Halaman

Thursday 28 November 2013

Queen Rania : Dari mimpi jadi realiti

ASSALAMUALAIKUM W.B.T





Suatu malam di rumah no. 49 Taman Wawasan, ketika siaran berita sedang berlangsung hangat di TV3, tanya seorang anak kepada ibunya,


"Ma, siapa tu yang tengah cabut undi tu? Cantiknya "




"Tu la Queen Rania.Jordan punya Queen.Dia ni asal dari Palestin.Sebab tu dia cantik.Muka macam orang Palestin sikit"




"Oh haaaaaaaaa.Kira Raja Jordan punya wife la ni ? Hmmmm...cantik cantik."



Peristiwa itu beberapa tahun yang dulu ketika mana aku dengan family tengah tengok cerita kegemaran yang setiap hari takkan terlipas yakni Buletin Utama TV3.Ketika tu, berita sukan sedang berlangsung dan ditakdirkan pihak siaran sedang menayangkan Queen Rania yang sedang mencabut undi untuk FIFA -if-I'm-not-mistaken.



Wajah si anak sangat impress dengan Queen's beautify.Sangat.Queen la katakan *gosok bahu*.



Itu kali pertama aku tahu akan kewujudan Queen Rania.Dari seorang ibu.



Selepas dapat result untuk temuduga JPA/MARA, aku kekadang terfikir jugak nak bagi jawapan bila panel tu tanya




"Kenapa kamu pilih Jordan?"



"Sebab saya nak jumpa Queen Rania.  --"" "



Tapi tak kan budak pegi interview nak jawab macam tu.Memang aku tak sampai Jordan la sekarang ni kalau macam tu.



Bila dah dapat tau kata terpilih untuk dapat pergi ke Jordan and further study pulak kat sini.Phew phew phew.Angan-angan Pak Jenin terus membara la-sangat nak ketemu Sang Ratu.Tapi dalam Top 50 la wishlist tu nak jumpa Queen Rania.



Bila dapat tau akan ke Jordan,



"Ma, abang rasa abang nak jumpa  Queen Rania la nanti."



"Hishh  ! Jangan mengarut la sangat.Awak siapa yang Queen Rania nak jumpa."



Siapalah aku yang Queen Rania nak jumpa sehingga lah satu peristiwa 27 November 2013.Ketika ini aku sedang berada di Jordan, di Jordan Unversity of Science & Technology.


Di sinilah mimpi jadi realiti.


**************************

Hari Rabu.Waktu nak masuk kelas English 111, bila dah masuk, tetengok ada Izyan.Tanya dia,


"Kenapa orang Jordan dok tunggu ramai-ramai kat bawah tu ?"

"King dia (King Abdullah) nak datang"

"Eh, serius ka ?"

"Ha'ah laaa"


Dengan excitednya aku tunggu sebab dari kelas BI (SF12) boleh nampak dekat luar sebab tingkat dia transparent.Penat tunggu tak sampai-sampai juga sampai tetido dalam kelas.Siap pesan lagi kat Izyan kalau King datang tolong kejut.Kemain excited punya pasal.

Pastu Izyan kejut, tetngok Queen yang datang.Queen Rania Abdullah.King Abdullah punya isteri.Dia datang naik kereka macam MPV colour hitam and park depan JUST Mall (H Building).

As first dia turun dari kereta, dia salam dengan all Jordanians yang tengah tunggu dekat tepi tu.Lepas tu baru la dia gerak  untuk salam dengan orang-orang besar JUST mungkin.Dan orang-orang besar tu semua buat satu line berbaris menyambut ketibaan Queen yang disanjung.Dengan berbaju kot apa semua bertuxedo and so on.

Lepas tu, dia jalan masuk ke dalam JUST Mall dan waktu tu semua Jordanians student macam kemain excited berlari sana sini demi mengejar Sang Ratu.

Lepas aku semua keluar dari SF 12, kononnya nak mengejar Sang Ratu la jugak turut sama berlari mengejar dengan orang-orang Jordan jugak.Lepas tu, Arab siap excited nak jumpa queen diorang sampai tetolak habis semua makhluk kat situ.Aku pun macam hmmm..

Lepas keluar dari JUST Mall tu tengok jam baru jam 12 rasa macam nak solat zohor dekat library JUST sebab selalu lepas kelas BI pergi solat dekat Blok N sebab dekat dengan kelas.Tapi disebabkan kelas BI yang cancel dek lecturer BI yang cancel bila dah masuk kelas sebab excited juga King nak datang.Cancel last minute.

On my way to library, nampak orang ya amat ramai sangat depan library.Depan pintu library.Bila sampai depan library turut sam tunggu depan tu sebabnya library takleh masuk sebab Queen Rania ada dalam tu.Tunggu la kat luar sambil tengok sedikit demi sedikit orang keluar dari library.Dapat arahan berbuat demikian sebab ada Queen Rania.

Last sekali, banyak orang pergi dekat jalan belakang, jalan nak ke mujamma' dari library sebab diorang cakap Queen akan keluar kat situ.Aku pun join sekaki.

Bila dekat 12.30 tengah hari macam tu, Queen Rania keluar la dari belakang.All Jordanians semua kemain excited sebab nak jumpa diorang punya Queen.Fyi, Queen drive sendiri.Dia balik drive naik kereta dia.Kereta second.Yang first tu kereta siapa entah.Ala-ala excort la.Second, kereta Queen la and follow la lagi 2, 3 bijik kat belakang.Waktu dia drive nak balik, dia lelambai kat semua orang sebagai balasan la kot semua orang lambai dekat dia.

**************************


Ada helicopter datang dekat helipad JUST.Diorang assume la Queen Rania datang naik helicopter.Namun sangkaan anda salah.She drove to JUST.Sampai member arab cakap,


"She drive alone.She doesn't has a driver.She drive because she love driving"

Orang arab cakap la.Siapa tahu.Aku nampak waktu dia datang , park kereta depan JUST Mall and sampai la dia balik.Macam excited kan ? *senyum kelat*

Lepas peristiwa tu, penuh la tweet bebudak Malaysia pasal Queen Rania yang mencemar duli ke JUST.Penuh la instagram semua pasal kisah ini.Typical Malaysian.Ada orang cakap dia datang untuk take  a look.Ada juga yang cakap dia datang sebab nak rasmikan JUST Mall.Ada juga yang cakap dia datang sebab nak rasmikan library.Aku tak tau k.

Rasa terkejut tengok Jordanians sebab semua sangat excited kemain sambut queen depa.

"Why Jordanians seem to be very excited to meet theirs queen ? "

"Because she's a queen"

" Oh "


Jordanians siap berlari ke sana sini, usung kamera canggih handphone ke hulu ke hilir.Usung DSLR (ada la sorang) ke depan dan belakang.As me too.Haha.Fyi, Jordanians sangat excited berjumpa dengan Queen dia.Diorang sangat sayang akan King and Queen of Jordan.


Kepada sesiapa yang tak kenal siapa Queen Rania, sila minta tolong En. Google untuk ushar-ushar image Queen Rania.Malikah Urdun.Kalau dekat Malaysia, Raja Permaisuri Agong pon aku rasa aku tak pernanh jumpa lagi dan datang sini terus jumpa Queen of Jordan.

Ada yang cakap ruginya tak dapat jumpa Queen Rania.Well !

Ada senior bantai cakap yang dia ni Queen paling cantik in the world.Miss World kalau tak silap.Aku taktau la senior ni tibai fakta ka auta.

*****************

Kini kisah Queen Rania ; Dari mimpi jadi realiti sudah tercapai.

Dulunya aku seorang budak yang bila nampak saja Queen Rania dekat TV bagi speech or whatever,


"Mama, Queen Rania tu ! "

Bila bangun tidoq then, mama cakap,


"Cuba buka paper, tengok ada apa dalam paper tu"

Tapi impian Mat Jenin yang nak berjumpa Queen Rania tercapai.Walaupun bukan la secara face to face, bersalam apa semua but at least cukup untuk dijadikan cerita nanti bila balik Malaysia untuk dikhabarkan pada kengkawan yang aku dah pernah jumpa Queen Rania.Walaupun tak dapat snap picture personally with her but I feel good. *gaya NTV7*








3 orang Arab ni boleh pulak excited lebih suruh aku tangkap gambaq depa.No caption




****************************


Ada orang cakap,

"Tuah apanya jumpa Queen Rania.Queen je pon"

Memang tak bertuah pun, tapi bagi seseorang yang dah lama sangat dan teringin sangat nak berjumpa, benda tu akan jadi the preciuos moment in the life.We can't simply say like that.It might be the you loved but people around you don't.Semua ada pandangan dan persepsi berbeza.

Kini impian menjadi kenyataan untuk bertemu sang Ratu.Kini, aku bukan budak-budak yang hanya memasang impian lagi, tapi sudah mengenggam apa yang diimpikan.

Wassalam semua bakal penghuni syurga :)

Asyraf Zulkifli : " Rasa macam awkward pulak buat post macam ni.Hmmmmm hambar.It's okay.Queen ni ada 4 orang anak.2 putera 2 puteri.Anak yang sulong, putera tu kalau tak sialp tau setahun dari aku.Yang bongsu pun putera, means that tengah tengah tu puteri la.Prince Hussein, Princess Salma, Princess Iman and Prince Hashim"

Happy Reading,
|Asyrafz | 29 November 2013 | 7.09 a.m |

No comments:

Post a Comment