Halaman

Saturday 24 May 2014

Cannot sleep

*Azan berkumandang*

3.41 a.m

Mengknizir buta pagi 25 Mei 2014 dengan buka youtube , usha facebook , buka twitter.Pfffffft !!!

You got no life cap !

Actually, kelas untuk semester 2 is officially over dan satu minggu untuk study week sebelum masuk final exam kereta api.

1,2,3,5,7,8 June 2014 tarikh exam and within one week exam is over sekali gus semester dua yang horror ni pun officially habis.


Carry marks tak tinggi dan aku boleh wasting time cemni lagi.Takpa, cubalah cap minggu ni apa yang boleh buat untuk push up balik my spirit.kasi boost up la apa semua.All out semua minggu ni.Cadang macam straight nak pegi JUST, tapi semua DDOTAs macam tak nak pegi ja semua ni.Huh

"Aku sepatutnya lebih sedih buat dosa dari sedih dapat markah rendah dalam markah OC "

Satu ja aku minta, doakan aku final exam ni.Doakan aku.

For the summer holiday, Rome > Venice > Besancon > Paris > Amsterdam, please go away !


Random post.

Happy Reading,

Asyraf Zulkifli,
Syari3 Jamiah, Irbid, Jordan.
3.49 am,
25 Mei 2014.

Tuesday 20 May 2014

Mimpi

"Jangan sia-siakan masa waktu pre-clinical.Manfaatkan bebetul...."

Demikian sudah, ayat dari seorang senior Tepian Muara.


Seusai solat asar, aku hanya random talk dengan seorang senior tahun 5 perubatan, Abg Anep pasal blog.Sebab ada sekali tu aku macam coincidently terstalk blog dia dan terus post ke dalam group facebook Apple pasal teater Si Amanu II : Gameover


Lepas tu aku macam tanya la macam mana boleh dapat inspirasi nak berblogging cemtu sebab berdasarkan apa yang aku stalk, post dia mencecah limit yang dikehendaki la.Al maklum la budak medic boleh tulis banyak post cemtu.

Sebagaimana sedunia tahu yang sesiapa yang terjebak dengan dunia perubatan, badan dengan buku ibarat flesh and blood.Tak boleh dipisahkan.Dan bagaimana seorang budak medic boleh menulis post sebanyak cemtu.

Aku macam terinspirasi daripada quote Abg Anep di atas.Sebelum ni pun aku pernah ja stalk blog Abg Najib ( student dentist), banyak jugak post dia.Lebih kurang saja.Banyak ja budak JUST yang rajin menulis dan aku macam,

" HAMPA AMBIK MANA MASA BANYAK SANGAT NAK MENULIS NI HA ? "

Ouh, tulis pasal kehidupan seharian dekat Jordan ni.Tulis pasal Arab.Pasal travelling.Pasal life dan macam macam lagi la nak tulis.

Hah Acap, boleh tak stop pikir pasal cuti summer ni.Fokus final exam dulu.Dah stop blog ! Dusss

Dan aku harap aku nak jadi macam mereka-mereka di atas.Dan harapannya ia boleh menjadi realiti dan bukan satu mimpi.




Random post

Happy reading,
Asyraf Zulkifli,
Syari3 Jamiah, Irbid, Jordan,
1535
20052014

Friday 16 May 2014

Genius

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



9 Mei 2014/ Jumaat.




Sekarang dah habis 2nd exam dan semua budak macam leisure la memanfaatkan masa la kononnya nak buat apa apa apa dan apa lepas habis exam termasuk la aku yang suka hatinya



******* Saved as draft *****



16 Mei 2013/ Jumaat



Selamat Hari Guru aku nak tujukan buat semua guru di Malaysia terutama sekali Cikgu Zulkifli dan Teacher Noorizzah !






Kali ini aku macam nak ajak hampa semua fikir la kan sama ada macam mana nak jadi genius.Semula jadi atau usaha ?



Oh ya, sejak dah habis banyak masa menuntut ilmu dekat dunia ni, aku dah jumpa banyak orang dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sampai la ke universiti.Yang genius maybe tak (kurang sikit genius).



Genius ? Rezeki dari Allah.



Senangnya cakap.



Lebih senang dari makan syawarma.



Aku bukan lah seorang yang genius.yang boleh fikir out of box pun bukan.Yang esok exam, malam ni atau pun 10 jam sebelum masuk dewan exam pon bukan.Aku bukan semua itu.Itu bukan aku.




Kenkadang, aku tengok orang genius ni especially dalam batch aku DDOTA, mostly semuanya gamers (syabab only).Dota la Clash of Clans la apa la semuanya.Bila masa hampa semua study ?



Semua aku rasa macam study last minute.Maksud aku macam sehari sebelum.Malam sebelum tu.Pernah sekali, budak scorer batch aku, petang tu tu exam Environmental Protection jam 3.45 p.m dan dia  lepas solat zohor baru baca.Then, apa yang hampa semua expect ? Soalan ada 30.20/30 ? 15/30 ?




Oh salah semua salah !



30/30 - FULLMARK ! Pffftttttttttttttttt !




Rezeki Allah bagi.Undeniable.



Pernah tak hampa dengar yang orang genius dia study camtu-camtu ja.Belek-belek buku sampai earphone bergelumang dengan taik telinga.Sambil buka lagu macam satu Irbid nak dengar.Sambil makan kuaci.Alah, nampak dia relax sungguh dengan tak ada highlighter nya, tak ada sticky notesnya dan sebagainya. Eh, pernah tak ?



Sunnguh ada manusia cemtu.Dan sekali exam, mesti la tinggi markah dia.Kita yang highlight pegang semua waktu study ni ciput je markah.



Mengeluh ? Jangan.



Apa lagi ciri-ciri genius ni ? Haaa cepat bagi.



Sampai aku pernah sekali rasa macam dunia ini tak adil.Even, Pak Ngah aku selalu cakap yang hidup ni memang tak adil.Kita kena bijak and bla bla bla bla (snoozing)



Pernah tak hampa alami situasi macam ni persoalkan di mana keadilan untuk orang beruasaha 24/7 tanpa jemu tapi akhir sekali kecundang di tengah jalan sedangkan mereka yang hanya sedang-sedang sahaja usaha tetapi mampu terbang hingga ke langit biru ?



Ya, aku pernah persoalkan sebab yang selalu kecundang di tengah jalan itu aku.

Kebanyakan yang kurang genius ni lebih rajin dari yang genius.Rasanya.Bawa buku sana sini.Stay back lebri 3-4 jam.Stay up malam-malam.Semuanya hidup dengan buku.Malah lebih dari buku sehinggakan jumpa lecturer, rujuk kawan-kawan, tanpa segan silu bertanyakan abang dan kakak senior dan semuanya.

Aku pernah bertanya kepada seorang kawan aku yang bagi aku sudah tentu dia seorang yang bakal menggantikan Albert Eintein pada bulan ini.

" Kau untung sifulan, malas study tapi pandai.Genius la katakan"

Tertunduk merendah diri bagi aku untuk bertanyakan soalan sedemikian rupa kepada sifulan.Tapi aku kira jawapan sifulan berikan sangat......

"Ah, kau jangan cakap cemtu kat aku.Aku malas kau tau tak.Aku lebih suka orang yang rajin tapi dia tak dapat markah tinggi sangat.Sebabnya bila dia rajin, bukan study saja dia rajin, tapi masak, kemas rumah, basuh baju dan semuanya.Kalau malas ? "

You got the point or not ?



Kenkadang aku selalu buat analogi macam ni la lebih kurang, ah analogi murahan lagi banjingan.




Orang  tu, dia rajin sebab dia kurang bijak sikit.Jadi dia kena rajin study.

Orang tu, dia malas sebab dia dah bijak, buat apa dia nak study.

Adilkan ?

Berdasarkan dua persoalan yang aku tinggalkan, cuba bandingkan dan fikirkan bebetol !


Happy Reading,

Asyraf Zulkifli,
Syari3 Jamiah, Irbid,
1523 pm,
16052014.

Wednesday 7 May 2014

Bangkit

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Fuhhh Fuhhh..

Hahahahahaha..

Kahkahkahkahkahkah..


Dah lama tak menulis dalam benda alah ni.Last post aku ialah dari Januari 2013.Sekarang dah Mei.Dalam 4 bulan jugak tak menulis.

Faktor ? Kejar Deanlist ?

Hah, tak payah sibok nak tau.Kononnya mengejar deanlist apa benda.OC pun hampeh.

Ada lah beberapa faktor, sibok + malas (paling utama) dan sebagainya.

Kalau refresh balik journey aku sekarang dah almost 9 month aku kat bumi Jordan.Bumi tarbiyyah.Tanah Shams. Hah apa lagi ? Pepandai la pikir.

9 bulan tu, kalau wanita yang mengandung, mungkin bulan ni menjadi saat kegembiraan buat beliau bersama suami dan kelurga untuk mendapat zuriat baru.Ye lah, sape yang tak seronok dapat baby baru dalam family.Kan ?

Oh ya, kepada sesiapa yang tengah mengandung dan nak dapat baby tu, sekalung Tahniah dari bumi Jordan untuk semua.Hiks.


[ BANGKIT ]


Dah menjadi norma masyarakat dalam kehidupan seharian kita untuk jatuh dan bangun dalam setiap hari.Kekadang, ada rezeki, kita kat atas, kalau kurang sikit (bukan tak ada) kita kat bawah.Ha, macam tu la manusia.Macam roda.Dah biasa dengar kan hidup ni macam roda ? Selain roda, korang boleh juga kata macam London Eye ka, Eye of Malaysia ka apa ka which sth liddat.

Dan apabila terjelepuk jatuh tu, takkan korang semua nak biar je jatuh taknak bangun semula ? Nak biar duduk macam tu je ? Kemon la !

Itu yang masalah utama kita sekarang ni.Usaha kosong kalau dah jatuh.Faham je perasaan tu bila dah down.Macam aku sekarang ni.Down nak mampos ha.Percaya tak ? Mesti macam ragu-ragu kan ? Hahaha.


Sekarang ni dah masuk semester ke-2, kalau dalam arab sebut 'fasal thani' ( fasal sani), kalau dalam mat salleh suka sebut second semester la.Cemtu la.Well, second semester FIRST year.
 
Dah lepas pun 2nd exam.Dah lepas.Sekarang ni nak menuju ke final exam je.Dalam sebulan cemtu la.Kalau dalam sebulan lagi, insyaAllah baby yang baru lahir macam cerita di atas pun dah ada nama,Dah boleh senyum kat mama baba dia.Dan aku sesuka hati nak namakan baby tu sebagai Tasniem.Sebab sedap kot.



Waktu aku tengah khusyuk scroll instageram, aku ada baca post sorang akhowat ni.Dia post lepas habis exam VB.Visual Basic.



"........buat apa nak sedih kalau dapat markah rendah dalam exam sedangkan kita tak sedih pon kalau buat dosa."




Amacam ? Rasa macam kena tembak dengan M-16 tak ? Ke korang heartless ?

Aku pun alhamdulillah, sejuk hati dengar benda cemtu.Biasalah, dapat markah rendah.Bila dapat ayat cemtu mula naik semangat balik seikit.

Mesti orang cakap,

"Eh aku dah usaha stay up sampai malam.Sampai tidoq lambat semua tapi tak dapat juga markah tinggi !! Eeee geram !!! "

" Baguihnyaaa, berdoa tak subuh tadi supaya tenang jawab exam, mudah jawab ? "

" Laaa dah nama stay up, mana nak bangun subuh."

"Ouh patut la tak leh jawab dengan senang. "


Jujurnya jawapan sifulan sifulan.


Kekadang kita rasa kita dah usaha banyak tapi Allah bagi lambat sikit.Mungkin sebab kurang keberkatan dalam usaha kita.Tak bangun solat, solat lambat, tak baca Quran, tak buat dhuha, tak bangun qiam.

Ha tu macam aku la.Sebab tu susah sikit nak hafal semua benda yang aku baca.Somehow aku rasa Allah SWT tu Maha Adil sangat.Dia tak pernah salah.Diri kita yang salah.Kita cuba reflect balik apa salah kita.Kekadang kita rasa kita dah separuh mati baca buku.Tapi kita tinggal semua urusan kita dengan Allah.Sebab tu Allah macam lambat sikit nak bagi.Bukan taknak bagi.Tapi lambat.Jangan sesekali su'nuzan ye ! Hiks.Juga, doakan supaya final exam aku nanti dapat making a comeback balik.All I need to pass all the subject even not with flying colors.

Random post.


"Macam mana markah hang exam kali ni ? "

"Ouh, biasalah.Markah remaja."

Can you please explain to me what is MARKAH REMAJA ?

*joget sikit*

Sebab markah tu la yang buat aku jatuh.Sekarang aku dah jatuh.Loser enough.Dan sekarang, sebelum masuk final exam, aku perlu BANGKIT.Ya, aku perlu sangat BANGKIT.



Last paper on first semester in first year.January 26th 2014.


| Buat semua Asnan Jamilians DDOTA 13 (AJL13).Even nama Asnan tu macam tak official lagi.Tapi aku nak letak juga nama kita.Aku tau semua macam stress dengan exam OC recently.Nothing is impossible kalau kita usaha banyak.Kita semua kuat + qowiy +sado  dan semua lah ! Hahah tak guna kalau aku cakap banyak tapi aku tak usaha.Okay semua best of luck.May Allah bless our 5 years journey.Ingat tau, tak ada sesape yang akan ditinggalkan di belakang.|






Happy Reading,

| Asyraf Zulkifli | Syari3 Jamiah, Irbid, Jordan| 7 Mei 2013 |4.05 p.m |