Halaman

Friday, 26 April 2013

5 years : HOSTEL LIFE (part 3)

Assalamualaikum w.b.t


Saat ini, ketika ini, sudah masuk entri yang ketiga pasal HOSTEL LIFE ;) Alhamdulillah, pengalaman yang ada akan dikongsikan bersama-sama supaya sama-sama merasai.



FORM 3 : 2010



Welcome 2010.welcome.welcome.Dekat seminggu jugak aku wish welcome ni.Excited punya pasal tentang tahun ni.What is the special about 2010 ? oh, the main thing on my mind about 2010 is : PMR 9A PMR 9A PMR 9A PMR 9A.Itu sahaja yang berlegar-legar bagi aku dalam tahun 2010.




Sudah ditakdirkan oleh Allah untuk aku menghuni Dorm Q bagi tahun 2010.Awesome !Sudah tentu suka ya Rabbi duduk dorm Q.Kenapa suka dorm Q :


  • Dekat dengan toilet.Nak ke tandas, mandi apa semua senang.Kalau sakit perut, mudah sahaja, dua atau tiga kali lompat dah sampai dekat tandas
  • Dekat dengan ampaian.Senang sikit nak sidai towel, sidai baju, sidai segala-galanya yang berkaitan.
  • Dekat dengan dobi.Whooaaa !!! Senang nak turun waktu cuti, nak iron baju lepas balik sekolah.
  • Dekat dengan D.M.Lagi satu advantge sebab nanti nak basuh tupperware makan maggi senang.Tak payah susah cari sabun.Tapi, basuh dekat toilet lagi senang.Bilik basuh ka.
  • Dorm bawah.strategik nak turun-naik-turun-naik-turun-naik tangga.Tak la kena langut atas dulu, fikir 2-3 kali sebelum naik atas.
  • Dekat dengan bilik study.Paling penting.Sebab nak ambik PMR.Bilik study dah jadi rumah kedua lepas dorm Q.
  • Dekat dengan tangga nak turun D.M sebelah dorm N and dorm P.Grilledekat tangga tu prefect suka kunci last sekali.Maka, advantage buat kami yang separas dengan dorm prefect. 
  • Kalau nak makan pon senang.Tak payah kalot turun buat rushing-rushing bagai sebab bila orang lain lalu nak pergi makan, kami menggunakan nikmat suara untuk menjerit lalu bertanya.Tak kisah time bila, especially semua kecuali makan tengah hari sahaja.
  • Dan dan dan dan yang paling best sudah menjadi habit atau kebiasaan ahli-ahli dorm Q untuk mengushar mak-mak cik D.M masak, basuh pinggan, main sabun, sembang dekat belakang D.M.Sebab dorm kami direct terus dengan D.M.Kekadang jadi bahan jugak lah semua-semua tu.Hilang tension bila balik sekolah tengok mak-mak cik D.M tu.


Berdasarkan semua hujah-hujah di atas, sila angguk yang Dorm Q memang awesome! *terima kasih ! nanti datang tuntut hadiah*




Dan atas aku waktu di Dorm Q ialah tak lain dan memang bukan : MUHAMMAD IZZAT BIN YAMIN, sahabat baik dunia akhirat.InsyaAllah *sila tadah tangan* Dan sebelah aku, juga sahabat baik dunia akhirat : RAZAILI RAZAK dan atas beliau, MAT NOH.





Habis sudah pasal dorm.Next, pasal PMR.oh, PMR telah membuat hidup aku berubah dengan drastiknya sebanyak 370 darjah.Pagi petang siang malam tengah malam semua cari BUKU.Buat Homework, revision dan nota itu semua perkara biasa bagi seorang calom PMR.Dan I give my best in PMR.Usaha + Doa + Tawakkal ;)



Life waktu form 3, sudah berubah 10 kali ganda dari form 2 dan form 1.Mungkin terasa senior sedikit.Dan zaman jahilliyah kembali lagi  *welcome* .Semua sibuk dengan geng-geng memasing.Itu ini sana sini.Semua sibuk.




Selalunya, waktu form 3 ni, senior dah tak jaga dah.Matured enough to guide your way.Sama ada pilih yang baik atau buruk, depends on individu.Semua sudah dididik, diajar diberitahu yang mana betul, yang mana salah.Bergantung kepada diri sendiri sahaja, nak kutip masuk dalam hati atau lihat semua benda tu terbang macam tu sahaja.Orang dah boleh nilai dah, dia ni macam mana waktu form 3.Semua dah ada belang sendiri.Panda-pandai lah bawa diri sahabatku semua.Semua diberkati Allah S.W.T.




Masuk form 3, I'm still a prefect.Cuma tugas tu kurang la sikit.Tapi sibok jugak la.Jaga pintu waktu assembly, buat-buat kalot waktu Malam Tautan Kasih dan macam-macam lagi.Rindu sebenarnya nak jadi prefect balik.



Dan form 3 juga mengajar aku erti perpisahan apabila sorang demi sorang kawan se-batch yang pindah.Agak banyak jugak la.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.




Waktu form 3 ni la pertama kali ASRAMA SMKAB menganjurkan HARI ASRAMA TERBUKA (HAT).HAT diadakan pada hari Jumaat pagi.Pagi tu, berduyun-duyun pelajar puteri datang ke ASPURA yang tak seberapa sedap mata memandang.Dan puteri-puteri ini datang pon sekejap sahaja.Hanya jeling-jeling mata sahaja.Dan kami selaku dorm Q menjadi JOHAN bagi HAT.Memang usaha kami berbaloi sebab malam tu dekat pukul 3 pagi baru nak cari bantal.Hias dorm bagai, dengan sampul, raya, bintang, tulisan-tulisan, buluh lemang semua.Dan, tikar mengkuang Jali yang hampir dijilat api pagi.Kenangan semua tu ! 




Dan selepas sahaja tamat PMR, seorang demi seorang kawan se-batch telah meninggalkan asrama untuk menikmati saat-saat manis di rumah.Tapi aku bukan tergolong dalam tu, masih lagi mencangak bulu dekat asrama.Aku mula rasa nikmat duduk asrama lepas PMR.Boleh bawa phone, tak pi prep.Solat kat dorm.Tidoq 24/7.Indah.Itu semua dulu.Sedang berbuih di sana.





Di mana lepas PMR dulu, kami hanya ada beberapa orang sahaja.Boleh kira dengan jari kaki + tangan.Sikit saja.Tapi enjoy habis.Ada satu malam tu, kami makan Maggi Ruski Tom Yam dengan minum susu.Mau tak muntah bagai.Itu juga kenangan.Aku pernah solat lima waktu dalam dorm.First time buat macam tu.Sebab demam.Dan seb baik ada kawan teman waktu maghrib, Ikhwan.Terima kasih.




Aku ingat lagi, waktu kami assembly pukul 8.15 a.m macam tu.Kalot ternyorok-nyorok dekat tepi kantin-dewan terbuka.Hahahaha.Lawak.Pergi sekolah lambat.Dan hari tu jugak umu yang kami menang HAT.Nasib prefect form 2 pergi naik ambik.Lepas tu semua pakat melantak dekat dorm.Muahaha * gelak kejap*.




Kesimpulannya, form 3 lah yang aku rasa best sangat sebab dah rasa senior sikit kot.Ada kawan semua.Hostel Life paling dirasai waktu form 3.



Prefect tuh!

Malam Busana Muslim.Dorm Q menang ;)

Waktu Minggu BADAR.Lokman Jalil jual rojak ;) Come on Imad. yeahhh !!!!


Muka kekanak jelas terpancar.Nampak? *malu-malu*





Memori 2010 telah lama berlalu, dia datang dan terbang.Semua jelas terpahat dalam memori.Memang form 3 banyak mengajar aku semua benda.Hadapi segala masalah dengan tenang.Sifat berdikari itu jelas kelihatan ketika usia 15 tahun.Apa yang aku tulis ni, mengingatkan aku kembali kepada kehidupan aku yang terhadulu.Kehidupan yang banyak mengajar aku.Erti hidup apa semua.Memang aku bukan budak harian.Beruntung dapat masuk asrama SMKAB.Semoga apabila aku baca entri-entri ni dalam 10 tahun akan datang, mampu mengingatkan aku kembali kepada semua-semua ini :)




"Untuk sebuah kapal berjaya meredah lautan yang luas, ianya memerlukan kerjasama sepenuhnya di antara anak-anak kapal dan nakhodanya. Kita perlu kepada kesatuan yang kukuh, bahu-membahu, bertolong-bantu dengan ikhlas. Arahan perlu diberi dengan ketaqwaan dan didengar dengan ketaqwaan. Hendaklah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dan hidup berpandukan alQuran dan sunah Nabi Muhammad SAW."



Wassalam :)



-Apabila dikenangkan kembali ukhwah yang terbina, manisnya amat terasa.Hubungan ini mengharapkan sehingga ke syurga-



Happy Reading, 
| asyrafz | 26 April 2013 | 5.59 p.m |

2 comments: