Friday, 4 September 2015
Song of Animaria
Each day when the sun rises, I hurry from my sleep.
I can't wait to greet you with my song.
You are every kind of flower, every animal I meet.
You are nature, full of grace and majesty.
From your skies, the snow gently falls to the earth.
From your trees, the birds nest and play.
From your oceans, the fish school and travel the world.
Oh nature, please don't ever go away.
Each day when the sun rises, I hurry from my sleep.
I can't wait to greet you with my song.
You are every kind of flower, every animal I meet.
Nature, you are grace and majesty.
Sunday, 5 July 2015
Langit yang selalu memberi harapan
Pernah tak kau rasa yang kau dah takda semangat dah sangat nak study.Ergh !
Kalau kau seorang yang rajin mesti tak kan ?
Kalau kau seorang scorer, mesti tak kan ?
Setiap pagi aku bangun dari tidur, mesti ada satu banyang-banyang hitam yang akan ekori aku ke mana jua pergi, pegi kelas, pegi masjid, pegi makan sampai mandi pun haila kau nak ikut.
Kau tahu tu bayang-banyang apa ? Bayang-banyang kegagalan.
Di mana aku pernah aku pernah gagal dalam subjek Genetics first sem dulu.Sumpah waktu aku datang sini, benda paling takut aku dengar senior cerita ialah fail subject, pastu tak lepas ikmal (resit paper) then terus repeat year atau terus repat tanpa ada ikmal.
Dan sekarang benda tu BAKAL berlaku kat aku.Dah separuh kaki dah.Kalau tak lepas lagi separuh, maka jatuh la aku.Jatuh yang aku taktau aku boleh bangun ke tak.
Tapi bila aku jalan balik JUST sensorang, aku selalu tengok langit.Sebab aku rasa langit tak pernah menipu kita.Dia selalu bersikap jujur.Seperti hilang semua masalah bila aku pandang langit.Kepada langit yang aku cinta, satu ucapan saja untuk Kau...
Terima kasih langit yang selalu member harapan,
Bila mana aku takda tempat nak bercerita yang takutnya aku, cuaknya aku nak ambik ikmal.Tapi Kau selalu ada nak mendengar cerita aku.
Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,
Bila mana aku rasa aku dah takda duit dah sekarang ni sebab elaun tak masuk lagi.Taktau la boleh hidup ke tak lagi sampai akhir Julai.Dengan duit Malaysia jatuh teruk, dengan nak beli barang dentist almost 200 JOD, dengan nak ambik ikmal kena bayar 100 JOD per subject.Tapi Kau selalu cakap yang duit bukan segalanya.
Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,
Bila mana aku perlukan member ke kawan nak cerita tapi diorang takda, Kau selalu ada dengan ada.Selalu memberi semangat, selalu cakap aku boleh.Selalu cakap kegagalan bukan pengakhiran segalanya malah satu permulaan kepada kebangkitan.
Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,
Bila mana kau rasa sedih yang mungkin suatu hari nanti yang kau takkan bersama-sama diorang (batchmates) lagi, pergi kelas, study, grad, balik Malaysia for good sekalu, tapi Kau selalu cakap yang insyaAllah ada benda yang Dia nak ganti pada masa depan.Doa dan usaha sahaja.
Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,
Bila mana kau rasa hidup tak berguna, taktau ada kelebihan apa, tapi Kau selalu ingatkan bahawa tujuan hidup yang abadi ialah satu apabila kita di akhirat kelak.Dunia ini tempat kita di uji.Selamat mengejar syurga.
Terima kasih langit yang selalu memberi harapan,
Bila mana kau rasa yang kau dah ketinggalan di belakang daripada orang lain, tapi Kau selalu ada nak cakap yang perjalanan kita semua masih jauh.Tiada siapa yang ketinggalan mahupun ke hadapan.
Akhirnya, sebanyak mana terima kasih aku pada langit pun, takkan sama dengan rasa terima kasih aku pada Dia sebab tanpa ujian ini mungkin aku tak boleh rasa perasaan terus menyombong di bawah langit.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semoga sentiasa memberi harapan buat aku.
Saturday, 4 July 2015
Do you believe the second chance ?
Dalam hidup ni kadang-kadang kita diberikan satu peluang untuk hidup dan bila kau melepaskan peluang yang pertama itu, kadang-kadang kau dah takkan dapat peluang kedua untuk menyambung kembali kehidupan kau.
Kalau nasib kau baik, dapat ka peluang kedua.Dan yang pastinya tiada lagi yang ketiga...
Ada orang cakap do belive in every chance.Ada orang cakap guna peluang pertama tu secukupnya sebaik-baiknya hingga kau takkan menyesal sebab peluang kedua tak semestinya membantu kau.
Tu orang cakap, kalau aku cakap aku taktau nak ambik yang mana.
*****************
Bagi aku, aku dah lepaskan peluang pertama waktu semester satu hari tu.Aku dah fail satu subject.Genetics.Bodoh kan ?
Aku cuma ada peluang kedua untuk ikmal lepas summer semester ni.Kalau aku lepas, alhamdulillah naik tahun 3, kalau tak repeat year.Ulang balik tahun 2.Repeat year pun masih lagi peluang kedua kan ?
Aku rasa setiap student yang datang sini, siapa je nak repaet year.benda paling ngeri kot aku boleh cakap sepanjang bergelar student.Kau takda kawan, takda semangat langsung nak belajar.Hilang member batch kau.Benda tu paling sayang bagi aku.
So, suka atau tak, aku kena lepas ujian ikmal (resit paper) untuk naik tahun.
Kalau nak tanya tentang perasaan, sejak aku tau aku fail aku dah tension la, emotional la, sedih, lonely, stress semua la.Banyak gila dugaan , ujian, satu satu....
Kalau nak cita pun takda orang faham pun.
Tuhan, aku perlukan semangat.bantu aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Peluang kedua, moga itu yang terakhir.
Friday, 8 May 2015
Pre-final exam
Back to this blog selepas almost 3 minggu hahahaha.
Lepas balik ja daripda Mesir banyak sangat benda aku nak kena settle, pasal MMJ banyak lagi la benda yang serabut.Lepas buat fridaay night party dengan GIG la.Rasa lepas tu banyak sangat masa lapang terbuang.
Semalam 8 Mei 2014, ada Ohana dentist untuk second sem sebelum masuk final exam.Tujuannya macam biasa nak kumpulkan semua dentist batch aku buat perjumpaan.Ada nasihat dari ST, plan study, sharing moment, statistik markah carry mark second sem and so on.
Rasa best la jumpa semua as aku takut ni kali terakhir aku jumpa semua orang.Okay semua gooodluck final exam nnati.Doakan semua orang lepas without fail any paper
Friday, 1 May 2015
Mesir
Nak di jadikan ceritanya aku ikut lawatan MMJ ke mesir untuk bertemu Perubatan (Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir) dengan Pegawai Mara Mesir.
Bagi aku sebab apa aku ikut walaupun at that time duit aku tak sampai 300 JOD pun.Boleh dikira muflis dengan bankrap la.
Kiranya lawatan sebagai penanda aras untuk MMJ menjalinkan hubungan dengan Perubatan dengan Pegawai MARA Mesir.
3 hari yang cukup bermakna bagi sebab dapat berjumpa dengan ramai orang kat sana.Termasuk pimpinan Perubatan , jumpa Ustaz Sofi ( Pegawai MARA Mesir), first time jumpa ustaz kat sana.
Aku berpegang kepada kata-kata,"You only live once", so kalau kau tak join benda kau dah takkan dapat benda macam ni.Sebab tu walaupun aku dah kopak waktu tu, aku ikut jugak.
Monday, 13 April 2015
Mengejar erti cinta
Cinta pada manusia bukan sahaja pasa manusia lain berlainan jantina ataupun sesama jantina iaitu ibu ayah.Cinta pada negara sendiri pun boleh kan ? Kalau kau tu tak sayang Malaysia, siapa lagi.Kau lah yang tengah baca ni.
Tarikh final exam untuk medic dengan dentist semua dah keluar.
.....
Untuk budak medic cuti punya la lama.Last exam CVS system depa (baca : diorang) 17/5.Dah tau esok tu chaoww balik Malaysia.Siapa yang taknak cuti panjang.Start summer sem 28/6.Sempat puasa seminggu dekat Malaysia.
Untuk dentist sebab hari tu second sem dah start lambat seminggu, maka cuti pun lambat la.Start cuti 8/6 sampai 28/6.Lama jugak.
.....
Aku tau ramai je nak balik Malaysia, ada nak pergi Turkiy, ada nak pegi umrah dan aku ja duduk Irbid ni.Kan aku dah cakap aku taknak balik Malaysia.
Kalau boleh nak tengok senior grad bulan Jun ni.
.......
Ada member pernah cakap kat aku, kau ni taknak jumpa family ke tahun.Balik la.Sebab dia tau bulan 8 ni aku tak balik.Aku dah cakap yang aku dah biasa duduk jauh-jauh.Dari form 1 duduk asrama sampai form 5 lepastu PLKN pulak lepas INTEC lepas tu terus fly.
Tapi aku takut jugak yang aku kehilangan aku sayang sebelum aku sempat jumpa semua.Sebab tu member aku suruh balik.Suruh jumpa family.Allah, jagakan mereka sampai bila-bila.
.......
Bila tanya mak aku, dia cakap jangan balik mungkin sebab dulu waktu dia kat States dia pun jarang balik.Aku pernah je memberanikan diri tanya dulu ma balik Malaysia bapa kali and she replied sekali je.Mungkin zaman berubah.Tak terkejut bila member aku setiap kali cuti nak balik Malaysia.Wondering jugak cemana mama dulu boleh tahan rindu.Pandai Wan motivate
Mungkin sebab dia pernah , lepas tu dia taknak anak dia rasa balik Malaysia kot.
.......
Tak lokek juga dengar orang yang nak pergi umrah dengan budak arab yang Kuliah Tibb Asnan buat.Ada la aku dengar berapa orang.Ambil peluang katanya.
Menarik juga dengar kisah orang nak ke Turki satu rumah, Bayt Jinn.Mungkin sempat puasa kat sana sehari dua macam aku dulu cuti tahun lepas berpuasa kat France & Italy.
.......
Sekarang masing-masing dan nak cari ticket kat balad, nak balik cepat walaupun elaun masuk hujung bulan ni bagi budak JPA la.
Walhal budak medic dah kecoh dekat insta hari tu aku baca 38 hari mencari cinta la apa la.
Menarik kan kisah kami sebelum cuti,Penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik waktu cuti nanti.Sungguh mahasiswa sekarang sangat berfikiran terbuka.
Untuk mereka yang pulang ke Malaysia tu, sampaikan salam rindu dan sayang aku ke tanah air tercinta.
Untuk yang bermusafir ke negara orang, titipkan doa buat aku supaya Allah mudahkan urusan aku nanti.
Untuk yang duduk di Irbid, terokailah Jordan dengan hati bukan hanya tahu caci maki Jordan.
Betullah orang cakap, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri.
Walau sejauh mana kita terbang, akhirnya pulang ke gagang jua.
Doakan aku exam 3 papers lagi sebelum final, Pathophysiology, Microbiology & Oral Histology.Jangan lupa sokong team MA3rad Thaqafi JUST minggu depan.
Kau yang dah habis baca, doakan untuk aku sekali jangan lupa.
Saturday, 11 April 2015
Aku suka yang aku belajar
Sejak masuk 2nd semester ni aku dah masuk subjek dentist.Ada 4 subject yang aku belajar
1) Oral Physiology
2) Dental Anatomy & Occlusion
3) Oral Histology
4) Cariology
1) Oral Physiology
2) Dental Anatomy & Occlusion
3) Oral Histology
4) Cariology
Abaikan semua subjek dia atas.Yang aku nak cakapnya 2 subjek yang aku suka Cariology & Dental Anatomy.
Mana taknya, sejak belajar, bila masuk toilet nak berus gigi mesti tengok dulu gigi ni bentuk cemana, ciri-ciri dia.tengok dulu depan cermin lepas tu baru berus gigi.Ni untuk subjek dental anat.
Kalau Cario, masuk toilet mesti tengok dulu gigi, especially molar 3 belakang tu la kan.Ada caries ke tak, kenapa hitam kenapa macam kuning sikit.Tambah pulak sejak pakai braces ni.Lagi la kena alert.Jadi, sebab tu la asyik nak berus gigi je sebelum tidur.Takut caries merebak.Takut jugak caries form.
Tengok best kan bila boleh apply kan kat diri sendiri apa yang kita belajar (lulsz).
Semoga gigi aku sihat membesar sampai bila-bila.
Kenapa lama tak call Tok ?
"Kenapa lama tak call Tok ? "- Ayah
"Sebab ni dia guna whatsapp.Tok mana ada whats app nak guna nak call.Lagi pun ni free"- Mama
Alkisahnya semalam nak dijadikan cerita, call mama semalam.Lately asyik rindu dengan orang kat Malaysia (baca : family).Sebab tu call.Lagi-lagi sejak whatsapp boleh direct call, tak payah aku nak beli weinak (sejenis kad pascabayar yang boleh diguna untuk call orang ke Malaysia) setiap bulan nak call.
Ah, macam biasa la kalau call mama, tanya pasal tok, balik rumah wan ke dak, buat apa ?, Muaz balik ke tak, bila nak mai Jordan.Soalan macam biasa.Tiba sekali ayah tanya kenapa lama tak call tok (Kupang).Memang aku ingat nak call, tapi bila setiap kali nak call, aherherherher nak study la apa la.Astaghfirullah, kejamnya aku.Macam ni la kalau jadi student luar.
InsyaAllah tok, next week abang akan call.
Risaunya kat Muaz yang nak ambik SPM tahun.Sebab apa ? Sebab addmathnya tak pernah nak lulus setakat ni.Cemana nak ambik SPM kalau dah addmath asyik nak fail je.
Ada aku tanya mama semalam, dia study dak dekat rumah? As usual la Muaz tu asyik main game kat phone dengan tengok tv.Aku rasa dari sekolah rendah lagi adik aku ni lagi pandai dari aku.Lagi genius dari aku.Buktinya, ye la memang la dia UPSR dengan PMR staright tapi effort dia nak study kurang dari.Macam faham dalam kelas, lepas tu okay dah.
Kalau nak ikutkan aku ni, memang la rajin.Kalau aku tak rajin kau tak dapat semua tu.Takpa la muaz, abang doakan hang buat la terbaik cemana pun.Kesian la kat ayah mama tu.Jangan la malas sangat.
Sejak nak jadi dentist ni kena collect gigi untuk 3rd year nanti exam lab.So, suruh la mama kumpulkan as aku maybe tak balik Malaysia tahun ni.Lupa pulak mak long kerja dekat klinik gigi dekat Jitra tu.So, it will be easy la nak dapatkan gigi.Doakan la untuk dipermudahkan semuanya.
Ya Allah, engkau ampunilah dosa semua keluarga aku, tempatkan lah mereke di syurga dan jagalah keselematan dan kesihatan mereka di sana.Amin
Thursday, 9 April 2015
Hati yang berbolak balik
Hati ini senang sungguh nak berbolak balik.Hari ini hari esok hari lusa mahupun hara-hari akan datang, hati kita tak akan sama.
Hati siapa ?
Eh bukan hati kau.Siapa kau ? Kau yang tengah baca tu.
Hati aku la.Dan hati kita semua.
Hari ini kita rasa berdosa sangat.Banyak sangat dosa dari kecik sampai besar.Dari akil baligh sampai tengah tulis ni.Lepas tu esok buat balik dosa.Sekejap je rasa.Berbolak balik kan.
Hari ini rasa iman kita subur sangat.Bangun subuh, solat kat masjid, balik baca quran lagi.Solat semua kat masjid.Bila malam study, tidur lambat.Bangun subuh pun tak.Terus tak subur iman satu hari.Kacau bilau satu hari.Semua buat semua tak kena.Semua nak emo.
Orang cakap nak jaga hati ni susah.
"Nak jaga hati sendiri pun susah.Apatah lagi nak jaga hati kawan"
Orang cakap kalau nak jaga hati ni kena jaga hubungan kita dengan Tuhan.Selalu mengingati mati, selalu berdoa, istighfar, zikir, kalau solat tu bila baca Al-Fatihah fahamkan maksud sekali.Cakap memang senang, nak buat tu susah.
Semalam rasa semangat sangat hati ni nak study.Hari ni rasa futur (baca : penat) balik nak selak buku.Hati ni berbolak balik kan.Sedangkan belajar semua dah free (ada tajaan) tapi rasa malas tu banyak sangat.Sepatutnya kena bersyukur, bila syukur kena la rajin.Tau dah ni mesti sebab tak bersyukur, sebab tu tak rajin.
Ya Allah, ampunkan dosa aku.Dosa keluarga aku, sahabat-sahabat aku.
"Hati-hati menjaga hati, jangan sampai mati"
Mohon doa dari kalian esok ada exam Head & Neck Anatomy.Bittaufeeeq AJL13 !
Friday, 3 April 2015
Complicated
Tbh, bila masuk semester 2 banyak gila exam.Subejct pun dah bertambah dari 5 ke 7.Lab lagi la.Penat bawa lab coat, bawa Atlas , carving set semua untuk lab.
Exam pulak nak seminggu 2-3 paper.Cuti pun nak buat exam JUST ni.Minggu depan aku ada dua exam, Dental Anatomy Lab dengan head & Neck (theory).Bila banyak-banyak exam dia mula la nak emo sensorang , nak rindu Malaysia, nak rindu mama ayah tok wan tok njang semua.Mula la jiwa ni macam urghh !
Bila ada orang buat salah sikit, dia mula terasa nak sensetif la bagai.Oh tu fact okay !
Kenkadang aku tanya gak kat diri aku ni, complicated sangat ke aku sampai semua nak benda perfect.Contoh orang tu guna adaptor untuk benda lain and then dia lupa nak letak.Ada orang anggap benda tu cam normal, biasalah terlupa.Tapi bagi aku, aku tak suka.Pandai guna pandai la letak.
When there's action, there's reaction.
Aku selalu tanya tak boleh ke sabar sikit dengan semua orang sekeliling.Bila camni mula la rasa lonely nak pindah rumah la apa laa.Oh complicated sangat ke.Mungkin sebab aku tak buat benda camtu, bila ada orang camtu aku tak boleh terima.Tapi sampai bila nak sabar?
Oh aku pun tak habis pun study lagi boleh pulak nak make a new post ni.Oral Histology banyak sangat sampai fed up dah.Doakan aku tak complicated !
Thursday, 2 April 2015
Kapal Terbang
Jam menunjukkan pukl 4.15 petang.Semester kali ini kelas aku semua habis 4.15 petang kecuali hari Isnin, tu pun sebab ada lab.
Habis kelas, berjalan kami semua laju-laju, ada yang nak balik cepat, ada yang sembang sambil jalan, kongsi kisah hidup hari ke hari.Begitu lah rutin harian setiap hari hidup kami.
Pasal exam, pasal hidup, pasal rumah, pasal akademik, futsal pasal classmates.Seronok dengar, lama-lama bosan.
Sampai mujamma' (stesen bas), kulihat penuh masyarakat sedang menunggu bas.Baik melayu mahupun arab, masing-masing tak sabar nak menghempapkan bada yang seharian penat menuntut ilmu.Itulah mahasiswa.
Kalau naik bas, wajib terlelap.Kalau tak sampai mujamma' sheikh khalil pun, sampai carefour, takpun arabella.Macam tu la aku setiap hari balik dari kelas.
"Acap, eh kau balik tak bulan 6 ni ? ", tanya member aku sambil jalan.
"Rasanya tak balik kot.Samada stay Jordan ataupun nak gi jalan.Probably stay la.Duit takda doeh." jawapan aku bila setiap kali orang tanya.
"Habis tu bulan 8 ni cemana pulak ?", tanya lagi si member aku ni.
"Duduk Jordan jugak.Tak balik Malaysia kot tahun ni." jawapan aku jugak setiap kali orang tanya soalan macam ni.
Bagi aku budak Jordan setiap tahun paling kurang akan balik Malaysia sekali.Kalau yang tak tahan sikit balik dua kali.Tapi ada yang setiap kali cuti balik Malaysia.Rindu katakan.Kalau tak sebab rindu pun, sebabnya nak ambik semangat masuk sem baru dari maka ayah.Minta saja pada Allah.Dia kan ada.Lain orang lain cara.
Dulu aku pernah tanya mama, "Ma, abang rasa abang nak balik la cuti bulan 6."
"Dulu kan cakap taknak balik tahun ni.Duduk la situ.Pi berjalan ka."
Jawapan tu yang mak aku selalu bagi.Dulu aku pernah berjanji dengan dia kata takmau balik satu tahun.Eh kenapa nak manja sangat ni Cap nak balik setiap tahun.Tapi ada 'sebab' kenapa aku tak balik.'Sebab' yang mana bukan semua orang tahu.Hanya beberapa sahaja yang tahu.
"Siapa rasa nak ikut aku pi Greece bulan 6 ni jom la !."
Friday, 27 March 2015
Puisi Streptococci Mutans
Keluar rumah awal pagi,
Ada exam Cariology,
Masuk dewan resah meninggi.
Duduk aku di tengah sana,
Di kiri Naqib, di kanan Hana,
Debar hati gundah gulana.
Keluar password log in ID,
Pegang tetikus bergetar sendi,
Takut ilmu tak pandai kemudi.
Sekelip mata masa habis,
Redha aku tak punya kuasa,
Hanya sujud pada Yang Esa.
Ada exam Cariology,
Masuk dewan resah meninggi.
Duduk aku di tengah sana,
Di kiri Naqib, di kanan Hana,
Debar hati gundah gulana.
Keluar password log in ID,
Pegang tetikus bergetar sendi,
Takut ilmu tak pandai kemudi.
Sekelip mata masa habis,
Redha aku tak punya kuasa,
Hanya sujud pada Yang Esa.
Sunday, 22 March 2015
Khamis yang suram
Pergi kelas nak timba ilmu,
Sayang ilmu nak masuk jemu.
Nyenyak tidur doktor mengajar,
Habis kelas bas dikejar.
Sampai bila diri nak berubah,
Asyik bagi alasan bertambah.
Bangun Asyraf bangun berlari,
Walau tempang terpatah jari,
Agar tak nyesal kemudian hari.
Malaysia
Engkau tanya apa itu cinta,
tapi sayang hati kau buta.
Rintih engkau pada Pencipta,
Supaya hati dapat berkata.
Bila Dia beri kau mata,
Kau biar semuanya dusta.
Jika ditanya pada diri ini,
Apa maksud cinta hakiki.
Inginku pinta pada Illahi,
Panjangkan usia berbaki.
Semoga suatu hari nanti,
Pulangnya aku, masih sempat berbakti.
Malaysia, semoga aman selalu.
Puisi Subuh ku
Bangun aku lewat pagi,
Selak jendela suria meninggi,
Rasa jiwa terbang pergi.
Selak jendela suria meninggi,
Rasa jiwa terbang pergi.
Tanya aku pada Tuhan,
Sampai bila harus bertahan,
Di tepi penjuru menangis perlahan.
Sampai bila harus bertahan,
Di tepi penjuru menangis perlahan.
Semakin hari subuh tertinggal,
Duduk wirid terasa janggal,
Tali tasbih lucut tertanggal.
Duduk wirid terasa janggal,
Tali tasbih lucut tertanggal.
Sayu hati tertunduk malu,
Teringat dosa semakin berlalu,
Tuhan, kembalikan aku yang dulu.
Teringat dosa semakin berlalu,
Tuhan, kembalikan aku yang dulu.
Tuesday, 24 February 2015
Tetamu Senja
TETAMU SENJA
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said
" Semoga semua terus berbakti kepada masyarakat.. Buat sahabat yang akan menghuni lama lagi di Irbid, jadikan hidup anda bermanfaat kepada Komuniti x kira dimana2 posisi anda berada.
Buat yang akan pulang ke Malaysia x lama lg, bekal yg kita kutip di sini akan sehabisnya diperah di sana..
Saya doakan semuaa Istiqamah menjadI menjadi hamba tuhan yang ikhlas dalam berbakti pada ummah." - Saudara Qawiem Baqi, Pengarah JPR PERMAI 2014
Team JPR PERMAI 2014 |
Thursday, 19 February 2015
Kau Pergi
jua akhirnya.
Ustaz yang menjadi guru bagi subjek Kemahiran Al-Quran dari 1 Abu Bakar sampai 3 Abu bakar, lepas tu sambung ke 4 Al-Kindy sampai la masa ustaz pindah waktu form 4.
Kematian ustaz pada usia 46 tahun buat kan aku terkejut apabila aku dapat tahu dari status teacher Eliani pada malam selepas maghrib (waktu Jordan).Keesokana ada exam make up Pathology.Terus spoil mood nak study.
Kematiannya pada masa muda meninggal kan Ustazah Mahfuzoh dengan 6 orang anak (4 lelaki & 2 perempuan ) pada usia yang masih lagi muda sangat sedih.
Dikatakan mati secara tiba-tiba selepas mengadu sakit dada secara tiba-tiba, apabila makan ubat, jatuh tersembam di meja makan.
Begitu kisah kematian Ustaz.
Dia yang mengajarkan aku ilmu tarannum, qiraat, hafazan dan semua berkaitan Al-Quran, sungguh jasa beliau sangat besar walaupun ku hadiahkan segunung intan berlian, tak mungkin berbalas.Jasa begitu besar bagi kami.
Tambahan pula sanggup bersabar dengan kerenah perangai anak murid yang banyak kepala, banyak ragam, banyak songeh kami semua pelajar 1 Abu Bakar..Kalau nak cerita perangai sensorang memang penat la kan.Dari yang tidur 24/7 dalam kelas, sembang 24/7 study subjek lain waktu KKQ, buat homework waktu KKQ.
"oh ha KKQ je pun "
Semua ambil mudah subjek ustaz.Maafkan kami ustaz.Aku taktau nak cakap macam mana kesiannya Ustazah Mahfuzoh (ustazah PAI 1AB & 3AB) dengan kepergian ustaz dengan ada 6 orang anak lagi yang masih kecil, perlukan didikan dan perhatian seorang bapa.
Ustazah dulu sangat bergantung dengan ustaz.Ustaz yang selesa dipanggil 'Baba" oleh anak beliau dan juga segelintir dari kami sangat cool bagi aku sebagai seorang ustaz dan juga warden.Teringat memori setiap kali lepas raya puasa mesti akan beraya dengan ustaz & ustazah dekat quarters guru SMKAB.Tak pernah miss, sampai la ustaz pindah masa 2011.Tahun berikutnya 2012, ustazah pulak meninggalkan SMKAB, pulang ke kampung asal di Pendang.
Aku pun pernah ja kena tampaq dengan ustaz beberapa kali waktu dulu ketika ustaz menjadi warden.Pernah juga kena tibai dekat kaki dengan ustaz waktu turun DM lambat.Kalau nak diceritakan pasal ustaz jadi warden, tanya la mana-mana budak, sapa yang paling garang antara semua.Tak sah kalau semua tak jawab Ustaz Alaud, walaupun dari riak wajah ustaz, ustaz sangat baik dan tenang.Secara literally beliau sangat tenang dan baik.
Bila buka facebook, tengok dekat wall facebook ustaz, banyak ex-student, guru guru update status tentang kematian ustaz.Kalau siapa yang baca dengan penuh perasaan, rasa hiba dan sedih akan sampai.Membuatkan kau menangis.Sunnguh kepergian engkau membuat sesiapa yang pernah bergelar warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling terasa.Dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi kami semua.
Untuk kali terakhir, saya minta maaf ustaz atas segala kesalahan saya.Ya saya tau saya memang banyak salah dengan ustaz dari dulu sampai sekarang.Semoag engkau tenang di sana, semoga roh ustaz sentiasa dicucuri rahmat.
Al-Fatihah
Ustaz Alaudin Abdul Haq
Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Dato' Haji Hasbullah Awang
Wafi fathi (junior SMKAB SPM 2014)
Wednesday, 4 February 2015
Promise
Back to this blog after I left 'him' about 4 months tak bertulis.Sorry for the konon-konon busy.
Sekarang dah 5 Feb 2015 dan aku kena pergi JUST hari ni nak settle kan pasal make up exam Pathology first semester hari tu sebab pergi travel to United Kingdom.Please doakan yang terbaik untuk exam aku.
Promise ?
Sebenarnya dari cuti before summer semester first year dulu nak tulis blog travel to Italy & France tapi tak sempat sebab tu la, konon konon busy.Pui !
And now, after back from UK, nak tulis pulak entry kat sana.
Apa apa pun aku cuba sebab gambar semua dah dapat dah dari Shaima'
Banyakkan berdoa okay !
Subscribe to:
Posts (Atom)