Mula-mula sekali :WELCOME 2012 .This year is SENIOR YEAR !!!! yeahhh !! bush bush bush dush dush *sambil melompat dan tumbuk angin kuat-kuat* Itu lah yang aku buat bila keluar dari pintu kereta waktu mula-mula datang asrama.Pelik kan ? Sila buat biasa.Dah la datang daftar tu awal pagi.First time, mai awal.Dalam pukul 11 lebih macam tu.Excited punya pasal la katakan.Selalunya lepas zohor baru sampai.
Aku ingat lagi, sampai ja asrama waktu tu, disambut oleh Jali dengan Sepol kot dan beberapa orang lagi geng prefect yang kena jaga registration.Prefect kan datang awal asrama, nak urus segala bagai lagi.Sampai ja situ, depa kata aku duduk dorm N *seperti dijangka* .Dah la datang awai pukul 11 lebih macam tu, tapi datang lambat antara dorm tu, akurlah dengan katil atas.First time sepanjang 5 tahun dapat katil atas.Akur.Redha.Pasrah.Selama 4 tahun dapat katil bawah, mai senior year pulak, dapat katil atas.Stress bagai.Oh, dan bawah aku orang yang awesome, RASYID.
Dan aku baru taw, yang aku tertukar dengan F.K (Faiz Khir).2012, tahun pertama dia dapat katil bawah.Selama ni dia katil atas.*Oh, give me five F.K* Masuk dorm N , duduk dengan prefect semua.Gerun.Yang bukan prefect aku, Imad, Rasyid & Rizwan.Kekadang, bila prefect ada apa-apa ka, kami 4 orang la yang bermaharajalela bagaikan sang raja di atas kayangan di dalam dorm tu *muahahahaha* Ingat lagi waktu prefect ada kem UWAIS tu.Heaven gila terasa !.Dan, bulan berapa tah, Iffi dijemput masuk ke dorm N dek kerana beliau memegang jawatan Pengawas Sekolah.Dan, kami kena susun semua katil lagi.
Suka dengan susunan baru, kami buat 2 line.Dan sebelah aku, juga bahagian atas ialah Bit.Memang partner sembang aku sebelum kami tidoq.Tutup lampu ja, mesti kami dok chit chit chit chit 2 orang ;)Sebelah locker aku juga Bit, dan Rizwan di sebelah kanan.Dorm N memang awesome ! Dorm yang menjadi tumpuan adik-adik form 1.Kejap-kejap datang, "abang...malam ni pakai baju apa ?", kejap-kejap, "abang....kami nak jumpak abang ni...", kejap-kejap, "abang......malam ni ada usrah dak...? " .Maaf dik, dorm kami bukan kaunter pertanyaan ;) Memang sampai nak kena kunci pintu bila semua-semua tu datang.
Dan 2012 juga buat hidup aku berputar 720 darjah.Kalau PMR cuma 370, SPM : 720 darjah.Nampak sibok tak ? Tapi aku rasa usaha aku waktu SPM, tak seGIGIH usaha aku waktu PMR.Itu kisah lalu.Balik prep malam ja, semua cari bilik study.Ikut musim la, kekadang study dekat dorm, kekadang dekat pondok Raudhatul Mahabbah tu.Macam-macam bermastautin.Tu lah, nak study punya pasal kan.Yang aku ingat, aku nak SPM 11A SPM 11A SPM 11A.That's all !
Dan, menjadi senior pada tahun SENIOR YEAR bukan lah senang.Macam-macam nak kena urus.Itu nak kena urus, ini nak kena buat, semua menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk buat keputusan *aku memang suka bajet sibok, tapi aku tak de pe nak buat pon* .Dengan nak menghadap EXAM lagi.BUKU lagi.Time management kena bijak lah.Tapi itu semua kita kena ambik sebagai cabaran la dan bukan halangan.Kesian jugak kekadang bila tengok ada yang mengadu tak cukup masa nak study.Nak buat macam mana kan.Tanggungjawab kena buat jugak.Itu semua ujian daripada Allah S.W.T.
Bila jadi yang paling tua di asrama, memang banyak luang masa dengan asrama pon.Orang lain cuti 2 minggu, kami cuti seminggu.Itulah nasib.
Ingat lagi time Kem Easy Addmath, kami ja stay asrama.Pastu jumpak pulak dengan bebudak sekolah lain.Of course kami nak menjadi yang terbaik.Al-mulk pun ada orang baca, surau semua gerak awal ke surau.Nampak macam budak form 1 kan.Bila hari biasa, semua tu kami tak buat.Baloq liat lah.
Dan paling best waktu asrama waktu form 5 ialah bulan puasa kot.Ye lah, bila malam balik datang balik asrama ja mesti semua orang bawa makanan masing-masing.Ada yang beli dekat bazaar la, mak masak la , macam-macam la.Nak buat "pot luck" la katakan.Balik ja prep malam, semua pakat bersila dekat tengah-tengah dorm, menikmati juadah yang disediakan,Memang best semua.Dengan baju tak kemas lagi, pakat dok makan kat tengah-tengah dorm.Wuuuhhuuuuu !!! Rindu semua tu.
Ya, kami cuma 31 orang sahaja form 5 waktu tu.Yang ada cuma dorm N & dorm Y saja.Dorm New York la katakan.Memang aku tak seberapa sosial sangat waktu form 5.Kebanyakan masa digunakan untuk study+ulangkaji+revision lah.macam tu ja.Nothing special.
Dan aku rasa nikmat paling best duduk asrama waktu form 5 la.Semakin bertambah tahun, semakin seronok duduk asrama.Hipotesis lagi ! Lepas mid-year and trial exam ja, semua pakat insaf la sikit.Dok study, dok jadi bestfriend dengan buku sat.Biasa kan benda tu bagi semua SPM candidates.Dan waktu petang memang aku asyik study ja.Dan ada juga yang pergi main kat padang.
2012 juga kami dapat tender D.M baru.Wah wah wah wah !! Dengan D.M baru ni banyak sikit kontreversi dan peperangan.Alah, biasa la.Nak kena adapt dengan semua lagi.Tapi sayang lagi la D.M lama.
SPM
Waktu SPM ni antara yang best masa 2012.Sebelum SPM, hari Isnin, Sabtu tu ada la buat Salam Muhibbah dengan semua student SMKAB la.Ye la, nak ambik SPM, kena la bersih dari segala dosa-dosa semua.Kalau ada terbuli ka, tersuruh buat sesuatu benda ka.Macam-macam la salah kita dengan junior.Malam tu semua touching bagai.Sadis kot kalau ingat balik.Dan meminta maaf dengan semua junior dan kengkawan tak boleh dilupakan.
Dan waktu SPM yang cuti panjang, semua aktiviti best ! Tak tau macam mana nak cakap.Have fun semua.Keluar waktu malam, pi makan kat kedai semarak tu.Tapi semua tu kena buat berpada-pada lah.Waktu tu duduk tanpa junior selama hampir sebulan di sekolah sangat seronok.
Kalau solat tu, Alhamdulillah, semua pakat solat dekat surau.Kalau malam-malam tu, kami tak pernah skip untuk baca yassin.Semoga segala urusan dipermudahkan la untuk jawab SPMesok.Bergilir-gilir la siapa yang nak jadi khalifah malam tu.Lepas habis tu, buat qasidah bagai.Best !
Kalau pagi jumaat ja, mesti baca surah al-kahfi.Bukan waktu SPM ja, tapi sepanjang tahun la setiap pagi jumaat baca surah-surah pilihan.Kalau ada ustaz, buat kuliah.Kalau tak da, baca la surah-surah pilihan tu.Qasidah pon selalu buat sepanjang tahun.Alhamdulillah.Satu perubahan buat SMKAB.
Waktu SPM ni asyik-asyik pi pejabat asrama ja.Kalau bosan study, pi la sembang sat dengan Mak Cik Liza ka, Cik Siti ka.Sapa-sapalah yang ada dekat asrama tu.Pi bayaq yuran.Kalau waktu petang tu, pi la Billion sat.
Dan aku ingat lagi, lepas habis saja semua SPM tu, lepas PAQ, kami budak kelas 5 Al-Kindy, pi makan -makan dekat Dee Sara.7 orang yang pergi semua kecuali Mad Noh.Memang best sangat malam tu.Malam last la katakan dekat asrama.Besok tu nak balik dah.Balik tu sembang-sembang dengan budak TK, kemas barang.Ada yang tengok movie tapi aku tidoq awal malam tu.Penat.
|
sekeping gambar menyimpan 1001 kenangan.Dear Batch, thank you ;)
|
|
| Mad Nuh | Shafiq hafizi | Mahadir | |
|
| Hafis | Faiz Khir, F.K | Iman | |
|
| Shukri | Pizack | Hafiy | |
|
| Mat sen | Waji | Saiful | |
|
| Acap Mat | Farid K.U | Pek Hun | |
|
It was Rasyid, Imad, Izzat and me, Asyraf.Big hug :3 |
|
| Amin | Bit | Iffi | Jalul | Napi | |
|
Dan aku harus memuji Moh @ Hafis.Suka gaya beliau (Y) |
|
| Pireh | Arep | Afiq Haikal | |
|
Dan mungkin ini gaya formal bagi kami semua tetapi bukan bagi Ariffi.SAHABAT SAMPAI SYURGA ;) |
Dan gambar di atas adalah semua SAHABAT SAMPAI SYURGA.Dan esok tu budak LK exam.Kami sempat bergambar dulu, naik tangki semua.Best.
|
kami dengan ustaz zurin waktu ulangkaji Arab before jawab exam ;) |
|
Kami lagi with Ustaz Zurin.Hari ni hari Jumaat kot.Ustaz sangat baik.Selalunya belanja kami roti canai la, aiskrim la, macam macam la.Terima kasih USTAZ ZURIN :D |
|
With my class monitor of 5 al-kindy, Hafis during the last day we peroform solat jumaat as a hostelite in 2012.sadis sadis :'( |
|
Waktu ni semua pakat salam + peluk + cium pak cik drebar bas yang bawa kami sepanjang 5 tahun.Terima kasih pak cik ;) |
|
Hai Imad.Senyum.Lepas Subuh before jawab LK.Kami dah relax bro ! |
|
Ni la K.D dorm N.Rizwan namanya.Terima kasih rizwan.Locker sebelah aku ni |
|
Aktiviti antara maghrib dan isyak ;) |
|
Aktiviti lepas maghrib dan sebelum isyak.Ni tengah qasidah kot |
|
Chicken chop yang kami, XY 5 Al-Kindy makan malam last di asrama.lepas PAQ. |
|
Hai Hafiy.Assalamualaikum w.b.t |
|
Waktu malam nak balik asrama.OTW.Sampai ja pagar sekolah jumpak Fahira, Nida, Dijah Khosim dengan Nana.Masih ingat lagi sebab kami ikut jauh nak balik hostel.Saja ambek feel |
|
Here we are depan pagar sekolah ;) |
|
The view from the tangki.Aspuri tu ! |
|
The view from the tangki.Hutan je banyak SMKAB ni |
|
Haaaa.Ni OTW ke quarters warden ;) |
|
Muka excited nak balik rumah dah. |
|
Blur ja semua ;) |
|
KAMI XY 5 al-kindy 2012.Big hug ! |
|
Ni waktu tolong ustaz syam ambek tilam dekat dorm-dorm |
|
Budak LK dah habis weh ! Snap dulu depan DU |
|
Masih lagi bersalaman dengan pak cik drebar ;) |
|
We enjoyed the food :D
|
Okay.Tu lah sedikit sebanyak gambar kami.Sebenarnya ada banyak lagi.Yang ini saja kot.Kalau tanya aku, "Nak masuk sekolah balik tak ?".Aku akan jawab, "NAK".Walaupun berat nak bagi jawapan.Tapi hati ini terlalu rindukan asrama dan MEREKA.
Sesungguhnya hidup dengan memegang tittle "PELAJAR" sangatlah indah bagi diri ini.Penuh dengan suka duka, gelak tawa, dan banyak lagi.Memang sedih waktu nak tinggal kan semua.
Sesungguhnya, kita bertemu kerana Allah S.W.T.Kita berpisah jua kerana Allah S.W.T.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, walaupun kita semua tahu bahawa perpisahan itu perit dan pedih.Tetapi, redha menjadi pilihan kerana perpisahan tetap ada.Ingatlah, hidup kita sebagai seorang pelajar tidak mungkin, tidak sesekali bermakna tanpa sahaba-sahabat yang sentiasa ada di sisi.Siapalah kita, siapalah diri ini, tanpa mereka semua.Semoga kita bertemu lagi, di alam barzakh, di padang masyar dan di syurga firdausi.Kita tetap SAHABAT SAMPAI SYURGA .
Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Wassalam ;)
-Walau di mana kita berada, hati kita tetap bersatu.Segala memori indah akan menjadi peneman di kala duka.-
Happy Reading,
| asyrafz | 30 April | 11.15 p.m |
ya Allah , sedeyh nya . rindu masa spm . sangat-sangat . pak cik bas tu sgat baek . MAA nmbe bas tu . kami bdak kulim slalu cupp bas nihh.. *mnangis
ReplyDeletehuhuhuhuhu..semua dah berlalu.dah menjadi buih dekat sana.Let be gone, be by gone:D
ReplyDeletetak boleh dah bca bnyak kali . aku sebak tgok gambaq-gmbaq tu smuaa kat atass .. kat surau tuuu.. jadi buih :')
ReplyDeleteso damn sad,
ReplyDeletetapi view ke kuartes guru tu nampak sweet nice ja~
sebak apanya.biasa ja.
ReplyDeleteya fahira.view kuarters tu cantik.macam garden
suka hati la . boooo ~
ReplyDeleteoh.up to you :D
Deleteso sweet :) rindu~~ :')
ReplyDeletesweet dekat mana?
Delete