Halaman

Sunday, 25 August 2013

First week here

Assalamualaikum w.b.t

 Sebelum tu, tarik nafas panjang-panjang sebelum baca entri ni, mungkin agak havoc, bercelaru, bersepah dengan semua kata-kata, cerita-cerita and so on.Okay *tarik nafas dulu*

Walaupun entri ni ditulis bukanlah selepas seminggu berada di sini, tapi tetap juga curi masa nak cerita apa yang terjadi berlaku di sini.ZzzzzZzzzzz..okay

Perkara pertama sekali, tempat mana pon yang kita pergi atau masuk atau untuk menginap lebih daripada semiggu, confirm pasti ada masalah yang akan menguji kita.Sesungguhnya Allah yang memberikan ujian tersebut kepada kita.

Apabila dapat tau yang kena daftar di Kolej Cemara, Seksyen 18.Okay.Nampak macam tenang kan.Tenang jugak.Macam saja.Hari Isnin kena daftar, maka hari Ahad bertolak dari Kedah ke Shah Alam, sempat menginap di rumah bapa sedara semalam di sana ( Shah Alam).



DAY 1




Setelah semalam sempat bermalam di sana dan sempat menikmati unifi yang macam sepantas kereta ferrari tu, esok pagi tu dalam pukul 8.30 pagi, berangkatlah ke Kolej Cemara.Sampai saja di sana, okay.First impression tengok Kolej Cemara macam err errr errghh...dalam hati cakap "okay.nak duduk sini, nak tidoq sini dalam 3 bulan kot."


Lepastu, ternampak macam ada seseorang yang pakai blazer INTEC colour coklat.Macam assistant for Minggu Destini Siswa ( MDS ) la kot.Jalan jumpak dia, dan dia suruh masuk dalam satu dewan tu tanpa PARENTS.Ulang sekali lagi, tanpa PARENTS.Mula-mula rasa macam nak penampaq sedaih dua daih bagi sebab nak suruh parents gua tunggu dekat luaq bawah khemah macam kenduri kahwin.Masuk dalam dewan tu, ada macam para fasi lah yang sudi membantu untuk MDS kali ini.



Selesai sudah masuk mendaftar kolej kediaman, daftar program dan daftar JPA saja belum.Takziah untuk aku sebab dapat bilik tingkat 4.C1/413 : Bilik aku.Angkat beg apa semua barang masuk bilik, terus ke pejabat imigresen buat passport untuk program punya.Asal hendak ke PKNS Shah Alam, Pak Ngah cakap better ke Kelana Jaya untuk buat sebab tak ramai.Kononnya tak ramai.Nama pun cuti, orang macam kat sini, pada anggapan aku semuanya kaya-kaya-kaya belaka, loaded-loaded-loaded belaka, semua asal cuti, nak pergi oversea.Maka, kadar pengeluaran passport amat meningkat pada waktu cuti.Dengan itu, jumlah barisan untuk mengambil angka giliran buat passport semakin bertambah.Itu fakta !




Dah 2 hingga 3 kali untuk mengambil angka giliran, dapat jugak akhirnya nombor untuk membuat passport.Tapi dalam pukul 2-3 petang macam tu lah.Disebabkan lambat buat, maka kena ambil keesokan harinya.Syaratnya, kalau buat passport lebih dari pukul 1 tengah hari, tak boleh collect on that day jugak.Maka, keputusannya esok jugalah kena datang dekat pejabat Imigresen tu untuk collect passport.okay.urusan passport cuma nak collect saja.



Lepas habis settle pasal passport, kita balik ke Kolej Kediaman Cemara.Dalam pukul 3 p.m lebih tu dah sampai kolej.Sampai saja situ, my parents tunggu kejap dan terus nak balik ke rumah Pak Ngah.Esok cuma datang sekali nak collect passport sebab budak yang buat passport bawah umur tak boleh collect sendiri.Kena ada parents sekali.Jabatan Imigresen sangat kejam pada ketika itu ! Sungguh kejam !



Lepas tu, masuk Dewan 3S, Dewan Songket, Dewan Satin & Dewan Sutera untuk daftar nama dalam sistem di INTEC, cek bayaran yang kita bayar.proses IITU, proses borang sana sini and so on.Adalah nak mabuk borang semua hari itu.Sempat lah berkenal-kenalan dengan sesiapa yang terduduk sekali dengan aku hari itu.Bertanya khabar, beramah mesra and so on.Okay.



Selepas selesai semua buat S.O.S apa semua dekat CC dekat tingkat atas, mula mendapat arahan bahawa boleh pulang ke bilik dan kembali semula ke Dewan 3S pada jam 5.30 p.m.Sekembalinya ke Dewan 3S, diarahkan untuk duduk mengikut program.Sekali lagi, diri menjadi taat kepada semua peraturan dan arahan yang dikenakan oleh para-para PM sekalian.



Lebih kurang 10 minit kemudian, diarah naik ke Dewan Delima kat tingkat atas.Sebelah pejabat pengurusan Kolej Cemara Akasia.Segala semua masalah yang dihadapi oleh MEP student semua disettlekan dalam dewan tu.At first, macam nak nanges bila banyak gilaaaa yang tak settle lagi including passport, borang medical check up bagai.A terrible week at here.



p/s : Penulis tidak mampu menulis lagi dek kerana kepenatan yang amat telampau.Darft ini sudah hampir 2 bulan rasanya :) Selamat beribadah semua !

No comments:

Post a Comment