Jam menunjukkan pukl 4.15 petang.Semester kali ini kelas aku semua habis 4.15 petang kecuali hari Isnin, tu pun sebab ada lab.
Habis kelas, berjalan kami semua laju-laju, ada yang nak balik cepat, ada yang sembang sambil jalan, kongsi kisah hidup hari ke hari.Begitu lah rutin harian setiap hari hidup kami.
Pasal exam, pasal hidup, pasal rumah, pasal akademik, futsal pasal classmates.Seronok dengar, lama-lama bosan.
Sampai mujamma' (stesen bas), kulihat penuh masyarakat sedang menunggu bas.Baik melayu mahupun arab, masing-masing tak sabar nak menghempapkan bada yang seharian penat menuntut ilmu.Itulah mahasiswa.
Kalau naik bas, wajib terlelap.Kalau tak sampai mujamma' sheikh khalil pun, sampai carefour, takpun arabella.Macam tu la aku setiap hari balik dari kelas.
"Acap, eh kau balik tak bulan 6 ni ? ", tanya member aku sambil jalan.
"Rasanya tak balik kot.Samada stay Jordan ataupun nak gi jalan.Probably stay la.Duit takda doeh." jawapan aku bila setiap kali orang tanya.
"Habis tu bulan 8 ni cemana pulak ?", tanya lagi si member aku ni.
"Duduk Jordan jugak.Tak balik Malaysia kot tahun ni." jawapan aku jugak setiap kali orang tanya soalan macam ni.
Bagi aku budak Jordan setiap tahun paling kurang akan balik Malaysia sekali.Kalau yang tak tahan sikit balik dua kali.Tapi ada yang setiap kali cuti balik Malaysia.Rindu katakan.Kalau tak sebab rindu pun, sebabnya nak ambik semangat masuk sem baru dari maka ayah.Minta saja pada Allah.Dia kan ada.Lain orang lain cara.
Dulu aku pernah tanya mama, "Ma, abang rasa abang nak balik la cuti bulan 6."
"Dulu kan cakap taknak balik tahun ni.Duduk la situ.Pi berjalan ka."
Jawapan tu yang mak aku selalu bagi.Dulu aku pernah berjanji dengan dia kata takmau balik satu tahun.Eh kenapa nak manja sangat ni Cap nak balik setiap tahun.Tapi ada 'sebab' kenapa aku tak balik.'Sebab' yang mana bukan semua orang tahu.Hanya beberapa sahaja yang tahu.
"Siapa rasa nak ikut aku pi Greece bulan 6 ni jom la !."
No comments:
Post a Comment