Halaman

Tuesday, 23 April 2013

Bersyukurlah ;)

Assalamualaikum w.b.t

Selamat membaca semua;) *senyum sikit*

Bersyukurlah;) Alhamdulillah.selalunya ucapan "Alhamdulillah" ni sebagai tanda kita bersyukur kepada semua nikmat yang dikurniakan oleh-Nya.Ye lah, as a servant, kita sememangnya kecil + kerdil di atas muka bumi ini.Kuasa kita terhad, kebolehan kita terbatas, tak mampu nak menjadi semua dan mempunyai semua kebolehan dan kelebihan.

try fahamkan maksud sebenar gambar ni walaupun hiasan semata-mata ;)
okay.The main thing that I want to talk is about our KELEBIHAN dan KEKURANGAN kita.In English we used to say ADVANTAGES and DISADVANTAGES *dwibahasa lagi* Setiap individu atau orang tak SAMA.SAMA sekali tak SAMA.Kita semua ada kelebihan masing-masing dan kekurangan masing-masing.Tak ada manusia ada yang sempurna dalam dunia ini kecuali la Rasulullah S.A.W.That's the fact okay ! 

Memang menjadi fitrah dalam diri kita ni sebagai manusia, tak nak mengaku kelemahan masing-masing dan ada yang malu dengan kekurangan diri kita.Sememangnya aku pon malu dengan kekurangan yang aku ada.Tapi nak buat macam mana? Tepuk dada tanyalah iman.Walaupun kita mempunyai kekurangan, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Cuba kita bayangkan situasi kita di sekolah. *pejam mata kuat-kuatttttt*

KES PERTAMA

Andrew merupakan pelajar cemerlang + gemilang + terbilang di dalam kelas mahupun tingkatan anda sendiri.Sudah menjadi kebiasaan buat Andrew untuk score setiap kali exam dengan flying colours.Tip top lah resultnya ! Itu kelebihan untuk dirinya kan?

Albert pula seorang pelajar yang biasa-biasa sahaja dan kurang sedikit bijak daripada Andrew.Sedang-sedang sahaja resultnya.

Tetapi, Andrew ni seorang yang KEDEKUT ILMU dan tak nak berkongsi ilmu, mengajar kawan dan suka study sendiri dan dapat ilmu tu sendiri-sendiri jugak.Berbanding dengan Albert, walaupun beliau tidak sehebat Andrew dalam pelajaran, tetapi beliau tidak berat hati nak membantu rakan-rakannya dalam pelajaran.Suka sharing, tak kedekut ilmu, study together-gether dan suka memberi tunjuk ajar.Itu perbezaan antara orang yang bijak dan kurang sedikit bijak.

**********

KES KEDUA

Si Sabrina ni memang budak segak + hot + cun + beautiful + anggun pesona segala bagai lah dan segala yang sewaktu dengannyalah di sekolah.Ada kan dekat sekolah hampa budak macam tu? *terima kasih sebab angguk* .Dan Si Sabariah ni seorang yang amat contra dengan Si Sabrina yakni amat low profile dan bersifat antonim ciri-ciri fizikalnya jika nak dibandingkan dengan Si Sabrina.Fahamkan? 

Okay, Si Sabrina pula, walaupun cantik luaran tetapi inner beauty beliau amatlah tak sebeauty rupa parasnya yakni amatlah terok + sombong + angkuh dan sewaktu dengannya *penat nak listkan*.Senang fahamlah, Si Sabrina ni "kekwat" la  dan macam-macam lagi.Tetapi, Si Sabariah ni amatlah cantik sekali inner beauty beliau sehingga menjadi Tokoh Sumur Sekolah.Walaupun luarannya kurang tetapi, sifat dalamannya Grade A+ la orang kata.Nampak perbezaan antara Si Sabrina dan Si Sabariah?

**********

KES KETIGA

Ahmad Asyraf ni merupakan seorang pengawas di sekolah beliau.Beliau memang seorang yang bijak bercakap, berkeyakinan tinggi, fasih berbicara.Al-maklumlah, seorang pemidato & pembahas sekolah dan segala bidang yang berkaitan dengannya.Beliau sering mengoffer dirinya untuk menjadi ketua dan sukarelawan untuk bercakap dalam apa jua aktiviti.

Ahmad Sharaffi pula seorang yang tidak pandai bercakap di hadapan orang khalayak orang ramai.Sudah terang lagi bersuluh, berbeza perwatakan sifatnya dengan Ahmad Asyraf.Beliau seorang pelajar biasa, tidak terlalu aktif di sekolah dan kita lihat sebagai ordinary student sahaja.MEMANG sangat contra  dengan Ahmad Asyraf

Tetapi, ada juga kekurangan buat Ahmad Asyraf.Beliau tidak mempunyai ilmu yang secukupnya dalam ilmu-ilmu agama.Jahil sedikitlah orang kata.Sembahyang pon ala-ala kadar ja.Baca al-quran pon seminggu sekali je.Ahmad Asyraf juga lemah sikit kalau nak cakap bab-bab sukan ni.Jikalau hendak dibandingkan dengan Ahmad Sharaffi ni, beliau mendapat gelaran ustaz di sekolah dek kerana rajin mengaji, solat fardhu+qiamullail+solat sunat semua cukup.Ahmad Sharaffi juga hebat dalam bersukan dan sering wakil sekolah dalam sukan.Nampak kekurangan dan kelebihan antara Ahmad Asyraf dan Ahmad Sharaffi ? *sila bayangkan*

**********

Selesai sudah ketiga-tiga kes di atas.Apa yang kita dapat bahawa semua orang ada KELEBIHAN dan KEKURANGAN  dalam diri masing-masing.Mungkin ini sebagai ujian dari Allah S.W.T kepada diri kita untuk menilai setakat mana kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Kepada yang ada KELEBIHAN : Tak perlu sombong+riak+takabbur+ujub+bongkak dengan kelebihan yang anda ada.Anda perlu ingat, anda juga ada kekurangan ya ! *nanti kena batang hidung sendiqi baqu nak taw !! * Sebaliknya, gunalah kelebihan yang ada pada diri anda untuk membantu dan memberi manfaat sebanyak yang mungkin kepada orang lain.Semoga mendapat berkat melalui kelebihan anda  itu dan dan dan Allah S.W.T akan membantu anda di hari kelak jika anda tidak segan silu menggunakan kelebihan anda untuk membantu orang lain.Mungkin itu sebagai rasa syukur anda dengan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Kepada yang ada KEKURANGAN : Tak perlu malu+segan silu+nyorok bawah meja+gali lubang apa semata-mata nak tutup kekurangan anda.Anda perlu ingat bahawa anda juga ada kelebihan tersendiri walaupun anda rasa anda TAK ADA APA-APA.Jadikanlah kekurangan dalam diri anda sebagai cabaran dan bukan satu masalah atau halangan yang akan menjadi kekal selama-lamanya.Perbaikilah, ubahlah sedaya yang mampu kekurangan dalam diri anda selagi anda mempunyai iltizam, tekad dan azam serta usaha yang tinggi.InsyaAllah, kekurangan yang ada akan mula sedikit demi sedikit hilang.DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN ! Jangan rasa kecewa dengan kekurangan anda, tolong berfikiran ke hadapan dan ada positive thingking.

KESIMPULAN

Bersyukur.Bersyukur.Bersyukur.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Usah salahkan sesiapa jika itu yang ditakdirkan untuk anda.Usah mengeluh.Kuatkan semangat, yakini diri bahawa anda boleh melangkah ke hadapan.Berdoalah.InsyaAllah rezeki Allah banyak di atas muka bumi ini.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 
(Surah Ibrahim, 7)

"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (Surah Al-Baqarah, 177)


-Bersyukurlah wahai insan.Allah tak akan menguji kamu jika kamu tak mampu.Didik hati ini untuk bersyukur bukan merungut.-

Wassalam.

Happy Reading,
|asyrafz|24 April 2013|12.24 a.m|

6 comments:

  1. bro ! seriesly membina =)

    ReplyDelete
  2. Oh ! thank you amirah.masih dalam mood belajar.

    ReplyDelete
  3. good. teruskan dengan post-post yang menarik macam ni. happy reading :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya.InsyaAllah.I'm lack of idea.Generating idea is very hard.frankly speaking

      Delete
    2. takpa. slow and steady. kihkih. i'll support you (Y)

      Delete
  4. InsyaAllah.I'll try my best ;)

    ReplyDelete