Halaman

Wednesday 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Assalamualaikum w.b.t

Terasa jari jemari semakin rancak nak menaip apa-apa saja lah.Hehehehe.Mood untuk berblogging kembali rancak apabila mengenangkan bahawa ini mungkin merupakan satu terapi dalaman buat aku.Sudah jatuh hati maaa sama blog.Okay stop ! Dah masuk zone merepek.

Setiap kali tanggal keramat 16 Mei setiap tahun, pasti semua orang akan mengenang jasa guru-guru yang banyak berjasa kepada semua individu.Dan aku rasa tak ada seorang pun di dunia ini yang tak ada seorang guru dalam hidup.Semua kita tahukan bahawa guru merupakan ibu bapa kita yang ke-2 selepas ibu bapa original kita dekat rumah.

Memandangkan hari ini merupakan16 Mei 2013, yakni hari guru yang pertama buat Muhammad Asyraf b. Zulkifli tanpa bergelar seorang pelajar.Tangkap leleh la jugak.T___T.
Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya kepada guru-guru di


  • TADIKA EHSANIAH MASJID KUPANG
  • SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUPANG
  • SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING
  • GURU-GURU TUISYEN YEAR 6, FORM 3 & FORM 5
  • GURU-GURU TIDAK FORMAL

Sewaktu tadika, apalah sangat hari guru ni.Semua masih kekanak ribena lagi.Asyik nak main ja semua.Terima kasih cikgu-cikgu tadika sebab tanpa anda saya tidak boleh masuk darjah 1 di SK Kuala Kupang.Anda juga salah seorang jurutera saya.

Lepas tu masuk part alam sekolah rendah di SK Kuala Kupang.Alahai sekolah rendah.Bila dikenang balik, rasa macam semangat 200.999% bila setiap kali nak sambut hari guru.Hadiah mesti wajib semua sorang satu.Kalau tak da hadiah, mesti tak pergi dah sekolah esok hari.Hehehe.Lawak la bila sebut balik.Terima kasih buat cikgu-cikgu di SK Kuala Kupang.Tanpa anda saya tidak akan masuk ke alam sekolah menengah.Semoga jasa kalian semua dibalas oleh Allah.

Bila tahun 2008, masuk ke alam sekolah menengah di SMK Agama Baling sehingga tahun 2012.Bila masuk part sekolah menengah la saat-saat yang paling best sekali.Tak tau nak cakap macam mana.Di mana tempat aku belajar kenal apa itu erti hidup dan sebagainya di SMKA.Dan sememangnya Sambutan Hari Guru di sana juga awesome.Tahniah buat semua para-para pengawas kerana telah membuat satu sambutan yang gilang gemilang setiap tahun.

Di kesempatan ini, saya, Muhammad Asyraf Bin Zulkifli ingin memohon maaf kepada semua guru-guru.Sebagaimana yang anda semua tahu, saya ni bukanlah dikategorikan sebagai seorang murid yang baik akhlaknya.Jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sewaktu cikgu-cikgu semua mendidik saya, saya mohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan diri.


Sememangnya jasa kalian semua dalam menjadi jurutera kepada anak bangsa sangat dikenang.Tanpa kalian semua siapalah saya sekarang ini.No words I can describe to all of you.Semoga jasa kalian semua diberi ganjaran oleh Allah di akhirat kelak.TERIMA KASIH CIKGU ;)



Buat guru-guru di SMKA Baling, anda lah yang terbaik dalam diri saya,Jasa kalian memang tidak ternilai.














Selain itu, terima kasih juga buat ibu dan bapa saya yang juga merupakan cikgu juga di SMK Syed Abu Bakar.Kalianlah guru pertama dalam hidup saya.Tanpa kalian berdua, saya tidak mampu ada untuk menulis entri blog ini.Hehehe.


Juga kepada rakan-rakan saya yang telah menjadi guru kepada saya sama ada dalam subjek ataupun masalah yang di hadapi.Terima kasih juga buat anda.Terima kasih kepada semua ;)






“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, penghuni langit dan bumi, bahkan sehingga 

semut yang di dalam lubangnya, juga ikan paus (di lautan), benar-benar berselawat ke 

atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” 
(Sunan At-Tirmidzi, no. 2685)



Wassalam ;)

Asyraf Zulkifli :

"Without kalian semua, siapalah saya sekarang.Terima kasih kerana telah mendidik, mencurah segala ilmu kepada saya.Semoga syurga menanti anda di sana"


Happy Reading,
| asyrafz | 16 Mei 2013 | 12.42p.m |



No comments:

Post a Comment