Halaman

Thursday 29 August 2013

Hati ini Allah yang tahu



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

DENGAN NAMA ALLAH S.W.T YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Tanpa disedari, hidup ini sudah menghampiri dua abad bertapak di atas muka bumi ini.Masa berjalan pantas.Pantas meninggalkan segalanya.Mungkin kita harus sedar, bahawa matlamat kita yang satu, iaitu menuju akhirat sudah hampir tiba.



Semakin hari, semakin kita hidup, semakin banyak ujian dalam diri kita.Saat itu lah hati kita memainkan peranan dalam mengawal diri ini, mengawal nafsu daripada terus beraja menewaskan tanggungjawab diri kepada Sang Pencipta.




Tetapi, kita sering tewas dihimpit segala rasa, segala noda yang menghantui diri kita.Apakah itu semua ? Itulah ujian dari Allah untuk kita.Ujian yang diberikan untuk kita menjadi kuat.Ujian yang dianggap sebagai satu musibah oleh orang yang tak mampu menanganinya.Ingatlah bahawa, ujian itu untuk mengupgrade iman kita supaya kita selalu beringat kepada-Nya.




Hati ini Allah yang tahu.Allah Maha Mengetahui.Ingatlah bahawa setiap detik, setiap perkara, setiap ketika apa yang dikatakan oleh hati ini, ada yang mengetahui.Jangan ingat kita berkuasa.Walau sesiapa pun kita, Allah Maha Berkuasa.Hati ini Allah yang tahu.




Ayuh, positifkan minda.Kuatkan hati.Cakna minda semua.Hati ini perlu dicuci, agar sentiasa bersih dari segala dosa dan noda.Hati ini milik Allah.Tiada yang perlu kita sembah melainkan-Nya.Berusahalah, bersihlah hati anda.Kita mampu.


“Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.”


Wassalam semua bakal jenazah :)

Happy reading,
| asyrafz | 30 August 2013 | 1.25 a.m |

Wednesday 28 August 2013

Satu rahmat mengenali mereka



ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Sehingga kita bersua kembali dalam post yang seterusnya dalam bulan Ogos.Sememangnya kalau dulu dekat INTEC takdak  masa nak tulis-tulis blog ni sebab masa terlalu singkat dan sangat busy.Busy okay.Dan yang paling mengecewakan ialah apabila di Kolej Cemara tidak ada WIFI !! Geraaammmm !! Sebab tu lah yang menjadi faktor utama bahawa blog ini terbantut hampir 2 bulan kalau tak silap.Okay dah meleret ke zon merepek.



Satu rahmat mengenali mereka.Persoalannya, siapakah MEREKA  itu ? Siapa MEREKA? Siapa MEREKA? Who are THEY ? 






SIAPA MEREKAAAAAA ??????????



HAHAHAHAHAH !!Okay.Macam best jerit tanya SIAPA MEREKA ? MEREKA ialah classmate di INTEC iaitu MEJ05 atau lebih mudah lagi kelas Middle East Jordan 05.

KENAPA MEREKA ? KENAPA BUKAN HOUSEMATES?



Siapa kata housemates bukan satu rahmat mengenali beliau (merujuk kepada housemates).Juga satu rahmat.Tetapi jika nak dibandingkan dengan classmates, mereka lagi rapat dan akrab.Aiwahhh ! Sebab masa kita habiskan di kelas lebih lama dari menghabiskan masa di bilik.Itu fakta.








Dan ini MEREKA , MEJ05








               Dan mereka classmates saya.Classmates saya di INTEC, Classmates yang sanggup duduk lama-lama dalam kelas.Sanggup menghadap muka sesama sendiri setiap hari walaupun terpaksa, walaupun tak suka.walaupun meluat benca and so on.Mereka juga classmates yang terpaksa berkumpulan sekali dalam role-play, blog, presentation and so on.Mereka juga yang selalu berbincang sekali kalau ada apa-apa yang nak kena bincang, yang rajin turun latihan teater, yang rajin turun jamuan, yang rajin berjumpak selisih dekat tangga, yang rajin pegi ambik LCD setiap hari dekat IITU, yang rajin pergi library lepak guna internet kalau tak bawa laptop, yang rajin mesej apa semua kalau class cancel dan TAHNIAH  buat mereka kerana berjaya melakukan semua itu sampai dah bergelar bekas mahasiswa/mahasiswi INTEC.Ayat senang, sampai dah grad pon dari INTEC.Okay rehat kejap *nah jus oren*.

So, basically MEREKA terdiri daripada 10 adam & 18 hawa.See ? Jelas sekali lagi yang kaum hawa ni suka memenuhi ruang dan menterhadkan bilangan pelajar lelaki untuk masuk ke IPTA or IPTS.Tak jauh beza pon bilangan MEJ05 dengan kelas 5 Al-Kindy dulu ( 8 putera, 20 puteri ). Beza sikit saja.

MEREKA juga kebanyakkan datang dari satu malaysia kecuali Perlis, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, dan Melaka.Kedah ada 3 orang okay.Bangga sekejap.

Sekolah juga dari sekolah hebat-hebat seluruh Malaysia ; SBP, SBT, SMKA, MRSM ,Sekolah Kluster.Segann  aihh bersama mereka.Terlalu bijak pandai.Tahniah MEREKA 



Picture with Miss Yaya ( English Lecturer) yang sangat sporting habis.Beliau sempoi (Y).Ummphh !


At first masuk kelas, rasa macam awkward giloooossss sebab baru nak kenai masing-masing.Memang proses tu mengambil masa okay.Tapi bila dah lama, my expectation to all of  you lari 360 degree.Okay jangan tanya sebab apa.Sebab rahsia.Hahah.Aku tak pernah rasa terbeban dengan hampa semua.Thats moment when Kak Long yang memecahkan ais (ice breaking) kita dalam kelas.Aku ingat saat-saat yang lawak tu :)

Buat mereka, terima kasih aku ucapkan kerana sudi mewarnai hari-hari aku di INTEC walaupun kita semua baru kenal dalam masa tak sampai 3 bulan pon.Tapi boleh duduk sekelas sebumbung apa semua.Sangat best yang tu.Mula-mula agak awkward macam krik-krik bila awai-awai masuk kan.But the, lama-lama havoc habis satu kelas apa semua,Biasalah itu proses.Mintak maaf gaisss kalau buat salah sepanjang berkawan dan mengenali anda sehingga hari ini.Hampa semua gempak bebeyhh !!! Harap kita sambung ukhwah yang kita bina ni berkekalan sampai di Bumi Barakah nanti.Bumi yang akan menjadi medan perjuangan menuntut ilmu berjuang untuk agama dan bangsa dan juga negara kita.Bumi untuk kita, teman seperjuangan selama 5 tahun memenuhi apa yang kita fill dalam borang interview tu, walaupun kita terpisah antara dua tempat.Ukhwah ini harap akan segar menjadi satu ikatan dalam menguatkan lagi tali persaudaraan kita.Kat sana ada kita-kita-kita saja.Kawan-kawan saja.Macam kak long kata dalam group whats app yang kalau boleh dia teringin nak bawa mak ayah pi sekali.Masalahnya memang boleh.Tapi takkan kita nak bawa.Kkkeeeemmmmmoooonn laaaaa gaisss, chaiyok-chaiyokk !! 


  MEJ05


NAUFAL, PAAN, NAIM, AMIR DAUS, AIMAN, IZYAN, MERANG, GIFTED, IHSAAN, ACAP

AZWA, IMAN, AMAL, WANIS, NUHA, YUNI, MUNIRAH, AQILAH, MARINI, AYA, ZUS, AQIL, NUYUI, HUDA, ANA, ATEK, JIJIE & NADY 




“Janganlah engkau mengikut orang yang sudah Kami lupakan hatinya untuk mengingati (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya.” (Surah Kahf, ayat 29)





Wassalam :)

Asyraf Zulkifli : "Sila tubuhkan satu pertubuhan khas atau carta organisasi bagi group whats app yang terlalu aktif tu.Mintak maaf gaisss kalau ada buat silap dan salah.Jumpa di KLIA nanti !"

Happy Reading, 
| asyrafz | 28 August 2013 | 11.58 p.m |

Monday 26 August 2013

Apabila non-kedahans merosakkan bahasa kedah.Anak jati kedah turut terasa sakitnya.Oucchhh !!



ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Kita bersambung kembali dalam dunia blog.---ayat intro.Firstly, jangan pening tengok tajuk post yang agak klise dan panjang sedikit.Sedikit kan ? Tenang semua.Tarik nafas panjang-panjang.*Nah nescafe ! Nah kitkat*



 Apabila non-kedahans merosakkan bahasa kedah.Anak jati kedah turut terasa sakitnya.Oucchhh !! ----tajuk tu penting !



Mari kita mengorak langkah pertama.Memandangkan penulis ini telah bermastautin di Shah Alam hampir 3 bulan.Maka, bergaullah dengan seluruh rakyat jelata dari serata MALAYSIA.Seluruh rakyat jelata yang mempunya pelbagai loghat dan dialek yang sememangnya pelik lagi ajaib.Anjaaadddd ni !!



Memandangkan ada tiga orang saja anak KEDAH LELAKI dalam program tu, maka telah diamanahkan untuk mempertahankan bahasa ibunda yang menjadi kebanggaan seluruh anak jati KEDAH.




KES 1




Ternyata seluruh non-kedahans ni tak tau apa itu BAQ HANG/BAK HIANGGG/BAQ HIYANGGGGGG dan seangkatan dengannya.Bila kami sesama oqang kedah cakap, "lapaq baq hianggg !! "----"eh, ape tu baq hiangg ? "



BAQ HIYANGGGG ----- ayat pengukuhan kot.Penambha perisa bagi setiap kata.I thought that "BAQ HIAYNGGG"  is from "HABAQ HANG".Then, dipendekkan kepada "BAQ HIANGGGG".Kalau di KL, orang sebut, "lapa doe"---di Johor/Singapore, "lapa seyhh"---That's BAQ HIANGGG !! sinonim la tuuu---dan mereka (non-kedahans) sangat lawak, boleh gelak tergolek-golek pecah perut guwe bila dengar mereka sebut baq hianggg.okay ! bila mereka sebut, LAWAK BAQ HIYANGGG !!!!


KES 2




Mereka tak tau apa itu CEKANG.Kisah bermula apabila ada seorang gewe dalam kelas guwe yang bijakkkk uollsszzz.Maka, kami (kedahans) pon kata la "Cekang baq hiangggg !!"---ayat pujian.Pastu, "ehh, apa ayat yang start dengan C---habis dengan K ? ---"mana ada ?"---"ada laaaahhhh"---tetiba tersebut balik ayat CEKANG, " haaaaa...yang tu laaa.apa tu cekang ?"------"okay foineeee !!"


CEKANG---merujuk kepada terrer/expert/mahir and so on.That's simple gaisssss !!



KES SELESAI





Okay.Sebenarnya macam best cakap KEDAH.Ada orang cakap, loghat kedah ni lagi senang paham compared to loghat terengganu and Kelantan.Classmate guwe okay yang cakap.Suka kejujuran beliau !! 

Yang paling lawaknya, bila classmate guwe, orang ganung de oqe qelate cakap KEDAH sesama sendiri kat group facebook kalau tak silap.Terasa berjaya mempengaruhi segenap manusia di INTEC bercakap Kedah.Okay bye.

Kekadang macam nak booooo dekat orang Kedah yang tak cakap Kedah sesama orang Kedah.Rasa most awkward moment tau DAK !! Dan suka kepada orang non-Kedahan yang bercakap Kedah.Selaku anak jati Kedah berIC -02- di tengah, SAYA BANGGA !!

Ada satu kes di mana classmte saya yang orang Pahang, tetapi mak dia orang Perlis.Okay.Boleh bayang orang perlis cakap? Lagi pekat piaoowwww lagi dari oqang Kedah.That's fact !! Dan bila dia bercakap dengan kami (kedahans), sangat puaih hati.terasa hidupnya KEDAH.

Anak Jati Kedah MEP13 lelaki :) ---i-KOPEN 2013----
from left : Ihsaan, Husam, Acap


Okay.Kita bersambung balik.Memang cakap Kedah ni kasaq ya rabbi.Bunyi la kasaq, tetapi nice okay.NICE :) That moment when orang yang bukan Kedah cakap Kedah tak betoi even bunyi, rasa macam, "hey hey hey heyyy kau nii !!!!!! " See ? melawak okay ><





MEJ05 yang berasal dari KEDAH.Kami bertiga saja.Itu Marini.Hai Marini :)
--Grand Iftar MEJ05 at Sahara Tent---








 Pada hakikatnya, saya ingin meluaskan jajahan takluk bahasa Kedah ni ke serata dunia.tapi masalahnya, guwe pon tak expert doe.Okay haaaaaaaaa !! 

Lastly, bila mereka cakap kedah tak betoi, tanpa segan silu, pi pebetoi sat kat depa.Apa salahnya kita mengajar kan.That's my loghat, mu dialek.Saya bangga :)


Ni la yang orang Pahang cakap Kedah dengan kami !!



Idea macam dah melimpah ruah keluaq.Dah tak tua nak tulih apa.Chaiiyokkk chiiyokk !! Counting the days !! Go Acap go !




Wassalam :)


Asyraf Zulkifli : Ekceli, saya pon tak tau apa tu "berceqetek" in Kedah languange.Luckily, Ihsaan told me,


Happy Reading :)
| asyrafz | 26 August 2013 | 11.23 p.m |

Sorry, I'm at INTEC, bukan di PALAM :(




Assalamualaikum


Setelah sekian lama meng-anaktirikan blog ini, tetiba rasa hati membuak-buka untuk menaip semula.Bapa bulan dah tak post.Asyik save dalam draft saja.Hari ni, mood datang kembali :D

Berdasarkan post tittle di atas, jelas bahawa aku meminta maaf kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, bahawa aku bukan belajar di Uitm Puncak Alam, tapi di INTEC Education College di Seksyen 17, Shah Alam.

Secara jujur-sejujurnya dari 7 lapisan artery , aku sorry sangat especially to my schoolmates yang terpinga-pinga tak tahu my current studying place.

Sebab lepas sebulan dua pon, ada la chatting dengan schoolmates dekat facebook, tetiba, waktu last sekali ak ucap bye bye mesti ada ayat ni, "kirim salam dekat syat and faera.PZ sekali jangan lupa"--------"LOL"

Terbahak-bahak aku gelak dalam hati sampai.Aaaaaaaaaa.Bukan sengaja tak mau bagitau kat hampa semua, tapi aku tak prepare physically and mentally, especially mentally laaa.Acewaaahhhh !! 

Lepas tu, ada jugak yang macam ni.Waktu tengah call, schoolmate, tetiba dia tanya, "Aaaaa, dekat palam ada sapa lagi SMKAB ? "----dengan selamber badak aku cakap la, "Ada la syat, faera and PZ"----"ohh ...takpa la.nanti kighim salam kat depa tiga".Okaa peace :)


Dan perkara-perkara berikut belanjutan sehingga semalam apabila post ini ditulis, sedang berwhats app dengan kawan sekolah yang telah pindah SASER, tanya laaa..



Nampak ? Sorry sangat-sangat sebab tak bagitau dari awai lagi kat hang.Takpa, best of luck dekat Sarawak and Aussie for the next two years :)



Tu adalah dua contoh.Ada macam banyak ja lagi.


 See that ? Beberapa contoh la boleh diambil.Kepada nama-nama di atas aku mintak maaf bebanyak sangat sebab tak honestly cakap dengan hampa.Sorry wehh !!!

And then, sorry sangat-sangat okay ? Sepp !



KENAPA HANG TAK MASUK PALAM ?


yaaaaa ! apa punya soalan laaa.kenapa tak masuk palam ? Ekceli, tarikh pendaftaran palam sama dengan tarikh daftar masuk ke INTEC.At first, memang dah give up dah tunggu scholar punya result untuk masuk ni, memang dah tawaq hati dah nam terima kalau dapat pon, memang nampak PALAM saja.Siap buat tagline lagi, "PALAM DI HATI, UITM DI HATIKU".Sampai aku berdoa, jangan lah bagi dapat yang JPA ni, takmau dah.Dah tawaq hati dah.Nampak PALAM ja.

Tapi Allah yang memberi rezeki, dia tahu bahawa rezeki aku kat situ.Kadang-kadang, Allah tak bagi apa yang kita kehendaki, tetapi Dia memberi apa yang kita perlu.Itu rezeki, itu soal Dia.

PALAM bukan dapat scholarship pon situ.Memang la dapat biasiswa, tapi macam susah sikit.That's why, I choose thats scholar tu further my studies.And, dapat tau dari member-member yang kat PALAM budak-budak asasi sangat ramai, menghampiri 3000 lebih kalau tak silap.Saingan memang sengit sangat.Lagi satu, kalau nak sambung degree, kita belum tentu lagi boleh nak apa yang nak sebab depend on our result.If I get 4.0 flat pon belum tentu lagi dapat buat medic or sth related science sebab nowadays, budak yang pandai tu terlalu banyak.Kalau kita grab peluang tu, mungkin menyesal kot nanti.


Mungkin kata parents guwe tu ada betoinya masuk ke INTEC sebab peluang takkan datang banyak kali.Sekali datang, kalau tak grab, nyesal seusia hidup.Lagi satu, waktu ni lah masanya nak balas balik jasa kedua-kedua parents guwe yang banyak menjadi mesin ATM sewaktu ketika dahulu.Yaaaa ! this is the time untuk mengurang beban mereka.Dengan adanya adik guwe lagi yang terkodek-kodek calon PMR terakhir tahun ni.


Bile balik raya, semua cousin ada tanya, "asal tak pegi palam?"---dengan bangganya jawab, "nak menyambung kesinambungan Nabilah (My cousin yang juga INTEC under AUSMAT)".Sebab ada sorang pak cik guwe yang buat degree dekat PALAM.Before masuk tu, dah confirm bagai la nak jadi tourist segala bagai.Then, cancel tetiba macm tu saja.Tak tau la dia stress menonggeng ke dak ?





Waktu dah confirm nak ke PALAM tu, siap dah bayaq semua yuran dia, RM 678.00.Result UPU kluaq 17 Mei 2013.Daftar PALAM 3 Jun 2013.Result JPA kluaq 29 Mei 2013.JPA suruh daftar dekat INTEC 3 Jun jugak.See ? Betapa havoc nya minggu tu nak settlekan semua barang dan borang.Abaikan pasai benda havoc yang menjadi pengajaran tu.Dah la waktu tu hari minggu.Semua tutup.


Memang sebelum aku masuk INTEC, waktu dah confirm nak ke PALAM, dah confirm siap semua dah dengan schoolmates kata nak bilik sekali la, buka posa sekali la, macam-macam la...Dah siap join group PALAM, cari facebook, cari twitter dan macam-macam lagi.Nampak effort tu.Okay abaikan segala effort tu.

Back to KENAPA HANG TAK MASUK PALAM ?

Its all about my parents.Sapa sanggup nak bantah cakap mak bapak.Kita tau, kita wajib buat pilihan nak pilih mana, masuk mana.Tapi tak sanggup nak lawan cakap mak ayah.Sebab apa ? sebab INSTICT ! ya, naluri.Kekadang kita adalah budak, yang tahu keseronokan saja, tak boleh nak fikir se-360 degree even dah baliaq dah dekat 6-7 tahun.Tapi asam garam mereka , siapa yang boleh sangkal ? aku surrender weh ! Semuanya pilihan mereka.Setakat kesian pi hantaq  pi interview pon dah cukup.Pi spent masa 3 jam kat sana.Ambik cuti sekolah.Ingat free ka oiii !!It's all about guwe punya parents.Sacrifice untuk mereka.

That's why I was there.Walaupun ketika menulis post ini, dah clearence dah pon dari INTEC.It's okay.tulih tetap tulihh okay.

Bila sembang balik dengan kawan-kawan dekat asasi, matrik and so on, semua ada la sikit stress pasal kokurikulum yang perlu diaktifkan semula untuk mengutip markah ke ijazah sarjana nanti.Then, disebabkan apa yang aku ambil sekarang tidak memerlukan koko, maka relaxlahh..Muka enjoyyy tak perlu berkoko semula.Tapi macam rindu sikit.okay byeee....! 



MEJ 05 at Grand Dinner MEPS 2013 :) Labbyuuu !!!


Secara totalnya, aku harap yang pilihan aku masuk ke INTEC EDUCATION COLLEGE adalah tepat dan benar sebab aku percaya dengan janji Allah bahawa yang tu adalah yang terbaik.Go Chaiyokk !! Go chaiyokk !! Aja aja fighting aja aja fighting ! Be the Best !! *tumbok angin puaih-puaih*


Lastly, untuk sesiapa yang aku tipu selama ni, I'm sorry very-very-very much sebab........ "takda niat pon nak tipu tauuu "--tak bersedia seqatuih peqatuih nak bagitau kat hampa semua.Nak keep it as secret.Tapi bila pikiaq-pikiaq, buat pa nak simpan, ada ja hat yang tau, bagi tau je la semua.Okay sekarang hampa dah tau.Minta maap sangat-sangat kat hampa semua okay!!


Dan juga, warga SMKAB yang tersesat dekat INTEC adalah 4 orang yakni, saya, Amirah Nazifa (MEP), Pikah Alias (ALUK) dan Aten Mimi (APPBA).It supposed to be ada lagi satu, tapi dia tak nak masuk.Dan sekarang ada dua ja lagi.Me and Amirah NAzifa leaving.Goodbye pikah alias and mimi.

Jangan anggap apa yang aku tulis hari ni nak menunjuk-nunjuk, "acecece dia study kat INTEC".Takdak niat pon.Cuma nak bagitau ja sebenaqnya."FB pon boleh bagitau.update ja profile kat current information tu"---tak mau !! nak ceqita dari hati ke hati.Cewaahhh !! .Pada hakikatnya, orang sekeliling tak tau pon kalau sebut study kat INTEC, "INTEC ? kat mana tu ? tak pernah dengaq pon.INTEKMA tau la"---see ? norma masyrakat.INTEKMA tu hotel and convention centre.INTEC ni bukan IPTA.Memang patut la tak tau.


Wassalam :)

Asyraf Zulkifli : Doakan juga untuk rakyat Mesir yang kini sedang mempertahankan negera diorang.Juga untuk student yang kini dan bakal belajar di Mesir agar Allah mempermudahkan hasrat mereka untuk berjihad di jalan Allah.Pray4Egypt :)



Happy Reading ;)
| asyrafz | 26 August 2013 | 7.14 pm |

Sunday 25 August 2013

First week here

Assalamualaikum w.b.t

 Sebelum tu, tarik nafas panjang-panjang sebelum baca entri ni, mungkin agak havoc, bercelaru, bersepah dengan semua kata-kata, cerita-cerita and so on.Okay *tarik nafas dulu*

Walaupun entri ni ditulis bukanlah selepas seminggu berada di sini, tapi tetap juga curi masa nak cerita apa yang terjadi berlaku di sini.ZzzzzZzzzzz..okay

Perkara pertama sekali, tempat mana pon yang kita pergi atau masuk atau untuk menginap lebih daripada semiggu, confirm pasti ada masalah yang akan menguji kita.Sesungguhnya Allah yang memberikan ujian tersebut kepada kita.

Apabila dapat tau yang kena daftar di Kolej Cemara, Seksyen 18.Okay.Nampak macam tenang kan.Tenang jugak.Macam saja.Hari Isnin kena daftar, maka hari Ahad bertolak dari Kedah ke Shah Alam, sempat menginap di rumah bapa sedara semalam di sana ( Shah Alam).



DAY 1




Setelah semalam sempat bermalam di sana dan sempat menikmati unifi yang macam sepantas kereta ferrari tu, esok pagi tu dalam pukul 8.30 pagi, berangkatlah ke Kolej Cemara.Sampai saja di sana, okay.First impression tengok Kolej Cemara macam err errr errghh...dalam hati cakap "okay.nak duduk sini, nak tidoq sini dalam 3 bulan kot."


Lepastu, ternampak macam ada seseorang yang pakai blazer INTEC colour coklat.Macam assistant for Minggu Destini Siswa ( MDS ) la kot.Jalan jumpak dia, dan dia suruh masuk dalam satu dewan tu tanpa PARENTS.Ulang sekali lagi, tanpa PARENTS.Mula-mula rasa macam nak penampaq sedaih dua daih bagi sebab nak suruh parents gua tunggu dekat luaq bawah khemah macam kenduri kahwin.Masuk dalam dewan tu, ada macam para fasi lah yang sudi membantu untuk MDS kali ini.



Selesai sudah masuk mendaftar kolej kediaman, daftar program dan daftar JPA saja belum.Takziah untuk aku sebab dapat bilik tingkat 4.C1/413 : Bilik aku.Angkat beg apa semua barang masuk bilik, terus ke pejabat imigresen buat passport untuk program punya.Asal hendak ke PKNS Shah Alam, Pak Ngah cakap better ke Kelana Jaya untuk buat sebab tak ramai.Kononnya tak ramai.Nama pun cuti, orang macam kat sini, pada anggapan aku semuanya kaya-kaya-kaya belaka, loaded-loaded-loaded belaka, semua asal cuti, nak pergi oversea.Maka, kadar pengeluaran passport amat meningkat pada waktu cuti.Dengan itu, jumlah barisan untuk mengambil angka giliran buat passport semakin bertambah.Itu fakta !




Dah 2 hingga 3 kali untuk mengambil angka giliran, dapat jugak akhirnya nombor untuk membuat passport.Tapi dalam pukul 2-3 petang macam tu lah.Disebabkan lambat buat, maka kena ambil keesokan harinya.Syaratnya, kalau buat passport lebih dari pukul 1 tengah hari, tak boleh collect on that day jugak.Maka, keputusannya esok jugalah kena datang dekat pejabat Imigresen tu untuk collect passport.okay.urusan passport cuma nak collect saja.



Lepas habis settle pasal passport, kita balik ke Kolej Kediaman Cemara.Dalam pukul 3 p.m lebih tu dah sampai kolej.Sampai saja situ, my parents tunggu kejap dan terus nak balik ke rumah Pak Ngah.Esok cuma datang sekali nak collect passport sebab budak yang buat passport bawah umur tak boleh collect sendiri.Kena ada parents sekali.Jabatan Imigresen sangat kejam pada ketika itu ! Sungguh kejam !



Lepas tu, masuk Dewan 3S, Dewan Songket, Dewan Satin & Dewan Sutera untuk daftar nama dalam sistem di INTEC, cek bayaran yang kita bayar.proses IITU, proses borang sana sini and so on.Adalah nak mabuk borang semua hari itu.Sempat lah berkenal-kenalan dengan sesiapa yang terduduk sekali dengan aku hari itu.Bertanya khabar, beramah mesra and so on.Okay.



Selepas selesai semua buat S.O.S apa semua dekat CC dekat tingkat atas, mula mendapat arahan bahawa boleh pulang ke bilik dan kembali semula ke Dewan 3S pada jam 5.30 p.m.Sekembalinya ke Dewan 3S, diarahkan untuk duduk mengikut program.Sekali lagi, diri menjadi taat kepada semua peraturan dan arahan yang dikenakan oleh para-para PM sekalian.



Lebih kurang 10 minit kemudian, diarah naik ke Dewan Delima kat tingkat atas.Sebelah pejabat pengurusan Kolej Cemara Akasia.Segala semua masalah yang dihadapi oleh MEP student semua disettlekan dalam dewan tu.At first, macam nak nanges bila banyak gilaaaa yang tak settle lagi including passport, borang medical check up bagai.A terrible week at here.



p/s : Penulis tidak mampu menulis lagi dek kerana kepenatan yang amat telampau.Darft ini sudah hampir 2 bulan rasanya :) Selamat beribadah semua !