Assalamualaikum w.b.t
Pertama sekali, terima kasih aku ucapkan kepada semua my silent readers kerana sudi membuang masa membaca blog aku yang mana aku rasa aku ni masih baru dalam dunia berblogging ni.Apa pon, terima kasih semua untuk anda.Dan juga, ini adalah entri aku yang kelapan (8) sejak aku mula menulis blog. *Tahniah Asyraf !! well done !* okay dah start merapu + touching segala bagai.Stop dekat situ :S
Hi semua ! Back to my real intention.UJIAN ITU MILIK ALLAH S.W.T.ya, sememangnya segala jenis ujian tu semua milik Allah S.W.T.Ujian bukan sahaja benda yang kita rasa sedih, kecelakaan, kekecewaan, tapi ingat segala benda yang kita mendapat kemewahan, kesenangan, kenikmatan tu juga ujian dari-NYA.
Ceritanya apabila hari Jumaat baru-baru ini.Seusai sudah imam solat jumaat Masjid Kupang mengaminkan doanya, maka bersalam-salamanlah kami sesama jemaah solat jumaat pada hari tu.Bersyukur kerana sempat menunaikan solat jumaat bersama-sama.Lalu, selepas salam + senyum dekat pakcik-pakcik dekat sebelah aku, aku pun lalu keluar untuk balik + naik kereta.
Keluar sahaja pintu masjid, aku tercari-cari mana la selipar aku yang aku pakai waktu nak ke masjid.selipar FLIPPER + BIRU HITAM.pandang sana, pandang sini, tengok depan, kalih belakang, TAK DAKKKK !!!
dengan rasminya : SELIPAR AKU HILANG !!!!! |
Fuuuuuhhh !!!! puas jerit ! maka, dengan rasminya my sandal a.k.a. selipar hilang ! "relax asyraf, relax, relax, hari jumaat ni.Allah nak uji." ayat standard aku lah.dah hilang selipar, aku pon tunggu la orang semua balik dulu, kot kot la boleh jumpa balik selipar aku tu.
Ketika aku dengan sabarnya sedang sabar tunggu selipar aku tu, sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk aku bertemu dengan seorang pak cik yang agak tua dan berpangkat "TOK WAN" bagi aku.Pak cik tu agak berbongkok ketika berjalan dan aku berada di tembok masjid.Tiba-tiba, "sekolah pondok ke dik?" pak cik tu menyapa aku. "Eh, tak la.Silap tu pak cik.". " Oh, tak pa lah.Baling ni bagus la.sebab banyak sekolah pondok, sekolah agama.Dalam Malaysia ni, satu-satunya daerah yang banyak sekolah pondok, sekolah agama ni, Baling la. bagus, bagus" pak cik tu cakap.Aku pon tersenyum dan lihat sahaja pak cik tu berjalan sampailah beliau menunggang motosikal bersama anaknya.
Aku pon tertanya-tanya, kenapa pak cik tu kata macam tu dekat aku sedemikian.Mungkin kerana penampilan aku kot yang memakai jubah dan berkopiah berlebai.Terima kasih pak cik kerana sudi menyampaikan maklumat macam tu dekat aku yang agak "kosong" dengan info-infi macam tu.Mungkin ada hikmah yang tersembunyi dan aku masih sabar menanti apa yang tersembunyi.Alhamdulillah, aku bersyukur kerana bertemu dengan pak cik sedemikian.Mungkin ini hikmah aku hilang selipar.
Berbalik kepada cerita asal.Seperti semua para-para pembaca tau yang selipar aku HILANG dan menjadi milik orang lain.Aku pasrah, redha ! Maka, dengan rela hati ayah aku suruh balik BERKAKI AYAM hingga sampai kereta.dukacita dimaklumkan bahawa rumah tok aku yang selalu menjadi tempat R&R aku dan adik aku setiap kali hari Jumaat berkunci dek kerana kunjungannya ke KL.
Dengan rela hati, aku pulang dengan berkaki ayam sehingga jejak ke dalam kereta.
Sekarang aku tau, yang kita ni jangan mudah menyalahkan orang kenapa ujian itu berlaku.Cuba kita refleks balik.Bagi kes aku :
- mungkin kerana aku tersilap letak tempat ataupun cuai waktu meletakkan selipar tu
- mungkin juga orang yang mengambil selipar tu tidak sengaja dan menyangkakan my beloved sandal tu kepunyaannya.mungkin juga kan?
Tapi, apa pon aku redha.Terima Kasih ya Allah kerana memberi peluang untuk aku pulang berkaki ayam.ya ! ini kali pertama aku melakukan perkara sedemikian.PULANG BERKAKI AYAM.Terima kasih ya Allah kerana menguji aku dengan ujian sedemikian.Mungkin selama ni aku terlalu riak + ujub + takabbur + sombong dengan rahmat-Mu.ya ! aku ni hamba yang mudah leka, mudah alpa, mudah ditipu dengan segala nikmat-Mu.Terima kasih ya Allah kerana aku sempat merasai segala kesusahan + keperitan pada hari tu.berkaki ayam seperti rakyat-rakyat yang susah seperti di Benua Afrika.Walaupun melecur juga kaki tu, tapi aku taw azab api neraka lagi pedih ya Allah.TERIMA KASIH YA ALLAH S.W.T atas ujian-Mu untuk aku.
okay.Redha :) *senyum sikit* mungkin juga ini peluang untuk hamba-Mu ini untuk mengembangkan ekonomi umat Islam dengan membeli selipar yang baru.Banyak sebenarnya pengajaran yang tak dapat diungkap.Apa pun, sebagai hamba yang tak terlepas dari ujian-Mu, aku amat bersyukur.
baca caption tu ! jangan fokus dekat gambar ja :) |
sedikit doa ;) |
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]
"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat." - [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Sebagai konklusi, janganlah kita sesekali mengeluh dengan ujian yang menimpa diri kita.Anggaplah ujian dari-Nya sebagai tarbiyah dan peringatan buat diri kita yang selalu mengkufuri nikmat-Nya yang sememangnya tidak terucap oleh kita.Anggap jualah ujian yang menimpa kita ini sebagai satu peringatan buat kita agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan setiap keadaan yang berlaku.Siapalah kita untuk menidakkan ujian dari-Nya.Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam..BERSYUKURLAH.BERSABARLAH.TABAHLAH ;)
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]
#Bersyukurlah duhai insan kerana diberpeluang diuji oleh-Nya.Bersabarlah duhai hati kerana sempat merasa ujian sedemikian.Berdoalah kepada-Nya selalu agar dipermudahkan segala urusan.#
Happy Reading,
|asyrafz|22 April 2013|6.52 p.m|
No comments:
Post a Comment