ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Alhamdulillah, bersyukur kerana setelah selama sampai di bumi Jordan pada 10 September jam 10 pagi macam tu kot.Selamat mendarat di Queen Alia Internatioanl Airport dengan jayanya.Alhamdulillah.
Memang agak terlambat nak post satu entry dekat sini disebabkan oleh masalah internet yang tak tersubscribe lagi.Dan, hasil tulisan entri ni pon dengan adanya bantuan internet yang baru tersubscribe tadi yakni pada tengah hari tadi dekat Arabella Mall.
Okay.So far alhamdulillah, masih lagi bernyawa dan menjalani kehidupan harian yang sihat di sini.Cuma, tak tau nak manage jadual pemakanan yang agak kelam kabut dan kusut masai di sini.Alhamdulillah juga, urusan bilik dah hampir selesai.Segala isi ruang rumah hampir lengkap.Ehh ? Ye kot.
UNEXPECTED JOURNEY ? Apa yang poyo sangat samapi unexpected bagai tu ? Ehh ? Sampai saat sekarang, aku masih lagi tak percaya yang aku dah jadi pelajar university.Tu satu hal.Lagi satu datang belajar jauh-jauh, juah dari family, jauh dari Malaysia dan hanya ada kawan-kawan dan Allah saja di sini.Yang tu masih lagi unbelieveable.Dan bergelar mahasiswa luar negara di Jordan University of Science and Technology.UNBELIEVEABLE !!
Kalau dulu orang tanya waktu kecik-kecik dulu, "Eh, nanti hang nak study mana ?".Dengan penuh rela hati aku akan jawab, "oversea laaa"."Oversea tu kat mana ?"."Confirm laaa UK".Guwe pon tak tau sebab apa yang waktu kecik-kecik zaman kekanak ribena nenek moyang dahulu kala suka sangat bila orang tanya nak study kat mana, akan sebut kat UK yakni United Kingdom.Mungkin sebab tempat tu terlalu famous untuk di sambung belajar.Mungkin juga pengaruh keadaan semasa and so whatever.Until now, United Kingdom masih lagi di hati.
Dan bila semakin besar, semakin tua, semakin meniti usia dan menjejakkan kaki ke sekolah menengah, barulah didedahkan kepada segala macam tempat pengajian, barulah sedar yang susah sebenarnya nak study.Waktu tu, berbalik kepada zaman sekolah menengah di SMKA, barulah didedahkan dengan tempat-tempat middle east seperti Mesir and Jordan.But, mostly semua fokus to Mesir sebab ramai sangat senior yang ke Mesir.Yet, Jordan sangat tidak famous dan tidak ketahui ramai orang.Mungkin waktu tu, impian untuk ke Mesir terdetiklah secebis.Ya, dan siapa yang tak termakan dengan segala umpan yang seniors curahkan di facebook.Well ! Ehh ?
Semakin lama, semakin membesar, semakin faham dengan segalanya.Tidaklah dianggap jahil kerana dapat banyak pendedahan secara formal and informal.Segala ceritera dari para sepupu, dari television, dari surat kabaq , dari cikgu-cikgu and so on.Ya, semakin nampak apakah yang dikatakan itu universiti.
Dan, kalau ditanya kepada sesiapa waktu kecik dulu, mesti akan cakap, siapa yang tak nak study oversea.Oversea tuuu.First sekali sebab boleh naik aeroplane.I guess so ? Is it right ? Dan juga orang tu termasuk lah aku sekali yang akan cakap macam tu.Macam biasa, angan-angan Pak Jenin.Itu kecik-kecik punya cerita.Sekarang dah besar dah.Nampak macam bestkan study dekat oversea.Bila dan semakin besar, guwe dah macam tak pasang impian atau berangan-angan untuk study oversea.Alasannya sebab Malaysia lagi bagus kot.Mungkin ? Ehh ?
Serius, dan nekad nak study dekat Malaysia sebab malas nak pegi jauh-jauh.Aku bukan la jenis yang jawab dekat orang, bila orang tanya, "Nanti hang nak study mana ? Oversea ka?".Suka hati je kan ? "Ehh, UM or UKM saja".That's why aku mintak asasi PALAM sebab ingat degree nak further either two universities tu.Bukan la yang target tinggi-tinggi nak study melebihi batas dari Malaysia.Lagi pon guwe bukanlah top scorer dekat sekolah, bukan la yang sentiasa menghuni top 5 dekat sekolah, bukanlah yang selalu dapat straight A's setiap kali exam.Maka, aku fikir, aku tak layak kot.
Juga, waktu guwe form 1 dulu, guwe selalu cakap dalam hati yang,"siapa lah yang nak pi study oversea nanti lepas SPM dalam batch aku nanti?".Serius suka pikiaq macam tu.Macam lawak kan ? Hahahaha.Terjawabkah soalan tu ? Tepuk hati kuat-kuat !
Sila betulkan tempat duduk dan neck-tie anda.
Dan, time has wings.Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya.Daripada sesuka hati mengisi borang JPA/MARA dan tak meletakkan harapan pon untuk dapat tawaran tu.And, hampir give up nak menangis bila JPA lambat umum dan umum last minutes.Allah knows everthing.Daripada dulu teringin nak pergi further study at UK dan hilang macam tu saja, Allah bagi Jordan tempat untuk belajar.Serius I'm never expected that Jordan will be my place to study.Serius ! Selalu nampak pasai Jordan pon mungkin setahun sekali dalam Salam Perantauan dalam papers.Dan juga mungkin tercakna sikit lepas a few seniors yang further study sana.That's all ! Kholasssssssss !
Sampai sekarang tak percaya lagi dah sampai kat Urdun.Sedang menulis post pertama dari bumi Urdun.Itu realiti.Dan, guwe selalu tertanya-tanya kenapa Allah hantar untuk belajar pergigian dekat Jordan sini sedangkan kita tau banyak lagi negara yang ada contohnya India, Ireland, Aussie, UK and so whatever.Tapi kenapa di Jordan ? Mesti ada istimewanya Jordan ni compare dengan negara-negara lain.Mesti ada something specialnya dekat mana-mana pon fi Urdun.I believe in Allah.Dalam usia yang muda yakni 18 tahun, menjejakkan kaki ke bumi anbiya' untuk menuntut ilmu adalah satu cabaran yang terpaksa dihadapi pada usia yang muda.Memang lepas umur 12 tahun, aku dah jauh dari family.Lepas SMKAB, merantau ke INTEC dan selepasnya lagi jauh.Sungguh guwe rindu depaaaaaaaaaa !
Tetiba teringat dekat kata-kata sepupu guwe yang sekarang ni study dekat University of Exerter, United Kingdom, yang fly sehari selepas guwe fly hari tu "Ehh, Asyraf betul ke nak jadi dentist ? Betul ke nak pergi Jordan ?".Memang aku takkan bagi jawapan yang tepat untuk soalan tu.Sebab aku pon macam tak tau keputusan ni betul ke tak.Biarlah rahsia jawapan tersebut.To my cousin, best of luck at UK.See you there soon ! Serius nak pegi jumpak nanti !
Walaupun orang selalu pandang rendah dengan negara-nagara Arab untuk study yang selalu dianggap out-dated or low class oleh sesetengah pihak atasan, tapi guwe macam nak tutup ja telinga bila dengar orang mula cakap benda ni.Ehh, ni benda betul.Bila ada sorang kawan guwe ni cakap yang dia punya mak tak kasi pergi study dekat negara-negara middle east ni sebab tak selamat dan ada banyak rusuhan or something whatever ataupun mahasiwa/mahasiswi sini tak competent.Setiap orang ada penilaian masing-masing, pandangan tersendiri.Guwe tak boleh nak cakap something dekat keluarga dia sebab itu hak tersendiri.Apapon ilmu Allah yang terlalu luas sehinggakan infinity perlu dituntut walau di mana jua kita berada dan walau siapa pon kita.Cuba yang terbaik.
Aku harap, my "UNEXPECTED JOURNEY" ila Urdun adalah satu keputusan yang tepat sangat.yang tu dah tak nak kira dah.Kira dah sampai ni okay la kan.Chill bro ! Dan apa yang penting, kutip segala pengalam di sini.Pengalaman sebagai seorang musafir menuntut ilmu ke bumi anbiya'.Pengalama hidup di sini selama 5 tahun insyaAllah.Mohon tembakan doa buat guwe.Semoga segala pengalaman di sini dapat membuatkan aku jadi kuat nanti.juga buat diceritakan untuk anak cucu berkenaan tok baba mereka.Okay tipu.Sila muntah.
Dan, mungkin ini ialah rezeki guwe yang tertulis di Luz Mahfuz.Kita takkan tau rezeki kita apa dan bila rezeki tu sampai.Keep praying to Allah S.W.T.Trust HIM.MY UNEXPECTED JOURNEY BEGIN !
Salam sayang buat seluruh rakyat Malaysia dari bumi Irbid :)
Wassalam semua bakal jenazah.
Asyraf Zulkifli : " Saya PERMAI sejati.Juga MMJ sejati.JUST sangat cantik dan besar.Lastly, rindu Malaysia"
Happy Reading,
| asyrafz | 3.36 p.m | 23 September |
No comments:
Post a Comment