Assalamualaikum w.b.t
Tetiba sahaja mood berblogging membuak-buak minggu ni.I don't know why kenapa.Rajin sangat nak update segala-galanya.Abaikan segala faktor yang mendorong perkara tersebut.
Hati aku tersentap, berkocak sebanyak 9.9 skala ritcher bila dengar berita yang sememangnya tak disangka oleh aku.Memang unexpected betol cerita tu.Nak jadi cerita apabila penduduk taman aku yakni Taman Wawasan tengah bermesyuarat untuk kenduri kahwin anak seorang pak cik ni la.Rumah pak cik tu pula dekat ja dengan rumah aku.Jalan dalam 2-3 tapak ja dah boleh sampai.
Lepas tu, tetiba tengah bermesyuarat untuk kenduri kahwin anaknya, tuan rumah tersebut pengsan dan ditakdirkan oleh Allah S.W.T yang ajal dia dah sampai waktu.
Innalillahiwainnailaihiroji'un..................
Dan aku juga terkejut sebab dalam minggu ni juga aku baru ja sembang dengan arwah pak cik tersebut.Lagi terkesima.Baru ja dia tanya aku dapat study mana ? Mintak apa nak study ? Lebih kurang la macam tu.Terima kasih pak cik sebab ambil berat tentang saya.Dan aku boleh ingat lagi senyuman dia apa semua.Semoga pak cik ditempatkan dengan orang-orang yang soleh di akhirat kelak.Al-Fatihah.
Waaaaaaaaaa * menguap kejap* , itulah yang dikatakan ajal.Bila-bila masa sahaja boleh pergi meninggalkan dunia yang fana ini.Kita tidak tahu bilakah kita akan meninggal, esok, lusa, dan pada saat ini juga boleh.Tidak semestinya ketika tua saja baru boleh pergi menghadap Illahi.Ketika muda pon boleh pergi menghadap Illahi.Kita takkan pernah tau bila kita punya ajal maut.Semua itu kerja DIA.Berdoalah agar kita dipanjangkan usia dengan ibadah kepada-Nya.
Sememangnya peristiwa berkaitan pak cik itu memberi kesan yang mendalam buat diri ini dan juga mohon kepada semua.Jika sebut pasal mati, pasti semua orang akan berkata bahawa "takut" untuk menghadapinya, tetapi yang menjadi persoalannya setakat manakah ketakutan yang kita katakan jika masih lagi membuat perkara-perkara yang tidak mendapat keredhaan Allah dan melanggar syariat-Nya.Memang tiada insan sempurna di dunia kecuali Rasullullah SAW, tetapi cubalah menjadi yang sempurna di mata Allah juga manusia.
" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."
(al-Araf:34)
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati"
(al-Imran : 185)
"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh"
(an-Nisa: 78)
"Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (al-Jumu'ah: 08)
Sememang ajal maut, rezeki dan juga jodoh semuanya terletak di tangan Allah.Kita tidak akan tahu semuanya sekarang.Teruskan lah berdoa agar kita mendapatnya dengan penuh keberkatan dah kerahmatan Allah.
Saya bakal bernikah.
Kita semua bakal bernikah.
Kita semua bakal bernikah dengan kematian.
Bersediakah kita untuk dijemput Izrail?
Bersediakah kita untuk menghadapi malam pertama bersama Munkar dan Nakir?
Bersediakah kita menempuhi alam yang baru, tanpa bekalan yang benar-benar mencukupi?
Kullu nafsin zaa iqatul maut.
Wassalam semua bakal jenazah ;)
Asyraf Zulkifli :
"Tanya diri anda yang berakal, apa gunanya hidup 40-60 tahun jika mati nanti, murka Tuhan menanti ? "
Happy Reading,
| asyrafz | 19 Mei 2013 | 10.54 p.m |
No comments:
Post a Comment