Halaman

Sunday, 5 July 2015

Langit yang selalu memberi harapan

Pernah tak kau rasa yang kau dah takda semangat dah sangat nak study.Ergh !

 Kalau kau seorang yang rajin mesti tak kan ?

Kalau kau seorang scorer, mesti tak kan ?

Setiap pagi aku bangun dari tidur, mesti ada satu banyang-banyang hitam yang akan ekori aku ke  mana jua pergi, pegi kelas, pegi masjid, pegi makan sampai mandi pun haila kau nak ikut.

Kau tahu tu bayang-banyang apa ? Bayang-banyang kegagalan.

Di mana aku pernah aku pernah gagal dalam subjek Genetics first sem dulu.Sumpah waktu aku datang sini, benda paling takut aku dengar senior cerita ialah fail subject, pastu tak lepas ikmal (resit paper) then terus repeat year atau terus repat tanpa ada ikmal.

Dan sekarang benda tu BAKAL berlaku kat aku.Dah separuh kaki dah.Kalau tak lepas lagi separuh, maka jatuh la aku.Jatuh yang aku taktau aku boleh bangun ke tak.

Tapi bila aku jalan balik JUST sensorang, aku selalu tengok langit.Sebab aku rasa langit tak pernah menipu kita.Dia selalu bersikap jujur.Seperti hilang semua masalah bila aku pandang langit.Kepada langit yang aku cinta, satu ucapan saja untuk Kau...

Terima kasih langit yang selalu member harapan,

Bila mana aku takda tempat nak bercerita yang takutnya aku, cuaknya aku nak ambik ikmal.Tapi Kau selalu ada nak mendengar cerita aku.

Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,

Bila mana aku rasa aku dah takda duit dah sekarang ni sebab elaun tak masuk lagi.Taktau la boleh hidup ke tak lagi sampai akhir Julai.Dengan duit Malaysia jatuh teruk, dengan nak beli barang dentist almost 200 JOD, dengan nak ambik ikmal kena bayar 100 JOD per subject.Tapi Kau selalu cakap yang duit bukan segalanya.

Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,

Bila mana aku perlukan member ke kawan nak cerita tapi diorang takda, Kau selalu ada dengan ada.Selalu memberi semangat, selalu cakap aku boleh.Selalu cakap kegagalan bukan pengakhiran segalanya malah satu permulaan kepada kebangkitan.

Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,

Bila mana kau rasa sedih yang mungkin suatu hari nanti yang kau takkan bersama-sama diorang (batchmates) lagi, pergi kelas, study,  grad, balik Malaysia for good sekalu,  tapi Kau selalu cakap yang insyaAllah ada benda yang Dia nak ganti pada masa depan.Doa dan usaha sahaja.

Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,

Bila mana kau rasa hidup tak berguna, taktau ada kelebihan apa, tapi Kau selalu ingatkan bahawa tujuan hidup yang abadi ialah satu apabila kita di akhirat kelak.Dunia ini tempat kita di uji.Selamat mengejar syurga.

Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,

Bila mana kau rasa yang kau dah ketinggalan di belakang daripada orang lain, tapi Kau selalu ada nak cakap yang perjalanan kita semua masih jauh.Tiada siapa yang ketinggalan mahupun ke hadapan.

Akhirnya, sebanyak mana terima kasih aku pada langit pun, takkan sama dengan rasa terima kasih aku pada Dia sebab tanpa ujian ini mungkin aku tak boleh rasa perasaan terus menyombong di bawah langit.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semoga sentiasa memberi harapan buat aku.


Saturday, 4 July 2015

Do you believe the second chance ?

Dalam hidup ni kadang-kadang kita diberikan satu peluang untuk hidup dan bila kau melepaskan peluang yang pertama itu, kadang-kadang kau dah takkan dapat peluang kedua untuk menyambung kembali kehidupan kau.

Kalau nasib kau baik, dapat ka peluang kedua.Dan yang pastinya tiada lagi yang ketiga...

Ada orang cakap do belive in every chance.Ada orang cakap guna peluang pertama tu secukupnya sebaik-baiknya hingga kau takkan menyesal sebab peluang kedua tak semestinya membantu kau.

Tu orang cakap, kalau aku cakap aku taktau nak ambik yang mana.

*****************

Bagi aku, aku dah lepaskan peluang pertama waktu semester satu hari tu.Aku dah fail satu subject.Genetics.Bodoh kan ?

Aku cuma ada peluang kedua untuk ikmal lepas summer semester ni.Kalau aku lepas, alhamdulillah naik tahun 3, kalau tak repeat year.Ulang balik tahun 2.Repeat year pun masih lagi peluang kedua kan ?


Aku rasa setiap student yang datang sini, siapa je nak repaet year.benda paling ngeri kot aku boleh cakap sepanjang bergelar student.Kau takda kawan, takda semangat langsung nak belajar.Hilang member batch kau.Benda tu paling sayang bagi aku.

So, suka atau tak, aku kena lepas ujian ikmal (resit paper) untuk naik tahun.

Kalau nak tanya tentang perasaan, sejak aku tau aku fail aku dah tension la, emotional la, sedih, lonely, stress semua la.Banyak gila dugaan , ujian, satu satu....

Kalau nak cita pun takda orang faham pun.

Tuhan, aku perlukan semangat.bantu aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Peluang kedua, moga itu yang terakhir.