Halaman

Wednesday, 8 May 2013

Mimpi sampai menangis ? Logikkah?

Assalamualaikum w.b.t



Kembali menulis dalam bulan Mei yang indah ini. * Acewaahhhhh* Ya ! Bajet itu perlu :3 eh, sekarang dah Mei dah kan? bermaksud Mei adalah antara bulan terakhir aku duduk di rumah sebelum ke mana-mana pusat pengajian tinggi.Sedih sekejap.I love you ma ayah.Memang rasa yang sangat aneh pelik dan jiwa kacau bila nak pi mengaji pulak.Sebab kan dah dekat 6 bulan kot tak rasa feel dalam kelas apa semua.Tapi mohon silent-silent reader doakan yang terbaik.Selamat datang ke zon merepek.Okay stop !


Memang salah satu aku buat blog ni sebab aku suka bercerita.Ni nak story sikit pasal mimpi.Ya ! memang mimpi je pon.Tapi aku tak pernah rasa mimpi macam ni la.Kira mimpi ni pengalaman pertama  dalam hidup  sepanjang 18 hidup di atas muka bumi Allah.



Selasa, 7 Mei 2013.Tarikh dan hari benda ni berlakulah kira.Al-kisah bermula di suatu malam hikayat......... *mengarut*


"Cerita bermula apabila aku sedang di sekolah rendah lama aku.SK Kuala Kupang.Busy dengan adik-adik pantun aku.Macam biasa lah.Melatih mereka, memberi ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ini kepada mereka.Tetiba ayahanda tercinta datang dan berkata yang WAN ( panggilan untuk tok wan) sudah meninggal dunia.Kembali ke rahmatullah.Allahuakbar.

Bersiap pulang ke kampung halaman tercinta yakni Bandar Jitra. *saja nak upgrade jadi Bandar*.Lepas tu sampa ja sana terus nampak Wan tengah kena baca yassin.Diselimutkan atas katil.Orang ramai mula membanjiri 51, Lorong Mesra, Kampung Hijrah.Lepas tu bermulalah babak-babak menangis apa semua.Biasalah fitrah manusia apabila menangisi orang yang kita sayangi buat selama-lamanya.Itu sudah menjadi perkara yang biasa bagi kita masyarakat Malaysia.

Bila dah lama berlalu cerita ni, teringat balik dekat Wan sebab hari tu baru ja Wan hantar pergi interview Zakat Kedah dekat Menara Zakat Alor Star.Baru ja sangat-sangat.Terasa menyusahkan pulak.Ingat kata yang Wan kata buat elok-elok waktu interview tu.InsyaAllah ada rezeki.Walaupun dah tak ada rezeki nak dapat tawaran.Tapi nak buat macam mana.Terima kasih Wan.

Pastu,waktu nak update status dekat Facebook, rasa macam Ya Rabbi, kenapa my tears can't stop rolling down macam Niagara Waerfall ni.Nak tulis pon rasa banjir ja keyboard T_________T."


Lepas tu, tetiba ja terjaga dalam pukul 2 pagi lebih macam tu la.Rupa-rupanya mimpi.Allahuakbar.Walaupun mimpi tetapi aku rasa basah muka sebab menangis.Logikkah ? Ataupun aku bermimpi dua kali.Cuba fahamkan bagaimana yang dikatakan bermimpi dua kali.Tapi serius, aku rasa air mata waktu terjaga.Alhamdulillah cuma mimpi saja.Terus sambung menangis.


Actually sebelum nak tidur lepas mimpi tu ada la tweet, "Astaghfirullahala'zim" dekat  twitter gua.

abaikan kami tweet merapu.Ada short interaction dengan Izzat sat.


Dan aku masih ingat lagi mimpi tu.Mimpi sampai menangis ? Logikkah ?

Semoga Wan selamat di sana dengan Tok.Wan sempoi.Sekarang tengah renovate rumah ya.Lagi sempoi.Siap buat pagaq elektrik lagi.Tok kata Wan tak larat nak tolak malam-malam.Sebab tu Wan buat.Wah wah wah.Dengan bilik makan yang baru.Bilik semayang pon bubuh tiles baru.Wan the best ! Semoga Wan panjang umur, murah rezeki dan bahagia dekat dunia & akhirat.Amiiiinnn :)






Wassalam :)



Asyraf Zulkifli :

"Bersyukurlah dengan nikmat yang ada.Usah sia-siakan begitu sahaja.Sayangi orang yang masih ada"


Happy Reading,
| AsyrafZ | 8 May 2013 | 11.57 p.m |

No comments:

Post a Comment