Assalamualaikum w.b.t
Sebelum hampa baca "surat" ni, tolong mainkan lagu youtube di bahagian paling bawah blog ni kejap.Pastu boleh baca.Bagi datang mood & feel kejap.Mohon rajin tolong scroll hingga ke bawah kejap.
Ke hadapan semua kengkawan Sahabat Sampai Syurga, se-batch 0812 SMKAB, aku tak tau nak cakap apa sebab kita dah nak masuk universiti dah semua kan.Semua dah nak bawa haluan masing-masing, nak study dekat macam-macam tempat serata Malaysia la kan.Penat kalau aku nak sebut semua nanti.
Pertama sekali, aku nak ucap tahniah dekat hampa semua sebab setau aku, semua pakat pergi menyambung pelajaran kan, even ada yang masuk Form 6 ,matrik, universiti dan semualah.Tahniah untuk hampa sebab tak de la yang lepas keluar result la, dah kahwin apa semua.Semua pakat mengejar cita masing-masing walaupun kita bukan lagi sebumbung di Agama Baling.tsk tsk tsk :'(.InsyaAllah selagi mana kita punya determination kuat untuk mengejar cita-cita, selagi tu kita semua boleh berjaya dengan flying colours.
Sememangnya aku beruntung sangat sebab dapat jumpa hampa semua dekat SMKAB, even ada yang 2 tahun saja, ada yang setahun, ada yang sehidup semati sampai 5 tahun, itu semua tak kisah sebab apa yang penting kita bertemu kerana Allah SWT dan kita berpisah juga kerana Allah SWT.Sememangnya hampa semua the best ! Kepada sesiapa yang pernah duduk se-kelas, se-dorm, se-organisasi dengan aku, terima kasih aku ucapkan dekat hampa semua kerana telah membantu mengcrayonkan hidup aku di sana.Yang tak terlibat juga, jangan bimbang, anda juga banyak berjasa dengan aku semua.Kira semualah banyak berjasa ;)
Aku harap hampa semua jaga diri di sana (merujuk kepada tempat hampa mengaji) elok-elok.Kalau boleh cari kawan elok-elok, duduk elok-elok, study elok-elok, jaga hubungan dengan Allah SWT elok-elok, berkawan elok-elok, semua elok-elok.Tunjuk sikit nilai apa yang kita dapat waktu di SMKA dulu walaupun sikit, tapi cuba tunjukkan.Gemilangkan SMKAB di sana.Pilih kawan elok-elok kat sana, supaya diri kita pon elok nanti.Jaga diri kat sana nanti.Tambah-tambah kepada sesiapa yang dapat ke oversea sana.Jangan lupa kami yang di Malaysia ini.Tahniah untuk hampa.Ada jugak sahabat se-batch yang dapat ke oversea.Aku bangga !
Pastu, aku harap hampa semua berjaya nanti dekat sana, score pointer tinggi, biaq gayat takpa janji awesome la orang pandang.Even kita SMKA, kita juga boleh.Jangan rasa rendah dekat sana.Buat biasa ja.Buat macam kita ni setaraf juga dengan depa kat sana.Doakan untuk aku jugak di UiTM Palam sama nanti.Kita kena yakin, kita pon ada kelebihan jugak.Yakin bahawa kita semua boleh.Study biar gempak okay.Nanti bila besaq nanti, boleh la aku nak ada kawan dengan profesor-profesor madya, gabenor-gabenor Bank Negara ka, doktor-doktor pakar M'sia, jurutera-jurutera hebat, guru-guru cemerlang M'sia, pakar-pakar ekonomi, pegawai-pegawai syariah dan sebagainya.Yang penting semua orang-orang besar la nanti.Waktu tu aku akan bahagia ;)
Selaku seorang insan yang hina & kerdil, aku akan sentiasa doakan kejayaan hampa di dunia & akhirat.Semoga kejayaan sentiasa bersama dengan hampa semua.Juga doakan aku, di UiTM Puncak Alam dengan Pizack, Fahira & Sythiroh dekat sana.Semoga kami berjaya habis asasi di sana dengan 4.0 CGPA.Daeebbakk baq hiangg !! Kalau kita ada masa nanti, kita buat la re-union ka apa ka dekat mana-mana la nanti.Rasa macam sekejap ja baru jumpa hampa semua.
Aku pon cuak, takut, ketaq dan macam-macam lagi la nak pegi belajaq dekat tempat baru.Ya lah kan, nak pi belajaq dekat tempat baru, jauh pulak tu.Lagi satu kita tak tau suasana & biah persekitaran macam mana.Selama ni kita semua kawan dengan muslim & malay sahaja.Kira apa pon yang terjadi, dah biasa dengan hampa semua.Tapi mana nak tau bila sana ada miracle happened ka.Waktu tu, kita boleh la aplikasikan apa yang kita belajaq dekat SMKA dulu.Semoga kita boleh menjadi diri kita yang sebenar di sana dan terhindar dari segala perkara yang tidak elok.InsyaAllah.Sesama kita doakan.
Kepada semua warga UIA, UiTM,USIM, UniKL,UPM, Kolej Matrikulasi Kedah, Penang, Perak, Melaka, Selangor, Johor, Kelantan, UM, Form 6, Kolej-kolej MARA, MJII, yang tengah buat persediaan ke Mesir, Jordan, Jepun, Jerman, GMI dan sebagainya, best of luck nanti dekat sana (merujuk kepada tempat pengajian memasing), buat yang terbaik dekat sana.Ingat kita belajaq semua lillahita'ala.Betulkan niat masing-masing untuk belajaq.Aku tau hampa semua boleh.
Kepada semua 5 al-kindy, 5 al-farabi, 5 ar-razi, 5 al-jazari, aku ucapkan selamat berjaya buat hampa semua di tempat mengaji hampa nanti.Buktikan bahawa kita semua boleh.Buktikan kepada semua lah, bahawa kita semua boleh.Mohon ulang baca dan faham.Walaupun keputusan SPM batch kita bukanlah yang terbaik di SMKAB, tetapi kita ada hak untuk menjadi yang terbaik di universiti dan sebagainya.Belajaq la sebaik mungkin, sepulon mungkin dan jadilah sehebat mungkin di sana.Walaupun ditakdirkan nanti, aku tak berjaya macam hampa, tetapi bila aku tengok kejayaan hampa nanti, aku akan rasa seronok sangat.InsyaAllah hampa semua boleh !
Akhir sekali, aku MUHAMMAD ASYRAF BIN ZULKIFLI ingin meminta maaf kepada semua hampa yang sudi baca "surat" ni.Minta maaf kalau ada buat salah dekat hampa sepanjang tempoh perkenalan kita.Doakan yang terbaik untuk aku di UiTM Puncak Alam sana.Semoga mampu buat yang terbaik, score pointer tinggi-setinggi-tingginya dekat sana.Jadi contoh terbaik di sana.Terhindar dari segala perkara maksiat apa semua dan banyak lagi.Kuat tabah dan sabar hadapi segala cabaran dan rintangan.Doakan juga kejayaan aku di sana.
Semoga ukhwah kita yang terjalin selama ni akan kekal buat selama-lamanya hingga ke syurga.Kalau tanya rindu dak nak baca yassin setiap malam dekat surau, aku akan jawab "YA".Rindu dak nak study sama-sama, "YA" jugak.Semuanya "YA" lah.Tapi fitrah insan, di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan.Walaupun kita dah tak sebumbung dorm, sebumbung kelas, sebumbung DM,sebumbung DU waktu exam dan macam-macam lagi la sebumbung.Tapi aku akan ingat semua tu.
Without all of you, I'm nothing.Terima kasih kasih kerana sudi menjadi sahabat aku.InsyaAllah sahabat sampai syurga.Semoga kita berjumpa lagi di menara gading,di alam pekerjaan, di alam barzakh, di padang mahsyar dan di syurga firdausi.
Salam 4th Generation,
Asyraf Zulkifli.
SMKAB BATCH 0812 :
SELAMAT BERJAYA & SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU DI UNIVERSITI.
TERIMA KASIH SEMUA ;)
Wassalam semua bakal penuntut universiti,
Asyraf Zulkifli :
"Aku tak sempat nak letak tisu dalam ni.Takpa, bagi keluaq semua aiyaq mata tu.Aku tak tau nak cakap apa kat hampa, semoga berjaya"
Happy Reading,
| asyrafz | 24 Mei 2013 | 4.53 p.m |
No comments:
Post a Comment