Assalamualaikum w.b.t
Setelah sekian lama tidak kembali menulis, tetiba terdetik sang hati untuk menggarap kembali apa yang telah terbuku di minda dan hati untuk mencoretkan pengalaman sebagai seorang hamba Allah S.W.T.
Sudah nampak tajuk entri kan? Apa yang melengkapkan temuduga di 3 negeri utara ? Setelah dapat keputusan SPM, aku pun kalot la mengapplykan beberapa biasiswa untuk sambung belajar.Ye lah, siapa yang tak nak belajar free sepanjang hidup ? Aku ni lah bukan lah mampu sangat untuk bayar semua my education fees.Hanya mengharapkan biasiswa sahaja.
Setelah itu, mendapat temuduga untuk program JPA-MARA di MRSM Kepala Batas (Pulau Pinang), Biasiswa Zakat Negeri Kedah di Menara Zakat Kedah Alor Star (Kedah) dan baru-baru ini temuduga IPG untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG Kampus Perlis (Perlis).Nampak 3 negeri utara telah dijelajah untuk menghadiri temuduga?
Kembali kepada niat asal hanyalah untuk menceritakan tentang temuduga IPG pada 13 Mei 2013 yakni hari Isnin hari tu.Nampak tak keklisekan tajuk entri.Muahahaha *gelak kejap* .
Asalnya, aku pon tak berapa yakin hendak menghadiri temuduga IPG ni setelah mendapat tentangan hebat dari bonda tercinta.Lepas tu, kawan aku pula telah post apa tah dekat Facebook pasal ada yang mengatakan bahawa sesiapa yang mendapat IPG, dia tidak akan mendapat tempat di IPTA.Nampak serabot sikit kan? Chill bro ! Lepas aku tanya beberapa orang pasal benda ni, semua pakat memberi pandangan masing-masing.Setelah beristikharah, aku nekad untuk mencuba saja.Peluang hanya datang sekali.Apa salahnya kita mencuba.Kalau sudah ditakdirkan oleh Allah itu rezeki aku, aku redha sahaja.
Ini ialah apa yang dipostkan oleh kawan aku. |
Selepas makan malam hari Jumaat, ayah kata, "interview IPG ni kita pi saja".Tersentak jantung sebanyak 376.98 degree lantas bergoncang sebanyak 7.2 skala ritcher selepas dengar apa yang ayah kata.Terus fikir balik apa semua.Tanya kawan apa semua.Semua kata pi je lah.Nasib la borang dah download apa semua.Esok tu start isi apa yang patot, buat esei sebagai persedia ke interview.Walaupun pada mulanya mendapat tentangan sengit daripada bonda tersayang.
Setelah selesai semuanya, hari Ahad lepas Asar, bergerak pulang ke kampung halaman tercinta, Jitra sebab dari Jitra nak ke Kangar lebih kurang satu jam saja.Berbanding dari Baling nak ke Kangar. mungkin 3 jam ? Waktu di rumah Wan tu, study apa yang patot, buat revision sikit sebagai persediaan la.Takkan nak pi bawa kosong ja ilmu kat dada.Mestilah kena ada knowledge sikit.
Esok tu, dalam 6.55 a.m bergerak lah ke Kangar.Dalam kereta tu, belek sikit nota-nota yang print dekat internet.Pasal pendidikan la dan macam-macam la.
Sampai saja sana dalam pukul 8 pagi macam tu, siap-siap sikit dalam kereta.Lepas tu mulalah keluar dan pergi ke tempat orang ramai.Ramai jugak orang kat sana.Seperti biasa golongan lelaki selalu menjadi minoriti dan perempuan dengan senang hatinya menjadi majoriti di sana.Perkara biasa la kan? Aku pun jalan-jalan dekat situ dan ternampak seseorang sedang senyum senyum senyum mesra dekat aku. "oh ! boleh buat kawan ni", biasalah ayat standard yang keluar dari mulut aku.Kaki ini terasa ringan untuke melangkah ke sana bertemu beliau.Dan beliau ialah, Firdaus : Budak Perlis.Dekat saja mehhh.Okay ! Kawan baru satu.Lepas tu sembang-sembang dengan beliau.Nampaknya beliau sungguh ramah sehingga tidak terkata.
Tepat 8.20 a.m, staff dekat situ panggil masuk ke dalam Bilik Kuliah untuk Ujian INSAK.Sebelum masuk Bilik Kuliah tu, terjumpak dan duduk di belakang budak SMK Agama Sik sat, Atikah dengan apa tah sorang lagi, Unknown.
Get ready for INSAK test ! semua ada 135 soalan dan WAJIB jawab dalam masa 30 minit.Nampak kekejaman berlaku di situ.Kes dera untuk semua calon IPG.Yang paling "sedap" sekali dengar bila, orang tu cakap, "Anda ada masa lagi 10 minit untuk menjawab kesemua soalan".Waktu tu aku baru dekat soalan 76/135.Tangan bergerak sungguh pantas menghitamkan semua soalan-soalan tersebut dengan sekali baca sahaja.
Lepas habis INSAK test, bergerak ke bilik temuduga di Pejabat Pentadbiran.Aku kena bilik C.Semua ada Bilik A, B, C & D.Sampai saja bilik tu, duduk-duduk sat.Then, pergi tengok nama dekat tepi tu.Nama aku nombor 7 daripada 7.Last sekali la.Lepas tu, staff yang jaga pintu bilik tu panggil semua calon masuk ke dalam bilik temuduga dan kami harus duduk dalam separuh bulatan atau U shape menghadap panel-panel tu.Lepas tu, panel tu mintak semua file-file dan salinan-salinan segalanya.Dia bagi taklimat sikit.Oh, ada 2 orang panel dalam tu dan semua lelaki.
Lepas tu panel tu tunjuk video dan suruh kami bincangkan mengenai video tersebut.Dan inlah video tersebut.
Lepas bincang semua soalan yang berkaitan dengan video ni.Antara soalan yang dia tanya :
- Berikan pendapat anda tentang mesej yang ingin disampaikan oleh video tersebut.
- Apakah pandangan anda tentang video tersebut berkait dengan persekitaran kita dalam hidup berjiran
- Apakah pandangan anda tentang masyarakat kini yang gemar menghantar ibu bapa mereka ke rumah jagaan orang tua.
Berkenaan video aku rasa 3 soalan ini saja dia tanya.Soalan lebih kurang macam tu lah.Kena open-minded, fikir balik isi-isi karangan dulu-dulu.
Lepas semua soalan pasal video dia tanya pasal pendidikan pula :
- Apakah pendapat anda tentang nilai-nilai pendidikan yang perlu diterapkan kepada anak-anak muda masa kini.
- Saya yakin bahawa anda sudah menkaji tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan pada masa kini, berikan pandangan anda berkaitan mana-mana isu yang anda kaji.
- Jika anda seorang guru matematik kelas pemulihan darjah 1, apakah yang akan anda buat dalam kelas anda.
- Kita tahu bahawa murid Cina di SJK (C) lebih bijak dalam subjek Matematik berbanding murid di SK, apakah pembaharuan yang akan anda lakukan sebagai seorang guru Matematik jika anda terpilih dalama program ini.
Itu sahaja yang aku rasa dia tanya.Puas juga cakap dalam group tu dalam masa sejam.Dan sememangnya aku berpuas hati dengan apa yang aku cakap waktu interview tu.Kira puas la jugak.Semua boleh jawab.Ahli group aku ialah Hafiz, Anis, Syikin, Lela, Izzati.Oh ya ! Dalam group aku semua mintak cikgu Matematik.Lepas tu, aku ada tanya panel tu, "Jika saya mendapat tempat dan terpilih untuk mengikuti program ini, adakah saya tidak mendapat tempat di IPTA ?" Dan dia cakap, "Masih boleh dapat".Jawapan yang aku nak tau sangat.Sebab dia kata IPG ni panggil lambat dalam bulan Jun.Dalam pukul 10.35 a.m tu dah habis semua interview.Alhamdulillah dapat sesi paling awal dan lancar semuanya.Terima kasih ya Allah ;)
macam nak jawab SPM bila jawab ujian INSAK ni.Kertas soalan kena bagi balik. |
And the boy is my friend;Firdaus.Semangat dia siap bercoat lagi |
lensa-lensa 1 |
lensa-lensa 2 |
lensa-lensa 3 |
KENAPA AKU PILIH UNTUK PERGI JUGAK TEMUDUGA IPG ?
Persoalannya ialah kenapa aku pergi jugak ke sini ?
- Ingin melengkapkan 3 temuduga di 3 negeri utara ; Kedah, Penang & Perlis.
- Ingin mencuba nasib di interview ini kerana peluang hanya sekali.Walaupun ada yang cakap bila dah dapat IPG, takkan dapat IPTA, tapi aku buat tak kisah saja.Jika ini yang terbaik untuk aku, aku redha saja.
- Ingin mengisi masa lapang.Mungkin terlalu bosan di rumah
- Ingin tambah kawan dekat sana.
- Ingin melawat IPG Perlis.
- Ingin merasai pengalaman interview IPG dan nak jawab Ujian INSAK.
Abaikan semua alasan yang nonsense bagi aku.Hahaha *gelak kejap* .Setelah selesai interview IPG di sana, aku rasa lega sangat kerana telah mencuba yang terbaik.Cukuplah pengalaman yang aku dapat di sana walaupun sehari untuk diguna pakai sepanjang hidup.
Sekian coretan cikit-cikit sekitar hari temuduga di sana.
Wassalam,
Asyraf Zulkifli :
"Kadang-kadang Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi DIA memberi apa yang terbaik untuk kita.Redha itu perlu."
Happy Reading,
| asyrafz | 15 Mei 2013 | 9.33 p.m |
No comments:
Post a Comment