Halaman

Thursday, 29 August 2013

Hati ini Allah yang tahu



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

DENGAN NAMA ALLAH S.W.T YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Tanpa disedari, hidup ini sudah menghampiri dua abad bertapak di atas muka bumi ini.Masa berjalan pantas.Pantas meninggalkan segalanya.Mungkin kita harus sedar, bahawa matlamat kita yang satu, iaitu menuju akhirat sudah hampir tiba.



Semakin hari, semakin kita hidup, semakin banyak ujian dalam diri kita.Saat itu lah hati kita memainkan peranan dalam mengawal diri ini, mengawal nafsu daripada terus beraja menewaskan tanggungjawab diri kepada Sang Pencipta.




Tetapi, kita sering tewas dihimpit segala rasa, segala noda yang menghantui diri kita.Apakah itu semua ? Itulah ujian dari Allah untuk kita.Ujian yang diberikan untuk kita menjadi kuat.Ujian yang dianggap sebagai satu musibah oleh orang yang tak mampu menanganinya.Ingatlah bahawa, ujian itu untuk mengupgrade iman kita supaya kita selalu beringat kepada-Nya.




Hati ini Allah yang tahu.Allah Maha Mengetahui.Ingatlah bahawa setiap detik, setiap perkara, setiap ketika apa yang dikatakan oleh hati ini, ada yang mengetahui.Jangan ingat kita berkuasa.Walau sesiapa pun kita, Allah Maha Berkuasa.Hati ini Allah yang tahu.




Ayuh, positifkan minda.Kuatkan hati.Cakna minda semua.Hati ini perlu dicuci, agar sentiasa bersih dari segala dosa dan noda.Hati ini milik Allah.Tiada yang perlu kita sembah melainkan-Nya.Berusahalah, bersihlah hati anda.Kita mampu.


“Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.”


Wassalam semua bakal jenazah :)

Happy reading,
| asyrafz | 30 August 2013 | 1.25 a.m |

No comments:

Post a Comment