Halaman

Wednesday, 24 April 2013

Orange Sunkist : A thing to remember

Assalamualaikum  w.b.t

Firstly, terima kasih kepada semua silent readers aku kerana sanggup baca entri yang malam ni. Besok sila datang trade-in hadiah dekat aku ya ;)

Eh, kenapa   "Orange Sunkist : A thing to remember " ? That's the prior question right? Sejujur-jujurnya aku baru lepas makan limau sunkist haaaaa dekat rumah.Tiba-tiba sahaja baru nampak dalam peti ais.Macam biasa, my mom potong dalam selimut pastu nyorok kan.

Ini orange sunkist yang seori-orinya dari econsave  BPJ ;)

Semua tahukan Sunkist ni banyak kelebihan bila kita makan. *jangan buat diam seperti tak tahu apa-apa*  Sunkist tergolong dalam family "fibre" ataupun serat yang memang sangat baik la untuk kesihatan kita.Untuk maklumat lanjut,rajin-rajinlah  klik link bawah ni ;)



***************

KISAH BERMULA

Habis sudah pasal apa itu Sunkist ! Berbalik kepada cerita yang sudah lama berniat di hati aku apabila "termakan" buah sunkist malam ni.

Ceritanya apabila aku yang bergelar penghuni asrama (asramawan) pada tahun-tahun lepas *sebanyak 5 tahun*.Sememangnya asrama aku ada satu Dewan Makan atau lebih mesra dikenali D.M oleh putera puteri SMKAB.Sememangnya, D.M kami sangatlah awesome! *awesome tu pelbagai maksudnya, hanyalah putera-puteri sahaja yang faham*

D.M kami memang membekal buah-buahan waktu makan seperti tembikai,jambu BATU, epal, pisang, tembikai susu, belimbing, betik dan banyak lagi.

Buah yang menjadi kegemaran putera-puteri SMKAB ialah buah SUNKIST la.Ulang sekali lagi,SUNKIST, SUNKIST, SUNKIST.Dan aku antara orang yang 10 kali keluar masuk D.M kalau ada buah sunkist.Memang sedap la buah ni kan.Kenapa aku suka buah Sunkist ni ?


  • Sedap sangat  :D
  • Ringan dan boleh dibawa ke mana sahaja.Maksudnya, boleh dibawa ke kelas, ke prep, ke surau, ke perhimpunan, ke rowcall, ke bilik study dan ke mana sahaja.Lupa ! padang sekali.
  • Boleh makan bila-bila masa sahaja walaupun selepas 2 hari.
  • Colour dia cantik

Sebut sahaja D.M bagi buah Sunkist, aku dah siap beberapa goody bag nak bubuh buah ni lepas ambik.Bukan aku sahaja, confirm aku ada geng.Yang seangkatan dengan aku ialah RAZAILI BIN RAZAK.Kami dua ni OBSES + TAKSUB  dengan buah Sunkist.Pantang nampak + sebut, teroooossssss lari macam lipas kudung masuk D.M.Then, senyum + qenyih + salam dekat para-para abang & mak cik D.M untuk ambil buah.  *salah satu hobi kegemaran waktu form 5*

Lepas ambik ja buah ni terus bubuh dalam beg kami.Walaupun terpaksa bersaing dengan tuan-tuan dan puan-puan homework , Sunkist tetap cool kan? Sampai ja surau, beg nampak kembong ja.Kekadang sampai putus tali beg sebab berat dengan buah-buah ni.

Sampai ja kelas prep *selalunya prep malam la* , perkara pertama aku buat ialah kopek kulit dan makan.Ya, kami kopek ! Kami tak guna la pisau segala bagai macam dekat rumah ni, guna tangan pon boleh *macam iklan rejoice* Aku hanya guna tangan ja untuk kopek kulit sunkist ni.Kalau Razaili, dia lagi cermat, siap bagi bersih lagi semua.Awesome lah Jali !

Prep malam, kitaorang makan satu ja limau, the rest untuk P&P besok dalam kelas.Simpan spare la katakan.Besok dalam kelas boleh la dok percit-percit kat mata kawan kalau mengantok.Boleh cium bau kulit Sunkist kalau bosan.Itu hobi kami !

Dan aku lah yang selalu makan limau waktu cikgu mengajar terutama waktu PSI, PAQ, MATH, BI.Dan sampai sekarang aku menyesal kenapa la dulu dok buat benda-benda macam tu.Orang kata tak beradab la.Belajar dari pengalaman.Insaf jugak la.Makan-makan-makan buah, pastu buang dalam plastik.Waktu nak balik kampung nampak oren ja bawah tu.

Kalau aku ambil lebih sikit buah limau dalam 5, 6, 7 ,tanpa disuruh aku pon supply la sikit kat Bilik Math tu.Jadi vendor sat.Cikgu Zuraidah la yang suka order buah-buah D.M ni.Tak pa la kan.Apa la sangat sebijik buah kalau nak dibandingkan dengan ilmu tu.

Kalau nak solat ja dekat surau, penoh la buah-buah sunkist dekat tepi-tepi tingkap tu.Sememangnya benda ni trend atau style dekat SMKAB; AMBIL & TINGGAL !.Kekadang sebelom masuk ja surau, pekena dulu buah Sunkist ni  *bajet macam pekena teh ais ka apa*

Kalau masuk ja dalam dorm, selak ja bantal aku ada la 2, 3 bijik sunkist yang jatuh bergolek sebab terkejut kot.Hahaha.Aku suka kumpul sunkist.Dalam dorm pon suka berkelah Sunkist dengan Jali.We are crazy of SUNKISTTTTTT ! Kalau dalam kelas  5 AKY pon kami juara bab- bab ni.Kalau tiba-tiba tengah belajar ka study ka, ada bau sunkist, SEMUA orang terosss kalih dan melemparkan pandangan MAUT + SINIS dekat kami aku .NGERI jugak la.Tapi, aku senyum dan sambung makan balik :D

Kalau nak cakap pasal buah SUNKIST ni memang banyak kenangan sangat sangat sangat.Dulu buah ni pernah menjadi sebahagian dari hidup aku dekat SMKAB sebagai penghuni asrama putera.Buah yang pernah mewarnai hidup aku sepanjang 5 tahun sebagai anak asrama SMKAB.Yang banyak mengingatkan aku tentang liku-liku hidup sebagai seorang pelajar dalam kelas.Buah yang ajar aku macam mana nak bergaul dengan orang.Nak minta dengan sopan apa semua, berbudi bahasa, bertimbang rasa.Buah ni banyak menyimpan memori aku di SMKAB.
 
Terima kasih Encik Sunkist yang suatu ketika dulu, sudi duduk dalam beg aku, sudi berhimpit-himpit dengan tuan-tuan & puan-puan HW aku.Kalau aku terbuang ka, terbagi lebam ka, terrosakkan kau, Encik Sunkist, minta maaf sangat.Aku pon sebok juga nak SPM .  *tolong la paham sama encik Sunkist* Terima kasih ENCIK SUNKIST !


Wassalam :)


-Buah-buahan juga merupakan makhluk Allah, rezeki dari-Nya kepada setiap hamba.Janganlah kita mengkufuri nikmat yang ada.Berbaiklah sesama makhluk-

Happy Reading,
|asyrafz|25 April 2013|12.50 a.m|

5 comments:

  1. sunkist ~ betik laa sdap weiyh !

    ReplyDelete
  2. limau sunkist lagi sedap :D

    ReplyDelete
  3. yeahh. sunkist sedap. tambah jenis yang senang nak kupas kulit tu. tobat manis :D

    ReplyDelete
  4. yeahh !! falling in love with sunkist :D

    ReplyDelete