Cinta pada manusia bukan sahaja pasa manusia lain berlainan jantina ataupun sesama jantina iaitu ibu ayah.Cinta pada negara sendiri pun boleh kan ? Kalau kau tu tak sayang Malaysia, siapa lagi.Kau lah yang tengah baca ni.
Tarikh final exam untuk medic dengan dentist semua dah keluar.
.....
Untuk budak medic cuti punya la lama.Last exam CVS system depa (baca : diorang) 17/5.Dah tau esok tu chaoww balik Malaysia.Siapa yang taknak cuti panjang.Start summer sem 28/6.Sempat puasa seminggu dekat Malaysia.
Untuk dentist sebab hari tu second sem dah start lambat seminggu, maka cuti pun lambat la.Start cuti 8/6 sampai 28/6.Lama jugak.
.....
Aku tau ramai je nak balik Malaysia, ada nak pergi Turkiy, ada nak pegi umrah dan aku ja duduk Irbid ni.Kan aku dah cakap aku taknak balik Malaysia.
Kalau boleh nak tengok senior grad bulan Jun ni.
.......
Ada member pernah cakap kat aku, kau ni taknak jumpa family ke tahun.Balik la.Sebab dia tau bulan 8 ni aku tak balik.Aku dah cakap yang aku dah biasa duduk jauh-jauh.Dari form 1 duduk asrama sampai form 5 lepastu PLKN pulak lepas INTEC lepas tu terus fly.
Tapi aku takut jugak yang aku kehilangan aku sayang sebelum aku sempat jumpa semua.Sebab tu member aku suruh balik.Suruh jumpa family.Allah, jagakan mereka sampai bila-bila.
.......
Bila tanya mak aku, dia cakap jangan balik mungkin sebab dulu waktu dia kat States dia pun jarang balik.Aku pernah je memberanikan diri tanya dulu ma balik Malaysia bapa kali and she replied sekali je.Mungkin zaman berubah.Tak terkejut bila member aku setiap kali cuti nak balik Malaysia.Wondering jugak cemana mama dulu boleh tahan rindu.Pandai Wan motivate
Mungkin sebab dia pernah , lepas tu dia taknak anak dia rasa balik Malaysia kot.
.......
Tak lokek juga dengar orang yang nak pergi umrah dengan budak arab yang Kuliah Tibb Asnan buat.Ada la aku dengar berapa orang.Ambil peluang katanya.
Menarik juga dengar kisah orang nak ke Turki satu rumah, Bayt Jinn.Mungkin sempat puasa kat sana sehari dua macam aku dulu cuti tahun lepas berpuasa kat France & Italy.
.......
Sekarang masing-masing dan nak cari ticket kat balad, nak balik cepat walaupun elaun masuk hujung bulan ni bagi budak JPA la.
Walhal budak medic dah kecoh dekat insta hari tu aku baca 38 hari mencari cinta la apa la.
Menarik kan kisah kami sebelum cuti,Penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik waktu cuti nanti.Sungguh mahasiswa sekarang sangat berfikiran terbuka.
Untuk mereka yang pulang ke Malaysia tu, sampaikan salam rindu dan sayang aku ke tanah air tercinta.
Untuk yang bermusafir ke negara orang, titipkan doa buat aku supaya Allah mudahkan urusan aku nanti.
Untuk yang duduk di Irbid, terokailah Jordan dengan hati bukan hanya tahu caci maki Jordan.
Betullah orang cakap, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri.
Walau sejauh mana kita terbang, akhirnya pulang ke gagang jua.
Doakan aku exam 3 papers lagi sebelum final, Pathophysiology, Microbiology & Oral Histology.Jangan lupa sokong team MA3rad Thaqafi JUST minggu depan.
Kau yang dah habis baca, doakan untuk aku sekali jangan lupa.
No comments:
Post a Comment