Halaman

Thursday 28 November 2013

Queen Rania : Dari mimpi jadi realiti

ASSALAMUALAIKUM W.B.T





Suatu malam di rumah no. 49 Taman Wawasan, ketika siaran berita sedang berlangsung hangat di TV3, tanya seorang anak kepada ibunya,


"Ma, siapa tu yang tengah cabut undi tu? Cantiknya "




"Tu la Queen Rania.Jordan punya Queen.Dia ni asal dari Palestin.Sebab tu dia cantik.Muka macam orang Palestin sikit"




"Oh haaaaaaaaa.Kira Raja Jordan punya wife la ni ? Hmmmm...cantik cantik."



Peristiwa itu beberapa tahun yang dulu ketika mana aku dengan family tengah tengok cerita kegemaran yang setiap hari takkan terlipas yakni Buletin Utama TV3.Ketika tu, berita sukan sedang berlangsung dan ditakdirkan pihak siaran sedang menayangkan Queen Rania yang sedang mencabut undi untuk FIFA -if-I'm-not-mistaken.



Wajah si anak sangat impress dengan Queen's beautify.Sangat.Queen la katakan *gosok bahu*.



Itu kali pertama aku tahu akan kewujudan Queen Rania.Dari seorang ibu.



Selepas dapat result untuk temuduga JPA/MARA, aku kekadang terfikir jugak nak bagi jawapan bila panel tu tanya




"Kenapa kamu pilih Jordan?"



"Sebab saya nak jumpa Queen Rania.  --"" "



Tapi tak kan budak pegi interview nak jawab macam tu.Memang aku tak sampai Jordan la sekarang ni kalau macam tu.



Bila dah dapat tau kata terpilih untuk dapat pergi ke Jordan and further study pulak kat sini.Phew phew phew.Angan-angan Pak Jenin terus membara la-sangat nak ketemu Sang Ratu.Tapi dalam Top 50 la wishlist tu nak jumpa Queen Rania.



Bila dapat tau akan ke Jordan,



"Ma, abang rasa abang nak jumpa  Queen Rania la nanti."



"Hishh  ! Jangan mengarut la sangat.Awak siapa yang Queen Rania nak jumpa."



Siapalah aku yang Queen Rania nak jumpa sehingga lah satu peristiwa 27 November 2013.Ketika ini aku sedang berada di Jordan, di Jordan Unversity of Science & Technology.


Di sinilah mimpi jadi realiti.


**************************

Hari Rabu.Waktu nak masuk kelas English 111, bila dah masuk, tetengok ada Izyan.Tanya dia,


"Kenapa orang Jordan dok tunggu ramai-ramai kat bawah tu ?"

"King dia (King Abdullah) nak datang"

"Eh, serius ka ?"

"Ha'ah laaa"


Dengan excitednya aku tunggu sebab dari kelas BI (SF12) boleh nampak dekat luar sebab tingkat dia transparent.Penat tunggu tak sampai-sampai juga sampai tetido dalam kelas.Siap pesan lagi kat Izyan kalau King datang tolong kejut.Kemain excited punya pasal.

Pastu Izyan kejut, tetngok Queen yang datang.Queen Rania Abdullah.King Abdullah punya isteri.Dia datang naik kereka macam MPV colour hitam and park depan JUST Mall (H Building).

As first dia turun dari kereta, dia salam dengan all Jordanians yang tengah tunggu dekat tepi tu.Lepas tu baru la dia gerak  untuk salam dengan orang-orang besar JUST mungkin.Dan orang-orang besar tu semua buat satu line berbaris menyambut ketibaan Queen yang disanjung.Dengan berbaju kot apa semua bertuxedo and so on.

Lepas tu, dia jalan masuk ke dalam JUST Mall dan waktu tu semua Jordanians student macam kemain excited berlari sana sini demi mengejar Sang Ratu.

Lepas aku semua keluar dari SF 12, kononnya nak mengejar Sang Ratu la jugak turut sama berlari mengejar dengan orang-orang Jordan jugak.Lepas tu, Arab siap excited nak jumpa queen diorang sampai tetolak habis semua makhluk kat situ.Aku pun macam hmmm..

Lepas keluar dari JUST Mall tu tengok jam baru jam 12 rasa macam nak solat zohor dekat library JUST sebab selalu lepas kelas BI pergi solat dekat Blok N sebab dekat dengan kelas.Tapi disebabkan kelas BI yang cancel dek lecturer BI yang cancel bila dah masuk kelas sebab excited juga King nak datang.Cancel last minute.

On my way to library, nampak orang ya amat ramai sangat depan library.Depan pintu library.Bila sampai depan library turut sam tunggu depan tu sebabnya library takleh masuk sebab Queen Rania ada dalam tu.Tunggu la kat luar sambil tengok sedikit demi sedikit orang keluar dari library.Dapat arahan berbuat demikian sebab ada Queen Rania.

Last sekali, banyak orang pergi dekat jalan belakang, jalan nak ke mujamma' dari library sebab diorang cakap Queen akan keluar kat situ.Aku pun join sekaki.

Bila dekat 12.30 tengah hari macam tu, Queen Rania keluar la dari belakang.All Jordanians semua kemain excited sebab nak jumpa diorang punya Queen.Fyi, Queen drive sendiri.Dia balik drive naik kereta dia.Kereta second.Yang first tu kereta siapa entah.Ala-ala excort la.Second, kereta Queen la and follow la lagi 2, 3 bijik kat belakang.Waktu dia drive nak balik, dia lelambai kat semua orang sebagai balasan la kot semua orang lambai dekat dia.

**************************


Ada helicopter datang dekat helipad JUST.Diorang assume la Queen Rania datang naik helicopter.Namun sangkaan anda salah.She drove to JUST.Sampai member arab cakap,


"She drive alone.She doesn't has a driver.She drive because she love driving"

Orang arab cakap la.Siapa tahu.Aku nampak waktu dia datang , park kereta depan JUST Mall and sampai la dia balik.Macam excited kan ? *senyum kelat*

Lepas peristiwa tu, penuh la tweet bebudak Malaysia pasal Queen Rania yang mencemar duli ke JUST.Penuh la instagram semua pasal kisah ini.Typical Malaysian.Ada orang cakap dia datang untuk take  a look.Ada juga yang cakap dia datang sebab nak rasmikan JUST Mall.Ada juga yang cakap dia datang sebab nak rasmikan library.Aku tak tau k.

Rasa terkejut tengok Jordanians sebab semua sangat excited kemain sambut queen depa.

"Why Jordanians seem to be very excited to meet theirs queen ? "

"Because she's a queen"

" Oh "


Jordanians siap berlari ke sana sini, usung kamera canggih handphone ke hulu ke hilir.Usung DSLR (ada la sorang) ke depan dan belakang.As me too.Haha.Fyi, Jordanians sangat excited berjumpa dengan Queen dia.Diorang sangat sayang akan King and Queen of Jordan.


Kepada sesiapa yang tak kenal siapa Queen Rania, sila minta tolong En. Google untuk ushar-ushar image Queen Rania.Malikah Urdun.Kalau dekat Malaysia, Raja Permaisuri Agong pon aku rasa aku tak pernanh jumpa lagi dan datang sini terus jumpa Queen of Jordan.

Ada yang cakap ruginya tak dapat jumpa Queen Rania.Well !

Ada senior bantai cakap yang dia ni Queen paling cantik in the world.Miss World kalau tak silap.Aku taktau la senior ni tibai fakta ka auta.

*****************

Kini kisah Queen Rania ; Dari mimpi jadi realiti sudah tercapai.

Dulunya aku seorang budak yang bila nampak saja Queen Rania dekat TV bagi speech or whatever,


"Mama, Queen Rania tu ! "

Bila bangun tidoq then, mama cakap,


"Cuba buka paper, tengok ada apa dalam paper tu"

Tapi impian Mat Jenin yang nak berjumpa Queen Rania tercapai.Walaupun bukan la secara face to face, bersalam apa semua but at least cukup untuk dijadikan cerita nanti bila balik Malaysia untuk dikhabarkan pada kengkawan yang aku dah pernah jumpa Queen Rania.Walaupun tak dapat snap picture personally with her but I feel good. *gaya NTV7*








3 orang Arab ni boleh pulak excited lebih suruh aku tangkap gambaq depa.No caption




****************************


Ada orang cakap,

"Tuah apanya jumpa Queen Rania.Queen je pon"

Memang tak bertuah pun, tapi bagi seseorang yang dah lama sangat dan teringin sangat nak berjumpa, benda tu akan jadi the preciuos moment in the life.We can't simply say like that.It might be the you loved but people around you don't.Semua ada pandangan dan persepsi berbeza.

Kini impian menjadi kenyataan untuk bertemu sang Ratu.Kini, aku bukan budak-budak yang hanya memasang impian lagi, tapi sudah mengenggam apa yang diimpikan.

Wassalam semua bakal penghuni syurga :)

Asyraf Zulkifli : " Rasa macam awkward pulak buat post macam ni.Hmmmmm hambar.It's okay.Queen ni ada 4 orang anak.2 putera 2 puteri.Anak yang sulong, putera tu kalau tak sialp tau setahun dari aku.Yang bongsu pun putera, means that tengah tengah tu puteri la.Prince Hussein, Princess Salma, Princess Iman and Prince Hashim"

Happy Reading,
|Asyrafz | 29 November 2013 | 7.09 a.m |

Tuesday 26 November 2013

Ukhwah

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Ukhwah


"Eh, sawah ke ?"

"Apa yang ukhwah ukhwah ni.Syadidnya"

"Macam hambar je."

Kenapa sejak kebelakangan ni rasa macam nak update semua dekat blog tercipta-la-sangat-langkah ni pasal semua benda especially yang berlaku berkaitan diri ini.



Kalau nak dikatakan kan ukhwah tu, semestinya berkisar tentang jalinan kasih sayang dijalinkan.Kalau mengikut norma masyarakat kita di Malaysia, ukhwah itu manis.Ukhwah antara familia, antar guru, antara sahabat, antara masyarakat dan memacam lagi.Sangat manis.



"Ukhwah yang terbina bagai mutiara"

Pada usia 18 tahun, ditakdirkan aku tercampak jauh di bumu gersang lagi berpadang pasir, bukan di Malaysia, bukan juga Sabah Sarawak tetapi di Jordan.Jauh dari keluarga yang kini menetap di Kedah.Jauh di mata, namun sangat dekat di hati.


Jauh dari keluarga, bukan bermakna aku tak ada sesiapa di sini.Bukan bermakna aku tinggal seseorang di sini mencari ibrah hidup.



Aku ada kawan-kawan.Aku ada sahabat.Aku ada mereka.Keluarga kisah lain.Mereka juga keluarga.Keluarga di sini.



"Walaupun kita kenal tak sampai setahun, kita kena jaga ukhwah kita."

Baru baru ni birthday Naim.Naim Muzhafar Mustafa.Siapa tu ? Dia bukan kawan waktu kat smka dulu.Bukan kawan setaman.Tapi sahabat seperjuangan di sini, bersama-sama menuntut ilmu di bumi Irbid, fi Techo au JUST.



25/11/2013- Dah 18 tahun dah Naim.Aku tau pon siapa cakap tah.Last-last aku selongkaq wallet dia and cari IC.Kantoi la sudah birthboy on the date.


"Alaaaa... birthday je pon.Meaningless la bila dah masuk 18 tahun"

Perhaps orang lain akan kata macam tu, tapi sangat bermakna kalau individu yang terlibat disambut secara meriah walaupun kecil-kecilan. Eh ?



Tapi benda tu akan jadi one of the best moments in our life kalau kita hargai sesungguh.




Walaupun baru kenal Naim awal Jun hari tu dekat INTEC, tapi takkan tu nak jadi a big barrier kot.INTEC dah la bilik depan, depan.Kelas sekali pulak tu, MEJ05.Kisah di INTEC berkesinambunagn sampai ke Jordan.



Bila kat Jordan, terpisah sat 2, 3 hari & end up bilik sekali sampai sekarang.Katil sebelah-sebelah.



As a friend, aku nak ucapkan Happy 18 th.Selamat Hari Lahir yang ke -18.Semoga cita-cita nak menjadi seorang dentist a.k.a Dr, Gigi tercapai.Semoga ilmu yang dapat boleh disumbangkan untuk kebaikan ummah, negara, bangsa dan juga agama.Keluarga jugak.


Finally Naim dah 18 tahun.Sebab kau selalu cakap dekat aku budak kecik a.k.a kekanak.Secara zahirnya memang aku lagi rendah dari kau tapi kalau diikutkan siapa yang deliver dulu, hmmmmmm aku la the  winner.

Walaupun kau selalu cakap aku tak matured/matang, tapi aku rasa kau lagi tak matang.Siapa yang boleh nilai kematangan kita ? Bhaha

Sorry, sebab kitaorang ingat nak prank nak beli kek kat kau, tapi semalam pegi Mango (kedai kek) nak tengok kek yang murah sikit below 10 JD la.Tapi habis.Hanya pizza chocolate and pizza tuna saja kitaorang mampu nak prank.Tapi en en en, Abg. Jebat dah bawa cupcake choclate dah.Kira okay la tu. Semoga bahagia sampai bila-bila dan all the best in your life.

Walaupun kau dah tak suka aku buat havoc bagitau dekat sesape pasal benda ni, am I care ? Lepas subuh aku dah nyanyi dengan Ihsaan dekat greoup whats app sampai tukat habis nama group whats app.Walaupun malu classmates cakap suara aku lain waktu nyanyi.Hmmmm... diorang cakap aku layak masuk AF.Tunggu la lepas grad nanti.

Kak long cakap dekat Jordan kita takdak family nak sambut birthday sesama, tapi kita ada kawan.Hargai moment tu.Kat sini kawan lah segalanya.


Tapi rasa macam hambar ja sambut birthday dengan Pizza yang seberapa Pizza.Apapun, atas dasar nama sebuah ukhwah.


HAPPY BIRTHDAY NAIM MUZHAFAR MUSTAFA :)



Wassalam semua :)


Asyraf Zulkifli : " Naim macam marah dan feelingless bila semua classmates wish dekat dia.Dia cakap dia segan and yet macam kekanak ribena.Walaupun awkward moment naim, chill okay."

Happy reading,
| asyrafz | 26 November 2013 | 5.10 p.m |

Thursday 21 November 2013

Be yourself

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Suatu ketika selepas keluar exam hall.......


"Eh Mat, cane result Bio Lab tadi ? *lelompat tinggi*

"Hmmmm... *ngeee* je "

"Eh ye ke ? Ko bukan dah study hard ke semalam?

"Hmmm..hard la sangat.Aku tengok Seorang lelaki berlari ( Baca : Running Man) dengan Adol"

"Eh ye ke ? Asal kau ikut dia ? Dia score 39.25/40 ko Bio Lab tadi"

"Hmm..aku tawu.Dia genius doe.Nyesal ikut dia semalam"

**********

Suatu malam.......

"Jom la study Adol...... *hehentak kaki*"

"Jap la aku nak tengok One peace kejap"

"Hmmmmm. *hambar*..pastu takkan aku nak study sorang.Aku tak faham seyh"

"Esok aku ajar k.Esok exam kul 12.15 tengah hari.Esok pas subuh kita struggle la"

"Hmmm...aku join la sekali tengok Lelaki Aman tu"

Esoknya lepas subuh Adol dengan Mat tido sampai kol 10.Masuk exam hall hambar...

****************

BE YOURSELF

Apa yang be yourself sangat ni ? Berdasarkan apa yang ada macam drama-la-sangat kat atas tu, mungkin semua dah faham kot apa yang Be yourself.

Kalau kita ikutkan perspektif individu, banyak maksud tersendiri bagi diorang apa yang dimaksudkan dengan 'Be Yourself'

"Jangan hipokrit la"

"Tak payah la ikut orang.Be yourself k"

"Tak payah nak acah acah ikut dia la sangat"

And yet, people akan cakap Be yourself.

Tapi apa yang aku nak sampaikan kali ni ialah BE YOURSELF IN STUDIES.

Macam pelik je tajuk.macam pelik je tajuk.Macam mintak pelempang je 

*tetampaq pipi sedaih*

Setakat apa yang hidup sampai sekarang, aku dah jumpa banyak orang dah setakat ni.MAcam macam cara study diorang semua buat untuk study and of course la untuk faham.

Ada yang jenis study lepak, dengar music sampai terlompat-lompat.Esok exam score

Ada yang study sampai stay up 25 jam kalau boleh nak study.Fokus tu kalau boleh nak stop solat and baca quran saja.

Ada yang esok exam, pagi esok tu baru nak buka buku.

Ada jugak yang minggu depan exam, minggu ni dah buka buku.

Ada yang rasa dah penat study , layan movie la lepas tu and so on what ever.

Ada yang study tu sampai nak lumat buku dia conteng buku.Ada juga yang bila buku dia, bersih suci saja.

Ada lagi banyak jenis orang tu study.



Tapi apa yang aku nak kata kan kat sini, jadilah diri anda yang sebenar bila anda study.BE Yourself in Studies.You know what you can.

Dalam erti kata lain, tak payah nak ikut cara orang lain study aklau rasa cara sendiri tu dah betul dan okay je.Follow ja steps tu unless kalau cara orang lain yang rasa 1000 kali baik dari cara sendiri tu, then FOLLOW !

Kalau kita bagi contoh, Adol tu study lepak gilerr sampai siap tengok Running Man la, tengok One peace la dan memacam lagi.Tapi sekali exam score mak ai.Takut eden.Mungkin si Adol ni jenis cepat pick up dalam kelas.Fokus sehabis baik dalam kelas dan dengar lecturer cakap tu sebaik mungkin.

Kalau tengok si Mat pulak jenis tangguh study, last last jatuh tersungkur.Salah ikut orang tu.

Biar la orang cakap kita ni study sampai tak de life or lifeless or what ever yang pada pandangan orang tu salah or tak betul.Asalkan kita rasa selesa dan okay, pekak kan telinga anda dan struglle sesungguh.Kalau rasa exam minggu depan atau pun bulan depan, tapi nak study bulan ni jugak, buat lah kalau rasa itu yang terbaik.



Sebab Allah bagi rezeki dekat orang lelain.Ada yang study sikit tapi dapat banyak.Ada yang study banyak dapat sikit.Terbalik pulak kan.Ada yang tak study langsung, memang wajar la langsung tak dapat.

Ada orang cakap, Allah tak pandang kejayaan, tapi Allah pandang usaha kita untuk mencapai kejayaan tersebut.Walau sebanyak mana ;pun usaha kita untuk berjaya, jangan ingat tak da orang pandang.InsyaAllah ada.Allah juga pandang.

Hiraukan pasal orang lain yang boleh follow je cara diorang study.Tapi jangan sesekali kita rasa tense or rasa nak mengamuk bila tengok orang lain study relax dapat result gempak.

Aku bukan lah jenis yang boleh study lambat lambat tetiba dapat result gempak.Bukan jenis yang boleh catch up last-last minute.Sayangnya aku bukan macam tu.Tapi mesti ada something yang Allah nak tunjukkan pada aku.

Dari SPM dulu lagi aku bukan yang jenis score awal-awal.Slow slow je aku study and Alhamdulillah  rezeki Allah bagi.Aku bukan la harapan cecikgu 11A+ apa semua.A+ pun cecukup makan je.tak banyak.Exam pun boleh la score sikit sikit.Aku tak gifted macam orang lain.Study sikit dapat banyak, exam score result gempak.Bukan yang cikgu ajar sekali terus masuk dalam otak save apa semua.Kena revise sejuta kali mungkin.


Bila dalam otw nak ke airport dari rumah ke KLIA dari sejak ambik dentistry ni, mama selalu pesan," Awak jangan study last minute.Kena moving on study selalu sebab dentist ni bukan senang tau.Once you dah masuk medical school, you have to work hard"

Kekadang rasa macam whoaaaa ! Allah dah lorongkan aku untuk masuk dalam bidang ni, mesti boleh follow.InsyaAllah.Ingat semua pesan orang.

Lastly, jadilah diri anda dalam study.Kalau rasa itu okay dan ini tak okay.Ambil dan tinggalkan.Takkan tak tau diri sendiri macam mana sebab dah hidup banyak tahun.

Lagi satu kalau nak exam, berdoalah kepada Allah supaya Dia bagi yang terbaik untuk kita.Bukan bagi markah tinggi ataupun boleh beat orang lain.Kalau Allah kata result tu yang terbaik untuk kita, redha lah.Kalau Allah tak izin dapat banyak dan yang tu setakat tu saja rezeki kita, redha lah.BErdoa supaya Allah berkati segala usaha dan redha segala usaha.Semoga Allah redha :)






Wassalam semua bakal penuntut universiti

Asyarf Zulkfili : " Waktu tengah type entry ni, Amin kat sebelah dok study Physics pulak.Hambar k hambar.Aku dah puaaih suqoh dia stop study.Jealous k jealous.Hmmm.First exam was not really good.Need to improve my prestation during 2nd exam.Harapan"

Happy reading,
| Asyraf | 8.09 a.m | 22 November 2013 |

Thursday 14 November 2013

Anjing

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Maarokaz Yarmouk


Anjing yang kita sememangnya tahu bahawa seluruh umat Islam dilarang pegang sebab najis mughallazah.

Ini kisah anjing dan superhero.tersebutlah kisah di suatu bandar yang bernama Johannesberg di mana terdapat seorang superhero yang diberi nama Dogman dan seekor anjing beliau yang sangat lah terkenals seantero.Ada sumber mengatakan bahawa beliau mendapat gelaran 'Dogman" atas sebab anjing tersebut.Who's know ?

Tersebutlah kisah di mana anjing tersebut mendapat satu berita bahawa Dogman  mendapat satu notifications whats app yang berbaur ugutan.Hmmm ? Dengan sepantas kilat, anjong tersebut cuba mengakses ke setiap rangkaian nombor telefon untuk mengesan siapa pemilik sebenar nombor whats app tersebut ? Dengan usaha Dogman yang setinggi Gunung Everest, nampaknya usaha mereka seakan-akan berbaur kegagalan.It proved futile.Yeahhh ! 

Sehari kemudian, Dogman mendapat satu lagi ugutan, tetapi bukan melalui whats app, tetapi kali ini melalui twitter pula memangdangkan Dogman seorang pentweet tegar abad ke 21.Itulah yang dikatakan teknologi menjangkaui masa.Anjing DOgman berasa sangat hairan sebab anjing tersebut tidak boleh mengesan siapa peng-tweet tersebut memandangkan dia adalah anjing dan tak ada iphone 5c mahupun 5s untuk mengupdate twitter.Tapi bagaiman untuk anjing tersebut mengetahui siapa penugut tersebut yang akan mengancam bandarraya metropolitan Johannesberg ? Bagaimana nasib rakyat Johannesberg jika ada suatu kuasa yang akan mengancam bandar tersebut ?

**********

Ini bukan kisah anjing dan Dogman, bukan juga kisah anjing belaan ataupun sebagainya,tapi ini kisah MENGHANJING !

Cuba renung, cuba tatap skrin laptop ini, cuba luaskan pemikiran, apakah yang dimaksud dengan 'menghanjing' secara literal ataupun secara bahasanya.Cuba dan terus mencuba dan jika anda tidak dapat mengetahui apakan yang dimaksudkan dengan apa itu 'menghanjing', cuba buka Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kelima untuk merungkai maksud tersebut.

Aku dihanjing oleh orang Arab.

Mudah dan simple.Ini kisah aku dihanjing oleh orang Arab.Waktu hari Isnin lepas, lepas habis kelas Arab, macam biasalah rutin aku untuk naik bas gongok untuk ke mujamma' bas dekat JUST sebab kelas dah habis, so nak balik la rumah.Waktu tenagh tunggu gonggok dengan Izyan dekat bus stop dekat dengan faculty M (Medicine), ramai la orang.Ya ramai orang.Ditakdirkan pula, aku terlepas gonngok mula-mula sebab lambat tunggu sebab pergi kedai buku dekat bangunan N.PAstu takpa la, Izyan call.

Waktu tengah tunggu untuk gonggok seterusnya, ada sekumpulan orang Arab.Nampak biasa.BIla ada satu gonggok color putih yang aku tau gonggok tu hanya untuk sobaya sebab gonggok tu direct ke sakan diorang terus.Tunggu lagi tunggu, ada lagi satu gonggok biru.Setahu aku, gonggok biru ni syabab (laki) boleh naik sebab tak salah pon.Pastu dia datang, ditakdirkan dalam gonggok tu takdak pon syabab dekat belakang.Takpalah.Lepas saja pintu gonggong buka, masuklah semua sobayas (plural merujuk kepada banyak) dalam gonggok tu.

Kira lama la jugak pintu bas terbuka, pastu ada dalam 4-5 orang laki arab masuk juga dalam tu sebab bukan salah pon.Dengan penat dan malas ya amat nak tunggu gonggok, aku pun ajak la Izyan masuk dalam tu follow ja laki arab tu.Bila kami masuk saja, driver bas tu halau semua syabab dalam including aku dengan Izyan.Dia dok sebut 'sobaya-sobaya' pe kejadah tah.Hmmm.Stress.

Bila kami turun ja dari bas tu, sekumpulan Arab ni, dia dok menghanjing dekat aku dengan Izyan.Bila turun saja, dia macam cakap-cakap dalam bahasa Arab.Memang confirm la aku tercengang dengan muka blurr tahap tahik ayam berak kapur sebab tak faham.Pastu bila dia cakap, geng dia gelak-gelk-gelak dan terus gelak sampais semua yang dekat bus stop tu tengok kami berdua.How do you feel ? Yang arab lain hanya mampu senyum saja.Dan dibiarkan dua orang tersebut dengan duduk mencaci-maki I guess in Arabic term and aku pun turun naik mengelurakan sedikit kata-kata kesat also in Malay term.Tu lah, untungnya jadi orang Melayu.Sabar banyak-banyak dekat situ.

Malu tu bila arabs keep looking kat kami dua sebab arab and the geng tadi la yang dok menghanjing sampai la gonggok yang merah yang exactly laki boleh masuk datang.Bila condition macam dah redha ja sikit, ada sorang Arab yang tengah hisap rokok ni, dia pun dok dekat  kami dua jugak dan senyum-senyum.Mula-mula aku macam,"Demyu Arab".Pastu waktu nak naik gonggok tu, Arab yang hisap rokok tu cakap

"Forget them.They always like that"

Gosh ! Dendam kesumat hilang deka dua ayat dia.Hmmmm.Alhamdulillah.Bila naik saka gonggok, dia keep menghanjing sampai la ada sorang senior dentist tahun empat naik gonggok jugak dan duduk dekat dengan aku.PAstu arab menghanjing tadi, dia cakap dengan senior tu apa tah dalam arab dan of course dia refer dekat aku dengan Izyan.Nasibla senior tu pon tak faham dan senior asyik cakap ,"Can you speak in English?".Dasar arab tak faham English.Bila sampai saja mujamma', arab tu keep menghanjing lagi sampai dah immune dah, arasa macam dia mintak maaf, tapi entah la sebab dia cakap faham dan aku memang tak faham.

Kisah menhanjing ni, terubat bila sampai mujamma', nampak bas azzam.Terus speed 120 km/h tak tentu arah lari sebab nak ligan bas azzam.Sekali senior tu la naik bas azzam, dan sembang dengan dia sebab dalam bass tadi sembang sikit saja.

**********

Semalam hari Khamis, aku kena balik awal sebab malam tu ada Grand Iftar D'Dota dekat Bayt Sulbah, jadi turn aku masak hari Khamis dan kami budaks Sakan Sakran 10 orang dah determine nak buat nasi lemak sebab #ThisIsMalaysia. Bhahhahaha.

Perjalanan pulang seorang diri dari JUST ke syari3 jamiah seperti biasa.Naik bas atau coaster.Hmmm.Waktu nak balik, ada bas.Maka naiklah.Bila naik tu, ada tempat kosong satu dekat seat second last dalam bas.Seat sebelum belakang sekali yang banyak banyak tu.

Lepas dah adapt tempat duduk tu, tengok depan ada la akhowat dentist tahun satu dua orang.Pastu, buka handphone main candy crush.Waktu on the way tu ada sebelah tu laki arab.

Khusyuk main candy crush dalam on the way tu, dekat belakang tu ada syabab arab jugak la.dalam 5 orang macam tu.Syabab arab tu asyik dok tolak kerusi ke depan ja waktu aku tengah main candy crush.Dia tolak ke depan.Ala, macam kita dalam keta kat depan, pastu orang belakang dok tolak seat kereta ke depan.Banyak kali.At first, aku ingat tu bukan real intention depa dan keseronokan main candy crush menghilangkan marah di hati.Dia tolak banyak kali, pastu aku klihkan kepala ke belakang nak tengok if something happened kan.Pastu dia stop.Untuk laki arab yang kerusi sebelah aku syabab belakang ni buat jugak.

Bila dah sampai destinbasi syabab-syabab ni semua, diorang pun turun la.Then, 3 minit lepas tu, laki Arab sebelah aku pun cakap

"I'm sorry for the unbehavior attitude that those guys show to you just now.They push your chairs and so on"

Lebih kurang macam ni la maksud dia.Dia minta maaf dekat aku sebab sikap arab yang kat belakang tadi yang menghanjing kerusi aku kat depan.Padahal kerusi dia kena jugak.Pastu dia minta maaf.Serius cakap, Arab ni baik.Dia baik.

Pastu mula la sembang dengan dia pasal JUST, study apa and so on duduk kat mana.

***********

As a conclusion, tak semua arab yang suka menghanjing, ada juga yang baik.Jangan letak expectation dekat Arab ni teruk.kalau baik tu, baik sungguh.Kita suka.Kalau teruk tu.Hmmmmm.Rasa macam nak balik Malaysia.

Itulah pengalaman yang mematangkan hidup.Ingat Acap, hidup sini lima tahun.Lagi banyak lagi jenis Arab yang nak jumpa.Sabar.Keep patience.


Wassalam semua :)

Asyraf Zulkifli : "Doakan esok untuk aku sebab esok ada exam Bio Lab.Bagi boleh jawab dengan tenang.Pastu doakan bagi boleh join program MMJ .Program PRIME sebab ada orang cakap waktu tu ada 2nd exam.Nak join ! "

Happy reading,
| acap | 15 November 2013 | 9.45 a.m |


Saturday 9 November 2013

Online examination stress !



ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Masjid Negara Jordan dekat Amman.



Alhamdulillah, dah sebulan lebih menuntut ilmu dekat JUST.Sebulan lebih naik coaster/bas ulang alik pergi JUST.Semua itu perlukan pengorbanan.Dan juga masuk lah sudah fatrah imtihan yankni musim peperiksaan.Tak kisah lah Yarmouk or JUST, dedua sama ja musim exam.Dan exam bukanlah satu benda yang semua orang suka I think.The same goes to me.Dari tadika hingga ke university, siapa yang suka ?




Memandangkan setiap negara ada sistem pendidikan yang tersendiri, ada cara tersendiri, pendekatan tersendiri yang digunakan untuk mendidik setiap pelajar/mahasiswa/mahasiswi.Aku hormat benda itu.Jangan la nak compare dengan Malaysia yang bagi aku lagi maju dari sini.Aku taktau Yarmouk punya examination system macam mana.Tapi JUST, hmmmm...hmmm...




Memandangkan JUST ni adalah satu universiti.Memang la yang tu.Tapi kan dia punya examination adalah ONLINE EXAM  which is menggunakan COMPUTER.





APA YANG TAK BEST ONLINE EXAM ?







1)Penggunaan kertas tidak -100%. Nama pon online exam, semestinya dia tak menggunakan kertas dan penggunaan komputer adalah seratus peratus.Dan bila guna komputer, terbantutlah nita dan hasrat nak conteng dulu dekat kertas-kertas exam.Ala, macam sekolah menengah, macam SPM dulu yang suka dok highlight dekat main point, lukis lukis bila boring dan sama waktu dengannya.



2)When the proceed button is clicked, the MARK will be appear.Yang ni yang alah ni apabila kita dah settle dah menjawab dalam masa hampir 50 minit and that moment rasa dah macam confident je nak tekan proceed button, darah dekat artery rasa nak terpancut setinggi Niagar Falls.Sangat mendebarkan.Ye lah, our mark will be appear on the spot after we click the button.Satu tekanan juga bila kita dapat markah yang sikit.Dan rasa nak balik rumah jalan kaki saja.Kalau mark kita okay, rasa macam Irbid tu kita punya.It is different from sekolah menengah or Malaysia punya IPTA/IPTS yang mostly semua based on paper examination.



3)Tak boleh nak refer balik soalan mana yang salah.Jyeaahh !! If I say yang soalan ada 45, then lepas jawab-jawab, dapat la 39/45.Then, 6 soalan yang salah tu, mana kita nak refer apa yang kita salah.Katakan waktu exam second dah nak dekat, kat mana kita nakrefer balik apa yang kita salah waktu first exam.Kat mana ? Kalau nak compare dengan malaysia yang lepas jawab, cikgu atau lecturer akan bagi palik exam paper dekat kita walaupun markah agak cekerik cekerik, tapi at least kita tau kat mana kita salah , careless ke apa and so on.Sebab semua orang tau yang experiences is the best teacher.


4)Menyusahkan nak buat jalan kira.In example, dalam exam chemistry, kalau kita flashback balik zaman dulu-dulu ataupun sekarang dekat Malaysia, semua soalan yang ada calculations, kita mesti akan buat dekat tepi soalan atau kat situ tapi bawah equation.Bila dah nama online, kena buat dekat kertas kosong, pastu kena salin balik equations then dongak kepala atas bawah sebab nak buat jawapan.Pastu lenguh pastu tak sempat.Kalau contoh soalan English pulak, bila masuk bab Reading Comprehension, soalan dia ada 10 lebih kurang macam tu la, bila setiap kali nak jawab soalan, mesti kita akan refer dekat text dia kan, setiap kali tu la nak kalih page tu berpuluh-puluh kali.

5) Masa yang dia bagi ada 50 minutes saja untuk jawab semua soalan .Bila, dah nak dekat habis, masa tu akan tukar kepada colour merah.Acah-acah nak warning orang supaya cepat jawab.Walaupun kecik ja dekat bawah, tapi colour merah tu buat orang stress kot nak semka balik bila lepas jawab.




TAKDE KE YANG BEST ONLINE EXAM ?



1) Ada kot rasanya.Markah exam akan tau lagi cepat.Best ka ? Depends on individual la.Ada yang suka, ada yang tak.Bila kita tekan proceed buttton untuk cek markah tanda dah habis jawab, pastu mark will be appear, at least kalau kita dapat rendah, benda tu akan me-motivated-kan kita untuk push up balik ourself for the second exam.Takda la orang cakap sebelum dapat result tu, siap berangan kata boleh jawab semua soalan and aiming for the highest.Yang tu je kot best.

2)Mungkin boleh relax sikit by clicking the button only.Kalau ada paper based exam kan kena shaded the region la apa la and so whatever.Keep calm and click the button.Kalau macam tu, pergi JUST takyah bawa beg pon takpa, bawa badan dan hawiyah saja sebab bukan nak guna pencil pun unless kalau soalan tu kira-kira la.

3)No subjective questions.Kalau online ni kelebihan dia tak da subjective questions yang kena tulis essay panjang-panjang.E.g ; Biology, Chemistry and so whatever.Just MCQ (Multiple choice questions) saja untuk dibulat.Boleh la hantam sesedap rasa kalau rasa tension tu.Moga betul.Itu harapan.



Bila semua dah habis exam, tengah sharing markah result dalam coaster, pastu yang down tu kita biarkan dengan ke-down-an dia, pastu akan ada orang cakap,"It's not about scoring in the exam, but it's about passing the year".Dan rasa quote tu agak legend dengan bebudak sini sebab ya, tanya la budak medical and dental students, benda yang plaing ngeri dekat sini adalah repeat year.Kalau muaddal tahunan atas 60 tu, benda paling selamat la sebab tak kena repeat year and naik ke tahun seterusnya dengan jayanya.

Ada senior cakap, waktu first year ni la nak merasa markah tinggi, e.g 90 and above and so on.Doa bagi dapat Deanlist atau nak lagi extravaganza dapat Presidentlist.Kalau  bila dah masuk Second, Third and so on year tu dah macam kira nak lulus saja sebab susah.Dan rasa benda susah tu macam dah common kalau kita sebut pasal medical school dekat dunia ni even dekat our nation also.Waktu first year ni nak dapat Deanlis and Prestlist apa bagai.Bila kira tahun nanti, asyik berdoa bagi lulus saja pon dah cukup.

Ada kalau kita tengok senior yang repeat year tu takut dan cuak jugak la sebab siapa nak kena extend lagi satu tahun dekat sini semata-mata repeat year.Kalau medic kena jadi 7 tahun and dentist 6 tahun.Nak ka ? Renung-renungkan dan selamat beramal.


D'DOTA 
( DOCTORS DENTISTS OF TRUE AWESOMENESS)

“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Surah al-Mukminun: Ayat 115)

"Ternyata, tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan (survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.

Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya."


Wassalam semua bakal penghuni syurga,

Asyraf Zulkifli :" Doakan acap bagi suka online exam dan semalam exam chemy and arab.Arab bukan online tapi atas kertas.Doakan bagi lulus tahun satu as dental student dengan cemerlangnya.Doakan juga Syria yang tengah bergolak"

Happy reading,
| asyrafz | 10 November 2013 | 7.24 a.m |

Saturday 2 November 2013

Petra

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


PETRA ; 7 WONDERS IN THE WORLD


Alhamdulillah, pada cuti raya Aidil Adha yang lepas, yakni pada raya kedua, guwe dan segerombolan rakan-rakan telah buat satu lawatan khas ke Petra ; 7 Wonders in the World.



Sebelum datang Jordan, tempat pelancongan yang guwe tau ada dua saja which is Petra and Dead Sea.Yet, Petra is the most place that people want to visit in Jordan.Is it because of the tittle "7 Wonders in the Wolrd" ?



Undeniable Petra is 7 Wonders in the world.Really awesome.Seriussss !



Kami bertolak dari hotel ke Petra dalam jam 8 pagi.Dan 8.30 dah masuk dah Petra.Semua orang cakap Petra ni bila nampak Pintu gerbang yang commercial tu saja.Enough.Tapi, actually, yang tu hanya 1/100 Petra saja.Sebab yang tu orang suka buat jadi bahan yang commercial saja.



Secara jujurnya tak boleh nak describe macam mana cantiknya Petra, walaupun hanyalah batu bata yang colour coklat.Cantik.Subhanallah.









Bersama kengkawan yang punya perasaan yang sama yang teringin nak masuk Petra jugak.Yang punya perasaan sama jugak nak melawat batu bata.Yang muka cacah-acah bersedia nak berjalan jauh.Yang sanggup nak berpeluh semua.yang sanggup nak kotorkan kaki seluar.Yang sanggup nak hauskan tapak kasut.Se-Petra terima kasih buat mereka kerana sanggup hoyyeah hoyyeah bersama-sama kat Petra !



















Waktu kita sampai dekat pintu masuk dekat Visitor Centre tu, kita akan lalu jalan, jalan jalan sebelum kita masuk As-Siq.As-Siq ni satu jalan antara dua bukit yang macam ala-ala grand canyon.Kalau boleh tengok, tulah As-Siq.Cantik.As-Siq ni agak jauh dan agak penat jalan sebelum sampai ke Treasury.









Lepas korang semua lalu dekat As-Siq tu, kita akan sampai dekat satu pintu gerbang which is benda yang sangat commercial tentang Petra.Kalau perasan la kan, dalam TV ke apa ka, mesti akan mention pasal pintu gerbang ni.Can you see yang besar gedabak tu,Tu orang panggil Treasury kot kalau tak silap.That moment bila sampai situ, of course excited.Then, banyak la camera yang berflash-flash masuk mata.Pedih.Acewah.Banyak juga sesi bergambar kat situ.Banyak juga foreigner.Your journey doesn't stop here.
















Okay sekarang kita on the way nak menuju ke satu puncak Petra.Yang tinggi sekali.yang kena naik 800 anak tangga.Yang gayat gilosss tu.Lepas keluar dari treasury tu, kita akan lalu jalan, jalan and jalan again sampai la kita sampai.




Proses yang diambil sebelum naik 800 anak tangga.










Okay.first sekali sorry sebab sorry tak tangkap banyak gambar masa naik 800 anak tangga tu sebab penat.Penat menyumpah macam-macam.Bila nak sampai apa semua.Astaghfirullah.
Instead of walking, ada alternatif lain untuk sampai ke puncak tu which is naik himar ataupun keldai.Tapi berbayar.5 JD if I'm not mistaken.Tapi kalau nak rasa 'ummpphh' apa itu Petra, baik berjalan.We share the pain.





Lepas kita sampai dengan selamatnya ke atas puncak yang kena naik 800 anak tangga tu, tulah hasilnya.Kenchu see that ? First impression, pintu gerbang yang second ni seakan-akan Treasury kan, tapi lain sikit.Yang ni lagi besar kalau tak silap.Yang ni tak ramai orang sangat,Pintu yang ni boleh masuk ke dalam but it was so difficult.Yang ni dah nak dekat puncak la.Yang puncak punya kena naik tangga sikit lagi.Agak curam.Agak cuak.Agak ngeri.Berhati-hati semua.I'm watching you yang tengah baca.K tak kaitan.











Dan bila sampai dekat Monastery ataupun dipanggil Puncak Ad-Dheir if I'm not mistaken tu lah hasilnya.Kalau perasan yang ada gambar aku dengan bendera Jordan yang berkibar di puncak Petra, yang sangat besar sebesar-besarnya, tu la yang orang selalu target kot kalau dah sampai Petra sebab macam rugi ja sampai then tak teroka sampai habis.Bila dah masuk Monastery ataupun Ad-Dheir tu maksudnya kita dah tawan 800 anak tangga yang sangat awesome.Bila sampai puncak tu, satu perasaan yang sangat gayat la sangat akan muncul sebab dah tinggi.Dan sangat puas.


Dan kalau berdasarkan apa yang diceritakan, Petra ni merupakan satu tempat yang mentally and physically kena kuat sebab dua dua perlu bergambung untuk membentuk satu percutian ataupun pengembaraan yang best walaupun penat berjalan dan baju berpeluh dan perlu bawa air mineral bergelen.Masuk petra at 8.30 a.m dan keluar at 1.30 p.m.Walaupun 5 jam, tapi tak sempat kalau nak visit semua satu Petra.You shoul spend a day here.


Ada orang cakap petra ni tamadun lain bina untuk tamadun akan datang (sekarang).

Ada orang cakap petra ni tempat kaum thamud ditimpa bencana kalau tak silap.


Untuk mengetahui tentang sejarah Petra, anda perlu KLIK SINI dan SINI .InsyaAllah bermanfaat.







Sedikit cenderamata ataupun hati yang dari Petra.maujud fi Betra.Harganya agak sama.Ada yang mahal, ada yang murah,Kita as a visitor kena pandai nego sebab ada yang cekik darah sampai haemoglobin mahal nak  mampus.Sampai sama harga dengan tambang perjalanan.Cecece.Banyak ja seni-seni kraftangan yang cantik sini yang boleh dibeli.Ada macam-macam bentuk.Kekadang beli sebab kesian.Tapi en en aku beli banyak jugak sebab waktu tengah jalan tu dah cakjap dah, beli set siap , nanti dah tak mai dah Petra.Well ? Siapa yang sanggup nak datang lagi kan walaupun ditaja.So, kita beli belah macam-macam.





Waktu jalan on the way nak keluar dari Petra, sangat bertuah bila terjumpa rakyat Malaysia yang datang bersama-sama menjelajah Petra.Nampak tu akhowat tengah bergambar bersama-sama mak cik-mal cik yang datang Petra.Waktu nak naik tu pun rasa dah jumpa dua malaysian which is anak and bapak id I'm not mitsken yang naik himar waktu nak turun.Diorang tegur,"orang malaysia ke dik?"-Wajiblah !










Finally, Petra is awesome.Sangat.Teringin nak bawa family datang sini walaupun macam jauh beribu batu.Tapi insyaAllah one day.Tekad.Rasa terkejut sebab dah sampai Petra walaupun dok tengok dari TV dan gambar saja ja dulu, finally Allah menunaikan cita-cita yang agak lama.





"Sekiranya kita mengkaji hali ini secara lebih jauh dan mendalam, Al-Quran sebenarnya telah menceritakan kisah-kisah benar perjuangan para Rasul Alaihisallam, berdakwah umpanya Nabi Ibrahim dan Nabi Musa A.S, para nabi ini dalam pada masa yang sama menentang kerajaan yang zalim, menindas dan memperhambakan rakyat, serta menyalahgunakan harta negara mengikut hawa nafsu.Walaupun tamadun kebendaannya tersergam menakjubkan, seperti 138 buah binaan piramid di Mesir, PETRA di Jordan, yang kesemuanya masih menjadi kesan sejarah yang dibanggakan sehingga zaman terkini, tetapi dilupakan betapa tamadun itu terbina di atas mayat-mayat rakyat yang diperhambakan" - Tuan Guru Haji Hadi Awang



"Perhaps the words of Dean Burgon's famous poem : "match me such a marvel save in Eastern clime/A  rose-red city half as old as time......" reflect some truth about Petra.Yet words can hardly do justice to the true magnificence that is Petra.Some archeologists have ranked ancient Petra as the eight wonders of the ancient world-a truly justifiable claim.Petra is unique in every respect, having something to offer to historin , antropologist, archeologist, geologist, architect and the naturalist, all of whom regularly come to Petra to conduct their studies and be in touch withbthe ancient past.You do not have to be a specialist in any field though to appreciate Petra because, once inside of it, you will be quickly awe-struck  and you will want to know the how, why and where about it."


Asyraf Zulkifli : " Rasa excited waktu sampai kat hotel Petra even tak masuk Petra lagi.Dan check-in pukul 3 pagi sangat awesome.Semoga berjumpa lagi As-Siq"

Happy Readings,
| Asyrafz | 7.55 a.m| 3 November 2013|