Halaman

Friday, 16 May 2014

Genius

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



9 Mei 2014/ Jumaat.




Sekarang dah habis 2nd exam dan semua budak macam leisure la memanfaatkan masa la kononnya nak buat apa apa apa dan apa lepas habis exam termasuk la aku yang suka hatinya



******* Saved as draft *****



16 Mei 2013/ Jumaat



Selamat Hari Guru aku nak tujukan buat semua guru di Malaysia terutama sekali Cikgu Zulkifli dan Teacher Noorizzah !






Kali ini aku macam nak ajak hampa semua fikir la kan sama ada macam mana nak jadi genius.Semula jadi atau usaha ?



Oh ya, sejak dah habis banyak masa menuntut ilmu dekat dunia ni, aku dah jumpa banyak orang dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sampai la ke universiti.Yang genius maybe tak (kurang sikit genius).



Genius ? Rezeki dari Allah.



Senangnya cakap.



Lebih senang dari makan syawarma.



Aku bukan lah seorang yang genius.yang boleh fikir out of box pun bukan.Yang esok exam, malam ni atau pun 10 jam sebelum masuk dewan exam pon bukan.Aku bukan semua itu.Itu bukan aku.




Kenkadang, aku tengok orang genius ni especially dalam batch aku DDOTA, mostly semuanya gamers (syabab only).Dota la Clash of Clans la apa la semuanya.Bila masa hampa semua study ?



Semua aku rasa macam study last minute.Maksud aku macam sehari sebelum.Malam sebelum tu.Pernah sekali, budak scorer batch aku, petang tu tu exam Environmental Protection jam 3.45 p.m dan dia  lepas solat zohor baru baca.Then, apa yang hampa semua expect ? Soalan ada 30.20/30 ? 15/30 ?




Oh salah semua salah !



30/30 - FULLMARK ! Pffftttttttttttttttt !




Rezeki Allah bagi.Undeniable.



Pernah tak hampa dengar yang orang genius dia study camtu-camtu ja.Belek-belek buku sampai earphone bergelumang dengan taik telinga.Sambil buka lagu macam satu Irbid nak dengar.Sambil makan kuaci.Alah, nampak dia relax sungguh dengan tak ada highlighter nya, tak ada sticky notesnya dan sebagainya. Eh, pernah tak ?



Sunnguh ada manusia cemtu.Dan sekali exam, mesti la tinggi markah dia.Kita yang highlight pegang semua waktu study ni ciput je markah.



Mengeluh ? Jangan.



Apa lagi ciri-ciri genius ni ? Haaa cepat bagi.



Sampai aku pernah sekali rasa macam dunia ini tak adil.Even, Pak Ngah aku selalu cakap yang hidup ni memang tak adil.Kita kena bijak and bla bla bla bla (snoozing)



Pernah tak hampa alami situasi macam ni persoalkan di mana keadilan untuk orang beruasaha 24/7 tanpa jemu tapi akhir sekali kecundang di tengah jalan sedangkan mereka yang hanya sedang-sedang sahaja usaha tetapi mampu terbang hingga ke langit biru ?



Ya, aku pernah persoalkan sebab yang selalu kecundang di tengah jalan itu aku.

Kebanyakan yang kurang genius ni lebih rajin dari yang genius.Rasanya.Bawa buku sana sini.Stay back lebri 3-4 jam.Stay up malam-malam.Semuanya hidup dengan buku.Malah lebih dari buku sehinggakan jumpa lecturer, rujuk kawan-kawan, tanpa segan silu bertanyakan abang dan kakak senior dan semuanya.

Aku pernah bertanya kepada seorang kawan aku yang bagi aku sudah tentu dia seorang yang bakal menggantikan Albert Eintein pada bulan ini.

" Kau untung sifulan, malas study tapi pandai.Genius la katakan"

Tertunduk merendah diri bagi aku untuk bertanyakan soalan sedemikian rupa kepada sifulan.Tapi aku kira jawapan sifulan berikan sangat......

"Ah, kau jangan cakap cemtu kat aku.Aku malas kau tau tak.Aku lebih suka orang yang rajin tapi dia tak dapat markah tinggi sangat.Sebabnya bila dia rajin, bukan study saja dia rajin, tapi masak, kemas rumah, basuh baju dan semuanya.Kalau malas ? "

You got the point or not ?



Kenkadang aku selalu buat analogi macam ni la lebih kurang, ah analogi murahan lagi banjingan.




Orang  tu, dia rajin sebab dia kurang bijak sikit.Jadi dia kena rajin study.

Orang tu, dia malas sebab dia dah bijak, buat apa dia nak study.

Adilkan ?

Berdasarkan dua persoalan yang aku tinggalkan, cuba bandingkan dan fikirkan bebetol !


Happy Reading,

Asyraf Zulkifli,
Syari3 Jamiah, Irbid,
1523 pm,
16052014.

No comments:

Post a Comment