Halaman

Wednesday, 30 March 2016

Kisah saya dan nasi lemak

Kisah saya dan nasi lemak.
Dari tadika lagi, saya dah biasa makan nasi lemak.Setiap hari sebelum pergi tadika, Pak Ndak akan naik motor dengan kuih-muih dan nasi lemak penuh dekat motor pusing keliling kampung.Berlari-lari saya dan tok njang beli.Tak sempurna hari kalau tak makan nasi lemak 50 sen, cucur jawa dengan kuih lopeh Pak Ndak.
*****
Dulu dekat sekolah rendah, ada kawan kelas sebelah yang meniaga nasi lemak.Mak dia yang buat.Ikan bilis 60 sen, tambah telur 1 ringgit.Kadang-kadang saya tak sampai kelas lagi, nasi lemak dah ada atas meja.Sedap dan cekap betul servis.

*****
Masuk sekolah menengah, duduk asrama 5 tahun, nasi lemak dewan makan sangat sedap.Kalau ada nasi lemak mesti semua orang akan turun awal hari Khamis nak makan nasi lemak sampai bertambah.Naik atas berus gigi balik.

*****
Kalau balik rumah Wan, ayah selalu beli nasi lemak ayam kuning Kg. Telok Nibong.Nasi kuning dengan kuah ayam yang memah susah untuk tolak.

Dari nasi lemak Pak Ndak, mak kawan, dewan makan asrama dan nasi lemak Kg. Telok Nibong semua ada rasa yang tersendiri mampu memikat hati.
Baru-baru ini saya bangga, nasi lemak yang saya makan dari kecil sampai sekarang, telah disenaraikan sebagai Top 10 Most Healthy International Breakfast oleh TIME Magazine.
Dan Maarad Jaaliyat minggu ini, saya selalu mengharapkan akan ada nasi lemak untuk dihidangkan untuk orang arab.Bukan sahaja pada gambar.
Nasi lemak kini bukan saja jaguh di kampung mahupun sekolah, tetapi telah sampai ke peringkat antarabangsa mengharumkan nama Malaysia.

Friday, 25 March 2016

La la la
La la la
La la la la la la
La la la la
La la la
La la la
La la la la
So bloom, bloom and share your sweet perfume
Flowers bloom, bloom so many things to see
The sweet serenity
Soothe my mind, soothe my soul
The gentle breeze
It stirs the leaves and stirs my soul
My heart deep inside me
Sense my worth as one with earth
Of greater whole all connected as one
La la la la
La la la la la
La la la la
La la la la la
La la la la la
La la la
The gentle breeze
Stirs the leaves and stirs my soul
My heart deep inside me
Sense my worth as one with earth
Of greater whole all connected as one