"Kenapa lama tak call Tok ? "- Ayah
"Sebab ni dia guna whatsapp.Tok mana ada whats app nak guna nak call.Lagi pun ni free"- Mama
Alkisahnya semalam nak dijadikan cerita, call mama semalam.Lately asyik rindu dengan orang kat Malaysia (baca : family).Sebab tu call.Lagi-lagi sejak whatsapp boleh direct call, tak payah aku nak beli weinak (sejenis kad pascabayar yang boleh diguna untuk call orang ke Malaysia) setiap bulan nak call.
Ah, macam biasa la kalau call mama, tanya pasal tok, balik rumah wan ke dak, buat apa ?, Muaz balik ke tak, bila nak mai Jordan.Soalan macam biasa.Tiba sekali ayah tanya kenapa lama tak call tok (Kupang).Memang aku ingat nak call, tapi bila setiap kali nak call, aherherherher nak study la apa la.Astaghfirullah, kejamnya aku.Macam ni la kalau jadi student luar.
InsyaAllah tok, next week abang akan call.
Risaunya kat Muaz yang nak ambik SPM tahun.Sebab apa ? Sebab addmathnya tak pernah nak lulus setakat ni.Cemana nak ambik SPM kalau dah addmath asyik nak fail je.
Ada aku tanya mama semalam, dia study dak dekat rumah? As usual la Muaz tu asyik main game kat phone dengan tengok tv.Aku rasa dari sekolah rendah lagi adik aku ni lagi pandai dari aku.Lagi genius dari aku.Buktinya, ye la memang la dia UPSR dengan PMR staright tapi effort dia nak study kurang dari.Macam faham dalam kelas, lepas tu okay dah.
Kalau nak ikutkan aku ni, memang la rajin.Kalau aku tak rajin kau tak dapat semua tu.Takpa la muaz, abang doakan hang buat la terbaik cemana pun.Kesian la kat ayah mama tu.Jangan la malas sangat.
Sejak nak jadi dentist ni kena collect gigi untuk 3rd year nanti exam lab.So, suruh la mama kumpulkan as aku maybe tak balik Malaysia tahun ni.Lupa pulak mak long kerja dekat klinik gigi dekat Jitra tu.So, it will be easy la nak dapatkan gigi.Doakan la untuk dipermudahkan semuanya.
Ya Allah, engkau ampunilah dosa semua keluarga aku, tempatkan lah mereke di syurga dan jagalah keselematan dan kesihatan mereka di sana.Amin
No comments:
Post a Comment