ASSALAMUALAIKUM W.BT.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Baru ja lepas wish gooodbye to 2013 semalam.Sedih ? Tak. Rasa ? Semakin tua.Ajal semakin dekat.Cuma taktau ja bila.Sekarang 2014, one step towards twenny.Sekarang, literally dah 19 years old.Muda ? Bongok ! mana ada !
Highlights of 2013
FIRST YEAR FREE FROM SCHOOL
Firstly of course la sebagai tahun pertama tidak bergelar pelajar sekolah.Merdeka dari sekolh la kononnya kan.Berlaku ada istiadat penuh gilang gemilang penyerahan baju sekolah kepada adik tercinta.Berkelip-kelip mata tahan flash camera.Kononnya.Tahun pertama sebagai lepasan sekolah dan kini bebas dan tiada kaitan dengan sekolah.
PLKN
Taktau nak cakap nasib badan ke apa sebab dapat PLKN.Dulu nak sangat.Last-last dapat.Seronokkkknyeeeeeeee kau ! Heh, PLKN, satu benda dalam sejarah hidup untuk diingati.BerPLKN almost 3 months dekat Kem Bukit Besar, Kulim Kedah Darul Aman taught me how to be independent beyond yourself.Aku mengaku yang aku suka PLKN sebab aku dah pernah lalui.Dan aku juga rasa waktu PLKN la hidup aku paling baik sekali, duduk di dalam satu kem tanpa ada sebarang gadjet.Dah lebih kurang menjadi malaikat dah waktu PLKN.Honestly, aku rindu myself back during PLKN.
Kenal ramai orang dari Kelantan, Kedah & Penang satu benda yang okay la.Err ? Dapat duduk dengan 3 bangsa sekaligus dalam satu kem memang satu pengalaman yang tak boleh lupakan.Kenal macam macam orang dengan macam macam perangai.Weeee XDXDXD !
SPM
SPM ? Straight A's ? Hahahahaha.Unexpected to be listed among one of them.Alhamdulillah rezeki Allah bagi berkat doa cikgu-cikgu, mama ayah, families dan doa diri sendiri jugak especially waktu PLKN.See ? PLKN jugak kan.Allah bagi rezeki murah dapat straight A's walaupun tak straight A's plus apa semua.Tapi at least berjaya mengekalkan rekod Sifar B dalam setiap kali peperiksaan awam (UPSR, PMR & SPM) dalam family.Target jangka masa panjang waktu sekolah rendah dulu dah berjaya yakni taknak dapat satu B pon dalam setiap kali exam-exam awam.Alhamdulillah tercapai.
MENGANGGUR
Tanam anggur? Menagnggur dekat rumah lepas PLKN sampai la masuk INTEC which is aku rasa tempoh paling lama aku duduk dekat rumah selepas aku masuk asrama dari form 1.Dari PLKN habis 16 Mac 2013 sampai la masuk INTEC 3 Jun 2013.Lebih kurang 3 bulan lebih jugak la menganggur dekat rumah.Sebab apa tak nak kerja ? Malas satu.Nak menghabiskan masa dengan family tercinta sebelum further study balik.
Aku ingat lagi apa yang cikgu Science aku cakap waktu form 2 kenapa dia tak bagi anak dia duduk asrama waktu sekolah.One of the reason is because dia nak anak dia duduk dengan family sebelum nanti masuk belajar jauh jauh dan berkahwin nanti lagi susah.Ya, anak dia anak perempuan sebaya la umor dengan aku.Hikss.Aku pun tak nak kerja sebab tau dah nanti akan duduk jauh dari Kedah bila dah masuk belajar.Duduk rumah tengok TV, layan internet, baca buku buat benda benda yang kurang berfaedah and so on.Kekadang rasa bersyukur sebab dapat PLKN.Dan ambik lesen laaaa.Hangout dengan kawan kawan.Gi sekolah (SMKAB) , gi interview dan sebagainya.
JURULATIH PANTUN.
Macam muda sangat nak jadi jurulatih.Macam banyak sangat nak jadi jurulatih.Haha.Dulu kempunan nak tengok Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Negeri sebab tarikh dia sama dengan balik PLKN.Tapi alhamdulillah, mengekalkan Naib Johan Negeri Kedah lagi.Seterusnya, dirisik oleh Cikgu Othman, cikgu sekolah rendah SK Kuala Kupang ( my primary school) untuk melatih pasukan pantun sekolah tersebut untuk Pesta Pantun Sekolah Rendah.Alhamdulillah berkat kesungguhan aku (la sangat) pasukan pantun tu dapat jadi johan negeri dan seterusnya johan kebangsaan.Cikgu Othman yang banyak tolong dengan Shahida.Aku adjust yang mana mana patut saja.
Benda yang paling aku puas hati sekali dengan adik adik pantun aku ni ialah bila depa dapat kalahkan one of the musuh ketat aku dari daerah Kulim Bandar Bharu waktu peringkat negeri dekat pusingan kedua.Rasa macam dendam kesumat aku dekat team kulim termakbul.Finally johan negeri dan johan kebangsaan.You made it adik adik even abg hampa sorang ni boleh follow sampai negeri je dan kebangsaan waktu tu dah masuk INTEC.
INTEC
INTEC Education College ataupun dulu well known as International College Education.Dulu selalu je macam ada cecita nak gi oversea mula la daydream nak masuk INTEC and so on.Balik rumah wan pernah terkantoi dengan sorang cousin aku sebba dok ushar webpage INTEC.Kononnya dok survey dok nak pilih program apa la.Choi ! Hahaha.
Finally impain macam dah jadi kenyataan sebab before this dok dengan ja daripada one of my cousin yang duduk INTEC juga under program Australia Matriculation (AUSMAT).Kat INTEC, a place where I met my coursemates (Dentistry JUST, JPA) semua kengkawan yang bakal fly ke semua negara dekat dunia, UK, Oz, USA, Korea, Japan, Germany, France and so on banyak lagi.Alhamdulillah Allah bagi peluang.Somehow aku bersyukur sebab at least aku dapat rasa feel untuk rasa uni yang tak macam uni dekat Malaysia.INTEC yang terletak dekat Seksyen 18 & 17 Shah Alam is awesome.Kalau pergi Kolej Cemara baru nak taua rasa heaven nya INTEC sebab tu yang aku malas nak balik Kedah since almost 3 bulan dekat INTEC.Ye la, duduk tiga bulan ja dan rasa nak rasa betul betul life at INTEC. Fly !!
JORDAN
Speechless bila mula-mula buka offer letter dekat laman web MARA dan dapat tau dapat Jordan.First perkataan yang aku sebut sampai my mom perasan, "Eh, pehal dengan anak aku ni ialah, "Allah dapat".Waktu tu aku fikiran dan tercompang camping pikir nak accept ke tak offer scholarship now.Okay cerita dah basi.
And now you are at JORDAN ! As a dental student at JUST.So what? Dulu azam nak ambik dentist la jugak but kat UKM atau mana local-local tapi Allah lagi tau rezeki kat mana.
******************************
Atas apa yang aku rasa highlights 2013, tahun ni banyak membawa satu jalan perubahan atau transformasi into my life.Seriusly, PLKN ----> SPM-----> INTEC------> JORDAN.
Time has wings.In the blinking of my eyes, dah sampai sini.Rezeki Allah bagi banyak sangat sampai somehow I think, "Apa lahh di sebalik semua rezeki yang DIA bagi ni?"
Takut something bad happend nanti.Aku pernah cakap macam ni dekat kawan dan depa semua macam takde papa la Acap.Rezeki tu.Tapi deep in my heart, aku takut.
Somehow aku rasa masa tu sangat cepat berubah sampai bil mana aku belum 18 tahun officially lagi aku dah jauh dari family, jauh dari Kedah and jauh dari Malaysia.Terlalu cepat.Masa dengan orang orang tersayang belum cukup lagi nak habiskan sebenarnya.Kekadang aku jealous tengok kengkawan yang sikit sikit balik rumah or study dekat je dengan family/ rumah, tapi aku, stuck in Jordan.Syukur Acap apa yang kita ada, apa yang hang dapat.
Throwback Palam with Pz, Syat, Faera, Pikah Alis & Mun.From INTEC to Palam |
TEAm SP punya.Dua orang pemantun Agama Baling dah jadi jurulatih yee. |
Dan of course aku bersyukur terhadap Allah beyond infinity kesyukuran atas apa yang aku dapat sekarang semua rezeki dari-Nya.Tak lain dan bukan semua itu atas kehendak-Nya.And to all my families di Kedah and malaysia, thank ypu for the support sampai sekarang.Yang dulu suka cakap,
"Asyraf nanti mesti study overse"
"Eh, takde la..."
Wassalam
Asyraf Zulkifli : "Macam malas nak highlight 2013.yang ni je lah"
Happy reading,
| Asyrafz | 4 January ! 9.42 a.m |
No comments:
Post a Comment