Halaman

Thursday 25 April 2013

5 years : HOSTEL LIFE (part 2)

Assalamualaikum w.b.t


Kita bersambung kembali dalam part 2." 5 years : HOSTEL LIFE (part 2) ".Entri kali ni lebih kepada bercerita mengenai pengalaman yang general la duduk di asrama.Takkan nak specifickan kot dalam ni, memang kena 150 juta entri la.Actually, aku ingat nak cerita pasal my life in form 1 and form 5 only,tetapi selepas membaca komen-komen, T____________T, sadis.Terus nak cerita semua form :D





FORM 2 : 2009





Welcome 2009 ;) Tahniah tak pindah dari SMKAB.Masih lagi bertahan untuk menimba pengalaman, meneruskan perjuangan di bumi SMKAB.Congratulations ! oh, I'm a prefect .Prefect ! Prefect ! Prefect ! * dengan bangganya *.Wah wah wah wah ! tak bangga pon.Sekarang dah jadi form 2.Dah jadi senior.Senior kepada form 1.Tetapi hamba junior kepada form 3, 4 & 5.





Sememangnya masuk form 2 ni benda yang aku takut.Sebab berdasarkan pengalaman, form 2 ni tahun paling jati diri kena kuat.Kena sabar, bertahan, iman kena kuat dan segalanya kena kuat.Ye lah, dah berusia 14 tahun la kan, walaupun tak rasmi  tetap 14 tahun.Orang cakap seusia begini, budak-budak asyik nak try benda baru ja.Nak rasai pengalaman baru.Dan semuanya baru yang belum pernah rasa sebelum ni.Itu semua benda biasa.Lumrah dan fitrah dalam diri manusia.




Masuk ja form 2, aku dorm F.Sebelah dorm G.Memang tak berkembang langsung minda sebab sebelah menyebelah ja.But, the environment totally different because I got different friends.Satu paras tu ada form 2, form 3, form 4.Lengkap semua.Tapi lepas beberapa bulan, aku ditukarkan ke dorm D.Dorm bawah.Yeahhh !!!! Jom kita enjoy * gaya Nora Danish *




Dekat dorm F, aku tak ingat atas aku siapa * alzheimer seketika *, tapi dekat Dorm D, atas aku Lokman Jalil. Hanya sesiapa yang mengenali beliau sahaja tahu bagaimanakah beliau sebenarnya.Enjoy sebenarnya satu katil dengan beliau.Dan, sebelah aku, kiri : Saiful Anuar, kanan : Razaili.Tak silap la.Okay ! dormmates semua enjoy habis.





Dan masuk form 2 ni, cabarannya kena pandai pilih kawan.Sebeb mostly semua dah back to zaman jahilliyah, puak sana, puak sini, geng situ, geng sini.Semua berpuak-puakkan.Jalan ke DM segeng, ke surau segeng, ke kelas prep segeng, ke water cooler segeng, ke bilik study segeng, nasib ke toilet ja tak ikut geng.Itu semua perkara biasa kepada yang bergelar form 2.Berkawan ikut geng, mahupun putera atau puteri.Mungkin sudah dicegah, tetapi sukar.





Bila masuk sahaja form 2 ni, dia dah mula ikut belang-belang senior tu.Kalau dulu form 1, semua plane ja, kosong, sama ja corak semua dan takde belang-belang bagai.Mai ja form 2, kita boleh tahu, mana kawan, mana lawan.Semua berubah secara mendadak.Macam biasa, pada mulanya, niat ingin mencuba, lama-lama terhasut, terikut semua lah.Tapi semua tu bergantung kepada individu sahaja.Dan bila jumpak saja form 1, mesti nak buat ramah, nak buat hebat la sikit.Mungkin excited sebab first year jadi senior kot.





Kalau sebut pasal rowcall, memang dah malas dah turun.Termasuk aku lah.Baloq liat nak turun.Memang kami la yang dok kena jerkah bagai dengan abang-abang prefect form 4 & 5.Mungkin jiwa ini rasa tidak mahu dikongkong seperti mana tatkala form 1 dahulu.Perkara biasa bagi semua form 2 setiap tahun.





Mungkin juga inginkan perhatian dari abang-abang.Makulumla, abang-abang dah ada adik baru. *rasa disisihkan kot* Lepas tu, bila kurang perhatian, dia dah mula bertindak sesuka hati.Macam-macam la buat.Pastu kalau sorang buat, semua kena dengan senior.Part tu yang aku tak suka sekali.Kekadang, tengah tidoq pukul 1 pagi, kejut bangun semua semata-mata nak settle kan kes.Polis pon tak settle macam ni.Memang "kalau sorang buat, semua kena", part yang aku agak suka persoalkan la .Kenapa dan Mengapa? Tepuk dada tanyalah iman.




Memang time form 2, aku agak rapat dengan certain senior.Dan, the senior that yang aku paling rapat is Abang Amirul or we used to call him as "Al-akhi".Rijal Mumtaz? mesti ingat kan.Dan, sudah menjadi kebiasaan untuk aku lepak dekat bilik dia lepas habis prep malam, kekadang tidoq sana dan macam-macam lagi.Bilik tu cemerlang di bawah pentadbiran beliau.Tapi sayang, selepas beliau keluar, habis kucai-macai.Terima kasih Al'Akhi atas semuanya ;)



Then, masuk saja form 2, aku ada buat kes yang memang memalukan.Baik diam saja.Kalau nak tau, PM aku dekat FB.Dan itu juga borang putih yang pertama.Normal la kan ;) 



Bila dah 14 tahun ni, kita dah semakin matang.Semua boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk.Semua itu bergantung kepada individu.Walaupun masih lagi diperhatikan oleh senior, tapi peranan jati diri dalam diri kita memainkan peranan penting jugak  ;)
Kita boleh tengok la waktu time-time ni, siapa yang cenderung untuk ke kanan, dan cenderung untuk ke kiri.Ya ! Itu semua permulaan dan boleh dilihat waktu-waktu begini.


tetiba terjumpak gambar ustaz ni.Ustaz Redzuan namanya ;)

again.Ustaz Redzuan ;)

Dan tak sangka.Kami boleh buat ini ketika form 2.




Dan semua kenangan, memori, peristiwa ketika form 2 sudah menjadi buih-buih di lautan Selat India.Biarlah buih-buih itu terus subur di sana.Semua duka, suka terus terpahat di memori.Sememangnya, aku belajar, melihat dunia ketika diri bergelar 14 tahun sangat ekstrem.Membesar bersama sahabat, berbeza sekali membesar di rumah.Terima kasih kepada semua yang sanggup together-gether mewarnai kisah-kisah semasa di form two.TERIMA KASIH SEMUA ;)




"Sesungguhnya, ALLAH SWT menyukai orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang bersuci" (Surah al-Baqarah ayat 222).



Wassalam ;)




-Hidup ini penuh dengan cabaran. Tetapi kita masih ada Allah sebagai pergantungan.Hadapilah segala cabaran yang mendatang dengan sabar-


Happy Reading,
| asyrafz | 26 April 2013 | 11.45 a.m |

No comments:

Post a Comment