Assalamualaikum w.b.t and a very good afternoon to all my silent readers ;)
seperti biasa entri kali ni nak sambung balik pasal the past interview.bukan niat di hati nak riak ke apa sebab dapat pegi interview, tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman sahaja.okay fullstop ! seperti tajuk di atas."Apa yang aku sedia sebelum pergi temuduga?"*thanks encik google translate* memang la kalau nak pergi interview kena well-prepared la kan .ye lah, nak menjawab semua soalan yang bakal ahli-ahli panel tanya.Ingat senang ka nak jawab.so, the first thing that you do is STUDY STUDY STUDY STUDY !!!
STUDY APA ? SPM DAH LEPAS LA BANG !
*heh, !!!! kau ingat SPM je ke nak study?* apa yang dimaksudkan dengan study tu? sebelum korang gatai tangan nak isi pasal scholar yang korang nak, mesti la korang semua dah pilih BIDANG apa, NEGARA mana dan sebagainya.mesti la ahli panel tu nak tanya nanti, "ehhheemmm...who you choose dentistry as your field to study instead of medical?" and "why do you prefer to study in middle east?"
Nak jawab apa ya nanti kalau tetiba keluar soalan macam tu? okay, bagi aku la.aku minta tolong bantuan :
- Encik google
- para-para blogger yang ada pengalaman pasal interview ni a.k.a blogwalking
- ibu bapa tercinta
- cousin
- senior-senior SMKAB
- para-para guru SMKAB
nahh ! kalau boleh memang nak bagi keta ni sebijik dekat mereka-mereka di atas <3 |
okay.sambung balik.memang aku buat research kenapa aku pilih negara ni, kenapa pilih bidang ni.penat jugak la.tapi kalau kita bersungguh-sungguh, insyaAllah semua jadi mudah kan.?*baguss angguk*
aku pon copy paste semua apa-apa yang aku rasa menarik dari blog-blog orang lain dan tanpa segan silu masukkan ke dalam microsoft lalu print ! mudah kan?*baguss !angguk lagi sekali* kepada siapa yang nak pegi interview nanti, make sure hampa kena alert dengan benda-benda ni.jangan sesekali ambil remeh-temeh seremeh-remehnya.
Besides, aku terdengar ura-ura mengatakan interview ni totally in english.All the interview are conducted in English.okay masalah kah? ya.memang bertutur dalam bahasa inggeris merupakan satu masalah bagi kita sebab mungkin persekitaran kita kot.maka, tanpa fikir panjang aku setiap hari cakap english dengan my mom, dengan encik cermin dalam bilik adik aku dan dalam toilet.actually, waktu aku pergi sekolah dengan Izzat and Al-Amin, hari Ahad, kami minta tips dekat teacher Sarah and she explained well to us ;)
terima kasih cermin ! |
orang kata practice makes perfect improvement.so, aku pun practice la dengan kerap sekali.mula-mula start la dengan introduce ourself.bagi lancar dulu yang tu.okay.sesiapa yang dapat interview nanti.practice la yer ;)
A DAY BEFORE INTERVIEW
okay.a day before interview? does it mean tuesday? yeahhhh ! betul la sebab aku kena interview on wednesday.Pada hari Selasa, 16 April 2013, mostly kawan aku dah pergi interview dah.so, yang kena paling awal ialah Needa.ya! needa.*minta biotech tuh* makan, dia la perintis kepada kami semua.selaku yang gemar mengupdate status, dia dah update dah dekat FB dia seawal pagi lagi.okay, maka yang kena turn petang tu dah taw dah nak buat apa.berdasarkan laporan needa, dia kata yang budak MARA kena jawab ujian sahaja consists of 100 questions ; 50 in malay, 50 in english and one essay.mungkin ini satu keriangan buat budak MARA sebab mereka tidak perlu ditemuduga !
MAKA ?
aku pon dengan pantasnya tanya dia "weh needa, budak JPA kena buat apa?".needa jawab, "budak JPA kena interview yakni temuduga.sebab hampa tak kena bawa pensel kan?"ohhh !!!!!
memang aku akan jerit macam ni ! |
seperti yang dijangka, budak JPA-MARA kena interview.memang aku dah agak.needa kata dia nak tanya Pikah Alias untuk tolong aku.*thanks weh*.lepas dia tanya, dia kata budak JPA-MARA ada 3 sesi.okay , aku dah mula cuak !terossss minta no tepon pikah alias dan call dia.selepas bersembang+merapu agak lama.aku dah dapat bayang dah semuanya.pastu, I'm just prepare fo mental only for tomorrow !
semua fail + sijil + slip gaji + resume + beg + baju + seluar dah siap.aku pon tidoq awal la jugak untuk BESOK !
SEDIKIT TIPS UNTUK INTERVIEW
here, I want to share with you some tips for those who are going for interview :
- first sekali, baju mestilah pakai mengikut apa yang dia suruh.I mean pakai baju formal la.kalau lelaki : kemeja+seluar slack+tie+kasut kulit.kalau nak pakai blazer pon is okay.but, mostly orang tak pakai.tapi.mungkin satu advantage kepada sesiapa yang pakai.kalau perempuan sudah cukup dengan pakai baju kurung yang simple.kalau nak pakai shawl pon tak pe.biar nampak simple sahaja+kasut.ada jugak perempuan yang pakai blazer.It's up to you dear ;)
- segala fail-fail tu kalau boleh pastikan susun elok-elok.asingkan yang mana sijil akademik, sijil kokurikulum dan sijil kepimpinan.pastikan susun mengikut susunan mengikut tahun ataupun peringkat.bagi ahli panel tu senang nampak dan tak messy.kalau boleh letak resume sekali dalam fail tu.bagi la nampak "uummpphhh" sikit ;)
- pastikan makan dan bawa air mineral dalam botol.ye la, nanti nak cakap lama.takkan tak haus kot.
- pastikan anda semua study pasal BIDANG yang anda pilih dan NEGARA yang anda pilih.sebab dua tu penting.mungkin juga UNIVERSITI pilihan anda nanti.pastikan anda sentiasa membaca tentang isu-isu semasa dan perihal dunia masa kini.hal-hal isu semasa juga pastikan anda peka.
- sebelum masuk bilik interview tu, bacalah ayat kursi, doa penerang hati, surah al-Insyirah dan juga doa yang anda rasa sesuai untuk baca.sebab waktu last-last minute dah takde guna anda study.berharaplah pada pertolongan-NYA.sebab kita dah usaha sebaik mungkin.mohon juga semoga dipermudahkan segala urusan anda.
- sebelum anda masuk bilik interview tu, bergaul mesra la dengan rakan anda.kenal mereka.mungkin dengan ini boleh menghilangkan rasa cuak atau nervous anda.jangan la diam je + serius.cuba kita buat ramah dengan rakan sebelah kita.tanya khabar, tanya apa persedian mereka, tentang kos mereka, negara pilihan mereka dan sebagainya ;)
- jangan buat muka takut atau cuak + serius + gementar dalam bilik interview.buat la muka seronok seperti tiada apa-apa yang akan berlaku.buat relaxxxx je.sebab mungkin dengan ketakutan anda, boleh mempengaruhi fikiran anda sewaktu ditemuduga nanti.
- pastikan anda berlatih untuk CAKAP CAKAP CAKAP for both languages, BM and English.jangan fikir pasal grammar sebab anda bukan nak pegi public speaking competition.just interview sahaja.yang pasti anda lancar dan tidak gugup ketika bercakap.bercakap ni penting jugak sebab waktu interview ahli panel tu nak tengok bagaimana cara kita bercakap sebab yang pegi interview tu semua layak untuk mendapat tajaan dan layak ke luar negara.cubalah sebaik mungkin.
- ketika anda berada dalam kumpulan untuk temuduga, jangan lah nak "conquer" semua dalam group tu sebab ahli panel tu nak semua ahli kumpulan untuk bercakap.bagi satu point or whatever.cubalah bagi ruang dan peluang untuk orang lain juga bercakap.walaupun anda ketua, tak semestinya anda berhak untuk bercakap semua.cuba mintak pandangan ahli kumpulan sama.toleransi tu penting.kalau nampak ahli kumpulan anda itu diam, cuba beri dorongan kepadanya dan bantunya untuk bercakap.jangan pentingkan diri sendiri.cuba bergaul aktif dan bercakap sewaktu discussion dalam kumpulan SEAKTIF mungkin.cuba wujudkan aura positif dalam group tu.
- Finally, berdoalah sebanyak mungkin sebab kita tau yang doa tu senjata orang mukmin.mohonlah dipermudahkan segala urusan sewaktu ditemuduga.jangan panik.tenang sahaja.BE THE BEST !
Ini sahaja dari saya.semoga segala apa yang diberi mampu membantu anda sedikit sebanyak untuk menghadapi hari temuduga nanti.Kita hanya merancang tetapi Allah S.W.T lah sebaik-baik perancang ;)
******to be continued ******
Happy Reading,
|asyrafz|20 April 2013|3.50 p.m|
No comments:
Post a Comment