdate / mengemaskini blog beliau setiap hari dengan sebanyak mungkin entri yang menarik.Kagum juga kerana beliau sudi menekan button follow dan mefollow gua.Siapalah gua ini di mata beliau.Tak memilih untuk mefollow sesiapa.Mesra la katakan.Blog beliau juga menarik untuk dibaca.Maaf Abang Ben jika ada terkasar bahasa sedikit.














Sedikit tweet bersama beliau.Terima kasih kerana sudi membalas tweet gua.Rasa seronok sebentar.Jom follow blog Ben Ashaari.Kepada mana mana blogger atau sesiapa yang  masih belum mengenali Ben Ashaari, silalah berbuat demikian,klik yang mana anda rasa suka ;)





Begitulah sedikit sebanyak mengenai kisah bedtime story malam ni.Semoga terhibur.Terima kasih kerana sudi meluang masa membaca sedikit kisah pada malam ini.Selamat malam semua ;)



Wassalam ;)




Asyraf Zulkifli :

"Sebelum kita tidur, maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan orang lain terhadap kita.Semoga hati ini tenang dan bersih apabila memaafkan kesilapan orang lain."



Happy Reading,
| Asyrafz | 28 Mei 2013 | 1.09 a.m |

Saturday 25 May 2013

Sebelum kaki melangkah ke Menara Gading


Assalamualaikum w.b.t



Apabila jari jemari sedang ligat menari (menaip) di atas papan kekunci ini, hati ini sudah rasa keruan, rasa tiada rasa untuk meninggalkan rumah demi menimba ilmu di luar negeri.



Ye lah, luar dari negeri Kedah, yakni di Selangor sana.luar negeri la tu.Tapi, hati terasa berat dan takut untuk menjadi musafir di bumi Allah ini.



Saat ni, mungkin ada lebih satu minggu saja mungkin untuk menghabiskan baki sisa masa di rumah untuk kali terakhir.Sebelum minggu hadapan berangkat ke bumi UiTM Puncak Alam, semuanya akan bermula.Hidup baru sebagai pelajar IPT, suasana dan biah persekitaran yang baru, kawan-kawan baru, guru-guru baru, rutin hidup, cara belajar yang baru, tempat yang baru dan semuanya baru.Kadang-kadang aku tertanya-tanya, bolehkah nak follow semua benda-benda tu, boleh ka nak survive di sana, nak adapt dengan persekitaran di sana dan apa semua.



Tapi semua itu proses kehidupan, satu proses di mana yang akan membuat kita akan menjadi lebih matang dan tabah untuk melangkah ke satu fasa hidup yang baru.Hidup mesti diteruskan walau apa pun rintangan dan halangan yang datang menentang.




Kini, tinggal seminggu sahaja lagi, sebelum kaki melangkah ke alam baru, alam menuntut ilmu, alam remaja mungkin.Bebas sepenuhnya.Kalau dahulu di SMKA, semuanya terkawal, dikawal dan mengawal.Walaupun tempat untuk belajar, tetapi masih terikat dengan peraturan dan kawalan dari para warden.Dengan suasana & biah persekitaran yang islamik.Rakan-rakan yang majoriti dari Kedah juga.Mungkin senang.Tetapi bila di sana, satu Malaysia mungkin.Hakikatnya, itu semua kenangan.



Nun jauh di Selangor, kawalan dari ibu bapa amatlah juah.Kalau dulu di SMKA, setiap minggu, malah setiap hari boleh datang melawat.Kalau di sana ? sebulan belum tentu.Apakan daya.Kalau di SMKA, balik 2 minggu sekali, semua ayah datang jemput.5 km sahaja dari rumah.DI sana ? Naik bas la jawabnya.Tapi tak sabar jugak.


Kalau dulu di SMKA, tak faham semua boleh pi tanya saja cikgu-cikgu, kawan-kawan, senior-senior.Di sana ? boleh juga nak tanya kawan-kawan.Tapi belum kenal kan.Take time semua tu.Kena struggle 4 kali ganda lah dekat sana.Waktu study pon tak fix macam di SMKA, ada prep petang malam lagi.Di sana, pepandai nak hidup, bila nak study dan semua.Kalau tak study, tak score lah jawabnya.Perasaan saja tu.Rajin-rajin-rajin-rajin-rajin.Gambatte gambatte gambatte ka ora ka ora ka ora !







Kalau tetiba perut lapar kat sana, memang la kena makan.Tapi semua pakai duit sendiri.Even dekat SMKA pon kena bayar, tapi tak la se-mahal di IPT.Kalau average sebulan mungkin RM 70 dan ke atas.Kalau di sana? RM70 mungkin harga untuk seminggu.Mungkin sahaja.Makan rotilah setiap hari jawabnya.Duit pon kalau dulu ayah hantar.Tapi di sana, mungkin nak kena "cucuk" kad dekat Bank Islam, maka keluar lah pitih-pitih yang bewarna-warni.Wahhhh ! Satu fasa kehidupan yang baru.




Berkaitan dengan kawan-kawan di sana, aku pun ternanti-nanti siapakah yang bakal menjadi roommates aku nanti di sana.Siapa yang bakal sebilik.Semua itu sedang ligat bermain di fikiran ku sejak hari pertama mendapat tawaran.Macam dekat PLKN hari tu.Selalu tanya, siapa la yang bakal menjadi roomates.Aku berharap agar roomates aku ni, orang yang baik-baik belaka.Yang boleh tegur aku kalau terleka, terbuat silap.Yang boleh ajak ke masjid selalu, yang boleh ajar aku kalau tak faham, beri tunjuk ajar dalam apa jua ilmu, yang boleh dibawa bersembang sekali dan sebagainya.Mohon ada semua roomates macam tu.Memang aku berharap sangat.




Perasaan bercampur baur saat hendak melangkah ke menara gading.Peluang hanya sekali.Kalau dibiarkan peluang pergi, takkan datang sampai ke sudah.Gembira pon ada sebab nak lalui satu fasa kehidupan yang baru, cuba tempat baru, kawan baru, suasana baru, persekitaran baru.Sedih pon ada sebab nak meninggalkan mak ayah dekat Kedah, tinggal sahabat-sahabat SMKA, hidup sensorang di tempat baru.Takut pon ada sebab cara belajar yang baru.Doakan semoga segalanya berjalan lancar di sana.Aku mohon akan diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar IPT .Semoga Allah memberi kemudahan & kelancaran sepanjang sesi kehidupan di sana.




Budak Matrik dah nak berlangsung ke sana.USIM pon dah nak berlangsung jugak.Cuma budak UIA saja kot yang lambat sikit.Semua dah nak menjejak kaki dah.Nanti facebook, twitter, blog semua akan sepi, diam saja.





Tetiba rindu 5 Kindy jap.




Thank you for the semangat ! Muahahahah .Really appreciate




Sekian sudah.Berikut printscreen yang telah di printkan.Untuk peringatan dan semangat untuk belajar.Setakat tu saja.Tetiba rasa mood nak pergi belajar bertambah.Rasa nak pegang buku balik selepas setengah tahun duduk menganggur.Nak asah balik bakat tulis, guna kalkulator dan macam-macam lagi.Semoga boleh adaptkan diri di sana.Amin :))

Harapan di sana , nak belajaq elok-elok, score elok-elok pointer.Tuntut ilmu macam-macam.Kawan dengan elok-elok.Cari kawan.Pengalaman tu penting.InsyaAllah ;)




"Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam."




Wassalam :)



Asyraf Zulkifli :

"Terkejut juga boleh buat ayat kiasan dan sastera sepanjang sesi penulisan blog berlangsung.Semoga segala urusan dipermudahkan Ya Allah :)"



Happy Reading,
| asyrafz | 26 Mei 2013 | 1.12 p.m |

Friday 24 May 2013

Surat untuk kalian, SMKAB :0812




Assalamualaikum w.b.t


Sebelum hampa baca "surat" ni, tolong mainkan lagu youtube di bahagian paling bawah blog ni kejap.Pastu boleh baca.Bagi datang mood & feel kejap.Mohon rajin tolong scroll hingga ke bawah kejap.

                

                       Ke hadapan semua kengkawan Sahabat Sampai Syurga, se-batch 0812 SMKAB, aku tak tau nak cakap apa sebab kita dah nak masuk universiti dah semua kan.Semua dah nak bawa haluan masing-masing, nak study dekat macam-macam tempat serata Malaysia la kan.Penat kalau aku nak sebut semua nanti.





Pertama sekali, aku nak ucap tahniah dekat hampa semua  sebab setau aku, semua pakat pergi menyambung pelajaran kan, even ada yang masuk Form 6 ,matrik, universiti dan semualah.Tahniah untuk hampa sebab tak de la yang lepas keluar result la, dah kahwin apa semua.Semua pakat mengejar cita masing-masing walaupun kita bukan lagi sebumbung di Agama Baling.tsk tsk tsk :'(.InsyaAllah selagi mana kita punya determination kuat untuk mengejar cita-cita, selagi tu kita semua boleh berjaya dengan flying colours.





Sememangnya aku beruntung sangat sebab dapat jumpa hampa semua dekat SMKAB, even ada yang 2 tahun saja, ada yang setahun, ada yang sehidup semati sampai 5 tahun, itu semua tak kisah sebab apa yang penting kita bertemu kerana Allah SWT dan kita berpisah juga kerana Allah SWT.Sememangnya hampa semua the best ! Kepada sesiapa yang pernah duduk se-kelas, se-dorm, se-organisasi dengan aku, terima kasih aku ucapkan dekat hampa semua kerana telah membantu mengcrayonkan hidup aku di sana.Yang tak terlibat juga, jangan bimbang, anda juga banyak berjasa dengan aku semua.Kira semualah banyak berjasa ;)





Aku harap hampa semua jaga diri di sana (merujuk kepada tempat hampa mengaji)  elok-elok.Kalau boleh cari kawan elok-elok, duduk elok-elok, study elok-elok, jaga hubungan dengan Allah SWT elok-elok, berkawan elok-elok, semua elok-elok.Tunjuk sikit nilai apa yang kita dapat waktu di SMKA dulu walaupun sikit, tapi cuba tunjukkan.Gemilangkan SMKAB di sana.Pilih kawan elok-elok kat sana, supaya diri kita pon elok nanti.Jaga diri kat sana nanti.Tambah-tambah kepada sesiapa yang dapat ke oversea sana.Jangan lupa kami yang di Malaysia ini.Tahniah untuk hampa.Ada jugak sahabat se-batch yang dapat ke oversea.Aku bangga  !






Pastu, aku harap hampa semua berjaya nanti dekat sana, score pointer tinggi, biaq gayat takpa janji awesome la orang pandang.Even kita SMKA, kita juga boleh.Jangan rasa rendah dekat sana.Buat biasa ja.Buat macam kita ni setaraf juga dengan depa kat sana.Doakan untuk aku jugak di UiTM Palam sama nanti.Kita kena yakin, kita pon ada kelebihan jugak.Yakin bahawa kita semua boleh.Study biar gempak okay.Nanti bila besaq nanti, boleh la aku nak ada kawan dengan profesor-profesor madya, gabenor-gabenor Bank Negara ka, doktor-doktor pakar M'sia, jurutera-jurutera hebat, guru-guru cemerlang M'sia, pakar-pakar ekonomi, pegawai-pegawai syariah dan sebagainya.Yang penting semua orang-orang besar la nanti.Waktu tu aku akan bahagia  ;)






Selaku seorang insan yang hina & kerdil, aku akan sentiasa doakan kejayaan hampa di dunia & akhirat.Semoga kejayaan sentiasa bersama dengan hampa semua.Juga doakan aku, di UiTM Puncak Alam dengan Pizack, Fahira & Sythiroh dekat sana.Semoga kami berjaya habis asasi di sana dengan 4.0 CGPA.Daeebbakk baq hiangg !! Kalau kita ada masa nanti, kita buat la re-union ka apa ka dekat mana-mana la nanti.Rasa macam sekejap ja baru jumpa hampa semua.






Aku pon cuak, takut, ketaq dan macam-macam lagi la nak pegi belajaq dekat tempat baru.Ya lah kan, nak pi belajaq dekat tempat baru, jauh pulak tu.Lagi satu kita tak tau suasana & biah persekitaran macam mana.Selama ni kita semua kawan dengan muslim & malay sahaja.Kira apa pon yang terjadi, dah biasa dengan hampa semua.Tapi mana nak tau bila sana ada miracle happened ka.Waktu tu, kita boleh la aplikasikan apa yang kita belajaq dekat SMKA dulu.Semoga kita boleh menjadi diri kita yang sebenar di sana dan terhindar dari segala perkara yang tidak elok.InsyaAllah.Sesama kita doakan.





Kepada semua warga UIA, UiTM,USIM, UniKL,UPM, Kolej Matrikulasi Kedah, Penang, Perak, Melaka, Selangor, Johor, Kelantan, UM, Form 6, Kolej-kolej MARA, MJII, yang tengah buat persediaan ke Mesir, Jordan, Jepun, Jerman, GMI dan sebagainya, best of luck nanti dekat sana (merujuk kepada tempat pengajian memasing), buat yang terbaik dekat sana.Ingat kita belajaq semua lillahita'ala.Betulkan niat masing-masing untuk belajaq.Aku tau hampa semua boleh.




Kepada semua 5 al-kindy, 5 al-farabi, 5 ar-razi, 5 al-jazari, aku ucapkan selamat berjaya buat hampa semua di tempat mengaji hampa nanti.Buktikan bahawa kita semua boleh.Buktikan kepada semua lah, bahawa kita semua boleh.Mohon ulang baca dan faham.Walaupun keputusan SPM batch kita bukanlah yang terbaik di SMKAB, tetapi kita ada hak untuk menjadi yang terbaik di universiti dan sebagainya.Belajaq la sebaik mungkin, sepulon mungkin dan jadilah sehebat mungkin di sana.Walaupun ditakdirkan nanti, aku tak berjaya macam hampa, tetapi bila aku tengok kejayaan hampa nanti, aku akan rasa seronok sangat.InsyaAllah hampa semua boleh !




Akhir sekali, aku MUHAMMAD ASYRAF BIN ZULKIFLI ingin meminta maaf kepada semua hampa yang sudi baca "surat" ni.Minta maaf kalau ada buat salah dekat hampa sepanjang tempoh perkenalan kita.Doakan yang terbaik untuk aku di UiTM Puncak Alam sana.Semoga mampu buat yang terbaik, score pointer tinggi-setinggi-tingginya dekat sana.Jadi contoh terbaik di sana.Terhindar dari segala perkara maksiat apa semua dan banyak lagi.Kuat tabah dan sabar hadapi segala cabaran dan rintangan.Doakan juga kejayaan aku di sana.





Semoga ukhwah kita yang terjalin selama ni akan kekal buat selama-lamanya hingga ke syurga.Kalau tanya rindu dak nak baca yassin setiap malam dekat surau, aku akan jawab "YA".Rindu dak nak study sama-sama, "YA" jugak.Semuanya "YA" lah.Tapi fitrah insan, di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan.Walaupun kita dah tak sebumbung dorm, sebumbung kelas, sebumbung DM,sebumbung DU waktu exam dan macam-macam lagi la sebumbung.Tapi aku akan ingat semua tu.



Without all of you, I'm nothing.Terima kasih kasih kerana sudi menjadi sahabat aku.InsyaAllah sahabat sampai syurga.Semoga kita berjumpa lagi di menara gading,di alam pekerjaan, di alam barzakh, di padang mahsyar dan di syurga firdausi.







Salam 4th Generation,
Asyraf Zulkifli.









SMKAB BATCH 0812 :

 SELAMAT BERJAYA & SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU DI UNIVERSITI.

TERIMA KASIH SEMUA ;)




Wassalam semua bakal penuntut universiti,

Asyraf Zulkifli :

"Aku tak sempat nak letak tisu dalam ni.Takpa, bagi keluaq semua aiyaq mata tu.Aku tak tau nak cakap apa kat hampa, semoga berjaya"


Happy Reading,
| asyrafz | 24 Mei 2013 | 4.53 p.m |

Wednesday 22 May 2013

Apabila UPU berbuat baik





Assalamualaikum w.b.t




Mood blogging kembali.tengok tajuk pun pasal UPU kan?Aku mula menulis entri ini setelah keputusan UPU dah umum 5 hari selepas.Lambat jugak la.Takpa-II slow and steady win the race.





Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya serta inayah-Nya kerana telah memberi first choice dalam UPU yang aku apply hari tu.Alhamdulillah syukur ya Allah.Bagi pilihan kedua hingga kelima semua aku mintak UIA dengan penuh yakin dan bersemangatnya.Takpa lah, UiTM still in my heart.





Tengok ? Dah cakap tadi bahawa aku dapat UiTM kan.yaaaaaaaaaaa.Alhamdulillah sekali lagi dapat UiTM Puncak Alam.Kos asasi sains 1 tahun.




muka cuak gila bila nak letak IC dekat dalam ni.



Alhamdulillah syukur sangat-sangat waktu baca benda ni ;)))




Kini, secara rasminya aku bakal menjadi waga UiTM Puncak Alam.InsyaAllah.Syukur sangat-sangat sebab dapat masuk UiTM Puncak Alam.Walaupun ada yang selalu lekehkan UiTM.Abaikan mereka.Dan , berdasarkan apa yang aku tau, UiTM Puncak Alam atau nama saintifiknya UiTM Palam baru lagi tempat dia, koleh dia apa semua.Mungkin boleh survive kot di sana.


Untuk yang nak stalk pasal UiTM Palam, here, I give you the blog.Sila klik SINI .

Dan setelah berchatting dengan rakan-rakan sebatch, rakan PLKN, rakan-rakan-rakan lagi, adalah beberapa yang dapat sana.Mereka ialah, Pizack, Amira Fahira, Syathiroh, Luqman Hakim, Ikhwan Wahab, Shafiq, Amni Athirah, Sepupu Hannah, Husnina, Atip.Yang tu je kot.But, antara mereka semua mengharapkan MARA/JPA-MARA/JPA.UPU ni just pilihan kedua after scholarship kot.Dan ada yang nak masuk matrik saja.Moga itu yang terbaik buat kalian semua.


Dan untuk di sana, adalah beberapa senior SMKAB yang meneruskan pengajian di sana.Lebih malang lagi, semuanya kaum-kaum perempuan.Harapan aku tinggi mengharapkan kaum-kaum adam yang banyak di sana supaya senang lah apa-apa pon kan.Tapi itu semua cabaran kot.InsyaAllah boleh.

Akhir sekali, aku harap UiTM ni yang terbaik untuk aku.Kalau itu yang terbaik, aku redha dan proceed to achieve glory there.InsyaAllah.


ppsssttttt....sedikit view UiTM Palam.Fokus dekat tangga yang lebih gemar disapa as "Batu Caves".

 Wassalam ;)


Asyraf Zulkifli :

"Kadang-kadang Allah S.W.T tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi DIA memberi apa yang terbaik untuk kita"


Happy Reading,
| asyrafz | 22 Mei 2013 | 11.27 p.m |

Sunday 19 May 2013

Itulah yang dikatakan AJAL




Assalamualaikum w.b.t



Tetiba sahaja mood berblogging membuak-buak minggu ni.I don't know why kenapa.Rajin sangat nak update segala-galanya.Abaikan segala faktor yang mendorong perkara tersebut.



Hati aku tersentap, berkocak sebanyak 9.9 skala ritcher bila dengar berita yang sememangnya tak disangka oleh aku.Memang unexpected betol cerita tu.Nak jadi cerita apabila penduduk taman aku yakni Taman Wawasan  tengah bermesyuarat untuk kenduri kahwin anak seorang pak cik ni la.Rumah pak cik tu pula dekat ja dengan rumah aku.Jalan dalam 2-3 tapak ja dah boleh sampai.



Lepas tu, tetiba tengah bermesyuarat untuk kenduri kahwin anaknya, tuan rumah tersebut pengsan dan ditakdirkan oleh Allah S.W.T yang ajal dia dah sampai waktu.



Innalillahiwainnailaihiroji'un..................



Aina la bagitau aku pasal benda ni.Nasib terbaca tweet dia dekat twitter






Aku agak terkejut bila dapat tau berita macam tu.Ringkasnya, sedang asyik bermesyuarat untuk kenduri kahwin si anak yang bakal menjelma tak lama lagi, si ayah pengsan dan meninggal dijemput Illahi.Boleh bayangkan ? Sedih.Bagaimanakah perasaan si anak apabila mendapat tahu yang si ayah meninggal sebelum sempat bergelar isteri.Tentulah sedih.


Dan aku juga terkejut sebab dalam minggu ni juga aku baru ja sembang dengan arwah pak cik tersebut.Lagi terkesima.Baru ja dia tanya aku dapat study mana ? Mintak apa nak study ? Lebih kurang la macam tu.Terima kasih pak cik sebab ambil berat tentang saya.Dan aku boleh ingat lagi senyuman dia apa semua.Semoga pak cik ditempatkan dengan orang-orang yang soleh di akhirat kelak.Al-Fatihah.




Waaaaaaaaaa * menguap kejap* , itulah yang dikatakan ajal.Bila-bila masa sahaja boleh pergi meninggalkan dunia yang fana ini.Kita tidak tahu bilakah kita akan meninggal, esok, lusa, dan pada saat ini juga boleh.Tidak semestinya ketika tua saja baru boleh pergi menghadap Illahi.Ketika muda pon boleh pergi menghadap Illahi.Kita takkan pernah tau bila kita punya ajal maut.Semua itu kerja DIA.Berdoalah agar kita dipanjangkan usia dengan ibadah kepada-Nya.














Sememangnya peristiwa berkaitan pak cik itu memberi kesan yang mendalam buat diri ini dan juga mohon kepada semua.Jika sebut pasal mati, pasti semua orang akan berkata bahawa "takut" untuk menghadapinya, tetapi yang menjadi persoalannya setakat manakah ketakutan yang kita katakan jika masih lagi membuat perkara-perkara yang tidak mendapat keredhaan Allah dan melanggar syariat-Nya.Memang tiada insan sempurna di dunia kecuali Rasullullah SAW, tetapi cubalah menjadi yang sempurna di mata Allah juga manusia.




" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."
(al-Araf:34)



"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" 
(al-Imran : 185)


"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh"
(an-Nisa: 78)

"Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (al-Jumu'ah: 08)




Sememang ajal maut, rezeki dan juga jodoh semuanya terletak di tangan Allah.Kita tidak akan tahu semuanya sekarang.Teruskan lah berdoa agar kita mendapatnya dengan penuh keberkatan dah kerahmatan Allah.


Saya bakal bernikah.
Kita semua bakal bernikah.
Kita semua bakal bernikah dengan kematian.
Bersediakah kita untuk dijemput Izrail?
Bersediakah kita untuk menghadapi malam pertama bersama Munkar dan Nakir?
Bersediakah kita menempuhi alam yang baru, tanpa bekalan yang benar-benar mencukupi?
Kullu nafsin zaa iqatul maut.



Wassalam semua bakal jenazah ;)

Asyraf Zulkifli :

"Tanya diri anda yang berakal, apa gunanya hidup 40-60 tahun jika mati nanti, murka Tuhan menanti ? "

Happy Reading,
| asyrafz | 19 Mei 2013 | 10.54 p.m |

Wednesday 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Assalamualaikum w.b.t

Terasa jari jemari semakin rancak nak menaip apa-apa saja lah.Hehehehe.Mood untuk berblogging kembali rancak apabila mengenangkan bahawa ini mungkin merupakan satu terapi dalaman buat aku.Sudah jatuh hati maaa sama blog.Okay stop ! Dah masuk zone merepek.

Setiap kali tanggal keramat 16 Mei setiap tahun, pasti semua orang akan mengenang jasa guru-guru yang banyak berjasa kepada semua individu.Dan aku rasa tak ada seorang pun di dunia ini yang tak ada seorang guru dalam hidup.Semua kita tahukan bahawa guru merupakan ibu bapa kita yang ke-2 selepas ibu bapa original kita dekat rumah.

Memandangkan hari ini merupakan16 Mei 2013, yakni hari guru yang pertama buat Muhammad Asyraf b. Zulkifli tanpa bergelar seorang pelajar.Tangkap leleh la jugak.T___T.
Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya kepada guru-guru di


  • TADIKA EHSANIAH MASJID KUPANG
  • SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUPANG
  • SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING
  • GURU-GURU TUISYEN YEAR 6, FORM 3 & FORM 5
  • GURU-GURU TIDAK FORMAL

Sewaktu tadika, apalah sangat hari guru ni.Semua masih kekanak ribena lagi.Asyik nak main ja semua.Terima kasih cikgu-cikgu tadika sebab tanpa anda saya tidak boleh masuk darjah 1 di SK Kuala Kupang.Anda juga salah seorang jurutera saya.

Lepas tu masuk part alam sekolah rendah di SK Kuala Kupang.Alahai sekolah rendah.Bila dikenang balik, rasa macam semangat 200.999% bila setiap kali nak sambut hari guru.Hadiah mesti wajib semua sorang satu.Kalau tak da hadiah, mesti tak pergi dah sekolah esok hari.Hehehe.Lawak la bila sebut balik.Terima kasih buat cikgu-cikgu di SK Kuala Kupang.Tanpa anda saya tidak akan masuk ke alam sekolah menengah.Semoga jasa kalian semua dibalas oleh Allah.

Bila tahun 2008, masuk ke alam sekolah menengah di SMK Agama Baling sehingga tahun 2012.Bila masuk part sekolah menengah la saat-saat yang paling best sekali.Tak tau nak cakap macam mana.Di mana tempat aku belajar kenal apa itu erti hidup dan sebagainya di SMKA.Dan sememangnya Sambutan Hari Guru di sana juga awesome.Tahniah buat semua para-para pengawas kerana telah membuat satu sambutan yang gilang gemilang setiap tahun.

Di kesempatan ini, saya, Muhammad Asyraf Bin Zulkifli ingin memohon maaf kepada semua guru-guru.Sebagaimana yang anda semua tahu, saya ni bukanlah dikategorikan sebagai seorang murid yang baik akhlaknya.Jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sewaktu cikgu-cikgu semua mendidik saya, saya mohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan diri.


Sememangnya jasa kalian semua dalam menjadi jurutera kepada anak bangsa sangat dikenang.Tanpa kalian semua siapalah saya sekarang ini.No words I can describe to all of you.Semoga jasa kalian semua diberi ganjaran oleh Allah di akhirat kelak.TERIMA KASIH CIKGU ;)



Buat guru-guru di SMKA Baling, anda lah yang terbaik dalam diri saya,Jasa kalian memang tidak ternilai.














Selain itu, terima kasih juga buat ibu dan bapa saya yang juga merupakan cikgu juga di SMK Syed Abu Bakar.Kalianlah guru pertama dalam hidup saya.Tanpa kalian berdua, saya tidak mampu ada untuk menulis entri blog ini.Hehehe.


Juga kepada rakan-rakan saya yang telah menjadi guru kepada saya sama ada dalam subjek ataupun masalah yang di hadapi.Terima kasih juga buat anda.Terima kasih kepada semua ;)






“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, penghuni langit dan bumi, bahkan sehingga 

semut yang di dalam lubangnya, juga ikan paus (di lautan), benar-benar berselawat ke 

atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” 
(Sunan At-Tirmidzi, no. 2685)



Wassalam ;)

Asyraf Zulkifli :

"Without kalian semua, siapalah saya sekarang.Terima kasih kerana telah mendidik, mencurah segala ilmu kepada saya.Semoga syurga menanti anda di sana"


Happy Reading,
| asyrafz | 16 Mei 2013 | 12.42p.m |