ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Suatu ketika selepas keluar exam hall.......
"Eh Mat, cane result Bio Lab tadi ? *lelompat tinggi*
"Hmmmm... *ngeee* je "
"Eh ye ke ? Ko bukan dah study hard ke semalam?
"Hmmm..hard la sangat.Aku tengok Seorang lelaki berlari ( Baca : Running Man) dengan Adol"
"Eh ye ke ? Asal kau ikut dia ? Dia score 39.25/40 ko Bio Lab tadi"
"Hmm..aku tawu.Dia genius doe.Nyesal ikut dia semalam"
**********
Suatu malam.......
"Jom la study Adol...... *hehentak kaki*"
"Jap la aku nak tengok One peace kejap"
"Hmmmmm. *hambar*..pastu takkan aku nak study sorang.Aku tak faham seyh"
"Esok aku ajar k.Esok exam kul 12.15 tengah hari.Esok pas subuh kita struggle la"
"Hmmm...aku join la sekali tengok Lelaki Aman tu"
Esoknya lepas subuh Adol dengan Mat tido sampai kol 10.Masuk exam hall hambar...
****************
BE YOURSELF
Apa yang be yourself sangat ni ? Berdasarkan apa yang ada macam drama-la-sangat kat atas tu, mungkin semua dah faham kot apa yang Be yourself.
Kalau kita ikutkan perspektif individu, banyak maksud tersendiri bagi diorang apa yang dimaksudkan dengan 'Be Yourself'
"Jangan hipokrit la"
"Tak payah la ikut orang.Be yourself k"
"Tak payah nak acah acah ikut dia la sangat"
And yet, people akan cakap Be yourself.
Tapi apa yang aku nak sampaikan kali ni ialah BE YOURSELF IN STUDIES.
Macam pelik je tajuk.macam pelik je tajuk.Macam mintak pelempang je
*tetampaq pipi sedaih*
Setakat apa yang hidup sampai sekarang, aku dah jumpa banyak orang dah setakat ni.MAcam macam cara study diorang semua buat untuk study and of course la untuk faham.
Ada yang jenis study lepak, dengar music sampai terlompat-lompat.Esok exam score
Ada yang study sampai stay up 25 jam kalau boleh nak study.Fokus tu kalau boleh nak stop solat and baca quran saja.
Ada yang esok exam, pagi esok tu baru nak buka buku.
Ada jugak yang minggu depan exam, minggu ni dah buka buku.
Ada yang rasa dah penat study , layan movie la lepas tu and so on what ever.
Ada yang study tu sampai nak lumat buku dia conteng buku.Ada juga yang bila buku dia, bersih suci saja.
Ada lagi banyak jenis orang tu study.
Tapi apa yang aku nak kata kan kat sini, jadilah diri anda yang sebenar bila anda study.BE Yourself in Studies.You know what you can.
Dalam erti kata lain, tak payah nak ikut cara orang lain study aklau rasa cara sendiri tu dah betul dan okay je.Follow ja steps tu unless kalau cara orang lain yang rasa 1000 kali baik dari cara sendiri tu, then FOLLOW !
Kalau kita bagi contoh, Adol tu study lepak gilerr sampai siap tengok Running Man la, tengok One peace la dan memacam lagi.Tapi sekali exam score mak ai.Takut eden.Mungkin si Adol ni jenis cepat pick up dalam kelas.Fokus sehabis baik dalam kelas dan dengar lecturer cakap tu sebaik mungkin.
Kalau tengok si Mat pulak jenis tangguh study, last last jatuh tersungkur.Salah ikut orang tu.
Biar la orang cakap kita ni study sampai tak de life or lifeless or what ever yang pada pandangan orang tu salah or tak betul.Asalkan kita rasa selesa dan okay, pekak kan telinga anda dan struglle sesungguh.Kalau rasa exam minggu depan atau pun bulan depan, tapi nak study bulan ni jugak, buat lah kalau rasa itu yang terbaik.
Sebab Allah bagi rezeki dekat orang lelain.Ada yang study sikit tapi dapat banyak.Ada yang study banyak dapat sikit.Terbalik pulak kan.Ada yang tak study langsung, memang wajar la langsung tak dapat.
Ada orang cakap, Allah tak pandang kejayaan, tapi Allah pandang usaha kita untuk mencapai kejayaan tersebut.Walau sebanyak mana ;pun usaha kita untuk berjaya, jangan ingat tak da orang pandang.InsyaAllah ada.Allah juga pandang.
Hiraukan pasal orang lain yang boleh follow je cara diorang study.Tapi jangan sesekali kita rasa tense or rasa nak mengamuk bila tengok orang lain study relax dapat result gempak.
Aku bukan lah jenis yang boleh study lambat lambat tetiba dapat result gempak.Bukan jenis yang boleh catch up last-last minute.Sayangnya aku bukan macam tu.Tapi mesti ada something yang Allah nak tunjukkan pada aku.
Dari SPM dulu lagi aku bukan yang jenis score awal-awal.Slow slow je aku study and Alhamdulillah rezeki Allah bagi.Aku bukan la harapan cecikgu 11A+ apa semua.A+ pun cecukup makan je.tak banyak.Exam pun boleh la score sikit sikit.Aku tak gifted macam orang lain.Study sikit dapat banyak, exam score result gempak.Bukan yang cikgu ajar sekali terus masuk dalam otak save apa semua.Kena revise sejuta kali mungkin.
Bila dalam otw nak ke airport dari rumah ke KLIA dari sejak ambik dentistry ni, mama selalu pesan," Awak jangan study last minute.Kena moving on study selalu sebab dentist ni bukan senang tau.Once you dah masuk medical school, you have to work hard"
Kekadang rasa macam whoaaaa ! Allah dah lorongkan aku untuk masuk dalam bidang ni, mesti boleh follow.InsyaAllah.Ingat semua pesan orang.
Lastly, jadilah diri anda dalam study.Kalau rasa itu okay dan ini tak okay.Ambil dan tinggalkan.Takkan tak tau diri sendiri macam mana sebab dah hidup banyak tahun.
Lagi satu kalau nak exam, berdoalah kepada Allah supaya Dia bagi yang terbaik untuk kita.Bukan bagi markah tinggi ataupun boleh beat orang lain.Kalau Allah kata result tu yang terbaik untuk kita, redha lah.Kalau Allah tak izin dapat banyak dan yang tu setakat tu saja rezeki kita, redha lah.BErdoa supaya Allah berkati segala usaha dan redha segala usaha.Semoga Allah redha :)
Wassalam semua bakal penuntut universiti
Asyarf Zulkfili : " Waktu tengah type entry ni, Amin kat sebelah dok study Physics pulak.Hambar k hambar.Aku dah puaaih suqoh dia stop study.Jealous k jealous.Hmmm.First exam was not really good.Need to improve my prestation during 2nd exam.Harapan"
Happy reading,
| Asyraf | 8.09 a.m | 22 November 2013 |
No comments:
Post a Comment