ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Masjid Negara Jordan dekat Amman. |
Alhamdulillah, dah sebulan lebih menuntut ilmu dekat JUST.Sebulan lebih naik coaster/bas ulang alik pergi JUST.Semua itu perlukan pengorbanan.Dan juga masuk lah sudah fatrah imtihan yankni musim peperiksaan.Tak kisah lah Yarmouk or JUST, dedua sama ja musim exam.Dan exam bukanlah satu benda yang semua orang suka I think.The same goes to me.Dari tadika hingga ke university, siapa yang suka ?
Memandangkan setiap negara ada sistem pendidikan yang tersendiri, ada cara tersendiri, pendekatan tersendiri yang digunakan untuk mendidik setiap pelajar/mahasiswa/mahasiswi.Aku hormat benda itu.Jangan la nak compare dengan Malaysia yang bagi aku lagi maju dari sini.Aku taktau Yarmouk punya examination system macam mana.Tapi JUST, hmmmm...hmmm...
Memandangkan JUST ni adalah satu universiti.Memang la yang tu.Tapi kan dia punya examination adalah ONLINE EXAM which is menggunakan COMPUTER.
APA YANG TAK BEST ONLINE EXAM ?
1)Penggunaan kertas tidak -100%. Nama pon online exam, semestinya dia tak menggunakan kertas dan penggunaan komputer adalah seratus peratus.Dan bila guna komputer, terbantutlah nita dan hasrat nak conteng dulu dekat kertas-kertas exam.Ala, macam sekolah menengah, macam SPM dulu yang suka dok highlight dekat main point, lukis lukis bila boring dan sama waktu dengannya.
2)When the proceed button is clicked, the MARK will be appear.Yang ni yang alah ni apabila kita dah settle dah menjawab dalam masa hampir 50 minit and that moment rasa dah macam confident je nak tekan proceed button, darah dekat artery rasa nak terpancut setinggi Niagar Falls.Sangat mendebarkan.Ye lah, our mark will be appear on the spot after we click the button.Satu tekanan juga bila kita dapat markah yang sikit.Dan rasa nak balik rumah jalan kaki saja.Kalau mark kita okay, rasa macam Irbid tu kita punya.It is different from sekolah menengah or Malaysia punya IPTA/IPTS yang mostly semua based on paper examination.
3)Tak boleh nak refer balik soalan mana yang salah.Jyeaahh !! If I say yang soalan ada 45, then lepas jawab-jawab, dapat la 39/45.Then, 6 soalan yang salah tu, mana kita nak refer apa yang kita salah.Katakan waktu exam second dah nak dekat, kat mana kita nakrefer balik apa yang kita salah waktu first exam.Kat mana ? Kalau nak compare dengan malaysia yang lepas jawab, cikgu atau lecturer akan bagi palik exam paper dekat kita walaupun markah agak cekerik cekerik, tapi at least kita tau kat mana kita salah , careless ke apa and so on.Sebab semua orang tau yang experiences is the best teacher.
4)Menyusahkan nak buat jalan kira.In example, dalam exam chemistry, kalau kita flashback balik zaman dulu-dulu ataupun sekarang dekat Malaysia, semua soalan yang ada calculations, kita mesti akan buat dekat tepi soalan atau kat situ tapi bawah equation.Bila dah nama online, kena buat dekat kertas kosong, pastu kena salin balik equations then dongak kepala atas bawah sebab nak buat jawapan.Pastu lenguh pastu tak sempat.Kalau contoh soalan English pulak, bila masuk bab Reading Comprehension, soalan dia ada 10 lebih kurang macam tu la, bila setiap kali nak jawab soalan, mesti kita akan refer dekat text dia kan, setiap kali tu la nak kalih page tu berpuluh-puluh kali.
5) Masa yang dia bagi ada 50 minutes saja untuk jawab semua soalan .Bila, dah nak dekat habis, masa tu akan tukar kepada colour merah.Acah-acah nak warning orang supaya cepat jawab.Walaupun kecik ja dekat bawah, tapi colour merah tu buat orang stress kot nak semka balik bila lepas jawab.
TAKDE KE YANG BEST ONLINE EXAM ?
1) Ada kot rasanya.Markah exam akan tau lagi cepat.Best ka ? Depends on individual la.Ada yang suka, ada yang tak.Bila kita tekan proceed buttton untuk cek markah tanda dah habis jawab, pastu mark will be appear, at least kalau kita dapat rendah, benda tu akan me-motivated-kan kita untuk push up balik ourself for the second exam.Takda la orang cakap sebelum dapat result tu, siap berangan kata boleh jawab semua soalan and aiming for the highest.Yang tu je kot best.
2)Mungkin boleh relax sikit by clicking the button only.Kalau ada paper based exam kan kena shaded the region la apa la and so whatever.Keep calm and click the button.Kalau macam tu, pergi JUST takyah bawa beg pon takpa, bawa badan dan hawiyah saja sebab bukan nak guna pencil pun unless kalau soalan tu kira-kira la.
3)No subjective questions.Kalau online ni kelebihan dia tak da subjective questions yang kena tulis essay panjang-panjang.E.g ; Biology, Chemistry and so whatever.Just MCQ (Multiple choice questions) saja untuk dibulat.Boleh la hantam sesedap rasa kalau rasa tension tu.Moga betul.Itu harapan.
Bila semua dah habis exam, tengah sharing markah result dalam coaster, pastu yang down tu kita biarkan dengan ke-down-an dia, pastu akan ada orang cakap,"It's not about scoring in the exam, but it's about passing the year".Dan rasa quote tu agak legend dengan bebudak sini sebab ya, tanya la budak medical and dental students, benda yang plaing ngeri dekat sini adalah repeat year.Kalau muaddal tahunan atas 60 tu, benda paling selamat la sebab tak kena repeat year and naik ke tahun seterusnya dengan jayanya.
Ada senior cakap, waktu first year ni la nak merasa markah tinggi, e.g 90 and above and so on.Doa bagi dapat Deanlist atau nak lagi extravaganza dapat Presidentlist.Kalau bila dah masuk Second, Third and so on year tu dah macam kira nak lulus saja sebab susah.Dan rasa benda susah tu macam dah common kalau kita sebut pasal medical school dekat dunia ni even dekat our nation also.Waktu first year ni nak dapat Deanlis and Prestlist apa bagai.Bila kira tahun nanti, asyik berdoa bagi lulus saja pon dah cukup.
Ada kalau kita tengok senior yang repeat year tu takut dan cuak jugak la sebab siapa nak kena extend lagi satu tahun dekat sini semata-mata repeat year.Kalau medic kena jadi 7 tahun and dentist 6 tahun.Nak ka ? Renung-renungkan dan selamat beramal.
D'DOTA
( DOCTORS DENTISTS OF TRUE AWESOMENESS)
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Surah al-Mukminun: Ayat 115)
"Ternyata, tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan (survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.
Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya."
Wassalam semua bakal penghuni syurga,
Asyraf Zulkifli :" Doakan acap bagi suka online exam dan semalam exam chemy and arab.Arab bukan online tapi atas kertas.Doakan bagi lulus tahun satu as dental student dengan cemerlangnya.Doakan juga Syria yang tengah bergolak"
Happy reading,
| asyrafz | 10 November 2013 | 7.24 a.m |
No comments:
Post a Comment