Halaman

Monday 13 April 2015

Mengejar erti cinta

Cinta pada manusia bukan sahaja pasa manusia lain berlainan jantina ataupun sesama jantina iaitu ibu ayah.Cinta pada negara sendiri pun boleh kan ? Kalau kau tu tak sayang Malaysia, siapa lagi.Kau lah yang tengah baca ni.

Tarikh final exam untuk medic dengan dentist semua dah keluar.

.....

Untuk budak medic cuti punya la lama.Last exam CVS system depa (baca : diorang) 17/5.Dah tau esok tu chaoww balik Malaysia.Siapa yang taknak cuti panjang.Start summer sem 28/6.Sempat puasa seminggu dekat Malaysia.

Untuk dentist sebab hari tu second sem dah start lambat seminggu, maka cuti pun lambat la.Start cuti 8/6 sampai 28/6.Lama jugak.

.....

Aku tau ramai je nak balik Malaysia, ada nak pergi Turkiy, ada nak pegi umrah dan aku ja duduk Irbid ni.Kan aku dah cakap aku taknak balik Malaysia.

Kalau boleh nak tengok senior grad bulan Jun ni.

.......

Ada member pernah cakap kat aku, kau ni taknak jumpa family ke tahun.Balik la.Sebab dia tau bulan 8 ni aku tak balik.Aku dah cakap yang aku dah biasa duduk jauh-jauh.Dari form 1 duduk asrama sampai form 5 lepastu PLKN pulak lepas INTEC lepas tu terus fly.

Tapi aku takut jugak yang aku kehilangan aku sayang sebelum aku sempat jumpa semua.Sebab tu member aku suruh balik.Suruh jumpa family.Allah, jagakan mereka sampai bila-bila.

.......

Bila tanya mak aku, dia cakap jangan balik mungkin sebab dulu waktu dia kat States dia pun jarang balik.Aku pernah je memberanikan diri tanya dulu ma balik Malaysia bapa kali and she replied sekali je.Mungkin zaman berubah.Tak terkejut bila member aku setiap kali cuti nak balik Malaysia.Wondering jugak cemana mama dulu boleh tahan rindu.Pandai Wan motivate

Mungkin sebab dia pernah , lepas tu dia taknak anak dia rasa balik Malaysia kot.

.......

Tak lokek juga dengar orang yang nak pergi umrah dengan budak arab yang Kuliah Tibb Asnan buat.Ada la aku dengar berapa orang.Ambil peluang katanya.

Menarik juga dengar kisah orang nak ke Turki satu rumah, Bayt Jinn.Mungkin sempat puasa kat sana sehari dua macam aku dulu cuti tahun lepas berpuasa kat France & Italy.

.......

Sekarang masing-masing dan nak cari ticket kat balad, nak balik cepat walaupun elaun masuk hujung bulan ni bagi budak JPA la.

Walhal budak medic dah kecoh dekat insta hari tu aku baca 38 hari mencari cinta la apa la.

Menarik kan kisah kami sebelum cuti,Penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik waktu cuti nanti.Sungguh mahasiswa sekarang sangat berfikiran terbuka.

Untuk mereka yang pulang ke Malaysia tu, sampaikan salam rindu dan sayang aku ke tanah air tercinta.

Untuk yang bermusafir ke negara orang, titipkan doa buat aku supaya Allah mudahkan urusan aku nanti.

Untuk yang duduk di Irbid, terokailah Jordan dengan hati bukan hanya tahu caci maki Jordan.

Betullah orang cakap, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri.

Walau sejauh mana kita terbang, akhirnya pulang ke gagang jua.

Doakan aku exam 3 papers lagi sebelum final, Pathophysiology, Microbiology & Oral Histology.Jangan lupa sokong team MA3rad Thaqafi JUST minggu depan.

Kau yang dah habis baca, doakan untuk aku sekali jangan lupa.

Saturday 11 April 2015

Aku suka yang aku belajar

Sejak masuk 2nd semester ni aku dah masuk subjek dentist.Ada 4 subject yang aku belajar

1) Oral Physiology
2) Dental Anatomy & Occlusion
3) Oral Histology
4) Cariology

Abaikan semua subjek dia atas.Yang aku nak cakapnya 2 subjek yang aku suka Cariology & Dental Anatomy.

Mana taknya, sejak belajar, bila masuk toilet nak berus gigi mesti tengok dulu gigi ni bentuk cemana, ciri-ciri dia.tengok dulu depan cermin lepas tu baru berus gigi.Ni untuk subjek dental anat.

Kalau Cario, masuk toilet mesti tengok dulu gigi, especially molar 3 belakang tu la kan.Ada caries ke tak, kenapa hitam kenapa macam kuning sikit.Tambah pulak sejak pakai braces ni.Lagi la kena alert.Jadi, sebab tu la asyik nak berus gigi je sebelum tidur.Takut caries merebak.Takut jugak caries form.

Tengok best kan bila boleh apply kan kat diri sendiri apa yang kita belajar (lulsz).

Semoga gigi aku sihat membesar sampai bila-bila.


Kenapa lama tak call Tok ?

"Kenapa lama tak call Tok ? "- Ayah

"Sebab ni dia guna whatsapp.Tok mana ada whats app nak guna nak call.Lagi pun ni free"- Mama

Alkisahnya semalam nak dijadikan cerita, call mama semalam.Lately asyik rindu dengan orang kat Malaysia (baca : family).Sebab tu call.Lagi-lagi sejak whatsapp boleh direct call, tak payah aku nak beli weinak (sejenis kad pascabayar yang boleh diguna untuk call orang ke Malaysia)  setiap bulan nak call.

Ah, macam biasa la kalau call mama, tanya pasal tok, balik rumah wan ke dak, buat apa ?, Muaz balik ke tak, bila nak mai Jordan.Soalan macam biasa.Tiba sekali ayah tanya kenapa lama tak call tok (Kupang).Memang aku ingat nak call, tapi bila setiap kali nak call, aherherherher nak study la apa la.Astaghfirullah, kejamnya aku.Macam ni la kalau jadi student luar.

InsyaAllah tok, next week abang akan call.

Risaunya Muaz

Risaunya kat Muaz yang nak ambik SPM tahun.Sebab apa ? Sebab addmathnya tak pernah nak lulus setakat ni.Cemana nak ambik SPM kalau dah addmath asyik nak fail je.

Ada aku tanya mama semalam, dia study dak dekat rumah? As usual la Muaz tu asyik main game kat phone dengan tengok tv.Aku rasa dari sekolah rendah lagi adik aku ni lagi pandai dari aku.Lagi genius dari aku.Buktinya, ye la memang la dia UPSR dengan PMR staright tapi effort dia nak study kurang dari.Macam faham dalam kelas, lepas tu okay dah.

Kalau nak ikutkan aku ni, memang la rajin.Kalau aku tak rajin kau tak dapat semua tu.Takpa la muaz, abang doakan hang buat la terbaik cemana pun.Kesian la kat ayah mama tu.Jangan la malas sangat.

Cari gigi

Sejak nak jadi dentist ni kena collect gigi untuk 3rd year nanti exam lab.So, suruh la mama kumpulkan as aku maybe tak balik Malaysia tahun ni.Lupa pulak mak long kerja dekat klinik gigi dekat Jitra tu.So, it will be easy la nak dapatkan gigi.Doakan la untuk dipermudahkan semuanya.


Ya Allah, engkau ampunilah dosa semua keluarga aku, tempatkan lah mereke di syurga dan jagalah keselematan dan kesihatan mereka di sana.Amin

Thursday 9 April 2015

Hati yang berbolak balik

Hati ini senang sungguh nak berbolak balik.Hari ini hari esok hari lusa mahupun hara-hari akan datang, hati kita tak akan sama.

Hati siapa ?

Eh bukan hati kau.Siapa kau ? Kau yang tengah baca tu.

Hati aku la.Dan hati kita semua.

Hari ini kita rasa berdosa sangat.Banyak sangat dosa dari kecik sampai besar.Dari akil baligh sampai tengah tulis ni.Lepas tu esok buat balik dosa.Sekejap je rasa.Berbolak balik kan.

Hari ini rasa iman kita subur sangat.Bangun subuh, solat kat masjid, balik baca quran lagi.Solat semua kat masjid.Bila malam study, tidur lambat.Bangun subuh pun tak.Terus tak subur iman satu hari.Kacau bilau satu hari.Semua buat semua tak kena.Semua nak emo.

Orang cakap nak jaga hati ni susah.

"Nak jaga hati sendiri pun susah.Apatah lagi nak jaga hati kawan"


Orang cakap kalau nak jaga hati ni kena jaga hubungan kita dengan Tuhan.Selalu mengingati mati, selalu berdoa, istighfar, zikir, kalau solat tu bila baca Al-Fatihah fahamkan maksud sekali.Cakap memang senang, nak buat tu susah.

Semalam rasa semangat sangat hati ni nak study.Hari ni rasa futur (baca : penat) balik nak selak buku.Hati ni berbolak balik kan.Sedangkan belajar semua dah free (ada tajaan) tapi rasa malas tu banyak sangat.Sepatutnya kena bersyukur, bila syukur kena la rajin.Tau dah ni mesti sebab tak bersyukur, sebab tu tak rajin.

Ya Allah, ampunkan dosa aku.Dosa keluarga aku, sahabat-sahabat aku.

"Hati-hati menjaga hati, jangan sampai mati"


Mohon doa dari kalian esok ada exam Head & Neck Anatomy.Bittaufeeeq AJL13 !



Friday 3 April 2015

Complicated

Tbh, bila masuk semester 2 banyak gila exam.Subejct pun dah bertambah dari 5 ke 7.Lab lagi la.Penat bawa lab coat, bawa Atlas , carving set semua untuk lab.

Exam pulak nak seminggu 2-3 paper.Cuti pun nak buat exam JUST ni.Minggu depan aku ada dua exam, Dental Anatomy Lab dengan head & Neck (theory).Bila banyak-banyak exam dia mula la nak emo sensorang , nak rindu Malaysia, nak rindu mama ayah tok wan tok njang semua.Mula la jiwa ni macam urghh !

Bila ada orang buat salah sikit, dia mula terasa nak sensetif la bagai.Oh tu fact okay !



Kenkadang aku tanya gak kat diri aku ni, complicated sangat ke aku sampai semua nak benda perfect.Contoh orang tu guna adaptor untuk benda lain and then dia lupa nak letak.Ada orang anggap benda tu cam normal, biasalah terlupa.Tapi bagi aku, aku tak suka.Pandai guna pandai la letak.

When there's action, there's reaction.

Aku selalu tanya tak boleh ke sabar sikit dengan semua orang sekeliling.Bila camni mula la rasa lonely nak pindah rumah la apa laa.Oh complicated sangat ke.Mungkin sebab aku tak buat benda camtu, bila ada orang camtu aku tak boleh terima.Tapi sampai bila nak sabar?

Oh aku pun tak habis pun study lagi boleh pulak nak make a new post ni.Oral Histology banyak sangat sampai fed up dah.Doakan aku tak complicated !

Thursday 2 April 2015

Kapal Terbang

Jam menunjukkan pukl 4.15 petang.Semester kali ini kelas aku semua habis 4.15 petang kecuali hari Isnin, tu pun sebab ada lab.

Habis kelas, berjalan kami semua laju-laju, ada yang nak balik cepat, ada yang sembang sambil jalan, kongsi kisah hidup hari ke hari.Begitu lah rutin harian setiap hari hidup kami.

Pasal exam, pasal hidup, pasal rumah, pasal akademik, futsal pasal classmates.Seronok dengar, lama-lama bosan.

Sampai mujamma' (stesen bas), kulihat penuh masyarakat sedang menunggu bas.Baik melayu mahupun arab, masing-masing tak sabar nak menghempapkan bada yang seharian penat menuntut ilmu.Itulah mahasiswa.

Kalau naik bas, wajib terlelap.Kalau tak sampai mujamma' sheikh khalil pun, sampai carefour, takpun arabella.Macam tu la aku setiap hari balik dari kelas.

"Acap, eh kau balik tak bulan 6 ni ? ", tanya member aku sambil jalan.

"Rasanya tak balik kot.Samada stay Jordan ataupun nak gi jalan.Probably stay la.Duit takda doeh." jawapan aku bila setiap kali orang tanya.

"Habis tu bulan 8 ni cemana pulak ?", tanya lagi si member aku ni.

"Duduk Jordan jugak.Tak balik Malaysia kot tahun ni." jawapan aku jugak setiap kali orang tanya soalan macam ni.



Bagi aku budak Jordan setiap tahun paling kurang akan balik Malaysia sekali.Kalau yang tak tahan sikit balik dua kali.Tapi ada yang setiap kali cuti balik Malaysia.Rindu katakan.Kalau tak sebab rindu pun, sebabnya nak ambik semangat masuk sem baru dari maka ayah.Minta saja pada Allah.Dia kan ada.Lain orang lain cara.

Dulu aku pernah tanya mama, "Ma, abang rasa abang nak balik la cuti bulan 6."

"Dulu kan cakap taknak balik tahun ni.Duduk la situ.Pi berjalan ka."

Jawapan tu yang mak aku selalu bagi.Dulu aku pernah berjanji dengan dia kata takmau balik satu tahun.Eh kenapa nak manja sangat ni Cap nak balik setiap tahun.Tapi ada 'sebab' kenapa aku tak balik.'Sebab' yang mana bukan semua orang tahu.Hanya beberapa sahaja yang tahu.

"Siapa rasa nak ikut aku pi Greece bulan 6 ni jom la !."