Halaman

Thursday, 25 April 2013

5 years : HOSTEL LIFE (part 1)

Assalamualaikum w.b.t


5 years : HOSTEL LIFE (part 1) ----------> Sememangnya aku nak bagitau hampa semua yang aku memang budak ASRAMA or hostelite :) Tapi semua tu dah menjadi buih-buih di lautan Asia Pasifik dah.Biarkan dia sedang membuih-buih di sana :'(



MY LIFE IN HOSTEL



FORM 1 : 2008



Welcome welcome welcome.Hari pertama masuk asrama, bermulalah satu kehidupan yang memisahkan aku dengan kehidupan sekolah rendah.Dan aku masih ingat masa hari pertama masuk di mana aku masok asrama dengan pakai t-shirt kolar jenjalan dengan selaur slack  *macam nak beraya*, walhal kawan aku semua segak bersemangat dengan baju sekolah besok hari;) abaikan! siapa suruh nerd sangat * sorry guys*  Waktu tu pulak ayah aku parking dekat-dekat rumah warden.JAUH ya Rabbi ! penat berjalan bersama family bawa beg+baju hang+timba bagai, semata-mata nak masuk asrama putera atau nama saintifiknya : ASPURA.



Daftar semua dekat D.M, masuk letak barang dekat Dorm G.Jumpa kawan baru, katil baru untuk 1 tahun, bilik air baru, bilik basuh baru.First day, semuanya aku asyik sebut perkataan BARU sahaja.Yang aku ingat atas aku Rasyid, budak Kulim.Tu sekitar hari pertama.Jadi ? kau nak cerita setiap hari-hari kau di asrama ke ? Eh, tak lah !



Then, my new life begin.Aku tak de la homesick bagai nak berpisah dari rumah+rindu ke apa sebab dah biasa kena tinggal macam ni , camping segala bagai lagi.So, benda biasa la.Before masuk asrama, my mom ada cakap, "kalau 2 bulan tak tahan duduk asrama, abang pindah la....." haaaaa macam tu cakap.Buat kering je.



Dan kawan sekolah rendah aku yang tersekali termasuk satu asrama ialah Imad, Noh, Iman, Najwa, Shafiqah.Kami je kot.But, those boys were in the same dorm except ME.Allahuakbar.Mereka dorm K.Aku dorm G.Satu paras , tapi jauh.Dan sebelah dorm aku, dorm H, dorm para-para abang prefect+BADAR.Cuak jugak tengok semua abang-abang tu mula-mula.Semua abang-abang tu baik sebenarnya.Walaupun garang jugak kekadang.Tengking la, jerkah la apa semua, tapi ada taman dalam hati mereka.



Memang banyak pengalaman baru duduk asrama, kalau nak cerita di sini mau 150 juta entri jugak la.Tapi yang aku ingat, waktu form 1 paling best duduk asrama.Ye lah ! Budak baru masuk asrama, ikut peraturan segala-galanya.Taat pada senior dan warden.



Sebut pasal senior, dorm aku tingkat atas.Atas dorm A,B,C,D & E.Atas dorm senior form 4 & form 5.Susah jugak nak survive bila kena redah semua dorm tu untuk naik atas.Tapi, paling kuat senior-senior suruh ambek nasi + kuih + air semua tu dekat watercooler & D.M.Panggil masuk dorm, suruh cari duit syiling RM 2.00.Panggil masuk dorm, suruh cari biskut 4, 5 bungkus.Sidai towel semua tu perkara biasa bagi aku masa form 1.Come on la ! New life la katakan.Chill bro !



Then, bangun mesti la awal semua.Masa hari pertama tidoq dekat asrama malam tu, besok tu bangun pukul 4 pagi *kalau tak silap la* .Punya semangat ! Lepas-lepas tu, hentam 5.45, 5.30, 6.00 pagi baru bangun.Saja nak beat senior ;) Kalau subuh lambat memang confirm kena dengan abang BADAR ka prefect ka.Dan, aku memang muka-muka yang selalu kena.Ketuk ketampi sebab lambat.Postpone denda waktu rowcall la apa la.Tapi tu semua pengalaman, tetap terpahat di hati sanubari buat picisan anak-anak cucu nanti.InsyaAllah ;)



Sebelum pergi sekolah, kena rowcall dulu.Satu lagi benda asasi buat budak hostel.6.50 am kena get ready dengan baju sekolah+beg sekolah+kasut sekolah+songkok+ tie semua nak line up.Sebelum tu, kena bersih dulu dorm kesayangan.Kalau dapat duty sidai tuala tu , memang salah satu penyeksaan la kan.Nak kena usung sana, usung sini.Penat ! Tapi rowcall waktu form 1 paling best sebab taat ja semua.Seronok tengok.Sebelum rowcall tu baca asmaul-husna lagi.Waahhh !!! pagi-pagi dah baca nama-nama Allah S.W.T.Tapi tu  semua 2008.T_____________________T.



Balik ja sekolah, solat-solat, makan-makan kat DM.Naik dorm.Ready to prep ! Selalunya waktu nak pi mandi tu, bawa segala benda benda sabun apa semua, mesti kena tahan depan dorm H "adik, nanti lepas mandi, kejut abang".Nampak? kena jadi tukang kejut mandi tak bertauliah pulak lepas mandi.Tak pasal-pasal ja.Buat sahaja seperti di suruh.Barulah Allah sayang :D



Dan, kalau masuk ja hari khamis.Semua form 1 pakat dok kalot sebot, "Hi qiamullail".Ye la, malam tu nak kena tidoq  dekat surau muttaqin sebab besok tu nak bangun awal, nak qiam.Ada la torture nasihat sikit kan dari abang-abang senior.Yang tu memang tak leh lupa la.Kenangan babe ! Besok tu, tunduk ja waktu kuliah ustaz.Balik dorm qadha balik tidoq sampai solat jumaat.Boleh hafal dah semua rutin-rutin tu.Pi solat jumaat paling awal lah kami para-para form 1 tunggu bas.Baik la katakan.Lepas balik tu, basuh kasut+basuh baju, dok buat kereta api sat dalam bilik basuh.Petang ja parents datang lawat ! yeahh !!! Besok sabtu, lepas kuliah + makan pagi, sambung balik tidoq walhal malam sabtu tu tak de kelas prep.Tak dak prep malam tu yang enjoy.Layan megamovie dekat bilik TV sambil tunggu supper.


Sebot saja Sabtu mesti semua ingat OUTING OUTING OUTING !! Ada outing dengan kawan, dengan senior, dengan parents.Ikut lah sesedap rasa sendiri.


Kalau sebut minggu ni balik kampung, hari Selasa dah kemas dah beg nak balik kampong.Padahal, khamis baru nak balik.Excited di situ.Dah la kemas awal, bawa balik banyak pulak tu, walaupun asrama ada dobi.Abaikan dobi tu.Yakini dobi rumah dari asrama :) Siap dengan timba lagi bawa balik.Heh, benda biasa la tu bagi budak form 1 kan.Tambah-tambah yang balik naik bas, siap ada la yang bawa balik dengan timba bagai.Kesian.




Form 1 semua muka innocent-innocent, muka suci, BERSIH la orang kata dari segala-segala gejala-gejala ni.Tapi, ada jugak yang terjebak.Biasalah, meningkat remaja.Semua nak cuba.Alhamdulillah, aku terhindar dulu dari semua tu dulu.Kalau form 1, buat masalah ja, mesti form 2,3,4 & 5 kenai la.Confirm.Jadi "ikon" gitu dekat sekolah *tahniah Bintang Popular*  



Kalau bab-bab bising ni, FORM 1 la JUARA.Yang dok ambik anugerah setiap tahun, KAMI la dulu.Dalam dorm bising, kelas bising, bilik study bising, surau ja kurang sikit.



Tu semua kisah-kisah form 1.Banyak lagi sebenarnya yang nak tuliskan.Rindu sebenarnya nak masuk form 1 balik.Seriusly, tak tipu! Seronok tengok perkembangan menjadi dewasa.Time has wings.Kisah-kisah-kisah-kisah 2008 sangat menarik.Kalau masa boleh diputarkan, sememangnya aku ingin kembali menjadi form 1 kembali.Gelak tawa, suka ria, suka duka, riang senda adalah satu benda yang sinonim bagi kami dahulu.Terima kasih kepada mereka yang sudi mewarnai, mencorakkan, mengcrayonkan, mengecat kisah-kisah aku sewaktu form 1.Senior-senior, kawan kawan, para-para warden ; TERIMA KASIH.



“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”

terjumpak gambar ni dalam pendrive.KENANGAN waktu form 1 ;) cute-cute ja semua




Wassalam ;)


-Kenangan itu akan terpahat di memori sampai bila-bila.Walaupun tidak semua, pasti akan terselit jua sedikit.Jadikanlah kenangan itu sebagai azam dan pedoman di hari muka-


Happy Reading ;)
| asyrafz | 25 April | 10.30 p.m |



6 comments:

  1. haha..ada lagi smbngan kot ~ jenoh tnggu laa smapai ang abis spm pa .. gmbaq tu ..lawak gilagila .

    ReplyDelete
  2. T__T
    smbunglah lgi entry ko~
    haha~

    ReplyDelete
  3. hahaha.InsyaAllah sampai part 5 nanti.gambaq tu, asyraf wajdi ja matang.izzat pon budak-budak lagi ;D

    ReplyDelete
  4. muka aq budak2 arrr...xthan tgk~

    ReplyDelete