Halaman

Monday 8 September 2014

Itu yang terbaik la kot

Kenapa mesti ada 'la kot' ?

Hahaha

Sebenarnya la kan,

STRESS TASJIL

Aku bukan budak Jordan.Jadi, aku mana tau apa tu TASJIL ? SIJIL aku tau la

Tasjil tu daftar la bang.Sorry la hahaha

JUST memang hebat sikit, nak masuk semester baru memang kena tasjil madah (subject) baru guna online.Uyyooooo majukan ? Lol haha.

Setiap tu laaa nak kena berebut dengan semua orang dekat registration dekat student service tu nak berebut kita nak subject apa, bila, dekat mana, dengan sapa , lecturer mana dan ikut suka kau la nak apa ? haha

Sebelum tasjil ST (Smart Thinker) dah cakap student yang daftar tahun 2013 tasjil pada pukul 1.30 pm-2.30 pm waktu Jordan dan tambah la 5 jam kepada yang balik Malaysia or tasjil dekat Malaysia.

Kiranya kalau dekat Malaysia 6.30 pm- 7.30 pm la kan ? Maka, bersiap sedialah semua makhluk dengan jadual yang dirancang setelah belek dekat course schedule dan of course paling  penting kelajuan internet la babe haha.

Maka, aku pun tertido laaaaaa pukul 3 pm macam tu sebab kan bajet nye la taknak tido lepas pukul 5 petang sebab nak fokus tasjil pukul 6.30.

Okay ? *nah kitkat*

Sekali tido bangun pukul 4.15, tengok cite kat tv3 jap sampai pukul 5.Pastu solat apa semua sampai 5.30.

Lepas tu buka la laptop nak get ready, ada lagi sejam lagi niiiiiii !!!!!!!!! Jyeahhh semangat nau nak tasjil kan ? Haha

 
Sesungguhnya DIA lagi Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak.

Buka facebook takut ada post from ST and so on.Ada orang pm.

" Hai u.Dah tasjil ke ? "

" Lek lu.6.30 kan ? "

" Tak.Dia dah tukar 4.30 tadi sampai 5.30 pm "

"kerik kerik"

Cool Acap cool.Yang tu la yang aku selalu cakap bila ada sth happened.Cool tapi hampeh haha

Alamakkkkkkk Acap dah lepas waktu nak tasjil.Gi mana dong ?

Buka group semua orang cakap, tunggu waktu add and drop la apa la.Nanti ST datang la bla bla bla bla sampai ZzzzZzZZzzz.

Dalam 6.30 petang group wasep semua kecoh kata dah boleh tasjil.Alhamdulillah dah boleh , maka gembira lah hati si Asyraf buat fasa pertama.


SELESAI SEKEJAP.JOM NAK BELANJA PIZZA SIKIT :D


Bila tengok balik jadual, setiap hari start  pukul 8.15 pagi dan habis pukul 4.15.takpun 5.15 habis.Okay kan ? Biasala siapa suruh nak jadi doktor.Dah padan muka kau.

Sebab lab setiap hari.Boleh je kalau nak balik awal, adjust la lab 2 hari je seminggu, Isnin dengan Rabu.Takde la balik lambat sangat.

Sekarang si Asyraf ni tak puas hati pulak dengan jadual dia.So, Asyraf kena susun lain, tunggu ada orang drop lain sebab nak ambik lab yang dia nak.


Dah 2 hari, refresh dari pagi sampai petang takda juga yang kosong macam yang aku nak ? Nasib malang, nak salahkan siapa suruh tido dan phone yang tak buka whats app sapa suruhkan.

************

[ SESI URUT DADA ]


Bila fikir-fikir balik, kekadang DIA tak bagi apa yang aku nak.Aku tak dapat kelas waktu ni.Tak dapat dengan orang.Tak dapat lecturer ni and so on.

Cuba bayangkan kalau aku pilih jadual yang balik awal, lepas tu balik awal sampai rumah.Bila sampai rumah, faham-faham la kan.Bukan nak study pun.Solat pun lambat.Nak rehat la.nak main internet la macam macam semua nak buat.He is a good planner.

Kalau balik lambat, at least masa terisi.Kalau ada gap kat lebri tu boleh study.Ye la kot.Kalau ada gap setiap hari before lab tu, at least pegi lebri solat awal waktu kat sana.Tak macam bila balik rumah.Tapi nanti winter kalau balik lambat dah gelap haha.Cemana ?


Haha

Tapi aku nak at least ada lab dengan orang lain  sebab tak nak dah forever alone bila 2nd year sebab takut lost bila dalam kelas.At least kalau ada orang boleh la nak tanya kalau ada tak faham.


Ya Allah, jangan pikir macam-macam. go on dengan apa yang ada cukup la hahaha.

Tapi nak jugak lab 2 hari seminggu.

Baik pergi ambik wudhuk.Buat istikharah daripada mengharapkan sesuatu dari skrin laptop ni.Yosh !

Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk diriku.

Asyraf Zulkifli,
1.01 a.m // 9 September 2014
Taman Wawasan, Kupang 


Friday 5 September 2014

Miserable

nya hari ni.

First sekali sebab terlupa password email.Padahal nak cek ticket yang booking from AOR-KUL.Lepas tu cemana nak balik nanti ? Sedih kan ? Dah dua kali kena block sebab lupa.Sadlifenya !


5/9/2014

Tahniah kepada semua kawan DOXA yang fly hari ni ke Jordan.Welcome to our big family DDOTA.Lepas ni kita semua dah tak boleh nak racist-racist dah.Kena mix dengan semua lol haha.Dalam group whats app Asnan ada orang ingatkan, jangan racist-racist ye lepas ni bla bla bla bla and blup.

Ada la member kelas 5 Al-Kindy sorang yang fly jugak, Syitaa.Total 3 orang SMKAB kat Jordan.Majukan jugak haha ?

Takpalah, biarlah siapa pun kita, all the best semua *nampak sangat bosan macam taik kau*

Lusa, 7/9/2014

Tasjil (daftar in malay) for first semester second year ? Gulp !

Dah nak masuk 2nd  year dah eh Asyraf *mama* haha.

Padahal idk apa yang aku buat kat Jordan.Belajar tak pandai.Asyik berangan tak sudah itu ini itu ini hahah bosannya hidup kau Asyraf.

2nd year ni berazam nak study hard sikit.Ye la, material makin susah of course bukan macam first year kau taik senang.Ceh takde la sangat.Kena manage time study betul.Kurangkan benda lagha semua and ........

*Azam je la kan ? *

Kena usaha sehabis baik for 2nd year.Doakan !

Asyraf Zulkifli,
6/9/2014
Kg. Hijrah, Jitra, Kedah

Friday 22 August 2014

Aku tau lusa exam, tapi....



malas sangat nak study lepas habis exam NR semalam.Muntak tak muntah jawab 80 soalan dalam masa 2 jam.Half daripada tu aku confuse.


Lusa exam Biochem final, the only paper left before kemas barang balik Malaysia.

Semalam result ITD keluar dan aku tak cek lagi markah.Sebab, malas.

Bab markah ni aku macam inferior sikit dengan semua orang sebab aku bukan scorer pun hahaha.

Tapi as long as kita berusaha insyaAllah Allah bagi.

Biochem,

Lebih kurang OC.Tapi sebab dia ada Biology sikit, lega sikit compared to OC yang memang totally nightmare bagi satu batch sampai bapa orang nak kena reseat balik paper OC.InsyaAllah boleh

Waktu 2nd exam Biochem hari tu alhamdulillah markah aku meningkat 9 markah daripada first dan siapa yang tak best.Alhamdulillah berbaloi jugak usaha semua.Tapi takda tinggi macam orang lain (25 above).

Kita memang tak sama.

Bagi orang yang dia selalu score (25 above) bila dia dapat markah macam aku, dia macam kata, 

"Wehh sikit gila markah aku tadi "

Padahal bagi aku dah cukup okay dah bagi aku.Sebab orang tu dia tak selesa dengan markah cemtu.

Bila benda macam tu jadi dekat orang yang senasib dengan aku, alhamdulillah Cap meningkat.Tak ada keluh kesah.

Tak kisah la berapa pun dapat selagi mana kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.Erti kebahagiaan sebenar ialah apabiola kita bersyukur.

I have 5 chapters more to finish before 11.00 pagi 24/8/2014.


Kekadanag apa yang aku rasa yang membezakan markah aku sikit dengan markah orang lain yang banyak ialah sebab dosa aku yang banyak dan dosa mereka sedikit.

Semakin bertambah dosa, semakin sikit markah dan semakin berkurang dosa semakin bertambah markah.

Hypothesis is accepted !

Target sekarang insyaAllah perbaiki diri, kurang dosa, banyakkan berbakti pada orang.

Walaupun esok nak kiamat, buat la amalan baik.InsyaAllah Allah pandang.


SAYA DOAKAN AGAR ASYRAF MENJADI RAJIN DAN PANDAI.JUGA SEORANG YANG BAIK DAN TAK BUAT MAKSIAT.


*Alamakkkk dah azan asar*

Random post.

Asyraf Zulkifli,
Kindergarten, Sakan Zamzam,
22/8/2014,   4.19 pm






Monday 18 August 2014

Seminggu yang lama


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


18 Ogos 2014.

Lagi seminggu dah nak habis first year as a dental student dekat JUST.Minggu depan je by Sunday dah habis Biochemistry final.

Hari Rabu dah nak balik, 27 Ogos 2014.

Siapa yang tak sabar nak balik.Cuba bagi anak perantauan mana yang tak sabar nak jumpa Malaysia dan seisinya.Jumpa mak ayah, jumpa kawan, cikgu , kaum kerabat dan sebagainya.

Itulah kita.Rindu itu fitrah.Seminggu yang rasa lama, cepatlah dikau !

Mood study tolong datang.2 papers left !

21/8/2014 - Natural Resources

24/8/2014 - Biochemistry

Nak balik Chamonix balik.Meh :/




3842 m above sea level.

Everyone can fly high.Let us dream  high !





Asyraf Zulkifli,
Kindergarten, Sakan Zamzam.
18 Ogos 2014, 1.15 pm.

Saturday 9 August 2014

Yang kini hilang

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Dah banyak kali dah buka blog ni, banyak kali buka compose new.Setiap kali buka, tulis seperenggan, delete balik sebab malas nak tulis.

Tapi kali ni nampak blog senior kat facebook, dia tulis, nak dekat exam ni la rajin nak update.Maka, ligatlah jari jemari ni.Hahahah euwwww

Last updated was in 9 June 2014 , a week before sampai Italy & France.Lepas balik dari sana, sibuk pindah rumah, buka sem dengan ponteng semingu.Hectic tak hectic sampai tak terupdate jugak hahaha.Pernah juga rasa nak update entry pasal travel tapi hahahaha.the times will come ensyaAllah.


Yang kini hilang.

Sebenarnya banyak jugak yang hilang ni.Flight MH370 pun hilang tak jumpak lagi.Sampai sekarang.

Apa yang aku nak cakap apa yang kini hilang ialah......


C.O.M.M.O.N S.E.N.S.E

Kalau nak diterjemahkan ke bahasa melayukan common sense tu ialah deria biasa.Lol ?

Korang faham ke tak common sense ni ? Mesti la kan.

Sebagai contohnya, lalu depan orang tua mak ayah ke mesti kena tunduk.Jumpa cikgu bagi salam senyum dan sebagainya.Tu macam benda biasa la kan.

Hahaha banyak lagi yang aku rasa korang mesti dah concern kan pasal benda ni lama dah.

Aah lagi satu kalau makan mesti kena basuh pinggan.

That's the point.

Bila kita hidup ramai-ramai ni, ramai yang macam buat kisah tak kisah.

"Eheh takpe la dia rajin nanti nak tolong basuhkan"

"Alah lepas solat japgi la nak basuh tunggu jap.Nak skrol instagewam jap"

"Alah, benda kecik je pun"

Banyak lagi la sandiwara-sandiwara musang berjanggut yang kita selalu dengar pasal benda ni.Hahah lolol

***
Sebelum tido ada orang ni dia tolak kerusi study dia before masuk bilik tido dan kemas la meja-meja dia.Meanwhile housemate dia tak tido lagi.

Bangun saja pagi-pagi, tengok tengok kerusi entah ke mana, siap ada pinggan lagi dan kosong orang kat bilik study.Nak expect apa ?

***

Bagi aku, kalau dah guna pinggan tu, lepas habis makan, terus basuhkan kat sinki.Dan bila dah guna kerusi orang, masukkan balik dalam meja.

Tu baru common sense.Kalau takde benda tu, pegi kawan dengan kelawar dalam Gua Niah la macam tu.Jauh nau kat Sarawak lagi hahaha.

Kekadang aku pun macam hilang jugak common sense ni.Manusia, mana pernah sempurna.Ada juga cacat celanya.Kalau aku salah, tegurkan.


Bila cerita pasal basuh pinggan pulak, dulu waktu kecik selalu je lepas makan tinggal dalam sinki, mama basuhkan, tok basuhkan.Bila besar masuk asrama macam dah boleh pikir sikit.Okay basuh sikit.Bila balik rumah pun , mama dah start didik, pinggan kalau guna makan, basuh sendiri.I'm not your bibik nak tolongkan setiap kali makan.

Sama jugak laaa cerita nyaaa.Cerita basuk pinggan ni, bukan cerita isteri mithali ke suami mithali nak menang anugerah paling rajin or sth, tapi ni pasal common sense kau tu hilang.Haih !

When there's an action, there's a reaction.


Teguran untuk diri sendiri jugak.Chill la eheh.




Doakan untuk flight MH370 dan seisinya.Doakan untuk umat Islam di Gaza dan Palestine.Doakan untuk exam aku yang macam tak nak stop hahaha.

12/8/2014 - Introduction to Dentistry (Final)

13/8/2014 - Natural Resources (2nd Exam)

16/8/2014 - Biochemistry (2nd Exam)

17/8/2014 - Biochemistry Lab (Final)

21/8/2014 - Natural Resources (Final)

24/8/2014 - Biochemistry ( Final)



Asyraf Zulkifli : "Macam banyak pulak gelak kali ni hahahaha"


Random post.

Happy reading,
Asyraf Zulkifli,
Kindergarten, Sakan Zamzam,
10 Ogos 2014, 1.22 a.m


Monday 9 June 2014

Habis

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Dah tak ada perkataan seindah 'Alhamdulillah' yang boleh digunakan untuk menggambarkan betapa bersyukurnya aku lepas habis second semester first year dekat JUST.

Alhamdulillah


Setelah lebih kurang  3 bulan lebih fighting dengan subject yang 'awesome' ; Organic Chemistry, Physics and Visual basic, finally habis sudah !

Those subject are asdfghjkl.

Cannot describe by words.It was me who can't accept to learn.

Dengan Kimia Organik nya yang hmmmmm.Physic yang sememangnya dari sekolah lagi tak da equavalent point.Dengan Visual Basic yang ke laut.Subjek tu tak salah.Aku yang salah.

Nasib ada English 112 dengan ikhtiari dua subject yang menjadi penyejuk hati sikit.

ALhamdulillah final exam dah habis semalam jam 5.45 petang 8 Jun 2014 dengan Physics menjadi saksi kemerdekaan.

Nikmat merdeka tu rasa macam baru bebaskan Malaysia dari British je tau.Act, lepas habis exam OC tu dah macam merdeka dah sikit.Fasa pertama je lah.

Bagi final exam, semua susah bagi aku.Untuk sem ni aku nak semua lulus sahaja.Yang tu saja.


Satu ja aku banyak belajar dari sem ni ialah kita kena syukur dan usaha dengan apa yang ada.Dengan sem ni sibuk teater dan segala bagai alhamdulillah Allah bagi kesenangan jugak untuk segala benda.

MERDEKAAA ! MERDEKAAA ! MERDEKAAA !


Gambar bersama Asnan Jamilians 2013 (AJL13) lepas habis exam organic Chemistry.Buat semua Asnan, walau kemana jua kita berada, aku selalu doakan kita berjaya dunia akhirat.4 year and half go asnan go !


MERDEKAAA ! MERDEKAAA ! MERDEKAAA !

Random post.

Happy reading,
Asyraf Zulkifli,
9 Jun 2014, 1020 am,
Sakan Sakran, Syari3 Jamiah, Jordan.

Saturday 24 May 2014

Cannot sleep

*Azan berkumandang*

3.41 a.m

Mengknizir buta pagi 25 Mei 2014 dengan buka youtube , usha facebook , buka twitter.Pfffffft !!!

You got no life cap !

Actually, kelas untuk semester 2 is officially over dan satu minggu untuk study week sebelum masuk final exam kereta api.

1,2,3,5,7,8 June 2014 tarikh exam and within one week exam is over sekali gus semester dua yang horror ni pun officially habis.


Carry marks tak tinggi dan aku boleh wasting time cemni lagi.Takpa, cubalah cap minggu ni apa yang boleh buat untuk push up balik my spirit.kasi boost up la apa semua.All out semua minggu ni.Cadang macam straight nak pegi JUST, tapi semua DDOTAs macam tak nak pegi ja semua ni.Huh

"Aku sepatutnya lebih sedih buat dosa dari sedih dapat markah rendah dalam markah OC "

Satu ja aku minta, doakan aku final exam ni.Doakan aku.

For the summer holiday, Rome > Venice > Besancon > Paris > Amsterdam, please go away !


Random post.

Happy Reading,

Asyraf Zulkifli,
Syari3 Jamiah, Irbid, Jordan.
3.49 am,
25 Mei 2014.

Tuesday 20 May 2014

Mimpi

"Jangan sia-siakan masa waktu pre-clinical.Manfaatkan bebetul...."

Demikian sudah, ayat dari seorang senior Tepian Muara.


Seusai solat asar, aku hanya random talk dengan seorang senior tahun 5 perubatan, Abg Anep pasal blog.Sebab ada sekali tu aku macam coincidently terstalk blog dia dan terus post ke dalam group facebook Apple pasal teater Si Amanu II : Gameover


Lepas tu aku macam tanya la macam mana boleh dapat inspirasi nak berblogging cemtu sebab berdasarkan apa yang aku stalk, post dia mencecah limit yang dikehendaki la.Al maklum la budak medic boleh tulis banyak post cemtu.

Sebagaimana sedunia tahu yang sesiapa yang terjebak dengan dunia perubatan, badan dengan buku ibarat flesh and blood.Tak boleh dipisahkan.Dan bagaimana seorang budak medic boleh menulis post sebanyak cemtu.

Aku macam terinspirasi daripada quote Abg Anep di atas.Sebelum ni pun aku pernah ja stalk blog Abg Najib ( student dentist), banyak jugak post dia.Lebih kurang saja.Banyak ja budak JUST yang rajin menulis dan aku macam,

" HAMPA AMBIK MANA MASA BANYAK SANGAT NAK MENULIS NI HA ? "

Ouh, tulis pasal kehidupan seharian dekat Jordan ni.Tulis pasal Arab.Pasal travelling.Pasal life dan macam macam lagi la nak tulis.

Hah Acap, boleh tak stop pikir pasal cuti summer ni.Fokus final exam dulu.Dah stop blog ! Dusss

Dan aku harap aku nak jadi macam mereka-mereka di atas.Dan harapannya ia boleh menjadi realiti dan bukan satu mimpi.




Random post

Happy reading,
Asyraf Zulkifli,
Syari3 Jamiah, Irbid, Jordan,
1535
20052014

Friday 16 May 2014

Genius

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



9 Mei 2014/ Jumaat.




Sekarang dah habis 2nd exam dan semua budak macam leisure la memanfaatkan masa la kononnya nak buat apa apa apa dan apa lepas habis exam termasuk la aku yang suka hatinya



******* Saved as draft *****



16 Mei 2013/ Jumaat



Selamat Hari Guru aku nak tujukan buat semua guru di Malaysia terutama sekali Cikgu Zulkifli dan Teacher Noorizzah !






Kali ini aku macam nak ajak hampa semua fikir la kan sama ada macam mana nak jadi genius.Semula jadi atau usaha ?



Oh ya, sejak dah habis banyak masa menuntut ilmu dekat dunia ni, aku dah jumpa banyak orang dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sampai la ke universiti.Yang genius maybe tak (kurang sikit genius).



Genius ? Rezeki dari Allah.



Senangnya cakap.



Lebih senang dari makan syawarma.



Aku bukan lah seorang yang genius.yang boleh fikir out of box pun bukan.Yang esok exam, malam ni atau pun 10 jam sebelum masuk dewan exam pon bukan.Aku bukan semua itu.Itu bukan aku.




Kenkadang, aku tengok orang genius ni especially dalam batch aku DDOTA, mostly semuanya gamers (syabab only).Dota la Clash of Clans la apa la semuanya.Bila masa hampa semua study ?



Semua aku rasa macam study last minute.Maksud aku macam sehari sebelum.Malam sebelum tu.Pernah sekali, budak scorer batch aku, petang tu tu exam Environmental Protection jam 3.45 p.m dan dia  lepas solat zohor baru baca.Then, apa yang hampa semua expect ? Soalan ada 30.20/30 ? 15/30 ?




Oh salah semua salah !



30/30 - FULLMARK ! Pffftttttttttttttttt !




Rezeki Allah bagi.Undeniable.



Pernah tak hampa dengar yang orang genius dia study camtu-camtu ja.Belek-belek buku sampai earphone bergelumang dengan taik telinga.Sambil buka lagu macam satu Irbid nak dengar.Sambil makan kuaci.Alah, nampak dia relax sungguh dengan tak ada highlighter nya, tak ada sticky notesnya dan sebagainya. Eh, pernah tak ?



Sunnguh ada manusia cemtu.Dan sekali exam, mesti la tinggi markah dia.Kita yang highlight pegang semua waktu study ni ciput je markah.



Mengeluh ? Jangan.



Apa lagi ciri-ciri genius ni ? Haaa cepat bagi.



Sampai aku pernah sekali rasa macam dunia ini tak adil.Even, Pak Ngah aku selalu cakap yang hidup ni memang tak adil.Kita kena bijak and bla bla bla bla (snoozing)



Pernah tak hampa alami situasi macam ni persoalkan di mana keadilan untuk orang beruasaha 24/7 tanpa jemu tapi akhir sekali kecundang di tengah jalan sedangkan mereka yang hanya sedang-sedang sahaja usaha tetapi mampu terbang hingga ke langit biru ?



Ya, aku pernah persoalkan sebab yang selalu kecundang di tengah jalan itu aku.

Kebanyakan yang kurang genius ni lebih rajin dari yang genius.Rasanya.Bawa buku sana sini.Stay back lebri 3-4 jam.Stay up malam-malam.Semuanya hidup dengan buku.Malah lebih dari buku sehinggakan jumpa lecturer, rujuk kawan-kawan, tanpa segan silu bertanyakan abang dan kakak senior dan semuanya.

Aku pernah bertanya kepada seorang kawan aku yang bagi aku sudah tentu dia seorang yang bakal menggantikan Albert Eintein pada bulan ini.

" Kau untung sifulan, malas study tapi pandai.Genius la katakan"

Tertunduk merendah diri bagi aku untuk bertanyakan soalan sedemikian rupa kepada sifulan.Tapi aku kira jawapan sifulan berikan sangat......

"Ah, kau jangan cakap cemtu kat aku.Aku malas kau tau tak.Aku lebih suka orang yang rajin tapi dia tak dapat markah tinggi sangat.Sebabnya bila dia rajin, bukan study saja dia rajin, tapi masak, kemas rumah, basuh baju dan semuanya.Kalau malas ? "

You got the point or not ?



Kenkadang aku selalu buat analogi macam ni la lebih kurang, ah analogi murahan lagi banjingan.




Orang  tu, dia rajin sebab dia kurang bijak sikit.Jadi dia kena rajin study.

Orang tu, dia malas sebab dia dah bijak, buat apa dia nak study.

Adilkan ?

Berdasarkan dua persoalan yang aku tinggalkan, cuba bandingkan dan fikirkan bebetol !


Happy Reading,

Asyraf Zulkifli,
Syari3 Jamiah, Irbid,
1523 pm,
16052014.

Wednesday 7 May 2014

Bangkit

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Fuhhh Fuhhh..

Hahahahahaha..

Kahkahkahkahkahkah..


Dah lama tak menulis dalam benda alah ni.Last post aku ialah dari Januari 2013.Sekarang dah Mei.Dalam 4 bulan jugak tak menulis.

Faktor ? Kejar Deanlist ?

Hah, tak payah sibok nak tau.Kononnya mengejar deanlist apa benda.OC pun hampeh.

Ada lah beberapa faktor, sibok + malas (paling utama) dan sebagainya.

Kalau refresh balik journey aku sekarang dah almost 9 month aku kat bumi Jordan.Bumi tarbiyyah.Tanah Shams. Hah apa lagi ? Pepandai la pikir.

9 bulan tu, kalau wanita yang mengandung, mungkin bulan ni menjadi saat kegembiraan buat beliau bersama suami dan kelurga untuk mendapat zuriat baru.Ye lah, sape yang tak seronok dapat baby baru dalam family.Kan ?

Oh ya, kepada sesiapa yang tengah mengandung dan nak dapat baby tu, sekalung Tahniah dari bumi Jordan untuk semua.Hiks.


[ BANGKIT ]


Dah menjadi norma masyarakat dalam kehidupan seharian kita untuk jatuh dan bangun dalam setiap hari.Kekadang, ada rezeki, kita kat atas, kalau kurang sikit (bukan tak ada) kita kat bawah.Ha, macam tu la manusia.Macam roda.Dah biasa dengar kan hidup ni macam roda ? Selain roda, korang boleh juga kata macam London Eye ka, Eye of Malaysia ka apa ka which sth liddat.

Dan apabila terjelepuk jatuh tu, takkan korang semua nak biar je jatuh taknak bangun semula ? Nak biar duduk macam tu je ? Kemon la !

Itu yang masalah utama kita sekarang ni.Usaha kosong kalau dah jatuh.Faham je perasaan tu bila dah down.Macam aku sekarang ni.Down nak mampos ha.Percaya tak ? Mesti macam ragu-ragu kan ? Hahaha.


Sekarang ni dah masuk semester ke-2, kalau dalam arab sebut 'fasal thani' ( fasal sani), kalau dalam mat salleh suka sebut second semester la.Cemtu la.Well, second semester FIRST year.
 
Dah lepas pun 2nd exam.Dah lepas.Sekarang ni nak menuju ke final exam je.Dalam sebulan cemtu la.Kalau dalam sebulan lagi, insyaAllah baby yang baru lahir macam cerita di atas pun dah ada nama,Dah boleh senyum kat mama baba dia.Dan aku sesuka hati nak namakan baby tu sebagai Tasniem.Sebab sedap kot.



Waktu aku tengah khusyuk scroll instageram, aku ada baca post sorang akhowat ni.Dia post lepas habis exam VB.Visual Basic.



"........buat apa nak sedih kalau dapat markah rendah dalam exam sedangkan kita tak sedih pon kalau buat dosa."




Amacam ? Rasa macam kena tembak dengan M-16 tak ? Ke korang heartless ?

Aku pun alhamdulillah, sejuk hati dengar benda cemtu.Biasalah, dapat markah rendah.Bila dapat ayat cemtu mula naik semangat balik seikit.

Mesti orang cakap,

"Eh aku dah usaha stay up sampai malam.Sampai tidoq lambat semua tapi tak dapat juga markah tinggi !! Eeee geram !!! "

" Baguihnyaaa, berdoa tak subuh tadi supaya tenang jawab exam, mudah jawab ? "

" Laaa dah nama stay up, mana nak bangun subuh."

"Ouh patut la tak leh jawab dengan senang. "


Jujurnya jawapan sifulan sifulan.


Kekadang kita rasa kita dah usaha banyak tapi Allah bagi lambat sikit.Mungkin sebab kurang keberkatan dalam usaha kita.Tak bangun solat, solat lambat, tak baca Quran, tak buat dhuha, tak bangun qiam.

Ha tu macam aku la.Sebab tu susah sikit nak hafal semua benda yang aku baca.Somehow aku rasa Allah SWT tu Maha Adil sangat.Dia tak pernah salah.Diri kita yang salah.Kita cuba reflect balik apa salah kita.Kekadang kita rasa kita dah separuh mati baca buku.Tapi kita tinggal semua urusan kita dengan Allah.Sebab tu Allah macam lambat sikit nak bagi.Bukan taknak bagi.Tapi lambat.Jangan sesekali su'nuzan ye ! Hiks.Juga, doakan supaya final exam aku nanti dapat making a comeback balik.All I need to pass all the subject even not with flying colors.

Random post.


"Macam mana markah hang exam kali ni ? "

"Ouh, biasalah.Markah remaja."

Can you please explain to me what is MARKAH REMAJA ?

*joget sikit*

Sebab markah tu la yang buat aku jatuh.Sekarang aku dah jatuh.Loser enough.Dan sekarang, sebelum masuk final exam, aku perlu BANGKIT.Ya, aku perlu sangat BANGKIT.



Last paper on first semester in first year.January 26th 2014.


| Buat semua Asnan Jamilians DDOTA 13 (AJL13).Even nama Asnan tu macam tak official lagi.Tapi aku nak letak juga nama kita.Aku tau semua macam stress dengan exam OC recently.Nothing is impossible kalau kita usaha banyak.Kita semua kuat + qowiy +sado  dan semua lah ! Hahah tak guna kalau aku cakap banyak tapi aku tak usaha.Okay semua best of luck.May Allah bless our 5 years journey.Ingat tau, tak ada sesape yang akan ditinggalkan di belakang.|






Happy Reading,

| Asyraf Zulkifli | Syari3 Jamiah, Irbid, Jordan| 7 Mei 2013 |4.05 p.m |






Sunday 26 January 2014

A continous story

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Alhmdulillah semester satu tahun pertama as a student  is officially closed dengan berakhirnya exam Arab semalam yakni pada 26/1/2014.Alhamdulillah :)

Ya, setelah lebih kurang empat bulan ulang alik ke JUST setiap hari, wajarlah kan diberi cuti nak merelaxkan minda daripada study kejap sebelum start balik second semester.

Unfortunately, guwe belum habis lagi exam.Sadlife

A continous story.

Dan menjadi orang pertama dalam batch DDOTA yang ambil make up exam untuk exam.K ayat keling.

Allah punya rancangan tu lagi baik apabila DIA mentakdirkan untuk aku demam lepas exam Bio Lab.Sabtu exam Bio Lab, dan Ahad demam.Yeay !

Ahad demam dan exam Biology hari Rabu.Ahad, Isnin, Selasa dan RABU is EXAM ! Eh, exam laa.

"Sempat kot study.Esok okay la tu"

"Takpe Acap.Rehat dulu.Esok okay la tu."

Dan sampai hari Selasa pon tak okay lagi dan aku macam dah nak ambik make up exam Bio sebabnmya demam dan tak study.Apa yang kau nak expect orang yang demam gi jawab exam.Mesti la tak kan.

Meanwhile aku rasa aku ni manja sangat sebab setiap kali aku demam mesti teruk.Sampai mama cakap,

"Awak kalau demam sangat teruk."

She understands me better.Sampai setiap hari mama whats app tanya,

"How's everything today ?"

"Is is getting better or not ? "

"Jangan skip makan.Makan ubat"

Apa kaitannya dengan continous story ?

Sebab sebelum exam UPSR (2007) , seminggu sebelum UPSR aku pernah kena demam panas seminggu.Esok exam, hari ni baru baik.Alhamdulillah.

Sebelum PMR jugak, pernah kena cekam ( typically penyakit kalau potong kuku tak habis) dengan tangan kanan, jari hantu.

Sebelum trial SPM, aku kena demam campak yakni pada hari raya kedua dan buka sekolah terus trial dan sempat la ponteng trial seminggu.Eleh, seminggu je pon.Je pon !

Dan sekarang exam waktu fina exam first semester di JUST sampai nak ambik make up exam.

Sangat continuos story kan.

Aku tak pernah nak marah sesapa sebab apa aku demam.Aku anggap tu kifarah dosa dari DIA sebab banyak buat dosa dengan-Nya, dengan orang lain lagi.Bersyukur.

Terima kasih juga nak ucapkan dekat housemates yang sanggup jaga, ambil makan, teman kat bilik bila demam.Sorry sebab aku korang tak pergi masjid solat kat sana.

Terima kasih siapa yang sudi mendoakan kesembuhan aku waktu demam, yang sudi whats app tips sembuh demam cara Islam apa semua.Aku appreciate sangat.

Semoga benda ni menjadi satu pengajaran buat aku yang tak tau nak cakap.

**************

Make up exam ? CABARANNYA LEBIH

Waktu exam Bio, aku pon pegi JUST as exam aku supposed to be started at 10.30 am.Tapi aku nak ambik make up.First sampai aku pegi bilik Dr. Homa, mintak kebenaran nak ambik make up dengan Anep and Pijie.Time kasih sebab teman.

Dan alhamdulillah Dr. Homa macam bagi greenlight je.Lepas tu dia cakap pegi jumpa 'amid (dean) apa semua untuk minta izin dan sebagainya.Bila masuk bilik dena dan dean tak ada tanya assisitant dia, cakap pegi D3 jumpa Dr. Marwan Al-Quraan sebab dia yang handle registration untuk make up exam.Pegi la D3 dengan Anep dan doktor tu tak da.Pasrah

Teman Anep gi makan kat cafe sebab dia cakap dia lapar as dia exam kol 11.30 cemtu.Lepas tu, dia study dan aku pon nak mencari hawiyah ( student card ) yang hilang.Rasa tertinggal waktu exam Bio Lab dekat N2.Jalan la pegi N2 dan masuk tanya orang yang jaga tu dan alhamdulillah jumpa.Bersyukur.

Lepas tu gi sekali lagi dekat D3 nak jumpa Dr tu dan dia tak ada juga.Alhamdulillah jumpa dengan akak-akak arab yang nak ambik make up sekali.Untung jumpa raba tu dia expalin cemna nak ambik make up.Sebenarnya dia kena isi excuses form dekat student service tu.Aku baru tau.Ingat boleh redah sekali harung ambik macam tu.Rupa-rupanya kena ada request dan kena tunggu approval dari Dr. tu.

Pastu, gi jumpa dean pulak.Eceyh.Macam biasa pulak buat kerja kerja cemni.Pastu dean cakap macam- macam tentang make up exam dan relax brade relax.

Lepas tu gi balik D3 tu tunggu Dr tu dan dia tak datang jugak.Balik la cemni.Balik JUST terus pegi markaz sihhi sebab nak ambik MC dari doktor dan sekali lagi sadlife bila mana doctor tak nak bagi.

Lagi sadlife story.Cukup la setakat tu.


Apa yang aku buat untuk ambik make up exam tu aku ja tau betapa susahnya hidup ni.Mana nak tanya semua senior pasal experiance diorang about this make up exam.Semua la nak try gi JUST berhari hari sebab nak confirmkan semata-mata.

Alhamdulillah my make up exam has been approved by Dr, Marwan Al-Quraan hari Ahad bapa hari bulan ntah.Sekarang cuma nak tunggu tau date, time and place saja dan nak study.

Alhamdulillah Ya Allah sebab uji hamba-Mu ini macam ni.Sebab aku yakin dengan Engkau Ya Allah.

Sebak sebab semua turut menyokong tak kira di mana dan tak kira di mana lama social.Thanks semua !

Lain kali kalau demam kau kena lawan Acap.Kena kuat.Acap kena kuat lain kali.Kena kuat !
Wassalam.

Asyraf Zulkifli : " Kalau kau yakin dengan Allah, insyaAllah Allah akan tolong, cuma cepat atau lambat saja,Keep praying.Thanks DDOTAs ! "

Happy reading,
| Asyraf | 27/1/2014 / 7.44 a.m