Halaman

Friday 27 September 2013

Officially 18th bukan di Malaysia




ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DENGAN NAMA ALLAH S.W.T YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG





Kita buka majlis kita pada saat ini dengan ummul kitab, Al-Fatihah.Cewaahh ! Sebenarnya macam rare sikit post-post macam tetiba saja macam memvavi vuta.Okay.Perlukah ? 


Officially 18th bukan di Malaysia.Apakah itu ? Apakah gerangan itu ? Mengapa itu dan nak apa sebenarnya ? Ehh ? Mohon tampar secara berjemaah.Boleh ?



Okay Tepat pada 12.00 malam waktu Malaysia ataupun Jordan, guwe secara rasminya bergelar budak berusia 18 tahun.18 tahun.18 tahun.Nak ulang, 18 tahun.Dan for the first time, celebrate birthday yang tak seberapa nak celebrate ni di bumi Jordan.Luar dari Malaysia.Selepas 17 tahun, "menyambut" di Malaysia, Allah bagi keizinan merasai nikmat 18 tahun di bumi Jordan.Bersyukur.Apa yang dikatakan sambut birthday kat Jordan tu ? Pergi makan subway dekat Arabella Mall kah ? pergi makan nasi wajibat mendi dekat Iskan Yamanai kah ? Pergi buat prank dekat Sakan Sakron kah ? Apakah itu ? Makan ice cream dekat Fruitella ? Lepak dekat Lebnani ? Juga bukan.


On my birthday (siang) bertepatan sambutan dengan Minggu Ta'aruf Siswa or simply form as MTS.MTS ialah anjuran SPM under PERMAI.Satu hari sambuat birthday dekat situ.Takdelah aku sambut birthday dalam bilik bukak laptop pasang movie buka stegrem, tweet sana sini, whats app riuh rendah.Fuhhh ! Sambut birthday satu hari dekat JUST sebab ada program buat kat sana after 2 days berkampung di Yarmouk University.

Ada la jugak berharap nak menang kumpulan MTS terbaik as a birthday's present.Boleh rasa percutian percuma ke Sherabil Eco Park free.Semua PERMAI yang bayar.Jealous teramat sangat dengan group akhowat yang menang tu.Seriusly !



Dan nak kata menyambut birthday, takde la sambut sangat.Last sambut pon dalam usia 8, 9 tahun macam tu kot kalau tak silap.Ya, tak dak dah nak jemput orang buat kenduri makan-makan kat and so on whatever.Hakikatnya.



Dan perasaan tu agak sayu sikit sebab jauh dari Malaysia of course.Walau di mana pon kita ada, internet menjadi penghubung.Alhamdulillah, ramai kawan-kawan, family dari Malaysia dan Jordan hantar sms, twitter, FB and so whatever.Allah bless you guys :) And also to my mum, my seniors yang wish about my birthday.Sorry tak sempat printscreen.Juga, classmates MEJ05 yang siap instagram lagi pasal my birthday.Thank you H*** A***** :)




Dan terima kasih juga buat siapa yang call, wish birthday semua yang macam nak ala-ala prank lagi.Dalam toilet dekat stadium JUST pon ada juga.Ada juga yang call ajak gi makan.Guwe assume nak belanja.Pastu, waktu tengah call tu ada orang kat belakang cakap-cakap, "wish happy birthday kat acap."LOL.Sweet.Syabab JPA terbaik ! Lucky I have them.Okay.Macam boring ja entri ni.LOL



Dan aku rasa tanggungjawab tu semakin bertambah bila dah berusia 18 tahun.Eh, asal kau poyo sangat ni ? papa je lah.Tanggungjawab kepada Allah, tanggungjawab kepada keluarga, tanggungjawab kepada masyarakat, tanggungjawab kepada sahabat  dan paling penting ialah tanggungjawab kepada diri sendiri.Setiap orang bila dah bertambah usia, maka amal ibadat harian mestilah bertambah sejajar dengan kadar usia.Baru la hidup tu sempurna.Bukan bila semakin besar, semakin rosak diri.Fikir-fikirkan dan selamat beramal :)

As a student, tujuan utama aku ialah belajar.Happy study at all ! Doakan yang terbaik untuk saya.Moga dapat menjadi seorang muslim yang terbaik dalam apa jua bidang.













HAPPY 18th MUHAMMAD ASYRAF BIN ZULKIFLI

I miss my old age.Happy Birthday to me :)



Aku seorang pendosa.Moga Allah tunjukkan kepadaku jalan yang lebih baik.Aku mohon.Salam sayang dari bumi Irbid :) 

Wassalam semua bakal pemakai kain kafan 

Asyraf Zulkifli : " Teringin nak makan fruitella"

Happy Reading,
|asyrafz|6.20 p.m|27 September 2013|



Monday 23 September 2013

Ahlen ila Urdun : UNEXPECTED JOURNEY





ASSALAMUALAIKUM W.B.T

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG





Alhamdulillah, bersyukur kerana setelah selama  sampai di bumi Jordan pada 10 September jam 10 pagi macam tu kot.Selamat mendarat di Queen Alia Internatioanl Airport dengan jayanya.Alhamdulillah.


Memang agak terlambat nak post satu entry dekat sini disebabkan oleh masalah internet yang tak tersubscribe lagi.Dan, hasil tulisan entri ni pon dengan adanya bantuan internet yang baru tersubscribe tadi yakni pada tengah hari tadi dekat Arabella Mall.



Okay.So far alhamdulillah, masih lagi bernyawa dan menjalani kehidupan harian yang sihat di sini.Cuma, tak tau nak manage jadual pemakanan yang agak kelam kabut dan kusut masai di sini.Alhamdulillah juga, urusan bilik dah hampir selesai.Segala isi ruang rumah hampir lengkap.Ehh ? Ye kot.



UNEXPECTED JOURNEY ? Apa yang poyo sangat samapi unexpected bagai tu ? Ehh ? Sampai saat sekarang, aku masih lagi tak percaya yang aku dah jadi pelajar university.Tu satu hal.Lagi satu datang belajar jauh-jauh, juah dari family, jauh dari Malaysia dan hanya ada kawan-kawan dan Allah saja di sini.Yang tu masih lagi unbelieveable.Dan bergelar mahasiswa luar negara di Jordan University of Science and Technology.UNBELIEVEABLE !!



Kalau dulu orang tanya waktu kecik-kecik dulu, "Eh, nanti hang nak study mana ?".Dengan penuh rela hati aku akan jawab, "oversea laaa"."Oversea tu kat mana ?"."Confirm laaa UK".Guwe pon tak tau sebab apa yang waktu kecik-kecik zaman kekanak ribena nenek moyang dahulu kala suka sangat bila orang tanya nak study kat mana, akan sebut kat UK yakni United Kingdom.Mungkin sebab tempat tu terlalu famous untuk di sambung belajar.Mungkin juga pengaruh keadaan semasa and so whatever.Until now, United Kingdom masih lagi di hati.



Dan bila semakin besar, semakin tua, semakin meniti usia dan menjejakkan kaki ke sekolah menengah, barulah didedahkan kepada segala macam tempat pengajian, barulah sedar yang susah sebenarnya nak study.Waktu tu, berbalik kepada zaman sekolah menengah di SMKA, barulah didedahkan dengan tempat-tempat middle east seperti Mesir and Jordan.But, mostly semua fokus to Mesir sebab ramai sangat senior yang ke Mesir.Yet, Jordan sangat tidak famous dan  tidak ketahui ramai orang.Mungkin waktu tu, impian untuk ke Mesir terdetiklah secebis.Ya, dan siapa yang tak termakan dengan segala umpan yang seniors curahkan di facebook.Well ! Ehh ?



Semakin lama, semakin membesar, semakin faham dengan segalanya.Tidaklah dianggap jahil kerana dapat banyak pendedahan secara formal and informal.Segala ceritera dari para sepupu, dari television, dari surat kabaq , dari cikgu-cikgu and so on.Ya, semakin nampak apakah yang dikatakan itu universiti.



Dan, kalau ditanya kepada sesiapa waktu kecik dulu, mesti  akan cakap, siapa yang tak nak study oversea.Oversea tuuu.First sekali sebab boleh naik aeroplane.I guess so ? Is it right ? Dan juga orang tu termasuk lah aku sekali yang akan cakap macam tu.Macam biasa, angan-angan Pak Jenin.Itu kecik-kecik punya cerita.Sekarang dah besar dah.Nampak macam bestkan study dekat oversea.Bila dan semakin besar, guwe dah macam tak pasang impian atau berangan-angan untuk study oversea.Alasannya sebab Malaysia lagi bagus kot.Mungkin ? Ehh ?



Serius, dan nekad nak study dekat Malaysia sebab malas nak pegi jauh-jauh.Aku bukan la jenis yang jawab dekat orang, bila orang tanya, "Nanti hang nak study mana ? Oversea ka?".Suka hati je kan ? "Ehh, UM or UKM saja".That's why aku mintak asasi PALAM sebab ingat degree nak further either two universities tu.Bukan la yang target tinggi-tinggi nak study melebihi batas dari Malaysia.Lagi pon guwe bukanlah top scorer dekat sekolah, bukan la yang sentiasa menghuni top 5 dekat sekolah, bukanlah yang selalu dapat straight A's setiap kali exam.Maka, aku fikir, aku tak layak kot.



Juga, waktu guwe form 1 dulu, guwe selalu cakap dalam hati yang,"siapa lah yang nak pi study oversea nanti lepas SPM dalam batch aku nanti?".Serius suka pikiaq macam tu.Macam lawak kan ? Hahahaha.Terjawabkah soalan tu ? Tepuk hati kuat-kuat !





Sila betulkan tempat duduk dan neck-tie anda.

Dan, time has wings.Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya.Daripada sesuka hati mengisi borang JPA/MARA  dan tak meletakkan harapan pon untuk dapat tawaran tu.And, hampir give up nak menangis bila JPA lambat umum dan umum last minutes.Allah knows everthing.Daripada dulu teringin nak pergi further study at UK dan hilang macam tu saja, Allah bagi Jordan tempat untuk belajar.Serius I'm never expected that Jordan will be my place to study.Serius ! Selalu nampak pasai Jordan pon mungkin setahun sekali dalam Salam Perantauan dalam papers.Dan juga mungkin tercakna sikit lepas a few seniors yang further study sana.That's all ! Kholasssssssss !



Sampai sekarang tak percaya lagi dah sampai kat Urdun.Sedang menulis post pertama dari bumi Urdun.Itu realiti.Dan, guwe selalu tertanya-tanya kenapa Allah hantar untuk belajar pergigian dekat Jordan sini sedangkan kita tau banyak lagi negara yang ada contohnya India, Ireland, Aussie, UK and so whatever.Tapi kenapa di Jordan ? Mesti ada istimewanya Jordan ni compare dengan negara-negara lain.Mesti ada something specialnya dekat mana-mana pon fi Urdun.I believe in Allah.Dalam usia yang muda yakni 18 tahun, menjejakkan kaki ke bumi anbiya' untuk menuntut ilmu adalah satu cabaran yang terpaksa dihadapi pada usia yang muda.Memang lepas umur 12 tahun, aku dah jauh dari family.Lepas SMKAB, merantau ke INTEC dan selepasnya lagi jauh.Sungguh guwe rindu depaaaaaaaaaa !



Tetiba teringat dekat kata-kata sepupu guwe yang sekarang ni study dekat University of Exerter, United Kingdom, yang fly sehari selepas guwe fly hari tu "Ehh, Asyraf betul ke nak jadi dentist ? Betul ke nak pergi Jordan ?".Memang aku takkan bagi jawapan yang tepat untuk soalan tu.Sebab aku pon macam tak tau keputusan ni betul ke tak.Biarlah rahsia jawapan tersebut.To my cousin, best of luck at UK.See you there soon ! Serius nak pegi jumpak nanti !



Walaupun orang selalu pandang rendah dengan negara-nagara Arab untuk study yang selalu dianggap out-dated or low class oleh sesetengah pihak atasan, tapi guwe macam nak tutup ja telinga bila dengar orang mula cakap benda ni.Ehh, ni benda betul.Bila ada sorang kawan guwe ni cakap yang dia punya mak tak kasi pergi study dekat negara-negara middle east ni sebab tak selamat dan ada banyak rusuhan or something whatever ataupun mahasiwa/mahasiswi sini tak competent.Setiap orang ada penilaian masing-masing, pandangan tersendiri.Guwe tak boleh nak cakap something dekat keluarga dia sebab itu hak tersendiri.Apapon ilmu Allah yang terlalu luas sehinggakan infinity perlu dituntut walau di mana jua kita berada dan walau siapa pon kita.Cuba yang terbaik.



Aku harap, my "UNEXPECTED JOURNEY" ila Urdun adalah satu keputusan yang tepat sangat.yang tu dah tak nak kira dah.Kira dah sampai ni okay la kan.Chill bro ! Dan apa yang penting, kutip segala pengalam di sini.Pengalaman sebagai seorang musafir menuntut ilmu ke bumi anbiya'.Pengalama hidup di sini selama 5 tahun insyaAllah.Mohon tembakan doa buat guwe.Semoga segala pengalaman di sini dapat membuatkan aku jadi kuat nanti.juga buat diceritakan untuk anak cucu berkenaan tok baba mereka.Okay tipu.Sila muntah.








Dan, mungkin ini ialah rezeki guwe yang tertulis di Luz Mahfuz.Kita takkan tau rezeki kita apa dan bila rezeki tu sampai.Keep praying to Allah S.W.T.Trust HIM.MY UNEXPECTED JOURNEY BEGIN ! 

Salam sayang buat seluruh rakyat Malaysia dari bumi Irbid :)


Wassalam semua bakal jenazah.


Asyraf Zulkifli : " Saya PERMAI sejati.Juga MMJ sejati.JUST sangat cantik dan besar.Lastly, rindu Malaysia"


Happy Reading,
| asyrafz | 3.36 p.m | 23 September |

Friday 6 September 2013

Tertinggal seorang laaaaaaaaaa


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Pheww ! Punya la cari masa nak meng-up-to-date-kan blog ni.Okay.Almaklumlah, busy deh sekarang ni.Apa motif post gambar benda yang macam buah tembikai kat atas tu ? Motif ? Ehh, macam hilang motif.Actually, tu sebenarnya lencana sekolah SMK Agama Baling.


Oooooo haaaaaaa ! Faham...Heeeeeee.Okay.Next, apa sabek lencana tu dengan post ni dengan tittle post ni ? Memang lari 361.009 degree lah kan bila sembang pasal benda ni.

Seterusnya, nak cakap yang saya sayang sekolah saya,SMK Agama Baling.Sekolah yang banyak berbakti.Pada Isnin lepas yakni 2 September 2013 guwe dan juga beberapa rakan guwe telah buat satu lawatan rindu ke sekolah sebelum menuju ke final destination.Mzereka yang sudi melawat ialah, Amirah Nazifa Zakaria, Razaili bin Razak, Hannah Fasihah Harris, Ummu Aiman, Najihah Ramlan.

Setelah berkira-kira, tarikh tu yang paling musabab kami untuk ke sana , tu pun tak cukup lagi sorang yakni Nur Syam Zulkifli.Sebab tu, tertinggal seorang laaaaaaaaaaaaaaa.













Our first destination, singgah di bilik S/U peperiksaan.Dah yang tu yang paling dekat.Sembang-sembang dengan teacher Zuhailah & Cg. Azimah.Bagi data pasal tempat belajar kawan-kawan.

Next, ke bilik math pulak, as usual jerit panggil Cg. Zuraidah yakni guru math terchentaa dan daebakk sepanjang zaman.Pssstttt...Cg buat spagethi tau...Next ke Pusat Akses.Hajat nak jumpa teacher Suhainin terbantut dek ketiadaan beliau.Sembang dengan Cg. Nida.Ada Cg Shuhaimmi, Cg Hasliza, Teacher Irmaida..

Next, ke library, jumpa otai library, Cg. Mashitah & Cg Masuriram.Pak Lang tak dak.Tak sempat nak jumpak.Kejut Ustaz Fuad yang tengah tidoq kat kushen.Hai ustaz :) Sembang - sembang dengan ustaz :) 



















 A great moments with Ustaz Fuad.Mabrouk alaikaa ya ustaz :)

Pheww, seterusnya Mun nak jumpa adik dia Wafiq kat Blok Form 5.Layan sekejap.They had a brief talk awhile.Ehh ?











Semua nak bergambar sedikit.tapi sikit je la pitchaaa.Agak terkilan.Okay yang ni lawak, bila upah smarties dekat sorang budak form 5 tu untuk snap pic, tetiba tangan dia shaking waktu pegang Samsung S4 Amirah Nazifa.Nasib aku tahan saja gelak.Nasib oh nasib --____--


Last destination, met our kaunselor yang terhebat di abad ni, Cg Zakaria Yahya.Dah macam-macam nasihat, cerita yang dia bagi.Selalunya, sejak dari form lagi, aku memang suka gaya and style Cg Z cakap sebab confident level dia sangat.Tahap keyakinan kita bertambah bila dengar dia bagi motivasi dekat kita.Who can't deny that ? Cg. cakap, otak kena seiring dengan pembaharuan dunia.Entrepreneurising mau ada dalam otak.Tak guna kalau dapat 11 A kalau tak boleh berfikir untuk ke hadapan.Ehh ?



From left : Gee, Aiman, Hannah, Mun, Jali & Acapz


       Okay.Assalamualaikum semua.Gee, Hannah and Syam (not in picture) will fly to China.Jali & Aiman insyaAllah Mesir.Pray for both of them.I and Mun will fly to Jordan.Me on September 9th, Mun on September 11th and Hannah on September 18th.Also, ex-SMKAB, Hanim too.Waiting for Syitaa to be in Jordan too.BEst of luck for the rests of my batch yang akan bound to USA, Japan, German and Aussie.Saya yakin, peluang ada di mana-mana, cuma kita saja kena rebut ambil dan guna serta manfaat peluang yang ada.Allah dah beri kita jalan yang terbaik.Allah tau apa yang kita mampu.Saya mendoakan agar anda semua dimurahkan rezeki untuk menempah kejayaan di hari muka.Kepada cikgu-cikgu yang mendidik kami semua, jutaan terima kasih tak cukup nak ucapkan kepada anda semua, kereta mewah, rumah besar tak cukup juga untuk anda semua.Terima kasih atas segala jasa dan tunjuk ajar yang telah diberikan.Moga syurga Allah menanti ada di atas sana.TERIMA KASIH CIKGU !!

       

Guyss, dekat mana kita belajaq pon sama jugak.Semua nya di bumi Allah jugak, cuma destinasi yang berlainan.Kita tak nampak rezeki kita pada masa hadapan.Kita berdoa agar Allah beri yang terbaik untuk kita.Kita redha dengan apa yang Allah bagi.Mungkin itu satu ujian untuk kita mengupgradekan iman kita kepadaNya.Mohon doakan kejayaan kita semua yang sedang belajar nanti agar semua dapat jadi hamba Allah yang mampu membangunkan Islam pada masa hadapan.





SMKA BALING & BATCH 0812, YOU SHOULD BE MISSED BADLY :)




Wassalam semua bakal pekerja :)



Asyraf Zulkifli : "Ehh, 0812, kita semua pi sambung belajaq tau lepas cikgu cek hari tu.Takdak yang gatai nak kahwin tau.Doakan saya di sana.Jumpak lagi taun depan :)"



Happy Reading,
| Asyrafz | 8.57 p.m | 6 September 2013 |

Thursday 5 September 2013

Terpisah jua antara dua tempat








ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Apa khabar semua ? Apa khabar iman anda semua ? Semoga sentiasa meningkat dan sentiasa terpelihara selalu.Not know how to start this entry, tapi kita cuba jugak laaaaaaaaa.



Terpisah jua antara dua tempat ? Macam cliche sangat kah tajuk post ? Kalau terlalu cliche, mohon mintak password dekat guwe dan tukar sendiri yok ! Okay



Nampak tajuk macam , okay cuba bayangkan pasangan kekasih yang terpisah antara dua tempat.Untuk lebih husnuzon, kita ambik suami dan isteri laa yang terpisah antara dua tempat dek kerana kekeangan kerja dan sebagainya.Sepertimana Nabi Adam dan Hawa ketika diturunkan di dunia dahulu apabila mereka juga terpisah antara dua tempat



 Adapun diriwayatkan bahawa Nabi Adam diturunkan di atas sebuah gunung di Sri Lanka yang pada masa ini digelar Puncak Adam (Adam’s Peak). Di puncak ini dikatakan tempat Nabi Adam menjejakkan kakinya selepas diturunkan dari syurga. Tempat ini bukan saja dianggap istimewa oleh orang Islam tetapi juga menjadi tempat suci bagi penganut Buddha, Hindu dan Christian.


Adam's Peak


Hawa pula dikatakan diturunkan di tempat yang sekarang digelar Jeddah, Arab Saudi. Jeddah berasal dari perkataan arab yang bermaksud ‘nenek’. Oleh kerana Hawa adalah ibu pertama semua manusia, maka tempatnya dinamakan Jeddah sempena beliau.

Diriwatkan juga Nabi Adam dan isterinya Hawa mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali setelah diturunkan ke bumi. Tempat pertemuan mereka adalah di Jabal Rahmah di Padang Arafah. Disinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun Haji, bagi mengingati kembali peristiwa Adam dan Hawa.


Okay ? Hmmmm...Macam rumitkan ...terpisah antara dua tempat boleh jugak untuk saudara mara yang terpisah dengan ibu bapa atau adik beradik.juga antara dua tempat.Boleh juga untuk kawan akrab yang sekian lama menjalin hubungan persaudaraan, turut terpisah antara dua tempat.Kalau nak diepisodkan, banyak kisah yang menyebabkan kita terpisah antara dua tempat .Ehh, kita ? 









Hmmmmmm....nampak macam dah masuk zom merapu meraban.Okay, straight to the point------------------->

Terpisah antara dua tempat bermakna terpisah antara 'Amman dan Irbid, terpisah dek JUST dan UJ.Apa yang terpisah tu ? Siapa ? Mengapa ? *haihhh !! banyak tanya laaa*

Nak dijadikan kisah, ada antara budak Middle East Progrrame (MEP) yang prep di INTEC yang nak ke Bumi Jordan terpisah antara dua tempat tu.Amman dan Irbid, juga UJ dan JUST.Memandangkan UJ atau nama sainstifiknya ialah University of Jordan terletak di Amman dan JUST, nama sainstifiknya Jordan University of Science and Technology.Akhirnya terpisah jua.

Nak dijadikan cerita, aku tak tau pon tentang kewujudan UJ tersebut di Bumi Jordan atau di dunia ni.Waktu isi borang KPT tu, semua calon-calon ke sana dengan penuh semangatnya menulis nama universiti sebagai JUST dengan pen hitam mereka.Okay.Sebab diarahkan oleh HP untuk buat macam tu.

And last dapat tau, yang certain budak MARA, dalam 20 orang dikhabarkan ke UJ.Anjaaad kan ? And ya ! Sangat terkkkeeezzzzuuuutttt !! Sebab itu first time MARA hantar bebudak dia ke UJ.Before this semua masuk JUST.Dan kat UJ yakni 'Amman tak banyak pon senior kat sana sebab baru ada beberapa batch yang ke sana.But, it's okay.Chill bro !


Semua macam lalui kehidupan kat INTEC macam biasa as budak MARA dah tau pasal universiti diorang.Dah yang tu tertulis, REDHA saja laaaaaaaaaaa.Semua hidup kat INTEC macam semua dapat JUST saja.Pegi kelas, balik, pegi bazaar ramadhan, lepak imthiyaz awwal, rafi, balik bilik, tidoq.Esok tu, bangun, sahur, gi surau, tidoq sat, naik bas, gi kelas,lepak cafe gagak, tidoq kat Pusat Islam, mengemis wifi Blok 5,pastu balik.Haaaaaaaaaaaaa ! macam tu hidup setiap hari.Kecuali cuti, hidup totally changed 299.657 degree !








That time , bila budak JPA ada pre-departure dekat INTEC, semua ada kejutan masing-masing bila ada yang dipisahkan ke Amman.Dan mereka minoriti.Sangat terkejut sekali lagi sebab as you noe right bila semua isi KPT, semua letak JUST.Ingat benda ni tak berlaku dekat student JPA.Lastly, Puan Hawa dah explain semua dah dekat kitaorang pasal ni.Kira macam tak expect la.Ada yang siap menangis-nangis lagi teresak-esak, tersedu-sedu siap.Okay hiperbola sikit.EXPECTING THE UNEXPECTED !


Selesai juga dua kisah apabila bebudak JPA & MARA mendapat hadiah kezzzuuutaan masing-masing.Dan apabila selesai final exam, grand dinner, Biro Tatanegara, pulanglah semua MEP-ians ke kampung halaman tersayang memasing.Bersiap untuk ke final destination lah katakan.Dan dalam waktu cuti tu, jeng jeng jeng !!!!!!!!!!!

Dan, terdapat satu berita yang aku sendiri tak tahu apabila  ada penukaran antara UJ dan JUST.I mean that sesiapa yang dapat UJ, dia ke JUST dan vice versa.Simpati pada mereka yang kena tukar ke UJ last-last minute.Sesiapa yang ke JUST balik is okay.Macam satu rahmat bila ada terbaca kat FB siapa yang ke UJ dulu ditukarkan JUST balik.Allah nak uji.Sabar k ?




Nasihat dari HP, Ustaz Affuan.Teghima kasehh ustad.Orang Kedah tau !



Bila ada kes macam ni, mau sentap semua orang.Dalam twitter, facebook semua kecoh pasal ni.Nasib instagram je tak kecoh.







Luahan hati or not ? Anda yang tentukan :)






Sebahagian daripada respons mereka yang.Ada yang dari group UJ.


Hhhmmmm....menghampiri penamat kisah terpisah antara dua tempat.Ada orang cakap, belajaq la kat mana pon, janji belajaq.belajaq la kat mana pon, janji kos tu aku yang nak.It's all about belajaq.Ilmu perlu dituntut.Ingat, walaupun tak sama, tetap di Bumi Syams.La tahzan.Innallahama'ana :)

MEJ05

We went all through this moments together at INTEC almost three months.That is one of the best part in chapter of mylife.All of you  had coloured my life, my university life there.It is a blessed from Him to know you.Okay.Broken englishh wehhh !!! Best of luck ugaisss di sana yakni Jordan nanti walaupun kita terpisah dek Amman dan Irbid, terpisah dek JUST dan UJ, tapi kita tetap berdiri, bersatu di bawah satu kelas di INTEC yakni MEJ05.Walaupun ada 7 orang ke sana, dan 21 orang di sini.Di mana tu ? Okay sana : Amman.sini : Irbid.Tapi mai la Amman, mai la Irbid, visit visit.

To all the members of University of Jordan (UJ) :  Amir Daus, Gifted, Aqil, Ana, Nuyu, Nadi & Jijie.

" Best of luck korang semua kat UJ even JPA tak finalise kan lagi antara kita siapa yang akan ke UJ balik atau JUST balik.So far, based on the surat tawaran yang kita dapat, hampa semua wakil MEJ05.Yang paling ramai sekali pi sana.To Gifted, sayang nak lepas hang pi sana.Hang dah la duduk sebelah aku dalam kelas, pi mana sekali dengan aku dan semuanya sekali.Aku yang bawa hang keluaq dari Shah Alam tengok wayang apa semua dengan Piji and Izyan, tetiba hang nak pi macam tu saja.Okay byee.Okay byeee.Jaga diri elok-elok kat UJ.Kalau tak balik raya, mai la Irbid sambut raya kat sini.Tau la Amman tu Kota Metropolitan, jangan sombong sangat.JENGUK IRBID SAMA TAUUU !!! .Lastly, make sure kita August 2018 balik Malaysia naik flight yang sama okay.Pastikan yang tu.Jaga diri, study leklok semuaaaaaaaaaaa. !!!.Allah nak uji hampa semua dekat 'Amman, jauh dari kitaorang yang dekat Irbid.Walaupun kat sana takde senior sangat, tapi korang semua ialah "gifted", boleh survive dekat sana.Group whats app sentiada aktif insyaAllah, kalau ada pape, kita whats app :)"


Kepada yang di Jordan University of Science and Technology (JUST) : Anda akan kekal bersama saya.Kita jumpa selalu !




"Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita."

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka…” 
(Surah At-Taubah ayat 111)


A picture can tell a thousand story.The thing that I should miss a lot :)


SELAMAT MAJU JAYA DI BUMI BARAKAH.

MAY ALLAH BLESSED OUR JOURNEY :)


Asyraf Zulkifli : "Doakan untuk student MARA yang ada masalah sikit dengan pihak penaja.Doakan supaya barang-barang saya terpack dengan sendirinya.Ehh ?.Doakan agar semua umat Islam di Mesir selamat dan Mesir kembali aman.Go go go ! Counting the days !"

Happy Reading,
| asyrafz | 1.43 a.m | 6 September 2013 |