Halaman

Thursday, 14 November 2013

Anjing

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Maarokaz Yarmouk


Anjing yang kita sememangnya tahu bahawa seluruh umat Islam dilarang pegang sebab najis mughallazah.

Ini kisah anjing dan superhero.tersebutlah kisah di suatu bandar yang bernama Johannesberg di mana terdapat seorang superhero yang diberi nama Dogman dan seekor anjing beliau yang sangat lah terkenals seantero.Ada sumber mengatakan bahawa beliau mendapat gelaran 'Dogman" atas sebab anjing tersebut.Who's know ?

Tersebutlah kisah di mana anjing tersebut mendapat satu berita bahawa Dogman  mendapat satu notifications whats app yang berbaur ugutan.Hmmm ? Dengan sepantas kilat, anjong tersebut cuba mengakses ke setiap rangkaian nombor telefon untuk mengesan siapa pemilik sebenar nombor whats app tersebut ? Dengan usaha Dogman yang setinggi Gunung Everest, nampaknya usaha mereka seakan-akan berbaur kegagalan.It proved futile.Yeahhh ! 

Sehari kemudian, Dogman mendapat satu lagi ugutan, tetapi bukan melalui whats app, tetapi kali ini melalui twitter pula memangdangkan Dogman seorang pentweet tegar abad ke 21.Itulah yang dikatakan teknologi menjangkaui masa.Anjing DOgman berasa sangat hairan sebab anjing tersebut tidak boleh mengesan siapa peng-tweet tersebut memandangkan dia adalah anjing dan tak ada iphone 5c mahupun 5s untuk mengupdate twitter.Tapi bagaiman untuk anjing tersebut mengetahui siapa penugut tersebut yang akan mengancam bandarraya metropolitan Johannesberg ? Bagaimana nasib rakyat Johannesberg jika ada suatu kuasa yang akan mengancam bandar tersebut ?

**********

Ini bukan kisah anjing dan Dogman, bukan juga kisah anjing belaan ataupun sebagainya,tapi ini kisah MENGHANJING !

Cuba renung, cuba tatap skrin laptop ini, cuba luaskan pemikiran, apakah yang dimaksud dengan 'menghanjing' secara literal ataupun secara bahasanya.Cuba dan terus mencuba dan jika anda tidak dapat mengetahui apakan yang dimaksudkan dengan apa itu 'menghanjing', cuba buka Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kelima untuk merungkai maksud tersebut.

Aku dihanjing oleh orang Arab.

Mudah dan simple.Ini kisah aku dihanjing oleh orang Arab.Waktu hari Isnin lepas, lepas habis kelas Arab, macam biasalah rutin aku untuk naik bas gongok untuk ke mujamma' bas dekat JUST sebab kelas dah habis, so nak balik la rumah.Waktu tenagh tunggu gonggok dengan Izyan dekat bus stop dekat dengan faculty M (Medicine), ramai la orang.Ya ramai orang.Ditakdirkan pula, aku terlepas gonngok mula-mula sebab lambat tunggu sebab pergi kedai buku dekat bangunan N.PAstu takpa la, Izyan call.

Waktu tengah tunggu untuk gonggok seterusnya, ada sekumpulan orang Arab.Nampak biasa.BIla ada satu gonggok color putih yang aku tau gonggok tu hanya untuk sobaya sebab gonggok tu direct ke sakan diorang terus.Tunggu lagi tunggu, ada lagi satu gonggok biru.Setahu aku, gonggok biru ni syabab (laki) boleh naik sebab tak salah pon.Pastu dia datang, ditakdirkan dalam gonggok tu takdak pon syabab dekat belakang.Takpalah.Lepas saja pintu gonggong buka, masuklah semua sobayas (plural merujuk kepada banyak) dalam gonggok tu.

Kira lama la jugak pintu bas terbuka, pastu ada dalam 4-5 orang laki arab masuk juga dalam tu sebab bukan salah pon.Dengan penat dan malas ya amat nak tunggu gonggok, aku pun ajak la Izyan masuk dalam tu follow ja laki arab tu.Bila kami masuk saja, driver bas tu halau semua syabab dalam including aku dengan Izyan.Dia dok sebut 'sobaya-sobaya' pe kejadah tah.Hmmm.Stress.

Bila kami turun ja dari bas tu, sekumpulan Arab ni, dia dok menghanjing dekat aku dengan Izyan.Bila turun saja, dia macam cakap-cakap dalam bahasa Arab.Memang confirm la aku tercengang dengan muka blurr tahap tahik ayam berak kapur sebab tak faham.Pastu bila dia cakap, geng dia gelak-gelk-gelak dan terus gelak sampais semua yang dekat bus stop tu tengok kami berdua.How do you feel ? Yang arab lain hanya mampu senyum saja.Dan dibiarkan dua orang tersebut dengan duduk mencaci-maki I guess in Arabic term and aku pun turun naik mengelurakan sedikit kata-kata kesat also in Malay term.Tu lah, untungnya jadi orang Melayu.Sabar banyak-banyak dekat situ.

Malu tu bila arabs keep looking kat kami dua sebab arab and the geng tadi la yang dok menghanjing sampai la gonggok yang merah yang exactly laki boleh masuk datang.Bila condition macam dah redha ja sikit, ada sorang Arab yang tengah hisap rokok ni, dia pun dok dekat  kami dua jugak dan senyum-senyum.Mula-mula aku macam,"Demyu Arab".Pastu waktu nak naik gonggok tu, Arab yang hisap rokok tu cakap

"Forget them.They always like that"

Gosh ! Dendam kesumat hilang deka dua ayat dia.Hmmmm.Alhamdulillah.Bila naik saka gonggok, dia keep menghanjing sampai la ada sorang senior dentist tahun empat naik gonggok jugak dan duduk dekat dengan aku.PAstu arab menghanjing tadi, dia cakap dengan senior tu apa tah dalam arab dan of course dia refer dekat aku dengan Izyan.Nasibla senior tu pon tak faham dan senior asyik cakap ,"Can you speak in English?".Dasar arab tak faham English.Bila sampai saja mujamma', arab tu keep menghanjing lagi sampai dah immune dah, arasa macam dia mintak maaf, tapi entah la sebab dia cakap faham dan aku memang tak faham.

Kisah menhanjing ni, terubat bila sampai mujamma', nampak bas azzam.Terus speed 120 km/h tak tentu arah lari sebab nak ligan bas azzam.Sekali senior tu la naik bas azzam, dan sembang dengan dia sebab dalam bass tadi sembang sikit saja.

**********

Semalam hari Khamis, aku kena balik awal sebab malam tu ada Grand Iftar D'Dota dekat Bayt Sulbah, jadi turn aku masak hari Khamis dan kami budaks Sakan Sakran 10 orang dah determine nak buat nasi lemak sebab #ThisIsMalaysia. Bhahhahaha.

Perjalanan pulang seorang diri dari JUST ke syari3 jamiah seperti biasa.Naik bas atau coaster.Hmmm.Waktu nak balik, ada bas.Maka naiklah.Bila naik tu, ada tempat kosong satu dekat seat second last dalam bas.Seat sebelum belakang sekali yang banyak banyak tu.

Lepas dah adapt tempat duduk tu, tengok depan ada la akhowat dentist tahun satu dua orang.Pastu, buka handphone main candy crush.Waktu on the way tu ada sebelah tu laki arab.

Khusyuk main candy crush dalam on the way tu, dekat belakang tu ada syabab arab jugak la.dalam 5 orang macam tu.Syabab arab tu asyik dok tolak kerusi ke depan ja waktu aku tengah main candy crush.Dia tolak ke depan.Ala, macam kita dalam keta kat depan, pastu orang belakang dok tolak seat kereta ke depan.Banyak kali.At first, aku ingat tu bukan real intention depa dan keseronokan main candy crush menghilangkan marah di hati.Dia tolak banyak kali, pastu aku klihkan kepala ke belakang nak tengok if something happened kan.Pastu dia stop.Untuk laki arab yang kerusi sebelah aku syabab belakang ni buat jugak.

Bila dah sampai destinbasi syabab-syabab ni semua, diorang pun turun la.Then, 3 minit lepas tu, laki Arab sebelah aku pun cakap

"I'm sorry for the unbehavior attitude that those guys show to you just now.They push your chairs and so on"

Lebih kurang macam ni la maksud dia.Dia minta maaf dekat aku sebab sikap arab yang kat belakang tadi yang menghanjing kerusi aku kat depan.Padahal kerusi dia kena jugak.Pastu dia minta maaf.Serius cakap, Arab ni baik.Dia baik.

Pastu mula la sembang dengan dia pasal JUST, study apa and so on duduk kat mana.

***********

As a conclusion, tak semua arab yang suka menghanjing, ada juga yang baik.Jangan letak expectation dekat Arab ni teruk.kalau baik tu, baik sungguh.Kita suka.Kalau teruk tu.Hmmmmm.Rasa macam nak balik Malaysia.

Itulah pengalaman yang mematangkan hidup.Ingat Acap, hidup sini lima tahun.Lagi banyak lagi jenis Arab yang nak jumpa.Sabar.Keep patience.


Wassalam semua :)

Asyraf Zulkifli : "Doakan esok untuk aku sebab esok ada exam Bio Lab.Bagi boleh jawab dengan tenang.Pastu doakan bagi boleh join program MMJ .Program PRIME sebab ada orang cakap waktu tu ada 2nd exam.Nak join ! "

Happy reading,
| acap | 15 November 2013 | 9.45 a.m |


No comments:

Post a Comment