Halaman

Monday, 26 August 2013

Sorry, I'm at INTEC, bukan di PALAM :(




Assalamualaikum


Setelah sekian lama meng-anaktirikan blog ini, tetiba rasa hati membuak-buka untuk menaip semula.Bapa bulan dah tak post.Asyik save dalam draft saja.Hari ni, mood datang kembali :D

Berdasarkan post tittle di atas, jelas bahawa aku meminta maaf kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, bahawa aku bukan belajar di Uitm Puncak Alam, tapi di INTEC Education College di Seksyen 17, Shah Alam.

Secara jujur-sejujurnya dari 7 lapisan artery , aku sorry sangat especially to my schoolmates yang terpinga-pinga tak tahu my current studying place.

Sebab lepas sebulan dua pon, ada la chatting dengan schoolmates dekat facebook, tetiba, waktu last sekali ak ucap bye bye mesti ada ayat ni, "kirim salam dekat syat and faera.PZ sekali jangan lupa"--------"LOL"

Terbahak-bahak aku gelak dalam hati sampai.Aaaaaaaaaa.Bukan sengaja tak mau bagitau kat hampa semua, tapi aku tak prepare physically and mentally, especially mentally laaa.Acewaaahhhh !! 

Lepas tu, ada jugak yang macam ni.Waktu tengah call, schoolmate, tetiba dia tanya, "Aaaaa, dekat palam ada sapa lagi SMKAB ? "----dengan selamber badak aku cakap la, "Ada la syat, faera and PZ"----"ohh ...takpa la.nanti kighim salam kat depa tiga".Okaa peace :)


Dan perkara-perkara berikut belanjutan sehingga semalam apabila post ini ditulis, sedang berwhats app dengan kawan sekolah yang telah pindah SASER, tanya laaa..



Nampak ? Sorry sangat-sangat sebab tak bagitau dari awai lagi kat hang.Takpa, best of luck dekat Sarawak and Aussie for the next two years :)



Tu adalah dua contoh.Ada macam banyak ja lagi.


 See that ? Beberapa contoh la boleh diambil.Kepada nama-nama di atas aku mintak maaf bebanyak sangat sebab tak honestly cakap dengan hampa.Sorry wehh !!!

And then, sorry sangat-sangat okay ? Sepp !



KENAPA HANG TAK MASUK PALAM ?


yaaaaa ! apa punya soalan laaa.kenapa tak masuk palam ? Ekceli, tarikh pendaftaran palam sama dengan tarikh daftar masuk ke INTEC.At first, memang dah give up dah tunggu scholar punya result untuk masuk ni, memang dah tawaq hati dah nam terima kalau dapat pon, memang nampak PALAM saja.Siap buat tagline lagi, "PALAM DI HATI, UITM DI HATIKU".Sampai aku berdoa, jangan lah bagi dapat yang JPA ni, takmau dah.Dah tawaq hati dah.Nampak PALAM ja.

Tapi Allah yang memberi rezeki, dia tahu bahawa rezeki aku kat situ.Kadang-kadang, Allah tak bagi apa yang kita kehendaki, tetapi Dia memberi apa yang kita perlu.Itu rezeki, itu soal Dia.

PALAM bukan dapat scholarship pon situ.Memang la dapat biasiswa, tapi macam susah sikit.That's why, I choose thats scholar tu further my studies.And, dapat tau dari member-member yang kat PALAM budak-budak asasi sangat ramai, menghampiri 3000 lebih kalau tak silap.Saingan memang sengit sangat.Lagi satu, kalau nak sambung degree, kita belum tentu lagi boleh nak apa yang nak sebab depend on our result.If I get 4.0 flat pon belum tentu lagi dapat buat medic or sth related science sebab nowadays, budak yang pandai tu terlalu banyak.Kalau kita grab peluang tu, mungkin menyesal kot nanti.


Mungkin kata parents guwe tu ada betoinya masuk ke INTEC sebab peluang takkan datang banyak kali.Sekali datang, kalau tak grab, nyesal seusia hidup.Lagi satu, waktu ni lah masanya nak balas balik jasa kedua-kedua parents guwe yang banyak menjadi mesin ATM sewaktu ketika dahulu.Yaaaa ! this is the time untuk mengurang beban mereka.Dengan adanya adik guwe lagi yang terkodek-kodek calon PMR terakhir tahun ni.


Bile balik raya, semua cousin ada tanya, "asal tak pegi palam?"---dengan bangganya jawab, "nak menyambung kesinambungan Nabilah (My cousin yang juga INTEC under AUSMAT)".Sebab ada sorang pak cik guwe yang buat degree dekat PALAM.Before masuk tu, dah confirm bagai la nak jadi tourist segala bagai.Then, cancel tetiba macm tu saja.Tak tau la dia stress menonggeng ke dak ?





Waktu dah confirm nak ke PALAM tu, siap dah bayaq semua yuran dia, RM 678.00.Result UPU kluaq 17 Mei 2013.Daftar PALAM 3 Jun 2013.Result JPA kluaq 29 Mei 2013.JPA suruh daftar dekat INTEC 3 Jun jugak.See ? Betapa havoc nya minggu tu nak settlekan semua barang dan borang.Abaikan pasai benda havoc yang menjadi pengajaran tu.Dah la waktu tu hari minggu.Semua tutup.


Memang sebelum aku masuk INTEC, waktu dah confirm nak ke PALAM, dah confirm siap semua dah dengan schoolmates kata nak bilik sekali la, buka posa sekali la, macam-macam la...Dah siap join group PALAM, cari facebook, cari twitter dan macam-macam lagi.Nampak effort tu.Okay abaikan segala effort tu.

Back to KENAPA HANG TAK MASUK PALAM ?

Its all about my parents.Sapa sanggup nak bantah cakap mak bapak.Kita tau, kita wajib buat pilihan nak pilih mana, masuk mana.Tapi tak sanggup nak lawan cakap mak ayah.Sebab apa ? sebab INSTICT ! ya, naluri.Kekadang kita adalah budak, yang tahu keseronokan saja, tak boleh nak fikir se-360 degree even dah baliaq dah dekat 6-7 tahun.Tapi asam garam mereka , siapa yang boleh sangkal ? aku surrender weh ! Semuanya pilihan mereka.Setakat kesian pi hantaq  pi interview pon dah cukup.Pi spent masa 3 jam kat sana.Ambik cuti sekolah.Ingat free ka oiii !!It's all about guwe punya parents.Sacrifice untuk mereka.

That's why I was there.Walaupun ketika menulis post ini, dah clearence dah pon dari INTEC.It's okay.tulih tetap tulihh okay.

Bila sembang balik dengan kawan-kawan dekat asasi, matrik and so on, semua ada la sikit stress pasal kokurikulum yang perlu diaktifkan semula untuk mengutip markah ke ijazah sarjana nanti.Then, disebabkan apa yang aku ambil sekarang tidak memerlukan koko, maka relaxlahh..Muka enjoyyy tak perlu berkoko semula.Tapi macam rindu sikit.okay byeee....! 



MEJ 05 at Grand Dinner MEPS 2013 :) Labbyuuu !!!


Secara totalnya, aku harap yang pilihan aku masuk ke INTEC EDUCATION COLLEGE adalah tepat dan benar sebab aku percaya dengan janji Allah bahawa yang tu adalah yang terbaik.Go Chaiyokk !! Go chaiyokk !! Aja aja fighting aja aja fighting ! Be the Best !! *tumbok angin puaih-puaih*


Lastly, untuk sesiapa yang aku tipu selama ni, I'm sorry very-very-very much sebab........ "takda niat pon nak tipu tauuu "--tak bersedia seqatuih peqatuih nak bagitau kat hampa semua.Nak keep it as secret.Tapi bila pikiaq-pikiaq, buat pa nak simpan, ada ja hat yang tau, bagi tau je la semua.Okay sekarang hampa dah tau.Minta maap sangat-sangat kat hampa semua okay!!


Dan juga, warga SMKAB yang tersesat dekat INTEC adalah 4 orang yakni, saya, Amirah Nazifa (MEP), Pikah Alias (ALUK) dan Aten Mimi (APPBA).It supposed to be ada lagi satu, tapi dia tak nak masuk.Dan sekarang ada dua ja lagi.Me and Amirah NAzifa leaving.Goodbye pikah alias and mimi.

Jangan anggap apa yang aku tulis hari ni nak menunjuk-nunjuk, "acecece dia study kat INTEC".Takdak niat pon.Cuma nak bagitau ja sebenaqnya."FB pon boleh bagitau.update ja profile kat current information tu"---tak mau !! nak ceqita dari hati ke hati.Cewaahhh !! .Pada hakikatnya, orang sekeliling tak tau pon kalau sebut study kat INTEC, "INTEC ? kat mana tu ? tak pernah dengaq pon.INTEKMA tau la"---see ? norma masyrakat.INTEKMA tu hotel and convention centre.INTEC ni bukan IPTA.Memang patut la tak tau.


Wassalam :)

Asyraf Zulkifli : Doakan juga untuk rakyat Mesir yang kini sedang mempertahankan negera diorang.Juga untuk student yang kini dan bakal belajar di Mesir agar Allah mempermudahkan hasrat mereka untuk berjihad di jalan Allah.Pray4Egypt :)



Happy Reading ;)
| asyrafz | 26 August 2013 | 7.14 pm |

No comments:

Post a Comment