Assalamualaikum w.b.t
Huuwaaaaa !!! *sambil menggeliat dan tangan diangkat ke atas* .Apa khabar semua ? Oh,sebelum tu aku nak ucapkan selamat megundi la kepada semua rakyat Malaysia.Kepada sesiapa yang layak mengundi tu, undilah sebetul-betulnya.Buatlah pilihan yang tepat.Kalau nak cakap pasal politik ni, aku lebih memilih untuk berdiam diri sahaja.Senyum, tak perlu kata apa-apa ;)
Berbalik kepada post tittle.Apa yang narrow minded sangat tu ? *Demam PRU-13 kah kau ni ? * Hey ! siapa cakap ? Sebenarnya, peristiwa ni berlaku dekat-dekat PRU jugak la.Tapi post ni sama sekali tak ada kaitan dengan PRU.
Sudah ditakdirkan oleh Yang-Esa bagi diri ini untuk bertemu seorang hamba Allah.Ulang lagi sekali ya, hamba Allah.Namanya semua dah tahu "Hamba Allah".
THEN ? TAKKAN JUMPA JE ?
*kejap laaaa ! Tak habis lagi dah menyampuk !* Kami pon berbual-bual-bual-bual lah sesuka hati sesedap rasa secukup perisa tentang kisah hidup kami la.Maklumlah bukan senang nak jumpa.Berikut merupakan perbualan kami, Aku dan Hamba Allah (HA) :
Aku : Eh, UPU mintak apa?
HA : Banyak ahh aku mintak.Uitm, UTM.
Aku : ohhhh..*sambil mengangguk*..Eh, UTM bukan tak tawar untuk SPM leavers macam
kita ka? Bukan kalau nak masuk UTM kena masuk matrik dulu ka apa ka.
HA : Aku mintak diploma la.
Aku : ohh..patutlah...UIA tak mintak?
HA : Aku bukannya nak jadi doktor apa semua yang bidang medic-medic ni nak masuk
UIA.
UIA.
Aku : Kejuruteraan pon ada la dekat UIA.Bukan yang bidang-bidang tu saja.
HA : Tak nak ah aku universiti Islam ni.Jap lagi dia tahan aku pakai seluar pendek.
**********Harap maaf.Talian anda terputus.Untuk sambung, sila tekan butang 1.***********
Faham kan? Haaaaaaaaaaa..."Tak nak ah aku universiti Islam ni.Jap lagi dia tahan aku pakai seluar pendek." Nampak tak sekali lagi?Kenapa mesti pikiaq macam tu?
Di sini aku nak highlight kan dengan warna neon yellow yang terang tu, kenapa mesti pikiaq macam tu dalam pemikiran hang ? Tengok ! Kan dah speaking Kedah dah.
Cuba kita bayangkan yang UIA tu macam sekolah agama.Tak kisah la SMKA ka, SMA ka .Yang pasti sekolah agama la.Kita ni budak darjah 6 yang baru lepas habis UPSR.Tengah memikirkan tentang pusat pengajian yang seterusnya, sekolah menengah lah tu.Lepas tu, tak nak mintak sekolah-sekolah agama macam ni sebab banyak alasan la.Termasuk la sebab yang dekat atas tu sekali.
Selaku bekas budak sekolah agama, memang tamparan hebat terkena dekat pipi aku 360 darjah.Ya, sebab aku dulu dididik di sekolah dan asrama untuk tidak memakai seluar pendek.Sama sekali diharamkan oleh abang-abang senior.Sebab apa? Sebab aurat lah.Mudah je kan jawapan dia *Peaceeeeeeeeeee*
Mungkin dengan Akta Pengharaman Pemakaian Pakaian Terlarang *cewaahhhh* oleh abang-abang seniorku tadi, secara tidak langsung telah mendidik
Itulah cara aku dididik di sekolah tercinta mengenai pemakaian seluar pendek.Kalau ada juga sesiapa yang pakai, azab abang-abang senior amatlah pedih, apatah lagi azab api neraka.Okay, secara tidak langsung rasa bersyukur yang tidak terhingga aku pahatkan kepada my abang-abang senior yang telah mendidik aku sampai siapalah aku sekarang ni.Terima kasih kepada mereka.InsyaAllah, ada ganjaran buat anda semua.
Nabi memberitahu dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:
"Aurat orang lelaki beriman adalah di antara pusat dan lututnya."
Seperti mana yang semua silent-silent readers tahu bahawa aurat antara lelaki muslim dengan lelaki muslim adalah antara pusat hingga lutut.Antara pusat hingga lutut.Dengan sesiapa pon, aurat lelaki muslim adalah antara pusat hingga lutut.Kecuali dengan keluarga lah kan.
Bukan aurat lelaki tutup kemaluan dan yang dekat belakang saja a.k.a TUTTT sahaja.Sila betulkan persepi songsang lagi sumbang anda semua ya.Justeru, apa yang hendak dipertikaikan lagi bahawa pemakaian seluar pendek atas lutut bagi lelaki adalah HARAM.
Situasinya mungkin sama apabila si HA memilih UIA sebagai tempat pengajiannya kerana mungkin terdapat Akta Pengharaman Pemakaian Pakaian Terlarang seperti di sekolah aku juga.Dengan itu, semua kesalahan dan kesilapan akan segera diperbetulkan.Sebagai umat akhir zaman ni, aku sedar bahawa manusia sememang sudah berubah sebanyak 360 darjah.Mungkin kalau si HA memilih UIA sebagai pusat pengajiannya, hatinya akan berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan.Walaupun aku mendapat tahu daripada senior-seniorku yang berada di UIA bahawa ada sebilangan student perempuan hanya memakai tudung di dalam kelas sahaja.Apabila sahaja di luar UIA, shopping complex ka, apa ka rambut bebas sahaja.Itu sedikit sebanyak tentang kerenah manusia zaman kini.Moga-moga dengan wajibnya pemakaian tudung di kampus universiti boleh membuka hati mereka-mereka yang ingkar untuk memilih menutup aurat.Walaupun lambat, tapi biarlah mereka berubah
Sila baca.Jangan jeling sahaja ;) |
Pendek kata, mungkin dengan hang masuk UIA, dengan ikutnya peraturan macam tu, akan membuka hati hang untuk menutup kepala lutut hang tu.Jangan la pikiaq sampai macam tu sekali.Disebabkan kena tutup aurat terusssssss blacklist kan UIA sebagai tempat untuk sambung belajar.Positive thingking bro !
Sememangnya manusia tidak sempurna Rasullulah SAW.Susah untuk menjadi yang sempurna.Kita sebagai hamba Allah S.W.T yang hina, yang kerdil, yang banyak dosa, berdoalah kepada-Nya supaya kita boleh jadi yang terbaik di mata manusia dan juga di mata Allah.
Dekat entri ni, bukanlah niat aku nak memerli, nak mengutuk, nak menjelek tindakan si HA tu, tapi sebagai insan, aku berasa benda ni bukanlah benda yang remeh.Aku juga bukanlah hamba yang sempurna malah banyak lagi kekurangan, kesilapan yang perlu dibaiki.Selemah-lemah iman ialah manusia yang mampu mencegah dengan hati.Ya, aku perlu kekuatan Ya Allah.
Kepada yang terasa atau terpanggil untuk melakukan satu perubahan, satu penghijrahan, ayuhlah kita bersama-sama berganding bahu menerajui perubahan ke arah yang lebih baik.
Let's cekedaut :D
Asyraf Zulkifli :
"Selamat datang ke dunia yang sebenar.Hidup ini penuh dengan cabaran dan pancaroba.Kuatlah dirimu untuk menempuhnya.Ingatlah Allah sentiasa di sisi.Inilah realiti dunia sebenar"
Wassalam :)
Happy Reading,
| asyrafz | 5 May 2013 | 9.05 p.m |
Sememangnya manusia tidak sempurna Rasullulah SAW.Susah untuk menjadi yang sempurna.Kita sebagai hamba Allah S.W.T yang hina, yang kerdil, yang banyak dosa, berdoalah kepada-Nya supaya kita boleh jadi yang terbaik di mata manusia dan juga di mata Allah.
Dekat entri ni, bukanlah niat aku nak memerli, nak mengutuk, nak menjelek tindakan si HA tu, tapi sebagai insan, aku berasa benda ni bukanlah benda yang remeh.Aku juga bukanlah hamba yang sempurna malah banyak lagi kekurangan, kesilapan yang perlu dibaiki.Selemah-lemah iman ialah manusia yang mampu mencegah dengan hati.Ya, aku perlu kekuatan Ya Allah.
Kepada yang terasa atau terpanggil untuk melakukan satu perubahan, satu penghijrahan, ayuhlah kita bersama-sama berganding bahu menerajui perubahan ke arah yang lebih baik.
Let's cekedaut :D
Asyraf Zulkifli :
"Selamat datang ke dunia yang sebenar.Hidup ini penuh dengan cabaran dan pancaroba.Kuatlah dirimu untuk menempuhnya.Ingatlah Allah sentiasa di sisi.Inilah realiti dunia sebenar"
Wassalam :)
Happy Reading,
| asyrafz | 5 May 2013 | 9.05 p.m |
No comments:
Post a Comment