Assalamualaikum w.b.t
Kini kita bersambung ke entri ke-4 tentang "5 years : HOSTEL LIFE (part 4)".Tahun keempat ni, bukan calang-calang tahun.Hanya tinggal 1 tahun sahaja lagi sebelum graduate di SMKAB
FORM 4 : 2011
Welcome welcome welcome welcome 2011 2011 2011 !!! yeahhh !! dah masuk upper form.Well, siapa yang tak bangga+excited bila dah masuk upper form.Pergi la buat survey dekat semua orang, semua akan bagi jawapan yang sama : YES YES YES !!
2011, sekejap sahaja masa berlalu, ternyata hati ini terlalu merindui zaman kekanak, zaman menjadi hamba abdi, junior dulu.Serius tak tipu ! Dan, 2011, diri ini bukan lagi seorang PENGAWAS sekolah.Tiada siapa-siapa ! Insan biasa, pelajar biasa, melangkah dengan penuh harapan , menimba ilmu.Barbaju putih, awkward moment bagi aku.Yeahhh !!
2011, telah didaftarkan masuk dorm R mula-mula.Kami form 4 satu dorm sahaja sebab yang lain semua dah kena buang lepas PMR atas beberapa faktor & keadaan.Itu semua ketentuan Allah.Kalau satu dorm, bermakna kami dalam 20 orang sahaja.Ya, itulah kami ! Ahli dorm R
Dorm R aku agak tak suka sebab atas puncak dan jauh dari segala-galanya.Tak suka ! Tak suka !Tapi disebabkan ada kawan, terus suka ! Dan kami dorm bukan dengan prefect, sebab prefect waktu tu * prefect my batch la* duduk dorm form 2 dengan adik-adik.Dan, atas aku sekali lagi, sahabat sampai syurga :IZZAT, sebelah aku, juga sahabat sampai syurga : AIZAT FARHAN, dan atas beliau juga sahabat sampai syurga :IMADUDDIN RABANI.Tempat yang strategik yakni selesa buat kami.Sekali lagi, posisi katil sama waktu form 3 di dorm Q
Selepas itu, sudah ditakdirkan, kami kena pindah ke dorm H.Amat jengkel ! Dah dapat port selesa semua bagai, kena pindah pulak.Stress kemuncak.Itu semua pilihan kami sebab *lupa*.Masuk saja dorm H, terus berubah posisi semua bagai.Berpecah sini, sana, situ, atas bawah.Maklumlah duduk dorm dengan budak baru.Form 4 baru la.Agak awkward juga mula-mula masok.Nak kena bergaul dengan budak-budak baru bagai.Tapi lepas seminggu macam tu, okay la.
Kalau berdasarkan pemerhatian, setiap tahun, form 4 ni zaman yang susah, kena berdikari banyak, kena pandai bawa diri.Zaman yang semua nak buat.Nak kenal dengan subjek-subjek baru lagi.Nak menangis tengok result Addmath lagi.Nak kena kena bersabar dengan Phy, Chem, Bio lagi.Dan macam-macam la.
Aku pon agak stresssssssssss masok form 4 ni, dengan kelas lagi, dorm lagi dan banyak la lagi.Tapi biasalah, zaman yang best.Tapi aku banyak belajar dari semua ni.Sama-sama kita perbaiki.Nak kena redha dengan kawan-kawan yang pindah ke sekolah lain.SBP bagai.sadis jugak la.3 tahun duduk sekali, tetiba pergi macam tu ja.Apa pon redha.
Kesian jugak dekat insan-insan yang bergelar prefect-prefect yang amat sibok waktu form 4.Banyak cabarang yang mereka-mereka semua alami.Ye lah, nak pilih calon MT 2012, kena la tough sahut semua cabaran tu.Kalau tak, tak mantaplah pentadbiran jentera 2012 ;)
Dan aku masih ingat time form 4 jugak, bila dekat dorm R.Waktu tu keputusan SBP baru keluar dan mungkin menambahkan stress buat sesiapa yang dapat la kan.Dan ditakdirkan malam waktu nak tidur, Izzat jadi migrain yang teramat sangat.Dalam dorm tu pula ada aku & Bit.Sapa lagi tah.Dah la waktu tu dalam pukul 12 tengah malam lebih dah.Kami pon pergi la BP yakni Balai Penerangan dan buat la apa yang patot.1) bagi tau pak guard, 2) mintak syiling dekat pak guard dan call Ustaz Syam, 3) Naik dorm dan bawa turun pesakit, 4)Ustaz sampai dan pergi hospital Baling.4 steps semuanya.Dah la pergi hospital dengan pakai baju tidoq bagai.Pi pulak sana, dok gelak-gelak dengan Bit.Ustaz Syam dok tidoq dalam keta.Kami la urus semuanya. "PESAKIT YANG KELIRU" =_=".Balik tu Ustaz belanja roti semua dekat 7E.Waahhh !!!
Pastu waktu nak balik kelas waktu malam dekat pukul 11 lebih la.Aku dengan Bit pi kelas.Tak pa la.Kami tak solat lagi.Berjalan-jalan-jalan-jalan sampai surau.Naik naik ja tangga surau dekat Makmal TK tu.Sambil jalan nak naik tangga tu, aku dok hentak-hentak botol air dekat tangga.Sampai ja atas sikit, dengar bunyi ,"Hik hok hik hok". "BABI !!!!!!!!!".Macam lipas kudung kami lari sampai dorm H.Solat dekat dorm ja.Ini semua Babi atau nama lebih mesra disapa cik Bi dalam kalangan bebudak.Naik dorm tu, heboh bagai la.Dengan peluh mencurah macam lari 200 meter.
Lepas tu waktu kursus haji yang buat dekat SMKAB.Yang terlibat ialah form 4 & form 5.Ditakdirkan Jumaat tu, kami ada Program Biah Hasanah.Dengan batu nak melontar esok tak cari lagi.Habis ja program dalam pukul 11.30 malam macam tu.Penat dan letih sampai kaki shaking nak berjalan tak payah kata la.Lepas solat apa semua dekat surau tercinta, kami start berjalan pi kawasan berbatu yang dekat dengan Rumah Bakrizal, belakang lagi dari rumah warden.Pi pinjam torchlight pak guard sat.Jalan la dalam 4, 5 orang kot.Kutip batu dalam gelap, malam, penat.12.30 tengah malam kami sampai dorm.Sampai bersemangan macam tu sekali nak ikut program haji haaaaaaaaa (Y).
Lepas tu part-part gaduh dengan semua orang banyak la.Banyak sangat.Dan kami budak laki sikit sangat sebab banyak yang dah kena buang.tsk tsk :'( Redha.
Kami faci-faci Biah Hasanah 2011. |
Dan.Penat nak bercerita.Itu sajalah.
Wassalam ;)
-Sungguh indah menyaksikan kehidupan ini.Kehidupan yang banyak mengajar erti apa itu hidup.
Happy Reading,
| asyrafz | 29 April | 12.13 noon |
izat ada migrain -_- . bru tau !
ReplyDeletebukan migrain.dia dilemma
ReplyDeletehahhhh ? haha..sampai msok hospital kaa ? dahsyatnya dya :/..
ReplyDeleteyup.dok menggelupoq atas katil.dah la aku katil atas.nak tidoq tak boleh.terus aku dengan Bit bawa dia gi hospital
ReplyDelete