Assalamualaikum w.b.t ;)
Salam blogging semua ;)
Hey ! Jangan la fikir yang bukan-bukan tentang post tittle tu.Tak de niat pon nak buat sex harrasment dekat blog ni.Tajuk tu sekadar tajuk sahaja.klisekah?
*heh, mimpi ke nak cite pasal kencing berdiri petang-petang macam ni ?* Mesti semua orang sedang menjuih mulut ke depan sebagai tanda protes kepada entri ni.Mohon maaf ya!
Sejak Malaysia mengalami era pembangunan yang pesat demi mencapai Wawasan 2020, banyaklah lebuh raya dibina untuk menghubungkan sesuatu kawasan, ke suatu kawasan.Dengan adanya kemudahan lebuh raya ini, maka, secara tidak langsung wujudlah kawasan rehat dan rawat ( R&R) . *Sila angguk bahawa anda semua tahu apa itu R&R.*
Maka, sudah menjadi kebiasaan buat aku dan juga seluruh rakyat Malaysia untuk membuat kunjungan hormat ke R&R setiap kali menggunakan lebuh raya tak kira lah Lebuh Raya Utara -Selatan kah, dan macam-macam lagi.
Setiap kali berkunjung ke tandas R&R, acapkali aku terlihat orang muslim wanita lelaki menggunakan "mini toilet" sebegini :
Inilah "mini toilet" yang aku maksudkan. |
Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka di atas untuk menggunakan "mini toilet" sedemikian kerana :
- Jimat masa.Yakni mudah kerana tidak perlu beratur panjang untuk menunggu toilet yang besar.Ye lah, kekadangkan queue ya rabbi sampai berlapis-lapis manusia sedang beratur tambah-tambah bila ada cuti panjang ka apa.
- MUDAH.mudah saja kan ayat ni.mudah bila guna mini toilet ni sebab tak yah queue nak beratur panjang-panjang.Lagi satu, peri berdiri depan "mini toilet" *seperti gambar di atas* dan "pancut" sahaja.Mudah kan ? Lepas buang semua cecair kuning pekat + pudar terus tekan button dan keluar air.Then, basuh ! Masukkan zip apa semua, JALAN !
Itu semua mungkin pilihan dan sebab mengapa orang lebih suka pilih "mini toilet" daripada beratur panjang-panjang nak buang apa semua dekat toilet yang besar.Tapi, maksud kencing berdiri ni saja bukan sahaja melalui toilet macam ni.
Kekadang kita tengok dalam toilet yang ada pintu lengkap pon orang masih lagi mengamalkan "amalan" ni.Tapi mengapa ya ? Mungkin kerana faktor kemalasa hendak membuka seluar semua kot.
Tahukah anda bahawa amalan kencing berdiri seperti ini banyak kesan-kesan negatifnya.Agama juga melarang kita sebagai umat Islam melakukan amalan sebegini.
Mengapa Rasulullah S.A.W. Melarang Kita Kencing Berdiri?
Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.
Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.
Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.
Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.
Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.
Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.
Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.
Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.
Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:
Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.
Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)
Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki Tandas
Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di tandas (bilik air) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah SAW:
1. Buang air mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat), agar kotoran boleh keluar lancar sehingga tidak menjadi penyebab batu karang mahupun lemah syahwat
2. Menggunakan alas kaki
Menurut kajian di Amerika Syarikat di dalam kamar mandi/bilik air ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui tapak kaki orang yang ada di bilik air tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan di dalam bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai sasaran kebesihan.
3. Masuk kamar mandi/bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan
Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
4. Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri
Beristinjak (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinjak juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.
5. Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air
Nabi sangat melarang merancang atau membuat suatu rancangan/idea/inspirasi di dalam bilik air, kerana bilik air adalah markas syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik air: “Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”.
Kerana dikhuatiri rancangan/idea/inspirasi yang didapati berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar bilik air, baca istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merancangkan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang ramai. Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air apabila hajat sudah selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau akhbar.
6. Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi kiblat, apabila lubang bilik air menghadap kiblat hendaklah ketika buang air badan agak diserongkan sedikit
Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik air maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik air beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.
Sebab itulah kita sebagai umat Islam dilarang kencing berdiri.Bagi aku la, "mini toilet" tu orang panggil tempat kencing orang kafir atay orang kedah selalu cakap kapiaq.Ingat, sebagai muslim sila ambil tahu bahawa tandas anda bukanlah di situ ya, tetapi di sana *merujuk kepada tandas yang tertutup dan boleh kencing duduk* Sila take note !
Sila jangan tiru aksi ini baik lelaki mahupun perempuan ;) |
Hey, kenapa mesti kencing berdiri wahai pakcik-pakcik, abang-abang, adik-adik.Nanti solat pakai seluar yang sama jugakkan? Tak takut ke air kencing tu terpercik dekat seluar tu? Maka, tidak sahlah solat anda.Air kencing kan dikategorikan sebagai najis.Jadilah, janganlah berat untuk anda menjaga tatasusila yang sesuai ketika kencing.
”Allah swt tidak akan menerima shalat seseorang, kecuali dalam keadaan bersih” (Hadis Riwayat at-Thabrani dan Al-Hakim).
Selain itu juga, kecing sambil berdiri boleh menyebabkan beberapa penyakit.Secara medic kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit kencing batu pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian pria.
Namun membuang air kecil secara duduk adalah sunat di sisi agama. jadi bukan kesalahan kencing berdiri itu. Cuma perlu diteliti bahawa jika diamalkan kencing sambil berdiri itu, air yang sepatutnya keluar sehingga ke "titisan terakhir" akan tersumbat di dalam punci kencing. air akan bertakunglah jadinya. Andainya perkara ini berlaku maka sudah boleh menimbulkan penyakit. Jadi yang paling dekat ialah batu karang sebab ia terkumpul di tempat berkenaan.
Ia berlaku demikian kerana terdapat organ yang tidak dapat berfungsi secara optimal disebabkan posisi berdiri. Mungkin ia tidak disedari oleh seseorang itu. yang penting dapat kencing dan tidak menahannya. sebab mereka yang menahan kencing pun dikatakan berpeluang besar memperolehi batu karang.
Ia berlaku demikian kerana terdapat organ yang tidak dapat berfungsi secara optimal disebabkan posisi berdiri. Mungkin ia tidak disedari oleh seseorang itu. yang penting dapat kencing dan tidak menahannya. sebab mereka yang menahan kencing pun dikatakan berpeluang besar memperolehi batu karang.
Jadi, jika anda kencing dalam keadaan mencangkung, saluran kencing dan segala yang berkaitan dengan proses pembuangan air kencing akan terbuka luas. ia juga menyebabkan berlaku pembuangan air kencing yang optimal sehingga ke "titisan terakhir".
Jadi andainya tempat itu boleh mencangkug maka buatlah dengan sedari diri dan insaf. perkara mudah dan senang tidak semuanya indah. jika mau kencing tidak payah tunggu sehingga sakit sungguh2. ini boleh mengakibatkan mencari toilet pun tidak jumpa. ada yang terpaksa kepit paha menahan kencing.
Bersabda rasulullah saw : ”Hati-Hatilah dalam membuang air kecil (air seni) kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur kerana tidak berhati-hati dalam membuangnya”.
Ini sedikit sebanyak dari apa yang ingin aku luahkan tentang fenomena masyrakata hari ni yang memandang remeh akan hal sebegini.Janganlah kita jadi macam orang jahil yang mengamalakan perkera-perkara sebegini.Oleh sebab itu janganlah biasakan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri adalah perbuatan orang nasrani. Janganlah engkau mencontohi gaya hidup mereka. Kerana gaya hidup mereka semuanya tidak ada yang berpahala, bahkan mendapat dosa.
Oleh sebab itu kita dilarang kencing dengan cara berdiri. Ingatlah bahwa kebersihan itu sebagian dari iman. Sebuah pesan (Nasihat) untuk terkasih. Dari kekasih untuk yang terkasih. Perkataan baik itu datangnya hanya dari allah, dan perkataan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri dan kekurangan saya dalam menuntut ilmu agamanya Allah S.W.T.Ayuh kita ubah !
Wassalam :)
-Berusahalah untuk ubah segala perkara yang jahil.Bersamalah kita ubah agar perkara jahiliyah ini terus diubah.Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit.-
Happy Reading,
| asyrafz | 3 Mei | 8.36 a.m |
No comments:
Post a Comment