Assalamualaikum w.b.t
Apabila jari jemari sedang ligat menari (menaip) di atas papan kekunci ini, hati ini sudah rasa keruan, rasa tiada rasa untuk meninggalkan rumah demi menimba ilmu di luar negeri.
Ye lah, luar dari negeri Kedah, yakni di Selangor sana.luar negeri la tu.Tapi, hati terasa berat dan takut untuk menjadi musafir di bumi Allah ini.
Saat ni, mungkin ada lebih satu minggu saja mungkin untuk menghabiskan baki sisa masa di rumah untuk kali terakhir.Sebelum minggu hadapan berangkat ke bumi UiTM Puncak Alam, semuanya akan bermula.Hidup baru sebagai pelajar IPT, suasana dan biah persekitaran yang baru, kawan-kawan baru, guru-guru baru, rutin hidup, cara belajar yang baru, tempat yang baru dan semuanya baru.Kadang-kadang aku tertanya-tanya, bolehkah nak follow semua benda-benda tu, boleh ka nak survive di sana, nak adapt dengan persekitaran di sana dan apa semua.
Tapi semua itu proses kehidupan, satu proses di mana yang akan membuat kita akan menjadi lebih matang dan tabah untuk melangkah ke satu fasa hidup yang baru.Hidup mesti diteruskan walau apa pun rintangan dan halangan yang datang menentang.
Kini, tinggal seminggu sahaja lagi, sebelum kaki melangkah ke alam baru, alam menuntut ilmu, alam remaja mungkin.Bebas sepenuhnya.Kalau dahulu di SMKA, semuanya terkawal, dikawal dan mengawal.Walaupun tempat untuk belajar, tetapi masih terikat dengan peraturan dan kawalan dari para warden.Dengan suasana & biah persekitaran yang islamik.Rakan-rakan yang majoriti dari Kedah juga.Mungkin senang.Tetapi bila di sana, satu Malaysia mungkin.Hakikatnya, itu semua kenangan.
Nun jauh di Selangor, kawalan dari ibu bapa amatlah juah.Kalau dulu di SMKA, setiap minggu, malah setiap hari boleh datang melawat.Kalau di sana ? sebulan belum tentu.Apakan daya.Kalau di SMKA, balik 2 minggu sekali, semua ayah datang jemput.5 km sahaja dari rumah.DI sana ? Naik bas la jawabnya.Tapi tak sabar jugak.
Kalau dulu di SMKA, tak faham semua boleh pi tanya saja cikgu-cikgu, kawan-kawan, senior-senior.Di sana ? boleh juga nak tanya kawan-kawan.Tapi belum kenal kan.Take time semua tu.Kena struggle 4 kali ganda lah dekat sana.Waktu study pon tak fix macam di SMKA, ada prep petang malam lagi.Di sana, pepandai nak hidup, bila nak study dan semua.Kalau tak study, tak score lah jawabnya.Perasaan saja tu.Rajin-rajin-rajin-rajin-rajin.Gambatte gambatte gambatte ka ora ka ora ka ora !
Kalau tetiba perut lapar kat sana, memang la kena makan.Tapi semua pakai duit sendiri.Even dekat SMKA pon kena bayar, tapi tak la se-mahal di IPT.Kalau average sebulan mungkin RM 70 dan ke atas.Kalau di sana? RM70 mungkin harga untuk seminggu.Mungkin sahaja.Makan rotilah setiap hari jawabnya.Duit pon kalau dulu ayah hantar.Tapi di sana, mungkin nak kena "cucuk" kad dekat Bank Islam, maka keluar lah pitih-pitih yang bewarna-warni.Wahhhh ! Satu fasa kehidupan yang baru.
Berkaitan dengan kawan-kawan di sana, aku pun ternanti-nanti siapakah yang bakal menjadi roommates aku nanti di sana.Siapa yang bakal sebilik.Semua itu sedang ligat bermain di fikiran ku sejak hari pertama mendapat tawaran.Macam dekat PLKN hari tu.Selalu tanya, siapa la yang bakal menjadi roomates.Aku berharap agar roomates aku ni, orang yang baik-baik belaka.Yang boleh tegur aku kalau terleka, terbuat silap.Yang boleh ajak ke masjid selalu, yang boleh ajar aku kalau tak faham, beri tunjuk ajar dalam apa jua ilmu, yang boleh dibawa bersembang sekali dan sebagainya.Mohon ada semua roomates macam tu.Memang aku berharap sangat.
Perasaan bercampur baur saat hendak melangkah ke menara gading.Peluang hanya sekali.Kalau dibiarkan peluang pergi, takkan datang sampai ke sudah.Gembira pon ada sebab nak lalui satu fasa kehidupan yang baru, cuba tempat baru, kawan baru, suasana baru, persekitaran baru.Sedih pon ada sebab nak meninggalkan mak ayah dekat Kedah, tinggal sahabat-sahabat SMKA, hidup sensorang di tempat baru.Takut pon ada sebab cara belajar yang baru.Doakan semoga segalanya berjalan lancar di sana.Aku mohon akan diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar IPT .Semoga Allah memberi kemudahan & kelancaran sepanjang sesi kehidupan di sana.
Budak Matrik dah nak berlangsung ke sana.USIM pon dah nak berlangsung jugak.Cuma budak UIA saja kot yang lambat sikit.Semua dah nak menjejak kaki dah.Nanti facebook, twitter, blog semua akan sepi, diam saja.
Tetiba rindu 5 Kindy jap. |
Thank you for the semangat ! Muahahahah .Really appreciate |
Sekian sudah.Berikut printscreen yang telah di printkan.Untuk peringatan dan semangat untuk belajar.Setakat tu saja.Tetiba rasa mood nak pergi belajar bertambah.Rasa nak pegang buku balik selepas setengah tahun duduk menganggur.Nak asah balik bakat tulis, guna kalkulator dan macam-macam lagi.Semoga boleh adaptkan diri di sana.Amin :))
Harapan di sana , nak belajaq elok-elok, score elok-elok pointer.Tuntut ilmu macam-macam.Kawan dengan elok-elok.Cari kawan.Pengalaman tu penting.InsyaAllah ;)
"Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam."
Wassalam :)
Asyraf Zulkifli :
"Terkejut juga boleh buat ayat kiasan dan sastera sepanjang sesi penulisan blog berlangsung.Semoga segala urusan dipermudahkan Ya Allah :)"
Happy Reading,
| asyrafz | 26 Mei 2013 | 1.12 p.m |
No comments:
Post a Comment